.

.

31 May 2013

PERSIDANGAN UMNO : NAJIB MULA PUCAT GIGI

Presiden Umno, Najib Razak yang gagal memberikan kemenangan besar kepada pada PRU 13 baru-baru ini sedang berada dalam keadaan keluh kesah akibat serangan dari luar dan dalam Umno sendiri. Manakan tidak dengan mandat minoriti 133 kerusi parlimen dan undi popular hanya 47 % Najib sepatutnya mengundurkan diri secara terhormat sebagaimana yang dilakukan oleh Pak Lah Badawi.

Tetapi Najib memang pemimpin yang tidak bermaruah masih sanggup menebalkan mukanya terus memerintah Malaysia walaupun dengan mandat yang kecil dan undi popular yang minoriti. Pencabarnya dalam Umno sudah pasti sedang mengatur strategi untuk memastikan Najib undur diri secara terhormat atau dihalau dari Seri Perdana secara 'paksa'.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan beliau dicabar dalam pemilihan parti itu tahun ini - menjawab beliau tidak tahu tetapi menegaskan bahawa umno adalah sebuah parti yang demokratik.

Menjawab soalan wartawan selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di ibunegara petang ini, Najib berkata: 

"Anda semua tahu Umno adalah parti yang demokratik.

"Jadi saya tidak tahu (sama ada akan dicabar).

"Kita perlu terima Umno adalah parti yang terbuka - tidak seperti parti-parti lain," kata Najib sambil ketawa kecil dalam sidang media selepas mesyuarat MT Umno di PWTC petang tadi.

30 May 2013

NURUL IZZAH SILAP PERCATURAN!!!!!!

Naib Presiden PKR, YB Nurul Izzah Anwar dihalang dari memasuki Sabah. Sesampainya di Lapangan Terbang Kota Kinabalu beliau dihalang oleh Jabatan Imigresen Sabah. Biasalah bila tanya sudah tentu mereka akan jawab arahan ..............

Nurul Izzah sebenarnya tersilap langkah. Lain kali kalau hendak masuk Sabah atau Sarawak beliau kena naik Kapal Laut atau Bot atau mungkin juga Jet Ski. Ambil contoh orang Sulu mereka naik sampan, bot, perahu pancung dan sebagainya. Mereka langsung tidak dihalangkan......

Jadi kepada pemimpin PR kalau hendak ke Pulau Borneo sediakan bot baru boleh masuk Sabah atau Sarawak.

Menurut ahli Parlimen (MP) Lembah Pantai itu, pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sedang mengatur untuk menghantarnya pulang.

"Saya ditahan oleh imigresen Sabah dan diarah pulang oleh pejabat ketua menteri Sabah. Beginilah nasib demokrasi pasca-PRU13. Just you wait BN" tulis Nurul dalam twitter pada kira-kira jam 7.30 petang ini.

Katanya, beliau tidak dibenarkan berjumpa MP Penampang, Darell Leiking yang bertindak sebagai peguamnya.

Nurul Izzah adalah naib presiden PKR yang kedua tidak dibenarkan masuk ke Sabah. Sebelum ini, naib presiden PKR yang juga MP Batu Tian Chua disenaraihitam oleh imigresen Sabah tidak lama selepas kejadian Lahad Datu berlaku pada bulan Februari.

"Terdapat MP lain yang tidak akan dibenarkan masuk ke Sabah. Apabila ditanya nama (mereka yang tidak akan) dibenar masuk, (pihak imigresen berkata ia) dianggap rahsia," kata Nurul Izzah.

Sebelum ini, Hilman Idham, pembantu Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, juga tidak dibenarkan memasuki negeri ini, bersama-sama dengan ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 Syukri Razab, yang berasal Sabah.

Pada kira-kira 8.20 malam, Nurul menulis dalam twitter bahawa beliau tidak dibenarkan bertemu peguamnya dan diiringi tiga pegawai imigresen Sabah menaiki kapal terbang.

Sumber : Mkini.

PESANAN SAFWAN ANANG KEPADA RAKYAT MALAYSIA

Saya baru pulang berjumpa suami di Penjara Sungai Buloh bersama dengan ayah, kakak dan abang ipar. Disebabkan beliau masih sedang dalam tempoh kuarantin, maka hanya ahli keluarga sahaja yang dibenarkan masuk.

Setelah mendaftar, saya dibenarkan bertemu beliau di bilik nombor 16. Saya bukanlah sehebat ibunda Wan Azizah yang sudah biasa dengan prosedur penjara. Jadi, dalam hati saya, debarannya tetap... ada.

Sesampainya di bilik 16, saya nampak suami saya. Kelihatan wajah beliau sangat tenang menanti kami di sebalik bilik separuh kaca separuh simen.
Saya hanya boleh berkomunikasi dengan beliau menerusi telefon sahaja. Di belakang kami, ada pegawai yang memerhati. Pertama kali saya melihat beliau, saya tersenyum. 
Lega beliau masih dalam keadaan yang baik. Sosok yang berada di sebalik tingkap kaca tebal itu adalah suami saya. Rambutnya sudah dipotong dan beliau memakai baju banduan berwarna ungu, bernombor 3130 2770 seperti banduan yang lain. 
Bezanya, suami saya bukan penjenayah. Suami saya hanya seorang yang tegas dengan prinsipnya. Beliau tidak bersalah. Beliau bukan penjenayah.

Saya angkat gagang telefon dan beliau memberi salam. 
Beliau bertanyakan kesihatan saya dan kandungan. Saya sebak. 
Saya merindui suami saya. Tapi air mata masih ditahan supaya beliau terus bersemangat melihat saya. Beliau kelihatan ceria. 
Saya bertanya pula tentang keadaan beliau. Beliau katakan beliau sihat dan dalam keadaan yang baik. Pegawai penjara menghormati dan melayani beliau dengan profesional, dan saya berterima kasih tentang itu. 

Beliau ceritakan bahawa beliau bersama-sama dengan dua orang yang lain di dalam satu sel. Hanya diberikan selimut dan tidur di atas lantai. 
Beliau katakan, "Ini biasa, macam tamrin (latihan kepimpinan ketika di Universiti Malaya)", dengan nada bergurau. 
Seperti biasa, ada tandas tanpa pintu untuk dikongsi beramai-ramai. Melihat ketenangan beliau bercerita, saya kembali tenang.

Saya tanya, "Abang buat apa dalam sel?" Kata beliau, "Abang ulang hafalan al-Quran. Waktu solat abang jadi imam." Alhamdulillah.

Beliau ada amanat besar yang ingin disampaikan kepada semua yang berada di luar:

"Saya tetap dalam keadaan bersemangat walaupun saya terkurung di dalam jeriji besi. Ini pesan saya; teruskan bersolidariti, selamatkan demokrasi."

"Segala bentuk pertuduhan yang berlaku di bawah akta hasutan atau undang-undang zalim yang lain dalam keadaan sekarang adalah perancangan yang jahat dan bermotifkan politik untuk menggelapkan penipuan SPR serta kerajaan UMNO-BN dalam pilihanraya."

"Saya akan keluar daripada jeriji besi ini. Tunggu saya di luar dan kita akan buat perubahan yang lebih besar!"

Setelah 15-20 minit bertemu beliau, datang seorang pegawai penjara memberi isyarat. Masa sudah tamat dan saya harus meletakkan gagang. 
Beliau berpesan supaya saya menjaga diri dan kandungan. 
Beliau tegaskan sekali lagi supaya saya sampaikan kepada rakyat di luar sana untuk tunggu beliau di luar. Tak lama lagi beliau akan keluar daripada jeriji besi dan meneruskan momentum perubahan.

Pertama kali dalam hidup saya, saya menziarahi seseorang di penjara. Anehnya, saya datang dalam keadaan berbangga. Kerana suami saya bukan penjenayah. Suami saya pejuang kebenaran, yang rela berkorban demi menegakkan kebenaran, melawan kezaliman.

Saya menyeru semua rakyat turun bersama bersolidariti sekali lagi malam ini, jam 8 malam di hadapan Penjara Sungai Buloh untuk memberikan sokongan kepada Safwan Anang, bersama-sama bangkit melawan penipuan SPR dan UMNO-BN dalam pilihanraya. Hidup Mahasiswa, Hidup Rakyat! #We Are All Safwan Anang


Oleh : Masturah Abu Bakar, isteri Safwan Anang.(http://wargamarhaen.blogspot.com)

HARGA KERETA AKAN TURUN DALAM MASA TERDEKAT?

BN telah mengemukakan manifesto yang antara lain mereka berjanji untuk menurunkan harga kereta. Hebat manisfesto BN sama macam manifesto parti lain di sebuah negara lain...hu hu.

Hari ini saya yakin BN akan melaksanakan manifesto ini secepat mungkin. Tetapi yang mungkin ia bukan harga kereta yang bertayar empat, tetapi kereta yang boleh diturunkan harganya ialah kereta tolak beroda satu yang sering digunakan untuk mengangkut barang, buah kelapa sawit dan sebagainya.

Maka bolehlah rakyat Malaysia membeli kereta tolak untuk digunakan ke sana ke mari. Syabas rakyat Malaysia kerana masih mahu harga kereta yang mahal ..........

29 May 2013

TAHNIAH KEPADA 4 EXCO SELANGOR DARI PAS

Tahniah kepada 4 orang Adun PAS yang dilantik sebagai Exco iaitu Iskandar Abd Samad, Dr Halimah Ali, Dr Ahmad Yunos Hairi dan Ustaz Solehin Mukhyi.

Bacaan berita selanjutnya di sini

Gambar sekadar hiasan.

28 May 2013

SAFWAN ANANG DAN HARIS IBRAHIM DITANGKAP

Safwan Anang ditangkap lebih kurang jam 7malam tadi di kediaman beliau di Sungai Buloh dan sekarang dibawa ke IPD Dang wangi dipercayai ditahan kerana menyertaiHimpunan 505 di Amcorpmall Sabtu lepas..Sempat saya menghubungi isteri beliau Saudari Masturah Abu Bakar dan mohon untuk sama-sama bersolidariti atas kezaliman ini..

Manakala Haris Ibrahim juga ditangkap ........

Sumber : FB Kengkawan.

27 May 2013

JADILAH AHLI PAS SEBAGAI BUKTI KITA MAHU TEGAKKAN KERAJAAN ISLAM

Dapatkan borang keahlian PAS di link ini. Sahabat-sahabat yang belum menjadi ahli PAS boleh download borang keahlian PAS ini. Isi dan serahkan kepada Pejabat PAS terdekat. 

Sahabat di Melaka boleh hantar ke Pejabat PAS di Semabok, Lebuh AMJ talian 062841780. 

Atau kepada PAS PAS Kawasan Bkt Katil depan Masjid Bukit Katil sebelah Kedai Jimat Kg Bukit Katil talian 062672239. 

DAP PINGGIRKAN MELAYU?

UMNO usah bersikap terlalu angkuh sehingga menganggap partinya begitu penting dan tempat bergantung bagi semua rakyat, terutama orang Melayu.

Gambaran kepada umum seolah-olah UMNO itu seperti “tuhan” yang menganggap dia pemberi rezeki kepada orang Melayu dan seolah-olah tanpa UMNO orang akan mati.

Buka setakat itu, malah seolah-olah tanpa UMNO, Raja Melayu akan hilang kuasa dan pupus dan agama Islam di negara ini akan terancam.

Ahli Parlimen Raub,  Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz berkata, UMNO juga menunjukkan keangkuhan menerusi media kawalan mereka membuka pekung sikap hipokrit dan pembohongan terhadap gagasan 1Malaysia tajaan Perdana Menteri, Najib Razak sendiri.

“Setiap rakyat Malaysia bekerja keras demi meneruskan kehidupan, bagaimanapun, sikap bongkak UMNO menggambarkan kepada rakyat betapa kejinya permainan politik mereka berhadapan sindrom penafian akibat ditolak majoriti rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) baru-baru ini.

Kenyataan itu adalah rentetan polemik “Apa lagi Cina mahu” yang dimainkan Utusan Malaysia sehingga saat ini seolah-olah ingin memberitahu rakyat Malaysia bahawa apa yang diperoleh Cina adalah hasil pemberian dan ehsan UMNO.

“Bayangkan jika demikian sikap UMNO kepada bangsa Cina, bagaimana pula sikap mereka kepada bangsa sendiri (Melayu)?

“Najib adalah hipokrit terulung daripada UMNO. Apa jadi dengan konsep 1Malaysia? Suatu impian sebuah negara yang inklusif iaitu semua bangsa sebagai stakeholders yang sama taraf dalam sebuah negara hancur berkecai.

“BN mendapat 133 kerusi Parlimen tetapi kalah dalam undi popular. Ia disalahkan pula kepada “Tsunami Cina”. Adakah ini langkah pertama Najib mahu menonjolkan dirinya lebih Melayu daripada Melayu lain?” soalnya.

Datuk Mohd Ariff dalam temubual eksklusifnya dengan Roketkini.com sebelum ini juga pernah menyatakan bahawa  apa yang ditunjukkan kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng di Pulau Pinang cukup untuk membuktikan bahawa DAP mengambil berat terhadap orang Melayu dan agama Islam.

“Ini pun sudah cukup sebagai bukti kukuh DAP tidak pinggirkan orang Melayu. UMNO boleh cakap apa saja pun,” katanya.-Roketkini.com

PANTUN BUAT PEMIMPINKU

Buah Belimbing Masak Layu
Buah Kendondong Masam Manis 
Suara Tangisan Mendayu-dayu
Rupanya Rakyat Sedang Menangis 

Ikan Siakap Ikan Duri
Ikan Gelama Ikan Kembong
Pemimpin Cekap Jadi Pencuri
Rakyat Ditipu Oleh Pembohong 

Ular Sawa Bersalin Kulit
Ular Lidi Tidur Tak Bangkit
Rakyat Leka kena Ulit
Pemimpin Mati Atas Duit

Kambing Gurun Baka Baik
Kambing Boer Besar Gajah
Semua Barang Harga Naik
Rakyat Sengsa Hidup Susah


Gambar sekadar hiasan.

TAKZIAH BUAT SAHABATKU SDR JIMADIE (MALAYSIAKINI).

Takziah buat sahabatku Sdr Jimadie (Malaysiakini) atas pemergian putera tersayang yang pulang ke Rahmatullah jam 10.11 pagi tadi. Semoga roh anakandanya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama roh para anbia, syuhada dan solihin. Al Fatihah Amin. 

26 May 2013

JADIKAN BAJU HITAM BLACKOUT SEBAGAI BAJU TEMA RAYA TAHUN INI

Saya cadangkan kepada semua sahabat dan kengkawan untuk menjadi baju hitam Blackout sebagai baju raya seisi keluarga tahun ini. Mari kita tunjukkan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa kita semua tidak rela ditipu oleh Umno dan pencacainya ....

Ayuh kita hitamkan Malaysia ...........tahun ini.

Hitam dari atas sampai kaki ........

MASALAH DALAM KELAMBU JANGAN JAJA SATU MALAYA


Seorang yang berjiwa besar akan memohon maaf jika buat kesalahan. Saya mohon maaf jika saya ada menghentam sesiapa terutama hentam Ulama'. 

Ulama' pula juga perlu mohon maaf jika melakukan kesilapan dan kesalahan.

Saya dengan ini memohon maaf kepada sesiapa sahaja jika saya melakukan kesalahan dan kesilapan selama ini. Musuh sedang mengatur strategi untuk menangguk di air keruh. 

Bersatu melawan musuh, jangan biarkan musuh menyelinap dan memasukkan jarum dalam perjuangan kita. 

Hormati kawan dan pendirian masing-masing. Jangan burukkan kawan dikhalayak ramai, sentiasa maaf memaafkan. Sedar akan kelemahan dan kelebihan masing-masing, jangan berlagak jadi boss, kita semua pejuang, yang lemah kita bantu, yang kuat jangan perasan dan berlagak....rakyat sedang memerhatikan kita semua. 

Selagi saya tegaskan jangan beri peluru pada musuh, segala masalah boleh diselesaikan. Masalah anak beranak jangan dok jaja satu Malaya .....
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter