PR MELAKA UMUM CALON ESOK?

Esok 13 April 2013, jam 11.00 pagi Pakatan Rakyat Negeri Melaka akan mengadakan sidang media di Pusat Media PRU 13, PR Melaka di Pejabat DAP, Lorong Pandan.

Besar kemungkinan PR Melaka akan mengumumkan beberapa orang lagi calon mereka. Difahamkan PAS sudah awal-awal lagi menyelesaikan isu calon mereka. Hanya DAP dan PKR yang masih diperingkat akhir pemilihan calon.

Setakat ini PAS telah menamakan 2 orang calon mereka iaitu Dr Mohd Khalid Kassim di Dun Bukit Baru dan Ustaz Mohd Khairi Abdul Aziz di Dun Ayer Molek. Manakala PKR menamakan Shamsul Iskandar di Parlimen Bukit Katil dan Abdul Rahim Ali di Parlimen Tangga Batu.

Comments