.

.

08 June 2013

SIAPA JUAL, SIAPA BELI DAN SIAPA BUANG 62,286 UNDI HILANG

Seorang pengundi menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar menjelaskan kehilangan 62, 286 undi atau ia tidak dikembalikan dalam data yang dipamirkan.

Tuntutan itu dibuat oleh Mohd Azlan Bin Mohd Sharif, seorang pengundi di P146 Muar melalui suratnya kepada Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof semalam, 7 Jun.

"Saya membuat analisis terperinci dan menemui terdapat 62,286 undi hilang atau tidak dikembalikan. Hal ini menyebabkan saya serius untuk bertanya kepada pihak SPR selepas mendapatkan warta PRU13 nanti," kata Azlan dalam suratnya.

Menurut Azlan, beliau dapat membeli warta PRU13 di Kedai buku Pencetakan Nasional Malaysia Berhad, Jalan Satu, Chan Sow Lin pada 27 Mei 2013 (walaupun diwartakan pada 22 Mei 2013) dan Corrigendum PRU13 pula beliau beli pada 5 Jun 2013 (diwartakan 31 Mei 2013). 

"Saya sangat terkejut dalam analisa saya pada 27 hingga 30 Mei 2013 mendapati 53,045 undi hilang(berdasarkan warta PRU13 pada 22 Mei 2013), salah kira undi, maklumat yang berubah, perbezaan kertas undi yang dikeluarkan di Parlimen dan DUN dan kerusi parlimen dan dun berbeza maklumat sebelum dan selepas diwartakan. 

"Saya mengetahui warta corrigendum pada 31 Mei 2013 apabila mencari maklumat di website pejabat peguam negara iaitu http://www.federalgazette.agc.gov.my/," katanya.

"Sehubungan itu, saya ingin mendapatkan penjelasan pihak Yang Berbahagia Tan Sri berkenaan KEBANYAKAN MAKLUMAT DALAM WARTA KEPUTUSAN PRU13 (22 MEI 2013) DAN CORRIGENDUM KEPUTUSAN PRU13 (31 MEI 2013) BERBEZA DENGAN PENGUMUMAN OLEH PEGAWAI PENGURUS (mengikut BORANG 16-Borang Keputusan Pertandingan) pada 5 Mei 2013," kata Azlan dalam suratnya. 

Salinan surat Azlan itu diperolehi Harakahdaily hari ini.

Surat itu turut diberikan salinan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

DAKWAT KEKAL : SIAPA PENIPU, MEREKA MESTI DIHUKUM

Timbalan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Dr Haron Din mendakwa, rakyat khususnya pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu telah ditipu berhubung penggunaan dakwat 'kekal'.

Katanya, tidak kira pihak mana yang sebenarnya bertanggungjawab dengan dakwat yang tidak kekal itu, namun hakikatnya seluruh pengundi telah ditipu oleh istilah 'dakwat kekal' itu.

“Polis mempunyai kapa­siti menyiasat siapa yang menipu siapa dalam kes tersebut. Pembekal mem­bekalkan dakwat tidak kekal sedangkan dinamakan sebagai dakwat kekal. Ertinya pembekal menipu SPR. Kalau SPR memesan dakwat tidak kekal tetapi menamakan dakwat kekal, maka SPR menipu kerajaan dan pengundi. 

“Kalau kerajaan ber­pakat dengan SPR meme­san dakwat yang tidak kekal tetapi mendakwa se­bagai dakwat kekal, maka SPR bersekongkol dengan kerajaan menipu rakyat,” ujarnya. 

Pada hari pengundian 5 Mei lalu, beliau yang merupakan calon PAS bagi kawasan Parlimen Arau, adalah antara individu yang membuat laporan polis berhubung dakwat yang dicalit ditanggannya boleh tanggal sejurus selepas membuang undi.

Mengulas lanjut beliau berkata, banyak lagi kepincangan yang berlaku sepanjang proses pilihan raya lalu seperti didedahkan oleh banyak pihak.

Sehubungan itu katanya, beliau menyokong se­barang perhimpunan aman membantah penipuan pilihan raya yang dianjurkan di negara ini selagi tidak mengun­dang kepada malapetaka. 

“Lagi pun, Islam dan perlembagaan negara membenarkan perhimpu­nan secara aman. Seperti juga kita berhimpun pada hari Jumaat. Itu juga dina­makan sebagai demonstra­si tetapi diadakan secara aman. Sama juga perhim­punan besar di Makkah. Perhimpunan aman saya sokong,” jelas beliau. 

07 June 2013

ADA BERANI MENGAKU KA?

ADA BERANI MENGAKU KA?

CIRI-CIRI PEMIMPIN 'HEBAT'

Pemimpin 'hebat' ialah pemimpin yang kaya disebabkan rasuah; pemimpin yang ada skandal tapi pandai menjaganya; pemimpin yang samseng tetapi kelihatan sopan; pemimpin yang jahat kelihatan baik ................

TERKENANG SEMASA DULU, HATIKU MASIH PADAMU ...........

Gambar Sdr Yusof Abdullah (PMIUM - 3 dari kanan), YB Sallehin Mukhyi (ISIUKM - 4 dari kanan), Abdul Rahman Embong (PMIUTM - 2 dari kanan), Wan Mazli Wan Dagang (PMFPIUKM - kanan sekali) semasa sidang media Gamis menjelang PRU 1990.

Tiada dalam gambar : Mohd Zaki Abdul Rashid (PMUSM) dan Khairuddin Talib (PMIUPM).

Terkenang semasa dahulu hatiku masih padamu(alam kampus) yang penuh dengan kenangan manis dan pahit.

Pada ketika itu diriku di tahun 2 di sebuah kampus yang indah dan permai .................

06 June 2013

PEMILIHAN JEMAAH ADALAH PEREBUTAN MEMBUAT KEBAJIKAN

Setiap kali musim pemilihan saya mengamalkan sikap terbuka. Kita mesti memberi seluas-luasnya peluang kepada ahli untuk membuat pemilihan siapa pemimpin yang diyakini mampu menjadi peneraju Parti Islam yang hebat ini.

Saya juga yakin pemimpin yang hebat akan dinilai dan diangkat oleh ahli untuk menerajui jemaah ini. 

Apa yang sangat mengharukan saya ialah dalam PAS tidak ada lobi melobi sepertidalam Umno dan parti lain. Pemimpin yang lobi melobi sudah tentu akan tercicir dan menjadi golongan Al Mutasaqitun (golongan yang tercicir) suatu hari nanti.

Dalam konteks Kawasan saya, seperti biasa saya mengalu-alukan semua ahli dan cawangan-cawangan mencalonkan seramai mungkin sahabat-sahabat untuk dicalonkan menjadi YDP, TYDP, NYDP dan semua amanah yang ada. Kita beri peluang kepada ahli memilih siapa yang mereka yakin berupaya memikul amanah Allah ini.

Amanah ini bukan kemuliaan. Amanah ini bukan pangkat, harta, takhta dan kekayaan. Amanah ini akan ditanya oleh Allah. Berbeza dengan rakan-rakan dalam parti lain ....jawatan adalah kekayaan, kemuliaan, projek, kebanggaan dan sebagainya.



05 June 2013

HUDUD AKAN DILAKSANAKAN DI SELANGOR?

Exco baru untuk Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian, Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi akan mengambil pendekatan penerangan dalam melaksanakan tugasnya.

"Bagi saya program penerangan adalah amat penting bagi  memberi kesedaran kepada umat Islam. Mengapa Islam melarang kita minum, menjual, mempromosi  arak, pergi tempat pusat hiburan. 

"Ini adalah kerana untuk mengelak berlakunya gejala sosial, keruntuhan akhlak, ketuntuhan rumahtangga, berlakunya zina, pembuangan bayi dan sebagainya," kata Sallehen Mukhyi dalam sidang media pertama di pejabat SUK Selangor hari ini.

Sehubungan itu, beliau meminta agar rakyat Malaysia mengubah  cara pemikiran bagi tangani masalah isu arak, judi, pusat hiburan melalui  Exco Hal Ehwal Islam.

Beliau berkata, semenjak mengangkat sumpah sebagai Exco, berbagai soalan yang dimainkan oleh rakyat dan media bagi menangani isu ini.  

"Antara soalan yang sering dipersoalkan apakah tindakan saya sebagai Exco Agama dalam tangani isu arak, judi, pusat hiburan. Apakah Hudud perlu dilaksanakan di negeri Selangor.

"Bagi saya rakyat perlu ubah cara pemikiran tersebut kerana untuk tangani isu berkenaan ia perlu memberi kefahaman terlebih dahulu kepada seluruh rakyat termasuklah kepada non-muslim agar mereka faham apakah yang di maksudkan hudud dna lain-lain. 

"Siapakah yang layak menerima hudud. Siapakah yang mempunyai kuasa menutup kilang arak dan sebagainya," kata beliau. 

Sallehen yang menang dalam pilihan raya lalu di Dun Sabak dilantik sebagai Exco bagi mewakili PAS dalam penggal ini. Selain beliau, tiga Exco PAS sebelum ini dilantik semula. Mereka adalah Dr Halimah Ali, Iskandar Samad dan Dr Ahmad Yunus.

Bagi Sallehen, kerja penerangan ini pula memerlukan penglibatan semua pihak bukan hanya Exco Agama sahaja bahkan juga para ustaz dan alim ulama.  

Sallehen menjelaskan lagi, bagi tangani isu arak, rampas lesen arak, tutup pusat hiburan bukan kuasa Exco Agama dan kerajaan negeri Selangor sepenuhnya tetapi ia dibawah pengurusan pihak berkuasa di peringkat Pusat dan juga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini.

“Kita tidak ada kuasa sepenuhnya menutup tempat hiburan, rampas lesen arak. Tetapi kita akan bantu PBT dan lain-lain untuk tangani isu ini dari semasa ke semasa dengan mengadakan perbincangan bersama demi kepentingan umat Islam di seluruh Malaysia,” katanya.

Beliau menjelaskan, pihak kerajaan negeri tidak ada mengeluarkan lesen baru untuk tutup pusat hiburan, menjual arak untuk penggal lalu.

"Namun saya difahamkan semasa zaman pemerintahan kerajaan Umno dulu lagi  ada lesen quata  lama di keluarkan  untuk arak dan sebagai," jelas beliau.  

Islam, katanya, memang melarang umatnya mengambil arak, pergi tempat yang mendekati zina iaitu pusat hiburan. 

Maka dengan itu program penerangan agama ini perlu di laksanakan di institusi masjid, edaran risalah dan sebagainya agar rakyat Malaysia faham dengan jelas.

"Insya Allah perbincangan bersama PBT, dan badan berwajib akan diadakan dalam tangani isu berkenaan dengan baik agar tidak melukai hati mana-mana pihak kerana di Malaysia kehidupannya adalah berbagai bangsa dan agama yang perlu di hormati," jelasnya lagi.

Sumber : Harakahdaily

04 June 2013

JANGAN JADI BODOH..........


Kisah ibu bodoh episod 2....pi beli makanan..tinggal anak umur 1th 4 bulan dlm kereta, injin hidup...si anak yg lebih bijak dari ibu, matikan injin....pintu terus terkunci secara automatik...ibu mula panik bila si anak hampir pengsan sesak nafas, kepanasan dlm kereta cecah lebih 30 minit.....org ramai yg duk ada pun jadi jebon..tak tahu buat apa....bomba dtg pecah tingkap....benggong tak habis...

Sumber : Mohamad Asri A. Bakar

03 June 2013

PRU 13 : PILIHANRAYA PALING TELUS, BERSIH DAN ADIL

SPR angkat bakul menyatakan mereka menjalankan PRU 13 dengan telus, bersih dan adil. Tetapi semua itu hanyalah omongan kosong. Buktinya parti-parti politik yang bertanding tidak kira PR atau BN memfailkan hampir 90 petisyen Pilihanraya. Apa maknanya ini? Maknanya PRU 13 penuh dengan kecelaruan, penyelewengan dan penipuan. Malah BN sendiri memfailkan petisyen lebih banyak dari PR.

Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR sila letak jawatan ..........!!!!!!
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter