PERSIDANGAN UMNO : NAJIB MULA PUCAT GIGI

Presiden Umno, Najib Razak yang gagal memberikan kemenangan besar kepada pada PRU 13 baru-baru ini sedang berada dalam keadaan keluh kesah akibat serangan dari luar dan dalam Umno sendiri. Manakan tidak dengan mandat minoriti 133 kerusi parlimen dan undi popular hanya 47 % Najib sepatutnya mengundurkan diri secara terhormat sebagaimana yang dilakukan oleh Pak Lah Badawi.

Tetapi Najib memang pemimpin yang tidak bermaruah masih sanggup menebalkan mukanya terus memerintah Malaysia walaupun dengan mandat yang kecil dan undi popular yang minoriti. Pencabarnya dalam Umno sudah pasti sedang mengatur strategi untuk memastikan Najib undur diri secara terhormat atau dihalau dari Seri Perdana secara 'paksa'.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan beliau dicabar dalam pemilihan parti itu tahun ini - menjawab beliau tidak tahu tetapi menegaskan bahawa umno adalah sebuah parti yang demokratik.

Menjawab soalan wartawan selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di ibunegara petang ini, Najib berkata: 

"Anda semua tahu Umno adalah parti yang demokratik.

"Jadi saya tidak tahu (sama ada akan dicabar).

"Kita perlu terima Umno adalah parti yang terbuka - tidak seperti parti-parti lain," kata Najib sambil ketawa kecil dalam sidang media selepas mesyuarat MT Umno di PWTC petang tadi.

Comments

Anonymous said…
Berwaspada Kuasa Asing yang telah la ma merancang semua ini...dan sudah melatih dengan penuh strategik. Begitu liciknya Yahudi melalui Amerika dan Agensi-agensi proksinya.

http://rainbowoftruth.blogspot.com/2013/06/bukan-kuasa-rakyat-tapi-kuasa-asing.html
Anonymous said…
Making Ones own Outdoor Residence Cinema

Feel free to visit my blog post socialite
Anonymous said…
memang demokratikla tu, mcm dlm pru juga, kan umno...
najib x yah tunggu kena singkir la, lebih baik undur cara terhormat. Jgn tamak kuasa,nanti pecah nelah umno tu, ramai yg dah standby,mahathir pun dah bagi 'big signal'...
Anonymous said…
berhati2 lah semua...yahudi dan amarika sudah gagal dalam memastikan umno dan najib terus berkuasa...