.

.

08 April 2013

UMNO TAK MINAT BICARA SOAL AGAMA - BEKAS KETUA PEMUDA UMNO


Bekas Ketua Pemuda Umno Bahagian Gua Musang, Abd Aziz Awang pada ucapan sulung selepas muncul kali pertama di pentas PAS memberitahu beliau tidak mampu lagi bertahan dalam Umno kerana banyak masalah yang melanda parti itu.

“Pemimpin Umno tidak berminat untuk bercakap soal agama. Maka tidak hairanlah kita melihat pelbagai masalah menimpa pemimpin Umno sekarang. Begitu juga soal ekonomi yang hanya dipertahankan bagi kepentingan diri dan keluarga sahaja" ujar beliau pada ceramah anjuran PAS Gua Musang di padang Majlis Daerah Gua Musang malam tadi.

Sementara itu pada majlis yangs sama Tuan Guru Menteri Besar Kelantan, Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata rakyat hendaklah mengundi calon yang diketengahkan Pakatan bagi memastikan sebuah kerajaan baru di Putrajaya dapat diwujudkan pada PRU-13.

“Kalau tidak ada calon PAS yang bertanding hendaklah kita pilih calon PKR, dan kalau tidak ada calon PKR hendaklah kita pilih calon DAP.

“Manusia sekarang semakin cerdik kerana mereka mudah mendapat maklumat yang ada di sekeliling. Melalui maklumat itu membolehkan kita membuat pilihan yang lebih tepat dan terbaik,” katanya.

Sumber : Hdaily.

No comments:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter