.

.

13 April 2013

SIAPA BENARKAN KALIMAH ALLAH DIGUNAKAN DALAM BAHASA MELAYU?


12 April 2013

MANIFESTO KEDUA BN : MENGGALAKKAN PENGELUARAN KLIP VIDEO PORNO???

BN telah melancarkan manifesto mereka minggu lepas. Tetapi rasanya mereka lupa memasukkan satu lagi tawaran kepada rakyat.

Kita mencadangkan supaya BN memasukkan tawaran tambahan iaitu menggalakkan lebih banyak klip-klip video porno bagi memastikan rakyat mudah memahami isu-isu semasa. Sejak akhir-akhir ini pengeluar klip-klip video ini begitu giat mengeluarkan filem dan klip video seperti itu. Klip-klip video seumpama itu ditayangkan di seluruh pelusuk negara dengan percuma. Kerajaan Umno/BN tidak pun menghalang tayangan-tayangan klip-klip video porno ini malah ada majlis yang dianjurkan mereka ditayangkan klip seperti ini.

Malam tadi dan hari ini satu lagi Klip Porno dikeluarkan.....kita pasti tidak akan ada tindakan dikenakan kepada tauke video ini ...........

PR MELAKA UMUM CALON ESOK?

Esok 13 April 2013, jam 11.00 pagi Pakatan Rakyat Negeri Melaka akan mengadakan sidang media di Pusat Media PRU 13, PR Melaka di Pejabat DAP, Lorong Pandan.

Besar kemungkinan PR Melaka akan mengumumkan beberapa orang lagi calon mereka. Difahamkan PAS sudah awal-awal lagi menyelesaikan isu calon mereka. Hanya DAP dan PKR yang masih diperingkat akhir pemilihan calon.

Setakat ini PAS telah menamakan 2 orang calon mereka iaitu Dr Mohd Khalid Kassim di Dun Bukit Baru dan Ustaz Mohd Khairi Abdul Aziz di Dun Ayer Molek. Manakala PKR menamakan Shamsul Iskandar di Parlimen Bukit Katil dan Abdul Rahim Ali di Parlimen Tangga Batu.

TAHUKAH ANDA SIAPA BEKAS MB BN MASUK PAS?


Spekulasi bekas menteri besar yang didakwa akan menyertai Pas dalam waktu terdekat sebagaimana didedah Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin kelmarin kemungkinan besar adalah bekas Menteri Besar Selangor.
Sumber Pas membayangkan bekas Menteri Besar Selangor , Tan Sri Muhammad Muhammad Taib adalah individu yang dimaksudkan itu diperkuatkan dengan kenyataan dua pemimpin tertinggi Pas Selangor yang tidak menafikan kemungkinan perkara itu berlaku.
Ada juga yang membayangkan bahawa orang yang dimaksudkan itu ialah Tajul Rosli Ghazali bekas Menteri Besar Perak. Beliau memang dilihat lebih baik jika hendak dibandingkan dengan bekas Menteri-Menteri Besar lain. Boleh dikatakan tiada skandal dan kontroversi.
Atau mungkin juga Wan Mokhtar Ahmad, bekas Menteri Besar Terengganu dan bekas Naib Presiden Umno. Entahlah ...........
Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman ketika dihubungi tidak menolak kemungkinan bekas Menteri Besar Selangor yang lebih mesra dipanggil Mat Taib itu akan menyertai Pas dalam masa terdekat berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada Timbalan Pesuruhjaya Pas  III Selangor, Khalid Samad.muhammad taib sertai pas
“Beliau (Mat Taib) tidak ada hubungi saya. Saya tidak dapat mengesahkan perkara ini.
“Saya difahamkan, beberapa pegawai kanan Mat Taib ada menghubungi Khalid malah pegawai- pegawainya juga telah mengisi borang keahlian Pas seumur hidup,” katanya.
Muhammad menjadi menteri besar Selangor dari 1986 hingga 1997.
Dr Rani berkata, beliau hanya mengetahui perkara tersebut setelah diberitahu oleh Khalid sewaktu makan selepas mesyuarat ahli jawatan kuasa Pas Pusat, Selasa lalu.
~ Malaysiawaves

PRU 13 : ALANGKAH BAIKNYA JIKA MCA KELUAR BN

Beberapa kerusi MCA hampir pasti di'rentap' oleh Umno pada PRU 13 nanti. Semua ini kerana kegagalan MCA menunjukkan prestasi yang baik pada PRU 12 dahulu. Kini MCA bakal kehilangan satu demi satu kerusi mereka. Umno benar-benar menggunakan kesempatan ini untuk menjatuhkan MCA dan mematikan pengaruhnya.

Banyak kerusi yang diintai Umno. Antara kerusi yang sahih difaraid kepada Umno ialah Parlimen Kuantan. Kemungkinan selepas banyak lagi kerusi yang terlepas seperti Parlimen Wangsa Maju, Gelang Patah, dan Tebrau.

Blog ini mencadangkan supaya MCA keluar dari BN dan tinggalkan Umno bersama parti-parti lain yang masih belum sedar kejahatan dan kezaliman Umno
. Baru Umno tahu erti persahabatan. Nampak jelas Umno ingin menjadi Big Brother dalam BN..........apa tunggu lagi MCA keluar sahaja dan sertai PR.

11 April 2013

GAMBAR PETUGAS PARTI SEDANG BEREHAT

Mereka sedang berehat kerana penat melakukan kerja-kerja merayu undi kepada rakan-rakan mereka di Dun NFC agaknya ........

