PR BUKIT KATIL LANCAR JENTERA TAWAN PARLIMEN DAN SEMUA DUN

Pakatan Rakyat Parlimen Bukit Katil melancarkan jentera PRU 13 di sebuah restoran di Malim Jaya petang tadi.

Majlis pelancarannya disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri, Adly Zahari; Pengerusi PKR Negeri, Shamsul Iskandar Md Akin dan Timbalan Pengerusi DAP negei, Lim Jak Wong.

Kira-kira 500 petugas ketiga-tiga parti hadir pada program yang mencatat sejarah kerana inilah julung kalinya petugas ketiga-tiga parti dilihat begitu mantap dan padu.

Pada majlis itu semua calon Parlimen dan 4 Dun dibawah parlimen Bukit Katil diisytiharkan. Walaupun pengisytiharan rasmi belum dilakukan oleh ketiga-tiga parti namun nama-nama yang dihebahkan pada majlis tersebut dilihat akan mewakili Pakatan Rakyat pada PRU 13 ini.

Antara pimpinan yang hadir dan menyampaikan ucapan pada program tersebut ialah Ketiga-tiga pimpinan negeri di atas, ketua-ketua parti diperingkat parlimen iaitu Sofi Wahab, PAS Kawasan Bukit Katil, Yusof Abdullah PKR Cabang Bukit Katil dan Khoo Poay Tiong DAP Bukit Katil.



Comments