.

.

30 October 2010

GAMBAR-GAMBAR MBMB RAKUS TIDAK BERTAMADUN




PRK GALAS : BN JANJI JAMBATAN LAGI

BN tidak serik-serik berjanji untuk membina jambatan di Kelantan khususnya pada musim pilihanraya.

BN benar-benar tidak serik dengan cara politik lama mereka apabila menjanjikan pembangunan kepada pengundi. BN sebenar tidak mempunyai modal untuk berkempen lantaran terlalu banyak isu yang membabitkan kerajaan BN pusat dan Umno di Kelantan.

Jelas BN tidak sedar bahawa modal kempen untuk buat jambatan ini tidak laku di Kelantan lebih-lebih lagi jambatan di Manek Urai pun masih tiada bayang.

Hari ini 'Menteri Besar' Kelantan dalam mimpi, Awang Adek berkata beliau akan membuat cadangan kepada kerajaan pusat untuk membina jambatan di Kampung Batu Papan.

SOLAT HAJAT PERDANA MOHON ALLAH BALAS KEZALIMAN SELASA INI

Penduduk Bukit Katil yang mana surau, Tadika PASTI dan rumah mereka akan dirobohkan kerana pengambilan tanah oleh kerajaan untuk dibuat jalan akan mengadakan solat hajat perdana dan bacaan Yasin pada 2 November, Selasa ini.

Program ini akan bermula dengan solat maghrib berjemaah dan berakhir selepas solat hajat. Solat ini akan dipimpin oleh Ketua Dewan Ulama' PAS Negeri Melaka, Ustaz Zulkifli Ismail.

Umat Islam yang dizalimi akan bermunajat kepada Allah supaya surau, PASTI dan rumah serta tanah mereka diselamatkan oleh Allah. Selain itu mereka juga memohon kepada Allah supaya sesiapa sahaja yang menzalimi mereka akan dibalas oleh Allah S.W.T.

MBMB ZALIM ROBOHKAN PAPANTANDA PUSAT ADUAN RAKYAT



Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bertindak dengan tidak bertamadun merobohkan papantanda Pusat Aduan Rakyat DUN Bukit Baru pada jam 2.45 petang tadi. Seramai kira-kira 30 penguatkuasa MBMB bagaikan samseng bertindak memotong kerangka papantanda tersebut menggunakan pemotongan gas.
Mereka hanya mengambil masa kira-kira 10 minit merobohkan papantanda tersebut. Penyelia DUN Bukit Baru, Cikgu Yusof Wahab yang berada di tempat kejadian cuba menghalang tindakan rakus tersebut tetapi beliau telah dipegang oleh 3 orang penguatkuasa MBMB.

Tindakan tersebut jelas merupakan suatu tindakan zalim di mana mereka langsung tidak mahu berbincang dan menggunakan budi bicara sebelum mengambil tindakan merobohkan papantanda tersebut.

Selain dari merobohkan papantanda tersebut MBMB juga bertindak menggunting banner membantah perobohan surau dan tadika PASTI.

Penyelia DUN Bukit Baru dalam kenyataannya petang tadi kesal dengan tindakan zalim MBMB yang jelas bertindak atas kepentingan politik Umno/BN.

"PAS parti berdaftar dan kami sepatutnya bebas untuk memasang papantanda parti kami di premis kami sendiri, mengapa mereka bertindak begitu rakus seolah-olah kami rakyat kelas kedua".

"Kami tidak akan berganjak dan akan terus bersemangat mempertahankan hak dan syiar kami" tegas Cikgu Yusof Wahab.

29 October 2010

SIDANG MEDIA PUN SB MENYIBUK

Pagi tadi PR Melaka mengadakan Sidang Media tentang perobohan Surau dan PASTI Bukit Katil di Pusat Aduan Rakyat DUN Bukit Baru di Kampung Bukit Katil.

Sidang media tersebut dihadiri oleh ADUN DAP, Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka, Penyelia DUN Bukit Baru dan beberapa pimpinan PR Bukit Katil.

Ketika 'Press Statement' dijalankan SB-SB pun sibuk berlakon seolah-olah mereka juga wartawan. Memang muka tak malu datang tak berjemput berambus pun tidak dihalau.

GALAS : RUMAH DAPAT SPITAL DAPAT LEPAS INI DAPAT UNIVERSITI?

Sebagaimana biasa setiap kali Pilihanraya Kecil sudah tentu rakyat di kawasan tersebut akan mendapat 'durian runtuh'. Itulah untungnya rakyat bila ada pilihanraya kecil.

Ada sahaja projek besar yang hendak dilaksanakan oleh BN. Di Galas sehari dua ini rakyat digula-gulakan dengan projek rumah PPR iaitu projek perumahan rakyat dengan jumlahnya 1,500 unit dengan kos yang amat rendah kata pemimpin BN.

Semalam Tok Pa pula membuat kenyataan bahawa Hospital Gua Musang hampir siap selepas tergendala lama, semuanya kerana kehebatan BN kata Tok Pa.

Agaknya sehari dua lagi orang Galas dan Gua Musang akan dapat macam-macam lagi termasuk Universiti. Namun semua itu baru janji belum tentu lagi. Alangkan jambatan Manek Urai yang sudah bertahun dijanjikan pun belum nampak bayangnya.

MELAKA MAJU 2010 : NAMUN MINDA PEMIMPIN MASIH MUNDUR

Setelah Melaka diumumkan sebagai negeri maju saya jangkakan minda pemimpin BN Melaka juga turut maju sejajar dengan status 'negeri maju'.

Namun jangkaan saya meleset apabila minda mereka semakin mundur ke belakang. Malam tadi sekali lagi ceramah PR diganggu oleh Umno/BN dengan mengadakan ceramah kira-kira 50 meter dari ceramah PR di Pekan Bukit Baru. PAS/PR mengadakan ceramah di Pejabat PAS cawangan berhadapan dengan Flat Siantan manakala UMno/BN menganggunya dengan mengadaan tayangan VCD dan ceramah di kawasan lapang bersebelahan.

Malang sekali Polis hanya membiarkan Umno/BN mengadakan ceramah di kawasan awam.

Terbuktinya pemimpin Umno/BN jauh lebih mundur dari segi minda mereka. Layakkah orang seperti ini menjadi pemimpin sebuah negeri 'maju'.

Diajak berdebat mereka takut dan kecut. Tetapi pada masa yang sama terus berperangai macam budak hingusan mengacau ceramah PR. Cabaran Pesuruhjaya PAS Ustaz Abdul Ghani untuk berdebat dengan Ketua Menteri sehingga sekarang tidak bersahut.

LAPORAN KETUA AUDIT 2009 : RM13.85 JUTA WANG ZAKAT DIDAHULUKAN UNTUK BINA KOMPLEKS MAIM

Majlis Agama Islam Melaka – Pengurusan Hartanah Majlis Agama Islam Melaka

Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah menetapkan objektif untuk memastikan semua harta wakaf dan baitulmal diletak hak di atas nama MAIM selaras dengan kuasa yang diberi di bawah Seksyen 77 dan 78 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) Tahun 2002.

Pada keseluruhannya pengurusan hartanah MAIM adalah kurang memuaskan kerana telah mengakibatkan kerugian kepada MAIM dan kaedah pengurusan hartanah yang tidak teratur.

Kelemahan yang diperhatikan ialah pembangunan tanah oleh MAIM yang dijalankan secara usaha sama, projek pengubahsuaian Kompleks Perniagaan Al-Azim, kaedah pelaksanaan pengurusan hartanah, penyelenggaraan rekod hartanah dan pemantauan hartanah MAIM.

Projek pembangunan secara usaha sama dengan Regal Merger Sdn. Bhd (RMSB) telah gagal kerana RMSB telah mengingkari perjanjian dengan tidak membina Kompleks MAIM sehingga tamat tempoh perjanjian pada bulan Jun 2004.

Kegagalan penguatkuasaan perjanjian projek usaha sama ini telah mengakibatkan MAIM mendahulukan wang zakat sejumlah RM13.85 juta untuk pembangunan Kompleks MAIM. Juga berlaku kecuaian oleh pihak MAIM yang mengakibatkan tanah milik MAIM terjual kepada pihak ketiga oleh RMSB walaupun pada ketika itu perjanjian usaha sama telah dibatalkan.

Manakala, kos projek pengubahsuaian Pejabat Jabatan Agama Islam Melaka telah ditanggung oleh MAIM melalui pendahuluan dari peruntukan Baitulmal berjumlah RM1.80 juta. Pemantauan yang tidak berkala dan berterusan oleh pihak MAIM telah mengakibatkan berlakunya kelewatan pendaftaran tanah wakaf, pencerobohan tanah baitulmal dan lokasi tanah wakaf tidak dapat dikesan.

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2009 : DUIT RAKYAT HANGUS UNTUK BELANJA URUS KENDERAAN

Jabatan Ketua Menteri Melaka (JKMM) telah membelanjakan sejumlah RM2.47 juta bagi tempoh tahun 2006 hingga 2009 untuk perolehan 17 buah kenderaan baru.

Manakala Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam tempoh yang sama telah membelanjakan sejumlah RM2.29 juta untuk perolehan 20 buah kenderaan baru.

Secara keseluruhannya pengurusan kenderaan JKMM adalah tidak memuaskan kerana terdapat kelemahan yang telah mengakibatkan kerugian kepada Kerajaan Negeri dan pembaziran wang awam.

Kelemahan yang perlu diberi perhatian ialah pengurusan kad inden minyak yang tidak dipantau sehingga menyebabkan berlakunya pengisian minyak dalam tempoh yang singkat. Kos penyenggaraan kenderaan yang tinggi melebihi harga perolehan kenderaan antara 143% hingga 281% dalam tempoh lima tahun dari tarikh perolehan.

Selain itu berlakunya pembaziran pembelian Sistem Pengesanan Automatik Kenderaan (AVLS) sejumlah RM96,350 yang tidak digunakan. Pengurusan kenderaan di JKR adalah memuaskan kecuali kelewatan tindakan pelupusan bagi membolehkan penggantian kenderaan baru.

BANNER BELA RAKYAT DITANGGALKAN

Pasukan petugas majlis kerajaan tempatan bertindak menanggalkan banner yang dipasang oleh rakyat di Jalan Dato Demang Hussein yang membantah pengambilan tanah dan perobohan surau dan Tadikan PASTI semalam.

Tindakan tersebut disifatkan melampau kerana rakyat hanya mempertahankan hak mereka. Rumah Allah yakni surau yang menjadi tempat mereka bermunajat dan menuntut ilmu akan dirobohkan bersama dengan PASTI yang menjadi tempat anak-anak mereka diasuh dengan ilmu Islam.

Kira-kira 20 pegawai terbabit menanggal banner yang dipasang berdekatan Pusat Aduan Rakyat (PAR) DUN Bukit Baru.

HAB HIBURAN : UMNO/BN PINGGIRKAN ULAMA

Setiap kali kerajaan BN ingin melaksanakan sesuatu perancangan mereka jarang sekali atau mungkin tidak pernah langsung bertanya kepada Ulama' tentang halal haram baik buruknya sesuatu program.

Inilah yang berlaku dalam isu Hab Hiburan yang dicadangkan oleh Najib Razak. Pandangan ulama' diketepikan atau mungkin juga ulama dalam kerajaan sendiri mengHALALkannya.

Mana mungkin ulama' yang mengampu kerajaan berani berkata benar kepada boss mereka. Di mana Jamil Khir dan Mashitah dalam isu ini. Tidak ada pun pandangan dan nasihat dari kedua-dua 'ulama' Umno ini disiarkan dalam media. Jelas mereka hanya menjadi bahan tunggangan untuk menghalalkan apa sahaja yang ingin dilaksanakan oleh boss mereka.

Malang sekali bila ulama takut kepada umara, hancur sebuah negara dan tamadun. Sudah sampai masanya ulama' yang bersekongkol dengan kerajaan memuhasabahkan diri mereka tentang peranan dan nilai mereka dalam kerajaan. Adakah suara dan nasihat mereka dihormati atau mereka dipinggirkan.

Rakyat juga mesti mengambil iktibar dalam isu ini. Mereka mesti menilai apakah kerajaan BN benar-benar ikhlas dalam menjalankan kerja-kerja Islam sedangkan pada masa yang sama mereka terus melanggarkan hukum Islam malah menggalakkan kerja-kerja mungkar yang sudah pasti akan merosakkan rakyat.

28 October 2010

MELAKA MAJU 2010 : MASALAH KUMBAHAN PUN TAK SELESAI

Sepanjang dua tahun lalu, kira-kira 500 penduduk sekitar Kampung Limbongan, Melaka terpaksa menahan sabar akibat menghirup udara tercemar bau busuk saban hari di kawasan mereka.

Semua ini adalah gara-gara masalah saliran air kumbahan yang menimbulkan keresahan penduduk sekali gus mengakibatkan penduduk berdepan situasi tidak selesa terutama selepas waktu hujan.

Lebih memburukkan keadaan, air kumbahan pada saluran longkang di situ bertukar warna hitam pekat dan mengeluarkan bau yang busuk.

Keadaan tersebut mengakibatkan air kumbahan tidak dapat mengalir dengan lancar dan masalah menjadi serius apabila saliran yang terdapat di kawasan tambak laut tidak lurus.

Gambar : Longkang dibina untuk alirkan air kumbahan tapi tidak berfungsi dengan baik.

DEBAT MESTI DIADAKAN BERI PELUANG RAKYAT NILAIKAN CALON

Saya mencadangkan calon-calon yang bertanding pada PRK Batu Sapi dan Galas berdebat antara satu sama lain di hadapan rakyat bagi memberi peluang kepada rakyat menilai mereka sebelum membuat pemilihan.

Debat itu mesti dijalankan dalam Bahasa Malaysia.

Sesiapa sahaja samada BN atau PR boleh menjadi penganjur kepada debat tersebut. Moderatornya pula mestilah telus dan adil bukan di kalangan ahli politik. Rakyat dan media pula mesti diberi peluang mengemukakan soalan.

Media seperti TV dan radio mesti mengadakan siaran langsung ke seluruh negara untuk ditontoni dan diamati oleh rakyat Malasyia khasnya pengundi di kawasan masing-masing.

DAP KAFIR HARBI? ISU LAPUK DAN CARA POLIITK LAMA

Ketandusan idea, berpolitik cara lama, politik perkauman sempit - itu antara rumusan yang boleh saya buat bila melihat banner yang dipasang BN/Umno di Galas.

Rakyat Kelantan sudah mahir dan faham benar dengan isu ini. BN sekali lagi terperangkap.

Siapa Kafir Harbi? Tolong jawab soalan saya :-

1) Berapa ramai orang Islam yang telah dibunuh oleh DAP setakat ini.?? Sedangkan setahu saya 14 orang telah syahid di Memali kerana dibunuh oleh orang atau badan tertentu.

2) Berapa luas tanah orang Melayu yang telah dirampas oleh DAP?? Sedangkan tanah rezab Melayu semakin hari semakin kurang jika dibandingkan dengan 50 tahun dahulu ketika negara mula-mula merdeka. Siapa yang menggadaikan tanah rezab melayu ini???

3) Berapa banyak masjid dan surau yang telah dirobohkan oleh DAP??? Sedangkan semua orang tahu telah begitu banyak masjid dan surau dirobohkan oleh pihak berkuasa BN di Terengganu, Selangor dan lain-lain.

4) Berapa saham dan projek untuk orang Melayu dirampas oleh DAP??? Sedangkan projek dan saham ini dibolot oleh kroni-kroni orang tertentu!!

5) Berapa banyak hak dan kedaulatan Melayu di ragut di rampas oleh DAP??? Sedangkan semua orang tahu Hak Keistimewaan Raja-Raja Melayu telah dihadkan melalui pindaan perlembagaan pada era 90-an.

6) Berapa banyak hukum agama yang telah dihapuskan oleh DAP??? Sedangkan kerajaan sekarang yang diterajui oleh pemimpin Islam terus meminggirkan Hukum Islam, mengamalkan riba, meluluskan lesen judi, rumah urut, tempat maksiat dan sebagainya.......

HAB HIBURAN : RAKYAT MESTI BANGKIT TUMBANGKAN BN PADA PRU 13

Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Yusof Wahab berkata langkah kerajaan pusat mahu menjadi Malaysia sebagai hub hiburan sudah tentu akan menambahkan lagi pusat maksiat di negara kita.

"Tidak cukupkah pusat maksiat yang ada dinegara kita sekarang. Maksiat berleluasa sekarang sehingga ratusan ribu anak luar nikah dilahirkan di negara kita?"

"Tidak cukupkah masalah perzinaan dan gejala tidak bermoral berlaku di negara kita sekarang sehingga mengundang kerajaan ingin memperbanyakkan pusat-pusat maksiat yang sedia ada?"

Yusof berkata di Melaka sahaja kira-kira 3,111 anak luar nikah dilahirkan dari tahun 2007 hingga 2009 seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian beberapa minggu lalu di mana secara puratanya 2.8 orang anak luar nikah dilahirkan sehari.

"Kalau dengan pusat-pusat maksiat yang sedia ada melahirkan 2.8 orang anak luar nikah sehari kita bimbang lebih ramai anak luar nikah dilahirkan dan maksiat akan semakin bertambah dengan pertambahan kelab malam dan pusat hiburan seperti yang kerajaan rancang".

"Mengapa kerajaan tidak memikirkan kesan negatif akan perkara ini, bukannya mereka ingin mencegah kemungkaran malah menambahkan kemungkaran dan maksiat pula" ujar Yusof.

"Bukankah pergaulan bebas, pusat-pusat hiburan, kelab malam, dangdut, disko dan kewujudan hotel-hotel murah juga menjadi punca kepada mukaddimah zina yang akhirnya menyebabkan perzinaan dan maksiat lain berlaku" tambah Yusof.

"Tahniah kerana (kerajaan) berjaya menghancurkan rakyatnya dengan rancangan membina hub hiburan ini".

Menurut Yusof Program Tranformasi Ekonomi (ETP) yang dicadangkan kerajaan dengan memasukkan program membina hub hiburan ini menyalahi pelbagai perkara, termasuk gagasan Wawasan 2020 yang mahu negara ini maju dengan acuan sendiri.

"Budaya kelab malam ini bukan budaya Timur. Ia budaya Barat, budaya berfoya-foya, lebih malang lagi pekerja kelab-kelab ini nanti majoriti wanita Islam di mana lebih ramai wanita-wanita Islam akan rosak dan terjerumus ke kancah maksiat".

"Kita risau (jika) spa dan disko diperbanyakkan, keupayaan kita untuk membendung masalah sosial bertambah buruk," katanya ketika dihubungi di Pusat Aduan di sini pagi ini.

Menurutnya, rancangan itu "tidak sesuai" sebaliknya kerajaan perlu memikirkan kelainan untuk ditunjukkan kepada pelancong seperti melalui pusat makanan tradisional, muzium budaya atau program homestay.

"Saya berpendapat pelancong luar datang bukan nak untuk melihat kelab malam sebab di negara mereka kelab malam lebih canggih dan menarik," katanya.

Yusof berharap agar rakyat bangkit menentang rancangan ini dan jika kerajaan berdegil untuk meneruskannya rakyat boleh menggunakan kuasa undi menjatuhkan mereka pada Pilihanraya Umum akan datang.

Media semalam melaporkan bahawa Hub Hiburan ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Menurut perancangan Program Tranformasi Ekonomi (ETP) yang dikeluarkan semalam, ia adalah sebahagian daripada 12 projek permulaan (EPP) yang bertujuan memperkasakan sektor pelancongan agar ketibaan pelancong dapat dipertingkatkan.

Satu daripada 12 EPP itu adalah melonggarkan syarat ketat bagi penganjuran konsert dan majlis antarabangsa, yang sekarang ini dikatakan banyak menghindarkan penghibur antarabangsa ke negara ini.

Jumlah pelaburan yang diperlukan adalah RM467 juta dan akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan menjangkakan ia akan memberi pendapatan negara kasar sebanyak RM427 juta dan mewujudkan sebanyak 8,000 peluang pekerjaan

Lebih mengejutkan lagi EPP juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.

Langkah itu akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.

Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Ini akan menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudknan 5,614 pekerjaan baru menjelang 2020.

Untuk mencapai hasrat itu, liberalisasi beberapa peraturan hiburan akan dilaksanakan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan

Kawasan hiburan yang sedia ada dikatakan tidak memadai untuk mencapai pertumbuhan yang diharapkan memandangkan purata kadar penghunian hujung minggu bagi kelab malam di bandar adalah sebanyak 85 hingga 90 peratus.

BN BERI CANDU KEPADA ANAK MUDA?

Parti Islam Se-Malaysia PAS kesal terhadap cadangan kerajaan BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak yang mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP). Ini adalah petanda pemimpin negara ini sudah bangkrap idea dan muflis akhlak sehingga sanggup memperjudikan moral rakyat di negara ini. Kenapa pemimpin BN sanggup untuk mencadangkan idea yang melawan arus dan berpaling ke belakang seolah-olah tidak ada jalan lain untuk menjana kewangan di negara ini.

Ketika semua pihak memikirkan mengenai keruntuhan akhlak seperti buang bayi, perzinaan, gadis hilang, gadis lari rumah, pembunuhan, lumba haram dan sebagainya, tiba-tiba kerajaan boleh mencadangkan program yang boleh diibaratkan seperti meletak baja di sebelah tangan kanan dan mencurah racun di sebelah kiri. Apakah ini sabahagian daripada cadangan APCO Yahudi yang memang hendak menawan dunia melalui penaklukan moden tanpa pertumpahan darah sebaliknya dengan membunuh benih iman dan akhlak di negara ini.

Mereka mencari jalan pintas dengan mencadangkan perkara tersebut untuk meningkatkan pendapatan negara sebagai sebuah negara maju 2020. Lebih mengejutkan lagi Projek Penggerak Ekonomi (EPP) juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. Walaupun projek ini untuk menarik pelancong luar negara berhibur dan berbelanja, namun kesannya tetap akan dirasai oleh rakyat di negara ini.

Sebenarnya rancangan ini untuk menjadikan rakyat lalai dengan hidangan “candu hiburan” dan melupakan malapetaka rasuah yang terus mencengkam negara di tangga ke 56. Buktinya Indeks Persepsi Rasuah yang dijalankan oleh Transparency International (TI) tetapi mata yang dikutipnya terus merosot daripada 4.5 kepada 4.4. Markah itu membuktikan bahawa negara telah gagal mencapai sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang meletakkan sasaran mereka daripada 4.5 kepada 4.9 daripada markah maksimum -10 mata.

Laporan Ketua Audit Negara 2009 , menggambarkan kegagalan kerajaan Umno BN berterusan tidak menunjukkan kebolehan mengurus sehingga banyak berlaku ketirisan di banyak Kementerian. Walaupun dengan berbagai slogan yang dikemukakan seperti Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Program Transformasi Ekonomi (ETP), namun hasilnya adalah sama sahaja. Semuanya akibat kejahilan dan rosaknya integriti di kalangan pemimpin negara menyebabkan pelabur luar meluat untuk datang ke negara ini. Buktinya laporan yang dikeluarkan oleh Sekretariat Negara-Negara ASEAN, Malaysia hanya mampu meraih pelaburan bernilai USD 1, 381 juta sahaja pada 2009 berbanding USD 7, 318 juta pada 2008. Kejatuhan nilai pelaburan ini adalah yang tertinggi berbanding negara ASEAN lain.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

SAMPAI HATI SONGLAP WANG ZAKAT???

"Apa tidaknya, berbilion wang zakat dan selainnya diperuntukkan untuk umat Islam, tetapi keadaan yang kita lihat terus menyayat hati, sehingga ada keluarga yang terpaksa hidup di bawah jambatan di KL seperti yang dilaporkan media baru-baru ini.

"Ke mana pergi segala peruntukan ini?" soal pensyarah agama di Universiti Sains Malaysia (USM) itu.

Mungkinkah ada pihak yang sanggup 'songlap' wang zakat??? Tak takut Allah ke?

HUB HIBURAN : NGO MESTI BANGKIT TENTANG

Kenyataan NGO Melayu dan Islam yang menentang hasrat kerajaan BN menjadikan Malaysia hub hiburan saya sambut baik. Diharapkan mereka ini menentang dengan konsisten dan menterjemahkan dalam peti undi pada PRU ke 13 nanti.

Di bawah ini kenyataan beberapa pimpinan NGO tersebut.

PPIM

"Tahniah kerana (kerajaan) berjaya menghancurkan rakyatnya," kata Setiausaha Agung PPIM Datuk Dr Ma'amor Osman (kiri) sambil menyifatkannya sebagai pengkhianatan kepada pentadbiran perdana menteri sebelum ini, khususnya Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketika dihubungi Malaysiakini tengah hari ini, Dr Ma'amor - pemimpin NGO Islam yang dilihat agak 'rapat' dengan kerajaan - berkata, rancangan ETP itu menyalahi pelbagai perkara, termasuk gagasan Wawasan 2020 yang mahu negara ini maju dengan acuan sendiri.

"Budaya kelab malam ini bukan budaya Timur. Ia budaya Barat, budaya berfoya-foya.

"Saya ucap tahniahlah kerana berjaya mengkhianati negarawan negara (Dr Mahathir)," katanya.

Ditanya berhubung tindakan susulan PPIM bagi menyatakan menangani rancangan itu, Ma'mor berkata:

"Kita tak pergilah (ke kelab malam). Boikot pun tak guna. Tak ada ahli kita yang pergi ke kelab malam. Tunggu pilihan rayalah nanti."

GPMS

"Kita risau (jika) spa dan disko diperbanyakkan, keupayaan kita untuk membendung masalah sosial bertambah buruk," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Menurutnya, rancangan itu "tidak sesuai" sebaliknya kerajaan perlu memikirkan kelainan untuk ditunjukkan kepada pelancong seperti melalui pusat makanan tradisional, muzium budaya atau program homestay.

"Saya berpendapat pelancong luar datang bukan nak untuk melihat kelab malam sebab di negara mereka kelab malam lebih canggih dan menarik," katanya.

PPMM


"PPMM juga merafak sembah kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong agar mempertahankan jati diri kebangsaan yang berteraskan kepada Islam dalam setiap tindakan kerajaan," kata presidennya Zainul Rijal Abu Bakar dalam satu kenyataan.

BATU SAPI MUNDUR TAK CERITA, GALAS YANG DIWAR-WAR

Sabah sememangnya negeri paling miskin dan mundur di Malaysia. Jauh jika hendak dibandingkan dengan Kelantan. Namun media arus pengampu seolah-olah meletakkan Kelantan negeri paling terus dan mundur. Manakala Galas langsung tiada pembangunan jika hendak dibandingkan dengan Batu Sapi.

Hakikatnya tidak begitu. TV sendiri menayangkan bagaimana mundurnya Batu Sapi terutama di kawasan pedalaman. Ada jambatan pun runtuh hingga calon PKR Sendiri jatuh ke dalam air.

26 October 2010

'SYABAS' BN KERANA JADIKAN MALAYSIA PUSAT MAKSIAT TERHEBAT

Pentadbiran Perdana Menteri, Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Langkah ini sudah tentu akan menambahkan lagi pusat maksiat di negara kita.
Tidak cukupkah pusat maksiat yang ada dinegara kita sekarang.?
Tidak cukupkah masalah perzinaan dan gejala tidak bermoral berlaku di negara kita sekarang sehingga mengundang kerajaan ingin memperbanyakkan pusat-pusat maksiat yang sedia ada?


Media hari ini melaporkan bahawa Hub Hiburan ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan semalam, ia adalah sebahagian daripada 12 projek permulaan (EPP) yang bertujuan memperkasakan sektor pelancongan agar ketibaan pelancong dapat dipertingkatkan.

Satu daripada 12 EPP itu adalah melonggarkan syarat ketat bagi penganjuran konsert dan majlis antarabangsa, yang sekarang ini dikatakan banyak menghindarkan penghibur antarabangsa ke negara ini.

Jumlah pelaburan yang diperlukan adalah RM467 juta dan akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan menjangkakan ia akan memberi pendapatan negara kasar sebanyak RM427 juta dan mewujudkan sebanyak 8,000 peluang pekerjaan

Lebih mengejutkan lagi EPP juga mendangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.


Langkah itu akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.

"Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Ini akan menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudknan 5,614 pekerjaan baru menjelang 2020," petik laporan itu.

Untuk mencapai hasrat itu, liberalisasi beberapa peraturan hiburan akan dilaksanakan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan

Kawasan hiburan yang sedia ada dikatakan tidak memadai untuk mencapai pertumbuhan yang diharapkan memandangkan purata kadar penghunian hujung minggu bagi kelab malam di bandar adalah sebanyak 85 hingga 90 peratus.


Menerusi kerjasama dengan Greater KL/KV NKEA, dipersetujui bahawa lokasi berpotensi bagi kawasan hiburan baharu ialah kawasan di sekitar Central Market.

Kawasan ini akan direka bentuk untuk menarik pelancong dengan kemudahan 24 jam, keselamatan awam yang mencukupi, pengangkutan dan infrastruktur, tetapi ia akan kekal terpisah dari kawasan kediaman dan keagamaan.

Sumber : Malaysiakini

EKONOMI NEGARA SEMAKIN BAIK TAPI HUTANG MAKIN BANYAK, PELIK???

PELIK TETAPI BENAR - KERAJAAN DAKWA EKONOMI MAKIN BAIK TETAPI HUTANG MAKIN BANYAK

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang semalam mendedahkan bahawa hutang negara pada tahun lalu berjumlah RM362.39 bilion, iaitu paras yang paling tinggi dalam tempoh lima tahun.

Hutang itu mencakupi 53.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK), kali pertama keadaan itu berlaku dalam sejarah negara, kata beliau dalam laporan tahunan terbaru yang di bentangkan di Parlimen hari ini.

Hutang RM362.39 bilion ringgit yang disebut dalam laporan audit itu juga jauh lebih tinggi daripada RM233.92 billion yang disebut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Parlimen Jun lalu.

Ketika itu Najib juga mendakwa hutang itu hanya mencakupi 34.3 peratus KDNK.

Dalam laporannya hari ini, Ketua Audit Negara menjelaskan hutang kerajaan meningkat dengan mendadak kerana hutang dalam negara yang semakin membesar.

Hutang kerajaan di dalam negara (domestic debt) pada tahun lalu adalah RM348.60 bilion atau 96.2 peratus keseluruhan hutang Kerajaan Persekutuan.

Ekonomi negara dikatakan baik tetapi hutang makin banyak peliknya??????????

GALAS : KU LI HILANG DARI KEM BN?

Beberapa perasan bahawa Ku Li tiada di bawah khemah VIP semasa menunggu pengumuman calon yang sah bertanding di Galas sebentar tadi.

Maka ramai yang membuat spekulasi seolah-olah Ku Li tidak sebulu dengan pimpinan Umno Kelantan dan pusat.

Perkara ini segera dinafikan Stopa Mamat, Pengerusi Umno Kelantan. Tok Pa berkata bahawa Ku Li berada bersama penyokong BN dan beliau sendiri memilih untuk berbuat demikian.

Sebelum itu, Tok Pa berkata Ku Li sama-sama memimpin perarakan calon BN ke pusat penamaan calon.

PESTA BERJANJI, RASUAH, UMPAN DAN UGUT BERMULA

Sebaik sahaja penamaan calon selesai maka dengan rasmi pesta berjanji, memberi habuan, rasuah, sogok dan ugut pengundi bermula. Semua itu sudah menjadi 'wirid' BN pada setiap kali pilihanraya.

Akan ada 'Santa Klaus' yang menggoyangkan loceng membawa hadiah dan habuan kepada rakyat sebagai umpan supaya mengundi calon mereka. Mereka tanpa segan silu kepada rakyat dan Allah melanggar semua undang-undang ciptaan mereka sendiri dan ciptaan Allah. Halal haram tolak tepi yang penting mahu menang dan dapat habuan.

Bagi pemimpin sesetengah parti pula ini pesta untuk mendapat duit terpijak. Banyak peruntukan datang mencurah-curah malah duit 'cash' juga berterbangan dari 'langit'. Ada yang sempat dicekup dimasukkan ke dalam poket mereka. Upah penampal poster mereka 'pau' kerana bagi mereka ini peluang untuk mengsonglap apa sahaja yang sempat diambil.

Namun bagi PAS ini pesta untuk berbuat kebajikan dan menerangkan kepada rakyat tentang kebaikan dan kedaulatan Islam. Petugas PAS tidak diupah walau sesen pun hanya mengharapkan balasan dari Allah S.W.T.

Kepada rakyat Galas dan Batu Sapi berhati-hatilah jangan sampai maruah dan harga diri kita tergadai dek kerana habuan, janji, rasuah dan ugutan manusia yang lapar dan lahap kepada kuasa yang sedikit di atas dunia ini.

SAH 2 DAN 3 PENJURU DI GALAS DAN BATU SAPI

Pegawai pengurus pilihanraya DUN Galas memaklumkan telah menerima pencalonan dari dua orang calon.

Calon BN, Ab Aziz Yusof menyerah borang pencalonan pada jam 9.07 pagi, manakala calon PAS, Dr. Zulkefli Mohamed pula 9.33 pagi.

SPR juga menerima satu bantahan, bagaimanapun tiada calon yang ditolak pencalonan.

Sehubungan itu pertandingan satu lawan satu pada pilihan raya kecil Dun Galas pada 4 November ini.

Di Batu Sapi pula, pegawai pengurus pilihan raya mengumumkan mereka yang layak bertanding adalah , Ansari Abdullah(PKR, Linda Tsen(BN-PBS) dan Yong Teck Lee (SAPP).
Tiada bantahan yang diterima.

Sementara itu Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata pertarungan sengit dijangka berlaku di Batu Sapi kerana terdapat 3 calon yang bertanding. Sementara PAS katanya, selesa di hadapan pada Pilihanraya Kecil DUN Galas.

Suasana hari penamaan calon di kedua-dua kerusi menggambarkan bahawa kempen akan berlaku dengan sengit memandangkan semangat berkobar-kobar yang ditunjukkan oleh penyokong PAS dan PR.

Di pihak BN mereka kelihatan biasa mungkin kerana jumlah mereka yang jauh kurang berbanding dengan penyokong PR khususnya di Galas.

BERITA TERKINI : PROSES BANTAHAN TAMAT, 3 DAN 2 PENJURU

Pertandingan 2 penjuru berlaku di Galas dan 3 penjuru di Batu Sapi. Tiada calon bebas bertanding kali ini.

Dr Zulkefli Ahmad akan ditentang calon BN, Aziz Yusof di Galas manakala Ansari Abdullah terpaksa berdepan dengan 2 calon iaitu Yong Teck Lee dari SAPP dan Linda Tsen dari BN.

Proses bantahan baru sahaja tamat. Pengumuman calon-calon yang disahkan bertanding dijangka dibuat tidak lama lagi.

BERITA TERKINI : PIMPINAN DAN PENYOKONG SETIA MENUNGGU PENGUMUMAN CALON

Pimpinan utama PR terdiri dari Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang dan YB Lim Kit Siang sedang berehat di khemah yang disediakan SPR di perkarangan Dewan Sivik Gua Musang sementara menunggu proses penamaan calon DUN Galas berlangsung.

Turut kelihatan ialah Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Setiausaha Agung DAP, YB Ngeh Ko Ham dan Naib Presiden PKR, YB Azmin Ali.

Penyokong PR pula berselawat dan bertakbir sambil menunggu proses tersebut.

BERITA TERKINI : 3 PENJURU DI BATU SAPI

3 calon sah menyerahkan borang penamaan calon masing-masing iaitu calon PKR, Ansari Abdullah, calon SAPP Datuk Yong Teck Lee dan calon BN, Linda Tsen.

Mereka telahpun mengemukakan borang pencalonan masing-masing. Pertandingan ini dijangka sengit kerana undi Cina sudah tentu akan berpecah dua sementara undi Bumiputera Islam juga berpecah dua kepada calon PKR dan BN.

BERITA TERKINI : SEKATAN MENYUKARKAN LALUAN PENYOKONG

Tidak diketahui mengapa sekatan jalanraya digunakan untuk menghalang perarakan calon PAS dan penyokong. Sekatan Polis ini menyebabkan perjalanan penyokong menjadi perlahan. Sedikit pergelutan kecil berlaku antara Polis dan penyokong PAS namun ianya selesai dengan aman tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

Calon PAS dan pimpinan utama PAS dan PR sudah masuk ke Dewan penamaan calon.

Penyokong PAS berselawat dan bertakbir sementara menunggu proses penamaan calon, bantahan dan pengumuman calon-calon yang disahkan bertanding.

Gambar ihsan Harakahdaily

BERITA TERKINI : JUMLAH PENYOKONG PAS JAUH LEBIH BESAR


Perarakan kedua-dua parti nampak jelas bezanya. Penyokong PAS jumlahnya sekali ganda lebih ramai dari penyokong BN suatu perkara yang sememangnya menjadi tradisi pada setiap kali pilihanraya kecil.

Dianggarkan kira-kira 10,000 orang mengiringi calon PAS dan kira-kira 5,000 orang mengiringi calon BN.

Kedua-dua kumpulan sudah sampai ke pusat penamaan calon dan mereka dipisahkan kira-kira 180m antara satu sama lain.

Kedua-dua calon Dr Zulkefli Mohamad dan Aziz Yusof sudah masuk untuk menyerahkan borang penamaan calon masing-masing.

DI BATU SAPI, calon PKR, Ansari Abdullah diiringi pimpinan PR di mana Setiausaha Agung PAS, Dato' Hj Mustafa Ali, Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar turut kelihatan.

BERITA TERKINI : TANGISAN TUAN GURU DAN PENYOKONG PAS IRINGI CALON

Doa yang dibacakan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz cukup memberikan kesayuan dalam munajat beliau kepada Allah. Ramai dikalangan penyokong PAS turut sama menitiskan air mata bersama Tuan Guru. Kesayuan ini disebabkan sikap pemimpin dan penyokong Umno/BN yang terus menerus menentang perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS yang dipimpin oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Sampai bilakah agaknya Umno/BN akan membutakan mata dan memekakkan telinga tidak mahu menerima Islam sebagai jalan penyelesaian kepada semua masalah di dunia ini.

Tuan Guru sendiri teresak-esak menahan sebak ketika membacakan doa.

BERITA TERKINI : 2 TUAN GURU KETUAI PERARAKAN

Kedua-dua Tuan Guru iaitu Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengetuai perarakan mengiringi calon PAS yang turut disertai oleh Penasihat DAP, YB Lim Kit Siang bersama kira-kira 10,000 penyokong PAS dan PR di kalangan pelbagai kaum.

BERITA TERKINI : LIM KIT SIANG TURUT SERTA

Penasihat DAP, YB Lim Kit Siang turut serta dalam perarakan mengiringi calon PAS beliau baru tiba di perkarangan Masjid Tengku Fa-iz.

BERITA TERKINI : MASJID LAWAN DEWAN

PAS berarak dari Rumah Allah iaitu Masjid Tengku Fa-iz manakala Umno berarak dari 'Rumah Umno' di Bukit Cekati.

Didoakan calon PAS akan diberi pertolongan oleh Allah dengan mengambil keberkatan dari Masjid iaitu Rumah Allah yang menjadi tempat hambaNya memperhambakan diri kepadaNya.

BERITA TERKINI : PERARAKAN BERMULA

Calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad mula berarak ke pusat penamaan calon diiringi pemimpin utama PAS termasuk Mursyidul Am, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Penyokong PR berselawat di selang seli dengan takbir bagi menaikkan semangat mereka. Dijangkakan lebih dari 10,000 penyokong PAS berarak bersama calon PAS kali ini.

Mereka berarak dari Masjid Tengku Fa-iz menuju ke Dewan Sivik Gua Musang.

Sementara itu penyokong BN yang berhimpun di Pejabat Umno Bahagian Bukit Cekati juga akan berarak bila-bila masa. Dianggarkan jumlah mereka adalah kira-kira 5,000 sahaja. Perarakan mereka diketuai oleh Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin dan Ku Li.

BERITA TERKINI : RIBUAN PENYOKONG PR DI MASJID TENGKU FAIZ

Ribuan penyokong PR sedang menunggu arahan pimpinan untuk berarak ke Dewan Sivik Gua Musang mengiringi calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed menyerahkan boring pencalonannya.
Penyokong PR khasnya penyokong PAS mula membanjiri masjid ini sejak malam tadi dan jumlahnya semakin ramai menjelang waktu Subuh pagi ini.

Mereka terdiri dari pelbagai kaum yang menyatakan sokongan kepada calon PAS yang mewakili PR kali ini. Kelihatan ramai penyokong PR dari kalangan kaum Tionghua, Orang Asal dan India yang turut sama memberikan sokongan .

Mereka baru sahaja menunaikan solat dhuha dan solat hajat bagi memohon kemenangan dari Allah S.W.T.

Beberapa pemimpin PAS sudah mula sampai bagi memimpin perarakan ini.

Adalah dijangkakan mereka akan bergerak kira-kira jam 8.15 pagi nanti.

25 October 2010

PRK BATU SAPI & GALAS : PENYOKONG PR KELUAR PARTI

Setiap kali kempen pilihanraya kecil maupun pilihanraya umum maka sudah tentu akan ada berita penyokong dan ahli parti komponen PR keluar parti. Saya menjangkakan tidak lama lagi akan keluar berita seumpama ini di media khasnya media pengampu BN samada media elektronik atau cetak.

Ini sudah jadi modus operandi kempen BN pada setiap kali pilihanraya kecil ataupun umum. Agaknya kali ini berapa orang penyokong PR akan keluar parti dan menyokong BN di Batu Sapi dan Galas. Mungkin ribuan agaknya barulah BN boleh menang. Kita tunggu lihat drama dan lakonan hebat aktor dan aktres yang akan dibayar oleh BN.

BN menyangka penipuan sebegini mudah dipercayai oleh pengundi tanpa mereka menyedari bahawa rakyat sudah muak dengan penipuan dan pembohongan BN.

PRK GALAS & BATU SAPI : MUHYIDDIN MUKA TAK MALU

Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata bahawa Sabah di bawah Umno yang masih ketinggalan, nombor satu miskin dan diikuti oleh negeri Terengganu. Kedua-dua negeri ini Umno yang memerintah dan mempunyai minyak, tetapi rakyatnya makan taik minyak. Sedangkan Kelantan yang diperintah oleh PAS, menduduki nombor enam, kemajuannya jauh berbeza dengan negeri yang Umno perintah.

"Sepatutnya Tan Sri Muhyiddin kena merasa malu kenapa Sabah yang kaya dengan hasil mahsul bumi, tetapi menjadi negeri termiskin di Malaysia."

"Parti Islam Se-Malaysia PAS menganggap kenyataan Tan Sri Muhyidn Yasin selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang mengatakan kalau harapkan PAS untuk membawa kemajuan seperti mengharapkan bulan jatuh ke riba." kata Ustaz Idris

Idris berkata kenyataan Muhyiddin jelas bersifat emosi, mungkin beliau baru keluar bertapa daripada Gua Tempurung terus ke Galas. Mungkin beliau juga seorang yang buta maklumat dan tidak pernah melihat dunia Kelantan.

Menurut Ustaz Idris, kenyataan ini dikeluarkan untuk menutup kelemahan beliau sewaktu berjanji di pilihanraya kecil Manek Urai.

"Ia merupakan satu mimpi yang menakutkan, kerana tidak terfikir ada pula pillihanraya kecil di Kelantan, kebetulan tidak jauh daripada Manik Urai. InsyaAllah rakyat Galas akan ajar pemimpin dan parti yang pandai menabur gula di bibir pada 4 hb Nov 2010."

"PAS menasihatkan Tan Sri Muhyiddin pergilah ke Batu Sapi, janjilah biar banyak sikit kerana Batu Sapi di bawah negeri yang Umno perintah."

"Berapa ramai rakyat Batu Sapi yang perlukan rumah dan keperluan asas yang lain. Usah buang masa di Galas. Rakyat Galas sudah tidak perlu kepada Umno dan orang-orang yang sama seperti Muhyiddin" tambah beliau.

Pengundi Galas, katanya sudah selesa di bawah PAS dan Pakatan Rakyat dan mereka melihat keupayaan PAS memerintah Kelantan berbanding dengan Umno bercakap dengan penuh retorik ketika pilihanraya.

"Kemampuan PAS mentadbir Kelantan dengan baik tidak dapat dinafikan oleh mereka yang celik hati. Sikap buruk kerajaan pusat di bawah Umno BN yang tidak hormat federalisme menyebabkan 118 projek kerajaan pusat tidak dilaksanakan sejak 1991 RMK 9".

"Inilah sikap busuk hati pemimpin Umno yang mengkhianat sesama bangsa, kerana perbezaan ideologi." kata beliau dalam satu kenyataan yang diemailkan kepada media hari ini.

PRK GALAS : PROJEK DAN JANJI, BELUM TENTU RAKYAT UNDI BN

Lebih banyak projek, habuan dan janji akan 'tubit' (terbit dialek Kelantan) dari sekarang sehingga ke hari mengundi di Galas. Ini sudah menjadi wirid BN bila berhadapan dengan Pilihanraya. Apa lagi modal politik yang mereka ada selain dari berjanji, rasuah, sogok, ugut dan tipu.

Kalau tidak makan dengan janji, mereka guna rasuah, tak makan rasuah, mereka ugut, tak makan ugut mereka tipu dan sebagainya. Semua ini sudah menjadi darah daging mereka yang penting mereka mahu menang. Halal haram dari segi agama, demokrasi dan undang-undang mereka tolak tepi.

Negeri ini ibarat mereka yang punya, jentera dan agensi kerajaan jadi harta pusaka mereka yang boleh mereka eksploitasikan 'anytime' dan 'anywhere'.

Projek pertama yang mereka hamburkan kepada rakyat di Galas ialah Projek Perumahan Rakyat bernilai RM180 juta. Mereka cuba memperbodohkan rakyat Galas dengan projek sebegini. Mereka tidak sedar bahawa pengundi Galas sudah celik dan cerdik tahu yag mana baik yang mana buruk. Projek yang dibuat itu jika menguntungkan rakyat mereka akan terima kerana itu kewajipan kerajaan membantu rakyat. Namun undi belum tentu mereka berikan kepada BN.

Ternyata BN masih mengamalkan politik lama iaitu politik pembangunan yang hanya sesuai untuk zaman 50 dan 60-an dahulu sahaja. Sekarang zaman dunia tanpa sempadan politik seumpama itu hanya sesuai dimasukkan ke dalam muzium seperti juga Umno yang layak dijadikan bahan sejarah.

MELAKA MAJU 2010 : CADANG LAPANGAN TERBANG DIJADIKAN PUSAT MAIN LAYANG-LAYANG

ADUN Ayer Keroh, YB Khoo Poay Tiong mencadangkan kerajaan negeri menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Batu Berendam sebagai pusat permainan layang-layang kerana hanya satu penerbangan sahaja sehari menggunakan Lapangan Terbang tersebut.

'Ianya membazir kalau kita tidak gunakan, saya cadangkan kita jadikan pusat main layang-layang sebab hanya satu kapalterbang sahaja turun di sana setiap hari".

"Lebih baik kita jadikan pusat layang-layang mungkin kita boleh gunakan dia, lebih baik dari ianya kosong tidak digunakan".

Beliau berkata demikian pada ceramah anjuran PR Bukit Katil di Markaz PAS Bukit Katil tidak lama dahulu.

Ali Mamat dari Taman Merdeka berkata mungkin kita boleh buat layang-layang berbentuk kapal terbang jadi dari jauh orang akan menyangka ianya kapal terbang.

MALAYSIA MEWAH : MASIH ADA YANG MEREMPAT?

Terfikirkah anda bahawa di saat kerajaan mencanangkan negara kita negara hebat dan canggih masih ada rakyat yang merempat dan tiada rumah. Setiap kali media mendedahkan perkara sebegini barulah ada pihak yang cuba membantu.

Saban waktu akan ada pendedahan tentang jerit payah rakyat. Sudah sampai masanya pihak berwajib seperti JKKK, Wakil Rakyat, Agensi Kerajaan dan sebagainya menjalankan operasi membasmi masalah kemelaratan dan kesengsaraan rakyat di setiap penjuru dan ceruk rantau negara kita. Kita bimbang masih ramai rakyat yang dhaif dan melarat seperti ini disaat orang lain bermewah-mewah dan selesa.

Jangan kita mementingkan diri sendiri sehingga saudara dan rakan kita hidup dhaif beratapkan langit dan berlantaikan tanah.

Kisah keluarga Hazmain Abdul Jalil, 28, yang tinggal di bawah jambatan Lebuh Raya Timur Barat (Metramac) bersama isteri dan anaknya berusia setahun lima bulan kerana kedaifan yang disiarkan media hari ini membuktikan bahawa masih ramai rakyat yang dhaif di negara kita disaat kita bermewah-mewah hendak mendirikan menara 100 tingkat.

Tiga beranak berkenaan tinggal di bawah binaan konkrit itu bersama dua rakan Hazmain, Mohd Hafiz Abdul Aziz, 30 dan Chan Che Wah, 44 sejak lima bulan lalu.

Hazman sendiri mengakui sudah lama tidak menjamah nasi lantarana kesusahan mereka.

ULAMA TAK CAMPUR POLITIK, MINDA PENJAJAH TERUS DIPERTAHAN

Sikap Ulama' tidak mahu campur tangan dalam isu politik dan tidak berani menegur ahli politik sebenarnya ditanam oleh penjajah Inggeris sewakti menjajah negara umat Islam. Sebab itulah Inggeris membiarkan sahaja semua upacara agama di jalankan tetapi pada masa yang sama menanamkan kepercayaan bahawa agama tiada kaitan dengan politik. Lantaran itu Ulama' Islam menjadi bisu dan tidak mencampuri hal ehwal politik. Mereka hanya mengambil tahu hal berkaitan munakahat, zakat, solat, kematian, faraid dan lain-lain. Jauh sekali dari mencampuri urusan pentadbiran, undang-undang, ekonomi, jenayah, pendidikan dan sebagainya.

Sikap politik suku agama suku ini menular sehingga ke hari ini. Maka tidak hairan kebanyakan ulama' yang duduk bersama pemerintah tidak berani menegur pemerintah kerana tidak mahu mencampuri urusan politik. Minda penjajah ini jelas sekali terus terpahat dan disuburkan oleh pemerintah yang ada pada hari ini.

Semalam Mufti Perak, Harussani Zakaria berkata, sebagai pihak yang menjurus kepada soal-soal keagamaan, adalah lebih baik jika mereka tidak dikaitkan dalam urusan itu (politik).

"Saya pun tidak suka bercakap soal politik, saya bercakap tentang perpaduan orang Melayu," katanya ketika dihubungi media di Ipoh, semalam.

Beliau diminta mengulas kenyataan wakil Perak, Datuk Rosli Husin ketika membentangkan usul agama dan pendidikan dalam Perhimpunan Agung UMNO semalam yang mahu institusi agama bijak menangani isu berkaitan agama terutama yang ditimbulkan parti pembangkang agar mereka tidak dilihat seperti dilanda 'sindrom bisu.'

Saya mengharapkan ulama' kerajaan khususnya Menteri, Mufti, Ulama Muda Umno dan lain-lain supaya berani menegur pemimpin kerajaan yang ada pada hari ini jika mereka menyeleweng dari agama Islam. Jelas sekali banyak perkara yang jauh tersasar dari Islam. Yang jelas adalah seperti peminggiran hukum Islam dari undang-undang negara; sistem riba yang masih diamalkan; lesen judi, arak, pusat maksiat terus diberi malah semakin bertambah; penindasan dan kezaliman kepada negeri-negeri PR; pemimpin-pemimpin dan ahli keluarga yang tidak menutup aurat; pembaziran; rasuah dan kronisme; penganjuran program-program mungkar dan lain-lain. Perkara ini terus dipertahankan dan semakin banyak walaupun insititusi agama telah kama ujud dalam pentadbiran negara.

PRK GALAS : SPM LAWAN DOKTOR

Setiap kali Umno lawan PAS, antara perkara yang diteliti oleh pengundi ialah kelulusan calon. Banyak kali pada mana-mana pilihanraya, kelulusan calon PAS biasanya lebih tinggi dari kelulusan calon Umno.

Kali ini sekali lagi PAS ternyata mengutamakan kelulusan calonnya selain dari pengangan agama, akhlaq, peribadi, latarbelakang, ketokohan dan sebagainya.

Ternyata kali ini PAS sekali lagi membuktikan betapa teliti dan detail mereka memilih calon. PAS memilih calon yang berkelulusan kedoktoran dari Universiti Malaya manakala Umno memilih calon yang berkelulusan SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM).

Jelas sekali PAS mempunyai ramai calon yang berkaliber. Kalau setakat lulus SPM PAS ada beribu-ribu calon di Galas.

SIAPALAH ULAMA' MUDA DISISI ROSMAH?

Hebat sungguh Ulama muda Umno sehingga mereka menegur tindakan Dewan Pemuda PAS yang mengecam tindakan Datin Seri Rosmah Mansor menaungi Festival Busana Islam (IFF) - yang mencetuskan kontroversi.

Ulama muda seolah-olah redha dengan program tersebut tidak redha dengan demonstrasi yang diadakan Jumaat lalu, sedangkan terbukti festival itu menghina Islam di seluruh dunia.

Inilah sikap yang amat memalukan sehingga golongan yang mengaku Ulama' muda sanggup bersekongkol dengan pengajur dan penaung festival biadap tersebut.

Semasa berucap pada Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini Ulama Muda Umno Fathul Bari Jahaya berkata, pembangkang sengaja membesar-besarkan isu itu sambil meletakkan sepenuhnya kesalahan atas bahu Rosmah tanpa menyiasat terlebih dahulu perkara itu.

"Sepatutnya bantahan itu ditujukan kepada penganjur sedangkan beliau (Rosmah) penaung semata-mata," kata Fathul Bari.

Persoalannya sekarang apakah pihak berkenaan boleh menerima nasihat dari Pemuda PAS sedangkan tindakan mereka itu jelas menghina Islam. Bagi saya demonstrasi juga adalah salah satu nasihat dan ianya juga sebagai satu cara untuk memberikan kesedaran kepada rakyat akan bahayanya puak-puak yang menghina Islam supaya rakyat tidak bersekongkol dan menyokong puak-puak ini.

Seperkara lagi yang ingin saya ajukan kepada Ulama Muda. Adakah suara dan nasihat anda hendak didengar oleh Rosmah dan pemimpin Umno. Dalam hal aurat sendiripun Ulama' Muda masih gagal menasihatkan mereka ......belum dikira perkara lain.

PRK GALAS : KU LI MENANG, UMNO TEWAS

Oleh kerana takut kalah lantaran tidak mendapat kerjasama dari Ku Li Najib dan Muhyiddin terpaksa tunduk kepada apa sahaja arahan dan kehendak Ku Li. Begitulah sikap pemimpin Umno yang akan menggunakan kaedah Matlamat Menghalalkan Cara untuk mencapai niat dan target mereka.

Kalau sebelum ini Ku Li dilihat umpama tikar buruk, kuda kayu dan sebagainya, kini oleh kerana adanya PRK Galas Ku Li dijulang bagaikan Raja yang kehendaknya mesti dipatuhi dan tidak diingkari.

Pemilihan Setiausaha Umno Bahagian Gua Musang, Abdul Aziz Yusof sekali lagi membuktikan bahawa kehendak Ku Li dipatuhi Umno pusat. Walaupun desakan demi desakan dibuat oleh AJK Bahagian Gua Musang dan Umno negeri supaya memilih Ketua Wanita, Hazani atau Ketua Pemuda Bahagian, Bazlan namun semuanya dipandang sepi pemimpin pusat kerana takut mengguriskan hati Ku Li.

Akhirnya di Galas ini bukannya Umno/BN yang menang tetapi sebenarnya Ku Li telah menang lebih awal mengalahkan Umno.

UMNO : CEPAT BODEK DAN KIPAS SEBELUM DICANTAS

Pemimpin Umno di peringkat Pusat dan negeri sekarang ini berada dalam keadaan panas kerana Presiden mereka yang 'maksum' berkata beliau akan membuat rombakan 'kabinet' Umno tidak lama lagi.

"Dalam masa terdekat ini saya nak buat perubahan pada kepimpinan Umno di peringkat tertentu. Moga akan lengkaplah (barisan kita)," kata Najib.

Dalam ucapan penggulungan dalam mesuarat agung Umno 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) di Kuala Lumpur Sabtu lalu, Najib bagaimanapun berkata akan merundingkannya terlebih dahulu dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan naib presiden parti itu.

Jadi kepada mana-mana pemimpin Umno di peringkat pusat dan negeri, ayuh cepat bodek dan kipas sebelum dicantas dan masa depan politik anda akan malap dan terus malap.

Cara untuk bodek tidak perlu saya tunjuk dan ajar kerana tuan-tuan dan puan-puan lebih arif. Yang pasti jangan lupa untuk bodek Presiden Parti tetapi juga yang lebih penting 'First Lady'.

PILIHANRAYA UMUM BEBERAPA BULAN LAGI?

"Masa di depan kita tidak banyak lagi. Saya tidak pasti bila PM hendak umum pilihan raya tapi hanya tinggal beberapa bulan saja ke hadapan."

"Mahu tidak mahu kita kena hadapi rakyat dalam pilihan raya akan datang," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan dalam mesyuarat agung Umno 2010 Sabtu lalu.

Betul atau tidak apa yang diucapkan Muhyiddin yang pasti kita mesti bekerja sekuat mungkin untuk menyedarkan betapa pentingnya kita meneruskan Tsunami Pilihanraya UMum 2008 sehingga BN kehilangan 2/3 majoriti.

Kali ini kita mesti nyahkan BN dari Putra Jaya.

PRK GALAS : UMNO/BN MASIH TIDAK BERUBAH

Pelik, hairan dan memuakkan itu perasaan ramai di kalangan rakyat Malaysia khususnya di Galas dengan sikap pemimpin Umno/BN yang tidak pernah berubah dan mungkin tidak mahu berubah.

Setiap kali pilihanraya datang mereka akan menjanjikan projek dan habuan untuk rakyat. Yang peliknya jika tiada pilihanraya tiada pula mereka sibuk membina itu dan ini di kawasan tersebut.

Sehari dua ini dengan muka tidak malu, pemimpin BN menjanjikan Projek Perumahan Rakyat (PPR) bernilai RM180 juta dengan jumlah rumah sebanyak 1,500 buah. Dengan bangga Muhyiddin berkata kerajaan pusat memberikan subsidi antara RM40-RM80 ribu bagi sebuah rumah. Hebat dan baik hati sungguh pemimpin BN ini. Namun rakyat dapat menilai keikhlasan pemimpin BN kerana sebelum ini tiada pun ura-ura untuk membina rumah ini tetapi bila ADUN Galas Allahyarham Chek Hashim meninggal barulah mereka sibuk-sibuk mencanangkannya.

Saya yakin pengundi Galas sudah masak dengan mainan politik BN seperti juga pengundi Manek Urai yang menghukum BN pada PRK Manek Urai tidak lama dulu.

Seperkara lagi yang Umno/BN tidak serik dan insaf ialah menggunakan jentera kerajaan untuk kempen BN. Saya sekali lagi MENEGASKAN DI SINI BAHAWA SAYA DAN RAKYAT MALAYSIA TIDAK REDHA DAN TIDAK HALALKAN WANG RAKYAT DIGUNAKAN UNTUK KEMPEN UMNO/BN WALAUPUN SATU SEN. KAMI AKAN TUNTUTNYA DI HADAPAN ALLAH PADA HARI AKHIRAT NANTI.

Media hari ini melaporkan bahawa jentera kerajaan khasnya Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) sudah lama berkampung di penempatan orang Asal untuk mempengaruhi mereka supaya mengundi BN.

Selain itu seperti biasa jentera agensi kerajaan lain sudah pasti akan digunakan semaksimum mungkin seperti juga pada setiap Pilihanraya umum dan kecil sebelum ini. RTM sebagai contoh, terus menerus mempromosikan BN dan calonnya dan pada masa yang sama menutup terus publisiti untuk PAS dan PR. Kalau ada yang dilaporkan pun biasanya yang negatif yang menguntungkan BN.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter