'Mantan' Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Rais Yatim mempertahankan tindakan BN menggunakan khidmat Jabatan Penerangan dalam acara anjuran parti itu, seperti yang dikesan dalam satu majlis di Kuala Lumpur.
Beliau berpendapat, BN yang masih dianggap sebagai kerajaan sementara pada masa ini boleh berbuat demikian selagi tempoh kempen pilihan raya belum bermula.
"Sekarang kita di dalam suasana lingkungan bidang tugas kerajaan sementara. Kerajaan masih wujud di bawah Perkara 43 (Perlembagaan Persekutuan) dan perkara yang melibatkan kuasa eksekutif – Perkara 38 (melibatkan) Majlis Raja-Raja dan juga Perkara 43 (melibatkan) kuasa lantikan menteri – menteri dan juga di bawah akta fungsi menteri, semua menteri berfungsi dan semua jabatan kerajaan seperti biasa.
"Tetapi apabila dimulakan hari penamaan calon, pada hari itu tidak boleh mana-mana jabatan kerajaan mengambil bahagian dalam apa jua program yang menampakkan membantu pilihan raya satu-satu parti," katanya.

Rais bercakap kepada pemberita dalam satu sidang media selepas satu majlis bersama sekumpulan pemuzik jalanan di di Kuala Lumpur petang ini.
Beliau ditanya mengenai kenderaan milik Jabatan Penerangan yang dikesan digunakan untuk membantu majlis perasmian pusat operasi pilihan raya BN pada hari Ahad lalu untuk kawasan parlimen Batu di Kuala Lumpur.
Ia melibatkan dua kenderaan kegunaan khas (SUV) dengan satu daripadanya dipasang pembesar suara dan satu van yang diparkir di lokasi berdekatan.
Bagaimanapun, usaha Malaysiakini untuk mendapatkan ulasan rasmi mengenai kemungkinan penyalahgunaan jentera kerajaan ditolak dengan keras oleh penganjur acara terbabit.
Wartawan Malaysiakini yang membuat liputan diherdik dan diancam untuk "dilepuk" oleh penganjur apabila memohon penjelasan berhubung kehadiran kenderaan tersebut pada majlis kempen BN.

Rais memang sengaja membutakan mata dan memekakkan telinganya tentang kejahatan Umno/BN menggunakan duit rakyat untuk berkempen bagi BN. Bukankah semua jentera kerajaan itu digerakkan menggunakan duit rakyat. Parti tidak boleh menggunakan duit rakyat untuk berkempen ..............
Comments