Sumber : FB Pakatan Rakyat Supporters

PRU 13 : PENDAPATAN BOMOH, TOK SAMI, TOK CHA MENINGKAT

Menjelang PRU 13 pendapatan dukun, bomoh, tok sami, tok cha, bomoh siam, hindu dan sebagainya meningkat kerana ramai di kalangan pemimpin Umno/BN menggunakan bomoh untuk memastikan nama mereka dipilih menjadi calon. Mereka bukannya 'main' bomoh dan dukum tempatan sahaja malah sanggup pergi ke keluar negeri. Pantang dengar ada bomoh hebat sudah tentu mereka akan pergi 'berubat'.

Sekarang pendapatan mereka lebih banyak kerana ramai penyandang jawatan sebelum ini dikhabarkan tidak dipilih .....jadi masing-masing berusaha untuk memastikan nama mereka naik. Macam-macam usaha mereka buat. Bodek, gosok, sogok, rasuah, pujuk, rayu, menangis, guna bomoh dan macam-macam. Mereka bukannya kira halal, haram, dosa, pahala, syirik dan sebagainya yang penting aku dapat bertanding. Itu sahaja.

Malah kali ini pengguguran dilakukan dalam jumlah yang banyak. Maka ramailah yang susah hati .......hajat hendak menjadi YB, jadi menteri dan sebagainya berkencai. Karier politik mungkin berkubur. 

PRU 13 : KU NAN TAKUT PADA HUSAM

Tengku Adnan terasa bahangnya. Tak semena-mena Ku Nan kata nak undur tak mau bertanding. Haiit...apa macam Ku Nan. Takkan takut kot. Putrajaya yang kubu kuat Engkau. Takkan kalah sebelum bertanding kot. Lawan dahulu baru tahu. Anda kan pemimpin besar dalam Umno/BN takkan pengecut macam tu. Atau pun engkau dah mula congak-congak cari kerusi selamat lain. Orang lain takkan bagi engkau rampas kerusi mereka.

Alahai Ku Nan ......sedar diri engkau rupanya. Langit dengan bumi engkau dengan Husam. Apa ilmu dan kepakaran yang engkau ada. Macam-macam cerita aku dengar tentang engkau. Tapi aku tak mahu cerita dekat sini sebab tak baik burukkan peribadi seseorang. Lebih baik kita cerita tentang hala tuju dan perancangan engkau dan parti engkau jika menang.

Alahai Ku Nan....saya cadangkan kalau engkau nak bertanding engkau carilah kerusi yang undi posnya tinggi macam di Parlimen Tangga Batu, Lumut dan lain-lain. Dekat situ belum bertanding pun engkau dah dapat fixed deposit undi pos.

Kasihan Ku Nan ..............takut bayang2 sendiri

10 April 2013

BEKAS MB UMNO MASUK PAS MALAM INI?

Panas!! Bekas MB Perak Dari Umno Sertai Pakatan Rakyat?? Benarkah???

Baca dan selidiki dahulu betul atau tidak????


Dalam kehangatan pilihanraya umum ke-13 nanti, beberapa minggu lagi, bekas pemimpin besar Umno dijangka menyertai parti dalam Pakatan Rakyat.

Terkini, seorang bekas menteri besar yang pernah mentadbir Perak dikatakan bakal menyertai PAS malam ini.

Perkara ini didedahkan Nizar Jamaluddin dalam ucapannya ketika beliau diumumkan bertanding di kerusi DUN Changkat Jering pada pilihanraya umum akan datang, malam tadi.

“Seorang bekas menteri besar (Perak) akan memberikan borang masuk PAS,” katanya ringkas.

Sebelum pentadbiran Zambry Abdul Kadir sekarang, Perak pernah ditadbir oleh Abdul Wahab Toh Muda Abdul Aziz, Mohamed Ghazali Jawi, Shaari Shafie, Ahmad bin Said, Kamaruddin Mohd Isa, Wan Mohamed Wan Teh, Ramli Ngah Talib dan Mohd Tajol Rosli (tidak termasuk Nizar).

Menurut sumber, dua nama teratas yang dijangka menyertai PAS malam ini ialah Tajol Rosli Ghazali dan Ramli Ngah Talib.

Bagaimanapun Tajol dilihat lebih menyerlah kerana masih mengiktiraf Speaker DUN Perak yang sah, V Sivakumar selepas kerajaan Pakatan Rakyat tumbang pada Februari 2008.

Bekas ADUN Pengkalan Hulu ini digugurkan dari senarai calon dan dia sendiri tidak mahu lagi bertanding mewakili Umno dalam mana-mana jawatan negeri mahupun bahagian.

Dia juga merupakan anak kepada bekas menteri besar kedua, Mohamed Ghazali Jawi.

Tajol juga dikatakan semakin vokal terhadap dasar-dasar pentadbiran Zambry yang tidak mempedulikan hak orang Melayu apabila ratusan hektar tanah balak diberikan kepada kroni rapat dan perniagannya.

Dijangka, dengan pengumuman rasmi malam ini, lebih ramai ahli Umno akan mengikut jejak Tajol menyertai PAS manakala jentera pilihanraya Umno Gerik bakal lumpuh walaupun bukan calon Umno yang bertanding.

Tajol menang dalam pilihanraya umum lalu menewaskan calon KEADILAN, Lee Sing Long dengan majoriti 4,645 undi tetapi kemenangannya tidak bermakna apabila Perak diperintah Pakatan Rakyat yang menang 31 daripada 59 kerusi DUN sekaligus membentuk kerajaan negeri yang diketuai Nizar.


Sila selidiki dahulu ........


Berita belum sahih .......Sumber : Ustaz Syed Bakri.

PRU 13 : PENAMAAN 20 APRIL, MENCONTENG 5 MEI?

Hari Penamaan Calon : 20 April 2013
Hari Pengundian : 5 May 2013

Ada sesiapa boleh confirmkan?

UMNO/BN TERUS GUNA DUIT RAKYAT UNTUK KEMPEN

'Mantan' Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Rais Yatim mempertahankan tindakan BN menggunakan khidmat Jabatan Penerangan dalam acara anjuran parti itu, seperti yang dikesan dalam satu majlis di Kuala Lumpur.

Beliau berpendapat, BN yang masih dianggap sebagai kerajaan sementara pada masa ini boleh berbuat demikian selagi tempoh kempen pilihan raya belum bermula.

"Sekarang kita di dalam suasana lingkungan bidang tugas kerajaan sementara. Kerajaan masih wujud di bawah Perkara 43 (Perlembagaan Persekutuan) dan perkara yang melibatkan kuasa eksekutif –  Perkara 38 (melibatkan) Majlis Raja-Raja dan juga Perkara 43 (melibatkan) kuasa lantikan menteri – menteri dan juga di bawah akta fungsi menteri, semua menteri berfungsi dan semua jabatan kerajaan seperti biasa.

"Tetapi apabila dimulakan hari penamaan calon, pada hari itu tidak boleh mana-mana jabatan kerajaan mengambil bahagian dalam apa jua program yang menampakkan membantu pilihan raya satu-satu parti," katanya.

Rais bercakap kepada pemberita dalam satu sidang media selepas satu majlis bersama sekumpulan pemuzik jalanan di di Kuala Lumpur petang ini.

Beliau ditanya mengenai kenderaan milik Jabatan Penerangan yang dikesan digunakan untuk membantu majlis perasmian pusat operasi pilihan raya BN pada hari Ahad lalu untuk kawasan parlimen Batu di Kuala Lumpur.

Ia melibatkan dua kenderaan kegunaan khas (SUV) dengan satu daripadanya dipasang pembesar suara dan satu van yang diparkir di lokasi berdekatan. 

Bagaimanapun, usaha Malaysiakini untuk mendapatkan ulasan rasmi mengenai kemungkinan penyalahgunaan jentera kerajaan ditolak dengan keras oleh penganjur acara terbabit.

Wartawan Malaysiakini yang membuat liputan diherdik dan diancam untuk "dilepuk" oleh penganjur apabila memohon penjelasan berhubung kehadiran kenderaan tersebut pada majlis kempen BN.

Rais memang sengaja membutakan mata dan memekakkan telinganya tentang kejahatan Umno/BN menggunakan duit rakyat untuk berkempen bagi BN.  Bukankah semua jentera kerajaan itu digerakkan menggunakan duit rakyat. Parti tidak boleh menggunakan duit rakyat untuk berkempen ..............

09 April 2013

AISYAH, RAJA KAMARUL BAHARIN DAN FAUZI SHAARI PIKUL AMANAH PAS

Tiga tokoh baru dipilih oleh PAS untuk membawa cabaran pada PRU 13 nanti. Mereka ialah Penyanyi terkenal Wan Aishah Wan Ariffin di Parlimen Jempol, Arkitek terkenal Dato Raja Kamarul Baharin Raja Ahmad di Parlimen Kuala Terengganu dan bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Dato Fauzi Shaari di Parlimen Larut.

Pemerhati politik berpendapat ketiga-tiga dijangka akan memberikan saingan yang sengit kepada calon-calon BN dari Umno nanti.

ANWAR UMUM BEBERAPA LAGI NAMA CALON PKR


Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim malam tadi mengumumkan beberapa lagi nama calon PKR di beberapa kerusi di Johor dan Melaka. Nama-nama yang diumumkan beliaua ialah : 

Segamat -  Chua Jui Meng Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Johor

Ledang - Hassan Karim, Timbalan Pengerusi MPN PKR Johor

Sri Gading - Mohd Khuzzan Abu Bakar Pengarah Pilihanraya PKR Johor  

Sekijang - Setiausaha AMK Julailey Jemadi

Sembrong - Onn Abu Bakar Ketua Cabang PKR Putrajaya 

Pasir Gudang - Ahmad Faidi Saidi Timbalan Pengerusi MPN PKR Johor

Bukit Katil - Shamsul Iskandar Mat Akin, Ketua AMK (Diumumkan sebelum ini)

Tangga Batu - Rahim Ali, Ketua Cabang PKR Tangga Batu.

10,000 RAKYAT MELAKA HADIR CERAMAH ANWAR MALAM TADI

Rakyat Melaka meneruskan kebangkitan mereka menolak Umno/BN pada ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Desa Baru, Bukit Baru malam tadi.

Kira-kira 10,000 rakyat berhimpun mendengar ceramah Anwar, Rafizi dan pimpinan PR Melaka walaupun diganggu oleh Umno yang berceramah hanya kira-kira 100 meter sahaja jaraknya.

Jelas sekali rakyat Melaka tanpa mengira kaum tanpa berbelah bagi menyokong PR. Malam tadi Anwar mengumumkan 2 orang calon PKR Melaka iaitu Shamsul Iskandar Mat Akin untuk Parlimen Bukit Katil dan Abdul Rahim Ali bagi kerusi Tangga Batu.

08 April 2013

SIARAN LANGSUNG WACANA BERSAMA TUAN GURU PRESIDEN PAS

Sila klik di sini  untuk menonton siaran langsung bersama Tuan Guru Presiden PAS, Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang yang dianjurkan oleh Kumpulan Karangkraf.

Satu wacana yang sangat menarik .............

DAP UMUMKAN MAHDZIR IBRAHIM SEBAGAI CALON PARLIMEN TG PIAI

Penyelaras laman web Roketkini.com, Mahdzir Ibrahim, 37, diumumkan sebagai calon pilihanraya umum DAP bagi kawasan Parlimen Tanjong Piai di Johor.

Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang di sini malam tadi.

Sorakan gemuruh mengiringi pengumuman Mahdzir Ibrahim, 37, sebagai calon pilihanraya umum Parlimen Tanjong Piai oleh Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang malam tadi.

Pengumuman di hadapan lebih 1,000 hadirin di Taman Indah, Parit Mesjid di sini menaikkan lagi semangat jentera pilihanraya Pakatan Rakyat Johor khususnya jentera DAP negeri itu.

Mahdzir yang merupakan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Pemuda DAP dalam ucapannya menekankan kepentingan perpaduan semua kaum di Malaysia sambil menegaskan bahawa rakyat Malaysia sudah bijak dan tidak mahu lagi ditakut-takutkan dengan mainan sentimen perkauman sempit UMNO-Barisan Nasional.

“DAP sudah terbukti berjuang untuk semua kaum. Selama ini kita hanya dibohongi BN dengan macam-macam dakwaan dan fitnah. MCA tipu Cina, UMNO tipu Melayu, MIC tipu India.

“Kita perlukan perubahan politik, kita perlukan perubahan untuk Malaysia yang bersih, berintegriti dan telus,” kata beliau yang juga Ketua Biro Pakatan Rakyat DAPSY.

Mahdzir adalah anak kelahiran Johor yang gigih bergiat dalam bidang seni muzik dan kebudayaan. Beliau pernah menjadi perunding dan jurulatih muzik di sebuah kolej swasta.

Selain itu, Mahdzir juga pernah berkhidmat sebagai Pegawai Komunikasi di Sekretariat Belia Negeri Selangor setelah penubuhan kerajaan negeri baru selepas tsunami politik 2008.

Selepas itu, beliau memilih untuk menjadi Penyelaras Media Roketkini bagi membantu DAP menyebarkan maklumat dan fakta yang benar serta tepat melalui medium berbahasa Melayu tersebut..

Menurut Lim Kit Siang pula, BN tidak berkeupayaan untuk menerima perubahan politik dan persepsi rakyat Malaysia kerana rakyat telah mula sedar dengan mainan politik perkauman dan fitnah mereka.

“Mereka (BN) terpaksa meneruskan politik perkauman untuk terus memerintah. Kita perlu hentikan ini semua dan bersatu membawa perubahan tsunami politik 2008 ke Johor,” tegas beliau.

Dalam kerancakan majlis ceramah itu, sekumpulan pemuda dipercayai dari parti lawan membuat bising dengan membunyikan enjin motosikal mereka sebelum dihalau sendiri oleh hadirin yang datang.

Parlimen Tanjong Piai kini disandang oleh Wee Jeck Seng mewakili BN-MCA. Pada pilihan raya umum 2008, calon MCA itu menewaskan calon DAP, Ahmad Ton dengan kelebihan 12,371 undi.

Sumber : Roketkini

UMNO TAK MINAT BICARA SOAL AGAMA - BEKAS KETUA PEMUDA UMNO


Bekas Ketua Pemuda Umno Bahagian Gua Musang, Abd Aziz Awang pada ucapan sulung selepas muncul kali pertama di pentas PAS memberitahu beliau tidak mampu lagi bertahan dalam Umno kerana banyak masalah yang melanda parti itu.

“Pemimpin Umno tidak berminat untuk bercakap soal agama. Maka tidak hairanlah kita melihat pelbagai masalah menimpa pemimpin Umno sekarang. Begitu juga soal ekonomi yang hanya dipertahankan bagi kepentingan diri dan keluarga sahaja" ujar beliau pada ceramah anjuran PAS Gua Musang di padang Majlis Daerah Gua Musang malam tadi.

Sementara itu pada majlis yangs sama Tuan Guru Menteri Besar Kelantan, Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata rakyat hendaklah mengundi calon yang diketengahkan Pakatan bagi memastikan sebuah kerajaan baru di Putrajaya dapat diwujudkan pada PRU-13.

“Kalau tidak ada calon PAS yang bertanding hendaklah kita pilih calon PKR, dan kalau tidak ada calon PKR hendaklah kita pilih calon DAP.

“Manusia sekarang semakin cerdik kerana mereka mudah mendapat maklumat yang ada di sekeliling. Melalui maklumat itu membolehkan kita membuat pilihan yang lebih tepat dan terbaik,” katanya.

Sumber : Hdaily.

SEORANG LAGI ARTIS JADI CALON PAKATAN RAKYAT

Setelah nama penyanyi terkenal dikatakan akan bertanding mewakili PAS di Parlimen Jempol kini seorang lagi penyanyi popular iaitu Dayangku Intan antara nama yang dicadangkan untuk Parlimen Pontian, Johor. Mengikut blog Jalanpulang pencalonan Dayang belum disahkan tetapi kemungkinan amat besar untuk beliau dipilih pada kali ini.

Berikut adalah senarai calon terkini yang dilaporkan oleh Blog Jalanpulang.


