Menjelang PRU 13 pendapatan dukun, bomoh, tok sami, tok cha, bomoh siam, hindu dan sebagainya meningkat kerana ramai di kalangan pemimpin Umno/BN menggunakan bomoh untuk memastikan nama mereka dipilih menjadi calon. Mereka bukannya 'main' bomoh dan dukum tempatan sahaja malah sanggup pergi ke keluar negeri. Pantang dengar ada bomoh hebat sudah tentu mereka akan pergi 'berubat'.
Sekarang pendapatan mereka lebih banyak kerana ramai penyandang jawatan sebelum ini dikhabarkan tidak dipilih .....jadi masing-masing berusaha untuk memastikan nama mereka naik. Macam-macam usaha mereka buat. Bodek, gosok, sogok, rasuah, pujuk, rayu, menangis, guna bomoh dan macam-macam. Mereka bukannya kira halal, haram, dosa, pahala, syirik dan sebagainya yang penting aku dapat bertanding. Itu sahaja.
Malah kali ini pengguguran dilakukan dalam jumlah yang banyak. Maka ramailah yang susah hati .......hajat hendak menjadi YB, jadi menteri dan sebagainya berkencai. Karier politik mungkin berkubur.
Comments