MANIFESTO KEDUA BN : MENGGALAKKAN PENGELUARAN KLIP VIDEO PORNO???

BN telah melancarkan manifesto mereka minggu lepas. Tetapi rasanya mereka lupa memasukkan satu lagi tawaran kepada rakyat.

Kita mencadangkan supaya BN memasukkan tawaran tambahan iaitu menggalakkan lebih banyak klip-klip video porno bagi memastikan rakyat mudah memahami isu-isu semasa. Sejak akhir-akhir ini pengeluar klip-klip video ini begitu giat mengeluarkan filem dan klip video seperti itu. Klip-klip video seumpama itu ditayangkan di seluruh pelusuk negara dengan percuma. Kerajaan Umno/BN tidak pun menghalang tayangan-tayangan klip-klip video porno ini malah ada majlis yang dianjurkan mereka ditayangkan klip seperti ini.

Malam tadi dan hari ini satu lagi Klip Porno dikeluarkan.....kita pasti tidak akan ada tindakan dikenakan kepada tauke video ini ...........

Comments