SENARAI TERKINI CALON PAKATAN RAKYAT (Dikemaskini 08 Apr 2013 - 0645 hrs)

Perlis Indera Kayangan (3 kerusi)

P 001 - Padang Besar -Azamhari Mahmood (PAS)
P 002 - Kangar - Dr Juanda Jaya (KEADILAN - belum diumumkan) atau Baharuddin Ahmad (PAS) - belum diputuskan
P 003 - Arau - Tuan Guru Haron Din (PAS)

Kedah Darul Aman (15 kerusi)

P 004 - Langkawi - TBC
P 005 - Jerlun - TBC
P 006 - Kubang Pasu - TBC
P 007 - Padang Terap - Mohd Nasir Zakaria (PAS - penyandang)
P 008 - Pokok Sena - Mahfuz Omar (PAS - penyandang)
P 009 - Alor Setar - Gooi Hsiau Leung (KEADILAN)
P 010 - Kuala Kedah - Dr Azman Ismail (KEADILAN)
P 011 - Pendang - Mohamad Sabu (PAS)
P 012 - Jerai - Mohd Firdaus Jaafar (PAS - penyandang)
P 013 - Sik - TBC
P 014 - Merbok - Nor Azrina Surip (KEADILAN)
P 015 - Sungai Petani - Johari Abdul (KEADILAN - penyandang)
P 016 - Baling - Brig Jen (B) Mohd Najmi Ahmad (PAS)
P 017 - Padang Serai - N Surendran (KEADILAN)
P 018 - Kulim-Bandar Baharu - Saifuddin Nasution Ismail (KEADILAN - bertukar dari parlimen Machang)

Kelantan Darul Naim (14 kerusi)

P 019 - Tumpat - Kamaruddin Jaffar (PAS - penyandang)
P 020 - Pengkalan Chepa - TBC
P 021 - Kota Bharu - Takiyuddin Hassan (PAS - bertukar dari DUN Bunut Payong - belum disahkan)
P 022 - Pasir Mas - Siti Zailah Mohd Yusof (PAS - bertukar dari parlimen Rantau Panjang - belum disahkan)
P 023 - Rantau Panjang - Abdul Fatah Haron (PAS - bertukar dari DUN Bukit Tuku - belum disahkan)
P 024 - Kubang Kerian - Mumtaz Md Nawi (PAS)
P 025 - Bachok - Ariffin Mahmod (PAS)
P 026 - Ketereh - Ab Aziz Abdul Kadir (KEADILAN - penyandang - belum diumumkan)
P 027 - Tanah Merah - Dr Nik Saidina Nik Omar (PAS - belum disahkan)
P 028 - Pasir Puteh - TBC
P 029 - Machang - Dr Wan Zawawi Wan Ismail (KEADILAN - belum diumumkan)
P 030 - Jeli - Abdullah Yaacob (PAS - bertukar dari DUN Air Lanas - belum disahkan)
P 031 - Kuala Krai - Dr Mohd Hatta Ramli (PAS - penyandang)
P 032 - Gua Musang - TBC

Terengganu Darul Iman (8 kerusi)

P 033 - Besut - TBC
P 034 - Setiu - TBC
P 035 - Kuala Nerus - Dr Khairuddin At-Takiri (PAS)
P 036 - Kuala Terengganu - Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (PAS - belum disahkan)
P 037 - Marang - Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS - penyandang)
P 038 - Hulu Terengganu - TBC
P 039 - Dungun - Wan Hassan Mohd Ramli (PAS)
P 040 - Kemaman - Azan Ismail (KEADILAN - bertukar dari parlimen Indera Mahkota - belum diumumkan)

Pulau Pinang Pulau Mutiara (11 kerusi)

P 041 - Kepala Batas - Afnan Hamimi Taib Azamudden (PAS)
P 042 - Tasek Gelugor - TBC
P 043 - Bagan - Lim Guan Eng (DAP - penyandang)
P 044 - Permatang Pauh - Anwar Ibrahim (KEADILAN - penyandang)
P 045 - Bukit Mertajam - Chong Eng (DAP - penyandang)
P 046 - Batu Kawan - Dr P Ramasany (DAP - penyandang)
P 047 - Nibong Tebal - Dr Mansor Othman (bertukar dari DUN Penanti)
P 048 - Bukit Bendera - Koay Teng Hai (DAP - bertukar dari DUN Pulau Tikus - belum disahkan)
P 049 - Tanjong - Chow Kon Yeow (DAP - penyandang - belum disahkan)
P 050 - Jelutong - Ooi Chuan Aun (DAP - penyandang)
P 051 - Bukit Gelugor - Karpal Singh (DAP - penyandang)
P 052 - Bayan Baru - Sim Tze Tzin (KEADILAN - bertukar dari DUN Pantai Jerejak)
P 053 - Balik Pulau - Mohamad Bakhtiar Wan Chik (KEADILAN)

Perak Darul Ridzuan (24 kerusi)

P 054 - Gerik - Norhayati Kassim (PAS - belum diumumkan)
P 055 - Lenggong - Razman Zakaria (PAS - belum disahkan)
P 056 - Larut - Fauzi Shaari (PAS)
P 057 - Parit Buntar - Dr Mujahid Yusof Rawa (PAS - penyandang)
P 058 - Bagan Serai - Dr Muhammad Nur Manuty (KEADILAN)
P 059 - Bukit Gantang - TBC
P 060 - Taiping - Nga Kor Ming (DAP - penyandang)
P 061 - Padang Rengas - Dr Meor Ahmad Isharra Ishak (KEADILAN)
P 062 - Sungai Siput - Dr Michael Jeyakumar (PSM - penyandang)
P 063 - Tambun - Siti Aishah Shaik Ismail (KEADILAN - belum disahkan)
P 064 - Ipoh Timur - Thomas Su (bertukar dari DUN Pasir Pinji - belum disahkan)
P 065 - Ipoh Barat - Wong Kah Woh (DAP - bertukar dari DUN Taman Canning - belum disahkan)
P 066 - Batu Gajah - V Sivakumar (bertukar dari DUN Tronoh - belum disahkan)
P 067 - Kuala Kangsar - Drs Khalil Idham Lim (bertukar dari DUN Titi Serong)
P 068 - Beruas - Ngeh Koo Ham (DAP - penyandang)
P 069 - Parit - Mohamad Ismi Muhamad Taib (PAS)
P 070 - Kampar - TBC
P 071 - Gopeng - Dr Lee Boon Chye (KEADILAN - penyandang)
P 072 - Tapah - TBC
P 073 - Pasir Salak - Mustafa Kamil Ayyub (KEADILAN)
P 074 - Lumut - Laksamana Pertama (B) Imran Abdul Hamid (PAS - menggunakan lambang KEADILAN)
P 075 - Bagan Datoh - TBC
P 076 - Teluk Intan - M Manogaran (DAP - penyandang)
P 077 - Tanjong Malim - Brig Jen (B) Abdul Hadi Abdul Khattab (belum diumumkan)

Pahang Darul Makmur (14 kerusi)

P 078 - Cameron Highlands - TBC
P 079 - Lipis - TBC
P 080 - Raub - Mohd Ariff Sabri Abd Aziz (DAP)
P 081 - Jerantut - TBC
P 082 - Indera Mahkota - Fauzi Abdul Rahman (KEADILAN)
P 083 - Kuantan - Fuziah Salleh (KEADILAN - penyandang)
P 084 - Paya Besar - Murni Hidayah Anuar (KEADILAN)
P 085 - Pekan - Mohamad Bukhairy Sofian (Gerakan Mahasiswa 13, dengan keizinan Pakatan Rakyat)
P 086 - Maran - TBC
P 087 - Kuala Krau - TBC
P 088 - Temerloh - Nasrudin Hassan (PAS)
P 089 - Bentong - Wong Tack (DAP)
P 090 - Bera - Zakaria Abdul Hamid (KEADILAN - belum disahkan)
P 091 - Rompin - TBC

Selangor Darul Ehsan (26 kerusi)

P 092 - Sabak Bernam - Dr Abdul Aziz Bari (KEADILAN)
P 093 - Sungai Besar - TBC
P 094 - Hulu Selangor - Khalid Jaafar (KEADILAN - belum diumumkan)
P 095 - Tanjong Karang - TBC
P 096 - Kuala Selangor - Dr Dzulkefly Ahmad (PAS - penyandang)
P 097 - Selayang - William Leong Jee Ken (KEADILAN - penyandang)
P 098 - Gombak - Azmin Ali (KEADILAN - penyandang)
P 099 - Ampang - Zuraida Kamaruddin (KEADILAN - penyandang)
P 100 - Pandan - Rafizi Ramli (KEADILAN)
P 101 - Hulu Langat - TBC
P 102 - Serdang - Teo Nie Ching (DAP - penyandang)
P 103 - Puchong - Gobind Singh Deo (DAP - penyandang)
P 104 - Kelana Jaya - Nik Nazmi Nik Ahmad (KEADILAN - bertukar dari DUN Sri Setia - belum disahkan)
P 105 - Petaling Jaya Selatan - Hee Loy Sian (KEADILAN - penyandang)
P 106 - Petaling Jaya Utara - Tony Pua Kiam Wee (DAP - penyandang)
P 107 - Subang - Sivarasa Rasiah (KEADILAN - penyandang)
P 108 - Shah Alam - Khalid Samad (PAS - penyandang)
P 109 - Kapar - TBC
P 110 - Klang - Charles Anthony Santiago (DAP - penyandang)
P 111 - Kota Raja - Dr Siti Mariah Mahmud (PAS - penyandang)
P 112 - Kuala Langat - TBC
P 113 - Sepang - TBC

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan (13 kerusi)

P 114 - Kepong - TBC
P 115 - Batu - Tian Chua (KEADILAN - penyandang)
P 116 - Wangsa Maju - Dr Tan Kee Kwong (KEADILAN)
P 117 - Segambut - Lim Lip Eng (DAP - penyandang)
P 118 - Setiawangsa - Ibrahim Yaacob (KEADILAN)
P 119 - Titiwangsa - Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi (PAS)
P 120 - Bukit Bintang - Fong Kui Lun (DAP - penyandang)
P 121 - Lembah Pantai - Nurul Izzah Anwar (KEADILAN - penyandang)
P 122 - Seputeh - Ong Kian Ming (DAP - belum disahkan)
P 123 - Cheras - Tan Kok Wai (DAP - penyandang)
P 124 - Bandar Tun Razak - Abdul Khalid Ibrahim (KEADILAN - penyandang)
P 125 - Putrajaya - Husam Musa (kekal bertanding di DUN Salor - belum diumumkan)
P 166 - Labuan - Ibrahim Menudin (KEADILAN - belum disahkan)

Negeri Sembilan Darul Khusus (8 kerusi)

P 126 - Jelebu -TBC
P 127 - Jempol - Wan Aishah Wan Ariffin (PAS)
P 128 - Seremban - John Fernandez (DAP - penyandang)
P 129 - Kuala Pilah - Nazeri Yunus (KEADILAN - belum disahkan)
P 130 - Rasah - Anthony Loke Siew Fook (DAP - penyandang)
P 131 - Rembau - TBC
P 132 - Telok Kemang - Kamarul Baharin Abbas (KEADILAN - penyandang - belum disahkan)
P 133 - Tampin - TBC

Melaka Darul Azim (6 kerusi)

P 134 - Masjid Tanah - TBC
P 135 - Alor Gajah - TBC
P 136 - Tangga Batu - TBC
P 137 - Bukit Katil - Shamsul Iskandar Md Akin (KEADILAN)
P 138 - Kota Melaka - Sim Tong Him (DAP - penyandang)
P 139 - Jasin - TBC

Johor Darul Takzim (26 kerusi)

P 140 - Segamat - Dr Chua Jui Meng (KEADILAN - belum disahkan)
P 141 - Sekijang - TBC
P 142 - Labis - TBC
P 143 - Pagoh -TBC
P 144 - Ledang - TBC
P 145 - Bakri - Er Teck Hwa (DAP - penyandang - belum diumumkan)
P 146 - Muar - Nor Hizwan Ahmad (KEADILAN)
P 147 - Parit Sulong - Khairuddin Abd Rahim (PAS - belum disahkan)
P 148 - Ayer Hitam - TBC
P 149 - Sri Gading - TBC
P 150 - Batu Pahat - Dr Idris Jauzi (KEADILAN)
P 151 - Simpang Renggam - TBC
P 152 - Kluang - Liew Chin Tong (DAP - bertukar dari parlimen Bukit Bendera)
P 153 - Sembrong - Onn Abu Bakar (KEADILAN)
P 154 - Mersing - TBC
P 155 - Tenggara - TBC
P 156 - Kota Tinggi - TBC
P 157 - Pengerang - TBC
P 158 - Tebrau - Steven Choong Siow (KEADILAN)
P 159 - Pasir Gudang - Let Jen (B) Abdul Ghafir Abdul Hamid (KEADILAN)
P 160 - Johor Bharu - Jen (B) Md Hashim Hussein (KEADILAN)
P 161 - Pulai - Salahuddin Ayub (PAS - bertukar dari parlimen Kubang Kerian)
P 162 - Gelang Patah - Lim Kit Siang (DAP - bertukar dari parlimen Ipoh Timur)
P 163 - Kulai - Yeo Tung Siong (DAP - belum disahkan)
P 164 - Pontian - Dayangku Intan Tengku Abd Hamid (KEADILAN - belum disahkan)
P 165 - Tanjong Piai - TBC

Sabah Negeri Di Bawah Bayu (25 kerusi)

P 167 - Kudat - Musalim Tanjul (KEADILAN)
P 168 - Kota Marudu - Anthony Mandiau (KEADILAN)
P 169 - Kota Belud - Saidil Simoi (KEADILAN - belum disahkan)
P 170 - Tuaran - Wilfred Bumburing (APS-KEADILAN - penyandang, keluar BN)
P 171 - Sepanggar - Dr Chong Eng Leong (KEADILAN - belum diumumkan)
P 172 - Kota Kinabalu - Dr Hiew King Chiew (DAP - penyandang)
P 173 - Putatan - Mazhry Nasir (KEADILAN - belum disahkan)
P 174 - Penampang - Darell Leiking (KEADILAN - belum disahkan)
P 175 - Papar - TBC
P 176 - Kimanis -TBC
P 177 - Beaufort - Lajim Ukin (PPPS-KEADILAN - penyandang, keluar BN)
P 178 - Sipitang - TBC
P 179 - Ranau - Jonathan Yassin (KEADILAN)
P 180 - Keningau - TBC
P 181 - Tenom - TBC
P 182 - Pensiangan - TBC
P 183 - Beluran - TBC
P 184 - Libaran - TBC
P 185 - Batu Sapi - TBC
P 186 - Sandakan - TBC
P 187 - Kinabatangan - TBC
P 188 - Silam - TBC
P 189 - Semporna - TBC
P 190 - Tawau - TBC
P 191 - Kalabakan - TBC

Sarawak Bumi Kenyalang (31 kerusi)

P 192 - Mas Gading - TBC
P 193 - Santubong - TBC
P 194 - Petra Jaya - TBC
P 195 - Bandar Kuching - Chong Chein Jen (DAP - penyandang, juga penyandang DUN Kota Sentosa)
P 196 - Stampin - Dr Tang Sie Hing (DAP - belum disahkan)
P 197 - Kota Samarahan - Dr Ramblam Rahmat (KEADILAN)
P 198 - Mambong - Willie Monggin (KEADILAN)
P 199 - Serian - TBC
P 200 - Batang Sadong - TBC
P 201 - Batang Lupar - Zulkifli Abang Engkeh (KEADILAN)
P 202 - Sri Aman - Nicholas Mujah (KEADILAN)
P 203 - Lubok Antu - Nicholas Bawing Anggat (KEADILAN)
P 204 - Betong - TBC
P 205 - Saratok - Ali Biju (KEADILAN - juga penyandang DUN Krian)
P 206 - Tanjong Manis - TBC
P 207 - Igan - TBC
P 208 - Sarikei - TBC
P 209 - Julau - Andy Wong Hong Yu (KEADILAN)
P 210 - Kanowit - Thomas Laja (KEADILAN)
P 211 - Lanang - TBC
P 212 - Sibu - Alice Lau (DAP - belum disahkan)
P 213 - Mukah - TBC
P 214 - Selangau - Joshua Jabeng (KEADILAN)
P 215 - Kapit - TBC
P 216 - Hulu Rajang - Abun Sui Anyit (KEADILAN)
P 217 - Bintulu - TBC
P 218 - Sibuti - TBC
P 219 - Miri - TBC
P 220 - Baram - Ronald Engan (KEADILAN)
P 221 - Limbang - Baru Bian (KEADILAN - juga penyandang DUN Ba'kelalan)
P 222 - Lawas - Dr Bob Langup (DAP)

UMNO MELAKA MEROYAN LAGI, MALAM INI ANWAR GEMPUR MELAKA

Umno sudah pasti akan meroyan lagi malam ini kerana Anwar Ibrahim sekali lagi akan menggempur Melaka. Program ceramah perdana Pakatan Rakyat akan diadakan di Taman Bahagia, Bukit Baru pada 8 April jam 9.00 malam ini.

Setiap kali Anwar datang ke Melaka, Umno akan meroyan dan tidak keruan. Kalau sebelum ini mereka merosakkan bas jelajah merdeka, baling batu dan sebagainya, malam ini tidak tahu apa perkara yang akan mereka lakukan.

Pada 7 Mac lalu, 2 orang penyokong Pakatan Rakyat berdarah kepala dan hidung dibaling oleh penyokong Umno tetapi sehingga kini kita tahu samada penjenayah yang bertanggungjawab mencederakan didakwa atau tidak.

Malam ini juga Anwar akan mengumumkan bakal calon-calon yang akan membawa panji-panji PKR dan Pakatan Rakyat di kerusi-kerusi yang akan ditandingi oleh PKR. Kerusi-kerusi tersebut ialah Parlimen Bukit Katil, Parlimen Jasin, Dun Ayer Limau, Dun Rembia, Dun Gadek, Dun Machap, Dun Rim, Dun Sungai Udang dan Dun Paya Rumput.

Semua rakyat Melaka dijemput hadir.

07 April 2013

ANALISIS TERKINI : PAS MAMPU MENANG 40-46 KERUSI PARLIMEN.

Pengarah (Operasi) Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Zuhdi Marzuki  memaklumkan bahawa  analisis PPP hingga hari ini, PAS boleh menang sehingga 40 kerusi parlimen. Manakala   6 kerusi parlimen lagi masih ada harapan yang cerah. 
"Saya ingin memaklumkan, setakat analisis kami hingga hari ini PAS boleh menang sehingga 40 kerusi parlimen, insha'ALlah."
"Enam kerusi parlimen lagi masih ada harapan yang cerah. Manakala 30 kerusi lagi sedang diperjuangkan. Teruskan perjuangan sehingga ke hari terakhir." ujar beliau
"Teruskan perjuangan sehingga ke hari terakhir"tambah Zuhdi dalam kenyataan ringkas dipetik dari Facebook.

PR BUKIT KATIL LANCAR JENTERA TAWAN PARLIMEN DAN SEMUA DUN

Pakatan Rakyat Parlimen Bukit Katil melancarkan jentera PRU 13 di sebuah restoran di Malim Jaya petang tadi.

Majlis pelancarannya disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri, Adly Zahari; Pengerusi PKR Negeri, Shamsul Iskandar Md Akin dan Timbalan Pengerusi DAP negei, Lim Jak Wong.

Kira-kira 500 petugas ketiga-tiga parti hadir pada program yang mencatat sejarah kerana inilah julung kalinya petugas ketiga-tiga parti dilihat begitu mantap dan padu.

Pada majlis itu semua calon Parlimen dan 4 Dun dibawah parlimen Bukit Katil diisytiharkan. Walaupun pengisytiharan rasmi belum dilakukan oleh ketiga-tiga parti namun nama-nama yang dihebahkan pada majlis tersebut dilihat akan mewakili Pakatan Rakyat pada PRU 13 ini.

Antara pimpinan yang hadir dan menyampaikan ucapan pada program tersebut ialah Ketiga-tiga pimpinan negeri di atas, ketua-ketua parti diperingkat parlimen iaitu Sofi Wahab, PAS Kawasan Bukit Katil, Yusof Abdullah PKR Cabang Bukit Katil dan Khoo Poay Tiong DAP Bukit Katil.



MUHYIDDIN FITNAH TOK GURU, SILA TARIK BALIK DAN MINTA MAAF

Timbalan Presiden Umno yang mempunyai seorang anak yang 'solehah' memfitnah Tok Guru sehari dua ini.

Kenyataan Muhyiddin ini benar-benar suatu fitnah yang tidak boleh diterima.

Wahai Muhyiddin SILA MOHON MAAF dan TARIK BALIK fitnah kamu.

DEBAT BUKAN BUDAYA BN, TIRU BUDAYA BN

Pemimpin Umno sering menyatakan bahawa debat bukan budaya Umno. Agaknya tiru adalah budaya mereka sebab itu manifesto PR mereka tiru ..........khusus tentang penurunan harga kereta.

GEMPAR : MANIFESTO BN 'LIE TO ME'

RAKAMAN GAMBAR TERCATIT AYAT "LIE TO ME" KETIKA NAJIB SEDANG MENGHEBOHKAN MANIFESTO BN, KINI TERSEBAR DI INTERNET!!!! 

Sumber : FB Bumiputera Berjaya

PELAKON TERKENAL SOKONG PAS

Dramatis terkenal Abu Bakar Omar berikrar menyokong PAS dan membantu calon PAS parlimen Titiwangsa, Ahmad Zamari Asa'as Khuzaimi pada PRU 13 nanti.

Beliau pada program ceramah anjuran PAS Kawasan Titiwangsa malam tadir dan disarongkan dengan baju petugas PAS pada majlis tersebut.

Jelas sekali semua golongan telah sepakat menyokong PAS. Takbir ...
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter