.

.

18 September 2015

AMANAH ALU-ALUKAN PERSIDANGAN MEJA BULAT, PAS MACAMANA???

KENYATAAN AKHBAR TENTANG PERSIDANGAN MEJA BUAT PAKATAN BARU PEMBANGKANG
1. Ketika menyampaikan Pidato Presiden pada Majlis Pelancaran Perdana Parti Amanah Negara (AMANAH) di Shah Alam, kelmarin, saya telah menegaskan betapa keperluan pakatan baharu perlu diwujudkan dengan segera.
2. Di Malaysia, apabila kita memilih cara demokrasi dan pilihan raya untuk memperoleh kuasa atau menambah kekuatan di Dewan Undangan Negeri atau Parlimen, maka tidak ada jalan lain melainkan mengadakan pakatan politik dengan parti-parti lain.
3. Untuk berhadapan dengan Barisan Nasional (BN), parti-parti politik yang lain tidak boleh bersendirian, kerana BN menguasai sepenuhnya jentera kerajaan, media dan sebagainya. Hanya kesatuan rakyat melalui pakatan parti-parti politik sahaja jalan terbaik untuk membuat perubahan, seperti yang pernah dicapai Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.
4. Oleh itu, jemputan daripada Ketua Pembangkang Parlimen dan juga Presiden Parti Kedilan Rakyat, Datuk Sri Dr Wan Azizah Ismail untuk diadakan sidang meja bulat membincangkan pembentukan pakatan baharu amat dialu-alukan.
5. Kami daripada Parti Amanah Negara (AMANAH) memberi komitmen penuh untuk hadir dan akan memberi pandangan-pandangan ke arah pembentukan pakatan baharu itu.
HJ MOHAMAD BIN SABU
Presiden
Parti Amanah Negara
18 September 2015

15 September 2015

PARTI AMANAH NEGARA : PERTEMUAN DENGAN ROS POSITIF


PERTEMUAN DENGAN ROS POSITIF





1. Alhamdulillah, pagi ini saya bersama Presiden Parti Amanah Negara, Hj Mohamad Sabu telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) di Putrajaya.

2. Kehadiran kami telah disambut salah seorang pengarah kanan ROS yang mewakili Ketua Pengarah Datuk Mohammad Razin Abdullah, yang tidak dapat bersama dalam pertemuan itu ekoran mempunyai urusan lain.

3. Pertemuan hari ini berlangsung dalam suasana sangat baik di mana kami diberi penjelasan dan nasihat yang sangat berharga oleh pihak ROS dalam meneruskan kesinambungan dalam urusan pendaftaran.

4. Kami juga sangat gembira dengan keseluruhan perbincangan dan maklum balas positif dari pihak ROS hari ini.

5. Sehubungan itu, sekali lagi kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak ROS di atas kesudian menerima kunjungan kami.

HJ ANUAR TAHIR
Setiausaha Agung
Parti Amanah Negara
14 September 2015

KUNJUNGI LAMAN WEB AMANAH NEGARA

Kunjungi Laman Web Amanah Negara di http://amanahnegara.org atau Klik Di SINI

Insya Allah laman web menjadi penghubung anda dengan isu-isu semasa dan maklumat-maklumat terkini yang berlaku di sekeliling kita.


TAHNIAH : KENYATAAN PAS YANG SANGAT 'CERDIK'

Kita ingin mengucap tahniah dan syabas kepada PAS yang begitu hebat dan cerdik dengan mengeluarkan kenyataan bahawa bersedia untuk berlawan dan bertanding dengan AMANAH. 
Kami kira ini kenyataan yang cerdik dan hebat. Memang kita tidak hairan dengan kenyataan ini kerana PAS sendiri menyatakan bahawa mereka bertanding bukan untuk menang. Kata mereka kemenangan perkara yang kedua.
Tetapi yang peliknya kalau sudah tahu tidak menang dan tak mahu kami kira tidak perlulah PAS bertanding kerana ianya sudah tentu merugikan masa dan duit sahaja. Bak kata orang Negoghi 'mengabihkan bogheh yo'.
Hari ini media melaporkan bahawa PAS sedia bertembung dengan Parti Amanah Negara (AMANAH) bagi merebut kerusi dalam pilihan raya umum akan datang.
Ketua penerangannya, Nasrudin Hassan berkata sebagai sebuah parti yang berpengalaman, PAS sudah bersedia berdepan dengan segala kemungkinan.
"Itu hak mereka. Mereka nak tanding di mana sekali pun itu hak mereka. Ada pun kita PAS bersedia menghadapi pilihan raya umum dengan keputusan yang kita akan buat nanti.
"Berapa dan di mana kerusi yang kita nak tanding akan diputus kemudian.
"PAS sebagai sebuah parti politik yang berpengalaman dan besar sedia hadapi apa jua situasi untuk hadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media khas Pelancaran Program “Himpunan 60 Ribu” (H60K) di ibu pejabat PAS di ibu negara hari ini.
Tahniah PAS.

HIMPUNAN BAJU MERAH : MUFTI JANGAN 'DOUBLE STANDARD' SILA NYATAKAN PENDIRIAN

Cerdik pandai Agama mestilah menyatakan pendirian tentang apa juga isu dan perkara dan jangan dilihat berat sebelah atau 'double standard'. Jika sesuatu perkara itu halal katakan halal, jika haram katakan haram. Bukan 'HALAM' atau hanya berdiam diri.
Ketika Himpunan Bersih 4 dijalankan begitu ramai yang mengeluarkan 'fatwa' dan pandangan tetapi apabila 'geng' baju merah ingin membuat himpunan dan provokasi mereka berdiam diri. Malah ada pihak yang membakar patung dan cuba memainkan sentimen perkauman, tiada pula yang bising dan menasihatkan mereka.
Portal Malaysiakini hari ini melaporkan bahawa Parti Amanah Negara (AMANAH) hari ini menggesa mufti Kelantan Datuk Shukri Mohamed untuk menyatakan pendiriannya berhubung perhimpunan Baju Merah di ibu negara esok.
Pengerusi AMANAH Pulau Pinang Mujahid Yusof Rawa mahukan Muhammad menyatakan pendirian sama ada perhimpunan di Padang Merbok, Kuala Lumpur itu harus dikecam atau dibiar.
Mujahid membangkitkan persoalan itu memandangkan mufti itu sebelum perhimpunan BERSIH 4 dilapor berkata perhimpunan itu haram di sisi Islam.
“Ulama harus buat pendirian dalam isu perkauman dan provokasi seperti membakar patung pemimpin negara dan poster-poster yang menyerang pihak tertentu.
“Saya tidak fikir ulama harus benarkan perkara ini berlaku,” katanya selepas melancarkan AMANAH Bayan lepas, selepas 57 anggota PAS keluar parti dan menyertai mereka.
Utusan Malaysia pada 29 Ogos, hari pertama BERSIH 4, memuatkan laporan dengan tajuk muka depan sensasi “Haram! Haram! Haram!” berkaitan perhimpunan berbaju kuning itu.
Ia antaranya memetik Mohamad Shukri sebagai berkata, Islam mengajar umatnya mentaati undang-undang dan pemerintah, bukan melakukan provokasi dan mewujudkan suasana tidak aman kepada masyarakat sebagai tanda proses.

NASIHAT UNTUK HADAPI BALA JEREBU

Jerebu ini merupakan bala dari Allah. Walaupun pelbagai pihak menyalahkan pembakaran terbuka yang dilakukan oleh pihak tertentu tetapi kita mesti faham dan insaf bahawa semua itu adalah ketentuan dari Allah. Jika Allah tidak menghendakinya terjadi Allah berkuasa untuk menghilangkan jerebu tersebut dengan sekelip mata. 

Itulah sebabnya apa juga kejadian yang berlaku adalah kententuan Allah dan kita wajib bermuhasabah diri masing-masing. Allah memberikan peringatan dalam bentuk yang pelbagai. 

Ayuh mari sama-sama kita mohon ampun dari Allah dan bertaubat atas apa juga kesalahan kita. Mari sama-sama kita berdoa dan bermunajat supaya bala jerebu ini dihilangkan segera.

NASIHAT KESIHATAN KETIKA JEREBU

1.   GOLONGAN ORANG YANG BERISIKO TINGGI SEMASA JEREBU

Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan buruk kepada semua orang terutama yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, orang tua, wanita mengandung , pesakit  jantung dan respiratori  juga  mereka yang sensitive kepada habuk, orang yang merokok termasuk  mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah

2.     NASIHAT KESIHATAN SECARA UMUM UNTUK MENCEGAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU
             i.  Orang ramai dinasihatkan supaya sejauh mana yang boleh berada di dalam bangunan.
           ii.  Kurangkan aktiviti lasak di luar rumah.
          iii.  Orang ramai dinasihatkan supaya kerap membasuh muka dan bahagian-bahagian yang terdedah kepada jerebu.
          iv.  Orang ramai dinasihatkan supaya minum banyak air.
           v.  Mereka yang menggunakan kenderaan yang berhawa dingin hendaklah menghidupkan alat penghawa dingin (mod : kitaran dalam) dan menutup semua tingkap.
          vi.  Penutup   hidung dan mulut hendaklah digunakan oleh mereka yang melakukan aktiviti di luar terutamanya mereka yang berisiko tinggi.
        vii.  Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, jangkitan paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan seberapa segera jikalau keadaan penyakit bertambah teruk.
       viii.   Perokok dinasihatkan supaya berhenti merokok.
         ix.  Sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada media massa dan mengikut nasihat daripada pihak berkuasa.

BAKAR PATUNG, BAKAR SEMANGAT PERKAUMAN INIKAH YANG ISLAM AJAR???

Patung mirip dua pemimpin DAP berbaju BERSIH menjadi kemarahan sekumpulan penyokong perhimpunan kontroversi 16 September ini di Kuala Lumpur.
Dalam sebuah video dimuat naik ke Internet, patung dengan wajah mirip Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan pemimpin popularnya Lim Kit Siang dibakar hingga rentung.
Dalam acara itu juga, kelihatan tempat sembahyang orang mati Cina disedia dan dihias dengan gambar dua pemimpin itu.
Ia sebelum ini menyaksikan ucapan seorang lelaki yang mengecam keras BERSIH sebagai “celaka”, “durjana” dan “jahanam” yang hendak memecahkan orang Melayu.
“Durjana, celaka inilah hendak pecahkan orang Melayu di negara ini,” kata pemimpin itu yang ucapannya diselang-seli dengan laungan “hidup Melayu” dan takbir.
Dia dalam ucapan menyebut, pembakaran dua patung itu sebagai simbolik tentang BERSIH yang didakwa “hendak menipu”.
Selain itu, disebut juga, “kita bakar bapa segala bapak roket” dalam sepanjang 4.16 minit itu. Video DI SINI
The Malaysian Insider melaporkan acara itu diketuai oleh ketua Umno Kota Bharu Datuk Mohd Fatmi Che Salleh, yang juga bekas setiausaha politik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Ia juga melaporkan ucapan keras itu dibuat oleh Fatmi.
Acara itu dilapor berlaku semalam.
Fatmi ketika dihubungi Malaysiakini enggan mengulas perkara itu.
ADAKAH INI CARA ISLAM .....BAKAR PATUNG, BAKAR SEMANGAT PERKAUMAN .....Kita semua tahu apabila sesuatu isu besar yang berlaku kepada BN dan pemimpinnya mereka akan menggunakan isu perkauman dan agama untuk meraihkan sokongan orang Melayu dan mengalihkan isu. 

16 SEPT SATU LAGI TARIKH BERSEJARAH BAGI POLITIK MALAYSIA

16 September 2015 akan dipahatkan dalam lipatan sejarah sebagai satu lagi tarikh bersejarah di mana sebuah parti yang berasaskan Islam akan ditubuhkan secara rasmi. Penubuhan ini merupakan sesuatu yang dinanti-nantikan kerana selepas Pakatan Rakyat berkubur akibat persengketaan PAS dan DAP, rakyat menunggu-nunggu satu gabungan pembangkang baru yang mampu menyaingi Umno/BN. 

Rakyar tahu tanpa gabungan mantap pembangkang yang  boleh diterima semua kaum, mana mungkin Umno/BN dikalahkan. Sebab itu kemunculan Parti AMANAH Negara mendapat dokongan dan sokongan padu dari parti pembangkang seperti DAP dan PKR.

Parti AMANAH Negara ini adalah sebuah parti lama yang ditukarkan nama bagi memudahkan urusan pendaftarannya. 


Parti Pekerja-pekerja Malaysia meluluskan pertukaran namanya kepada Parti Amanah Negara (Amanah) di samping menukar logo dan benderanya pada satu mesyuarat agung luar biasa (EGM) 8 September lalu. 

Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir berkata logo dan bendera baharu parti itu akan dilancarkan sepenuhnya pada satu perhimpunan yang bakal diadakan 16 September ini. EGM pada 8 September lalu adalah yang kedua diadakan parti itu selepas yang pertama pada bulan lalu. 

Pada EGM Ogos, mereka mencapai kata sepakat menukar kepimpinan parti itu kepada kepimpinan baru iaitu yang dibarisi pemimpin Gerakan Harapan Baru (GHB), bagi membolehkan mereka mengambil alih parti itu daripada kepimpinan lamanya. 

Anuar yang sebelum ini terlibat membentuk Parti Keadilan Nasional (PKN), menceritakan bagaimana pihaknya boleh mengambil alih parti itu. 

"Apabila kami berusaha mencari satu wadah baharu untuk bergerak, kami temui nama parti pekerja ini yang ditubuhkan sejak 1978 dan pernah bertanding di Sungai Besi dalam pilihan raya umum selepas itu. 

"Kami jumpa setiausaha agungnya, Gopalan K Papachan. Beliau seorang yang sangat dinamik. "Apabila mendengar hasrat kami itu, beliau sendiri sedia serahkannya kerana percaya kami akan meneruskan perjuangan untuk memberikan hak kepada rakyat dengan sewajarnya," kata Anuar. 

Selepas beberapa siri perbincangan, Gopalan menyatakan persetujuan rakan-rakannya yang lain dan beliau sendiri akan turut serta dalam parti ini bagi meneruskan kesinambungannya, kata Anuar. 

Sebelum ini, beliau berpengalaman menguruskan pembentukan PKN yang ditukar kepada Parti Keadilan Rakyat atau PKR sekarang, daripada parti asalnya iaitu Parti Ikatan Masyarakat Muslim Malaysia pimpinan Abdul Wahad Yunos. Parti Pekerja, kata Anuar diambil alih tanpa sebarang syarat daripada pemilik asalnya serta tanpa sebarang bayaran satu sen pun. Sebelum ini, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, Parti Pekerja tidak boleh dijenamakan semula sebagai Amanah kerana ia bukan parti politik tetapi sebuah parti yang memperjuangkan hak pekerja. 

Oleh itu, katanya, GHB tidak boleh menggunakan nama Amanah sebagai nama rasmi wadah politik mereka selagi perlembagaan parti itu tidak dipinda dan mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan (RoS). Berdasarkan nasihat Nur Jazla kata Anuar, EGM pertama itu diadakan bagi menukar struktur parti itu. 

"Permohonan pertukaran ini akan diserahkan kepada RoS yang akan berjalan serentak dengan pelancarannya," katanya. Beliau yang juga bekas timbalan pesuruhjaya PAS Perlis dan bekas ahli jawatankuasa PAS Pusat itu berkata, pihaknya sentiasa mendapat kerjasama yang baik daripada para pegawai dan kakitangan RoS dan ia adalah satu amalan biasa di negara ini. 

"Harap mereka terima permohonan kami dengan baik dan kami percaya pegawai RoS adalah penjawat awam yang akan menjalankan tugas mengikut peruntukan dan menjaga hak rakyat untuk berpersatuan dengan baik," katanya. Anuar berkata, negara akan mencatatkan sejarahnya tersendiri pada 16 September ini apabila Amanah dilancarkan dengan penuh gilang gemilang. 

"Kami jangka kira-kira 2,000 perwakilan dari seluruh negara dan pemerhati akan menyertai perhimpunan yang akan diadakan di Shah Alam itu," katanya mengenai pelancaran parti baharu itu.

TRAGEDI KREN DI MEKAH : TAKZIAH BUAT KELUARGA YANG MENINGGAL DUNIA

KENYATAAN MEDIA
AMANAH RAKAM TAKZIAH KEPADA AHLI KELUARGA MANGSA KREN TUMBANG DI MASJIDILHARAM
1. AMANAH merakamkan ucapan takziah kepada semua Ahli Keluarga mangsa Kren Tumbang di Masjidilharam, Mekah yang sedang mengerjakan Ibadah Haji yang terkini dilaporkan seramai lima orang mangsa yang telah meninggal dunia.
2. Didoakan agar Allah Taala menempatkan mereka dikalangan orang-orang yang beriman tahkala mereka semua berada di tempat yang amat mulia di sana, mengharapkan seluruh Ahli Keluarga agar bersabar dan tabah dengan ujian yang sedang berlaku ini.
3. Saya dan rakan-rakan juga bersempati kepada mangsa yang tercedera akibat tragedi Kren Tumbang tersebut dan mendoakan agar mereka semua kembali sembuh serta dapat meneruskan Ibadah Haji ketika ini, marilah kita semua berdoa agar keselamatan Jemaah Haji Malaysia selamat di sana.
4. AMANAH mengharapkan agar Kerajaan Malaysia dan Tabung Haji memastikan aspek keselamatan dan kemudahan khasnya kepada mangsa-mangsa yang tercedera dan juga melaporkan tahap terkini kedudukan mereka di sana kepada Ahli Keluarga di tanahair.
Amanah. Progresif. Peduli.
SALAHUDDIN HJ AYUB
Timbalan Presiden
Parti Amanah Negara
14 September 2015

14 September 2015

JOM SERTAI PARTI AMANAH NEGARA - HUBUNGI TALIAN2 DI BAWAH

PENGUMUMAN
Kepada sesiapa rakyat Melaka yang berhasrat menjadi Ahli Parti Amanah Negara (AMANAH) boleh menghubungi talian di bawah mengikut kawasan Parlimen yang disenaraikan.

1. Jasin 019 658 8587
2. Bukit Katil 019 682 1318
3. Kota Melaka 019 667 5521
4. Alor Gajah 019 628 8840
5. Tangga Batu 012 608 2489
6. Masjid Tanah 019 233 4645
7. Angkatan Muda 019 355 5053
8. Angkatan Wanita 019 729 5411
9. Amanah Melaka 016 770 5820
@ 013 627 9269

HARAPAN BARU
AMANAH - PROGRESIF - PEDULI
Haji Yuhaizad Abdullah
Setiausaha
Parti Pekerja-Pekerja Malaysia
(Parti Amanah Negara)
Negeri Melaka

SEMAK STATUS TERKINI IPU DI KAWASAN ANDA DI LINK INI

Anda boleh menyemak status bacaan Indeks Pencemaran Udara di kawasan anda DI SINI.  Penyemakan ini penting bagi menentukan tahap kesegaran udara di kawasan anda. Bagi mereka yang mengidap asthma berhati-hatilah jangan lupa memakai topeng muka bagi mengurangkan kemasukan udara yang tidak sihat ini ke dalam paru-paru kita.


APA NIAT ROS SUSAHKAN PARTI AMANAH NEGARA?

Sudah menjadi kelaziman di Malaysia ini pihak pendaftar pertubuhan sengaja melengah-lengah atau menyusahkan pendaftaran parti politik baru atas sebab-sebab tertentu yang kita semua tahu. Begitulah nasibnya dengan Parti AMANAH Negara yang sedang berhadapan dengan kerenah ROS yang kelihatan agar liat untuk meluluskan pindaan nama dan perlembagaan parti Pekerja kepada AMANAH.

Minggu ini pemimpin AMANAH akan bertemu dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk menyelesaikan masalah berhubung penggunaan nama baharunya Parti Amanah Negara (Amanah). 

Ini berlaku selepas Ketua Pengarah RoS Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata mereka tidak dibenarkan sama sekali mengadakan sebarang aktiviti atau program atas nama Amanah selagi pertukaran nama daripada Parti Pekerja Malaysia belum diluluskan. 

Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata, nama tersebut dicadangkan selepas permohonan mereka untuk mendaftarkan Parti Progresif Islam Malaysia ditolak Kementerian Dalam Negeri. 

"Kami umumkan nama Parti Amanah Negara kerana kami mahu beritahu ahli dan orang ramai. Ini menunjukkan kesungguhan kami dan niat untuk menubuhkan parti baharu," kata Salahuddin kepada The Malaysian Insider. Salahuddin berkata, RoS masih belum meluluskan mereka menggunakan nama Amanah walaupun permohonan sudah dibuat. 

Sebelum ini RoS dan Menteri Dalam Negeri siang-siang lagi menafikan perdaftaran parti baru yang dinamakan dengan nama Parti Progressif Islam. Tidak sampai 24 jam Zahid Hamidi membuat kenyataan menolak permohonan tersebut. Sungguh effektif dan pantas gerakerja mereka. 

INILAH NASIB MALAYSIA KERANA NAJIB - LUAHAN HATI MAHATHIR

Najib terus dihentam oleh Mahathir, terbaru Mahathir meluahkan perasaannya terhadap Najib. Serangan demi serangan yang dihamburkan oleh Mahathir sudah tentu merimaskan Najib. Kita tunggu dan lihat apa yang Najib ingin lakukan terhadap bekas boss beliau yang sangat berkuasa suatu masa dahulu.
Ikuti artikel terbaru Mahathir di bawah ini yang kami ambil dari Blog chedet.com yang postingnya bertanjuk BERSIH.

BERSIH
1. Saya hadir dalam tunjuk perasaan anjuran Bersih pada 29-30 Ogos. Ramai yang tertanya-tanya apakah saya sudah jadi penyokong Bersih. Apakah saya sokong parti lawan DAP dan Kit Siang. Ada juga yang bertanya saya sudah
memihak kepada orang Cina.
🔸2. Saya pernah menyatakan demonstrasi jalanan tidak harus diguna untuk tekanan politik kerana ia menjejaskan perniagaan terutama perniagaan kecil dan ekonomi Negara. Apakah sekarang perbuatan saya tidak menunjuk sifat berdolak-dalik dalam politik.
🔸3. Saya tidak setuju dengan tunjuk perasaan kerana ada saluran lain yang boleh digunakan untuk menekan Kerajaan apabila menyalahguna kuasa.
🔸4. Kita boleh buat laporan polis, dengan harapan polis dan Pendakwa Raya akan ambil tindakan, menghadapkan pihak yang dituduh ke mahkamah.
🔸5. Tetapi sekarang Najib sudah bubar dan musnahkan institusi-institusi Kerajaan yang ditugas untuk melindungi hak rakyat.
🔸6. Apabila dituduh telah lesapkan duit Kerajaan melalui 1MDB, Najib serah siasatan kepada Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC – Public Accounts Committee) Dewan Rakyat. Rakyat disuruh tunggu sehingga siasatan oleh badan-badan ini selesai.
🔸7. Apabila wang sebanyak RM2.6 bilion terdapat dalam akaun peribadi Najib, dan dia tak dapat menafi duit ini ada dalam akaunnya, dan ramai bertanya daripada mana duit ini datang, dan penjelasan yang munasabah tidak dapat diberi oleh Najib, maka satu pasukan bertugas (task force) dibentuk untuk secara rasmi menyelidik wang ini.
🔸8. Pasukan ini terdiri daripada Pendakwa Raya, Ketua Polis Negara, Ketua Badan Pencegah Rasuah dan Gabenor Bank.
🔸9. Rakyat menunggu hasil siasatan ini. Tiba-tiba Pendakwa Raya disingkir oleh Najib, Ketua Badan Pencegah Rasuah diarah bercuti, dan Gabenor Bank diugut kononnya kerana Bank Negara bocor maklumat. Dan terhentilah siasatan oleh badan ini.
🔸10. Di masa yang sama Pengerusi PAC dan tiga lagi ahli diberi jawatan dalam Kerajaan dan siasatan berkenaan wang 1MDB oleh PAC pun dihentikan.
🔸11. Beberapa pegawai polis dan lain-lain pegawai dipindah ke jawatan lain supaya tidak lagi dapat meneruskan siasatan.
🔸12. Yang ditinggal dan yang baru dilantik adalah orang yang tidak tunjuk minat untuk membuat siasatan, bahkan sengaja menghalang apa-apa siasatan terhadap 1MDB dan duit RM2.6 bilion dalam akaun Najib.
🔸13. Semua saluran untuk menyiasat 1MDB dan RM2.6 bilion dalam akaun Najib sudah tidak lagi ada.
🔸14. Sebaliknya Najib dan konco-konconya sering mendakwa duit RM2.6 bilion adalah derma. Tidak pula diperkenalkan penderma, punca kekayaannya, bentuk wang yang diberi, bank yang terlibat dan lain-lain butiran. Sebenarnya dakwaan ini tidak boleh diterima akal.
🔸15. Kepada pemimpin UMNO Najib mendakwa bahawa RM2.6 bilion ini adalah untuk pilihanraya ke-14. Jika untuk parti belanja membeli nasi lemak atau minuman atau sewa kereta seperti dahulu, jumlah ini beratus kali ganda wang yang diperlukan.
🔸16. Tetapi untuk sogok pemimpin dan ahli Dewan Rakyat dengan berjuta tiap seorang, untuk sogok pegawai supaya menipu, besar kemungkinan wang sebanyak RM2.6 bilion diperlukan.
🔸17. Jika Najib menang kerana sogok wang, dia akan perlu lebih banyak wang lagi untuk mengekalkan dirinya sebagai PM dan untuk PRU
🔸15. Dari mana akan datang berbilion lagi jika tidak secara haram. Malaysia akan diperintah oleh seorang Perdana Menteri yang bergantung kepada rasuah. Najib sendiri berkata “Cash is King” “Wang Tunai adalah Raja”. Raja inilah yang disembah oleh Najib.
🔸18. Najib akan nafi tetapi keadaan Negara sekarang amat buruk. Hubungan kaum tegang. Nilai Ringgit dan saham jatuh dengan teruknya jauh lebih teruk dari Thailand, Singapura dan lain-lain Negara. Kos sara hidup melambung naik kerana GST dan lain-lain. Hutang Negara bertimbun dan lain-lain.
🔸19. Inilah masa depan Malaysia jika Najib kekal. Segala cara menukar Perdana Menteri yang mengikut undang-undang dan Perlembagaan Negara sudah ditutup oleh Najib. Hanya dengan suara keramat rakyat dibantu dengan undi tidak percaya Dewan Rakyat sahaja yang boleh menjatuhkan Najib dan menyelamatkan Negara daripada perasuah.
🔸20. Oleh itu saya terpaksa menyertai demonstrasi jalanan anjuran Bersih yang bertema singkirkan Najib kerana rasuah, dan saya rayu kepada ahli Dewan Rakyat UMNO dan BN supaya menyokong undi tidak percaya kepada Najib. BN tidak akan jatuh setelah Najib disingkir. BN masih parti majoriti.
🔸21. Selagi Najib berkuasa semala itulah ekonomi merosot, nilai Ringgit jatuh, saham jatuh, kos sara hidup meningkat kerana GST, hutang Negara bertimbun dan tidak dapat dibayar, pengangguran bertambah, berbilion duit rakyat disalahgunakan.
🔸22. Inilah nasib yang menunggu Malaysia kerana Najib.

Sumber : chedet.com

10 WAKIL RAKYAT KELANTAN PERTIMBANG SERTAI AMANAH???


Ura-ura 10 orang wakil rakyat PAS Kelantan menyertai semakin bertiup kencang. Yang jelas Ahli Parlimen Tumpat memang seringkali hadir pada Program GHB dan sekarang Parti AMANAH Negara (AMANAH).
Pemimpin PAS dan rakyat Kelantan menanti dengan penuh debaran siapa wakil rakyat Kelantan yang berhijrah ke AMANAH. 

Impak penghijrahan ini sangat besar  kerana menyebabkan majoriti kerusi PAS di Kelantan berkurang dan mungkin pemerintahan PAS di Kelantan tergugat.

Antara wakil rakyat yang dituduh cenderung untuk menyertai AMANAH adalah Ahli Parlimen Pasir Puteh, Dr Nik Mazian Nik Mohd, Adun Tendong, Rozi Mamat; Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim; Adun Mengkebang, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman; Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusof; Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim dan lain-lain. 

Samada benar atau tidak kita tunggu dan lihat sahaja nanti..............bila sampai waktunya. 

Sementara itu Ketua Pemuda PAS Kelantan Fadzli Shaari berkata Dewan Pemuda PAS Kelantan hari ini menggesa mana-mana wakil rakyatnya yang dikaitkan dengan penubuhan Parti Amanah Negara (Amanah) yang kini dalam proses didaftarkan, menyatakan pendirian masing- masing. 

Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata pendirian mereka wajar diperjelaskan agar pengundi dapat membuat penilaian khususnya pada pilihan raya umum akan datang.

"Kita juga mahukan Anggota Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar nyatakan pendirian beliau sama ada masih mahu bersama PAS ataupun Amanah," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis pelepasan kembara 'ASEAN Rides Festival 2015 Zon Timur' di perkarangan Kota Darul Naim di Kota Baharu, hari ini.
Sebanyak 150 buah motosikal berkuasa tinggi yang menyertai kembara berkenaan dilepaskan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Ahmad Fadhli mengulas mengenai dakwaan bahawa 10 orang wakil rakyat dari negeri itu dikhabarkan akan menyertai Amanah dalam masa terdekat.
Ditanya mengenai pendirian Amanah Kelantan yang mendakwa mereka tidak akan meletakkan calon pada pilihan raya umum akan datang di negeri itu, Ahmad Fadhli berkata PAS Kelantan akan sentiasa berwaspada.

"Gerak kerja mereka hari ini, mereka turun ke kampung-kampung, beri penerangan, menunjukkan mereka seolah ada niat untuk bertanding. Jadi bagi kita, kita sentiasa berwaspada untuk menghadapi sebarang kemungkinan kalau Amanah nak bertanding di Kelantan," katanya.
Berhubung kerjasama antara PAS dan Amanah pada masa akan datang, beliau berkata ia tidak mungkin berlaku kerana dasar kedua-dua parti adalah berbeza.

"Macam mana nak berbaik dengan PAS sebab mereka sendiri serpihan daripada PAS. Mereka seolah-olah menyatakan tidak setuju dengan dasar PAS itu sendiri. Saya kira ini hanya omong kosong daripada Amanah," katanya.

Kita sebagai rakyat marhaen di negara kita amat berharap kerajaan Kelatan kekal dan istiqamah dengan perjuangan Islam. 

PAS SEMAKIN HEBAT BILA BERSENDIRIAN TAK PERLU BERGABUNG

Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata parti itu perlu kekal dalam satu gabungan demi memperkukuhkan lagi pembangkang di negara ini.
Mengakui kekuatan pembangkang berada dalam satu gabungan, MP Pasir Mas itu bagaimanapun berkata asas hormat menghormati perlu ada untuk terus kekal dalam sebagai satu pakatan.
Itu hari ada pemimpin PAS yang berkata, PAS lebih kuat bila bersendirian. PAS boleh bertanding di mana-mana kerusi yang mereka mahu. Malah PAS tidak kisah untuk bertanding di mana-mana kerana kemenangan bukan matlamat utama PAS. 
Takkan kali ini hendak u-turn pula, nanti rakyat tengok PAS tidak konsisten. Janganlah bercakap kluk klek boh. Sebagai ahli politik kena kena sentiasa istiqamah dalam kenyataan dan tindakan kita.
Semalam lain macam pula kenyataan Nik Abduh ini. Mungkin beliau baru sedar dari mimpinya.
"Kita konsisten bahawa kita perlu kuat dan kekuatan pembangkang ialah dalam gabungan. Dan selagi mana boleh bergabung, kita akan kekal bergabung dalam gabungan politik tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat PAS hari ini, menjelang pertemuan antara wakil parti itu dengan PKR bagi membincangkan mengenai pakatan baru pembangkang esok.
Pertemuan itu akan diadakan di ibu pejabat PKR jam 2.30 petang.
Isu penyertaan PAS dalam gabungan baru timbul selepas PKR bertegas mahu PAS dalam gabungan itu tetapi dibantah oleh DAP.
Sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula berkata, parti Islam itu tidak mustahil bergerak sendirian.
Ini kerana, Abdul Hadi berkata, gabungan baru itu tidak mempunyai agenda memartabatkan Islam dan hanya mahu memenangi pilihan raya akan datang.

PAS DAN UMNO BERGABUNG JADI KERAJAAN ???

Sebagai parti tunjang dalam negara ini Umno dan PAS perlu berada dalam pentadbiran kerajaan, kata Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.
Menurut bekas menteri penerangan itu, keperluan supaya Umno dan PAS bekerjasama dibangkitkannya kerana kedua-dua parti mewakili 70 peratus penduduk di Malaysia.
“Ada dua sahaja parti tunjang di Malaysia ini iaitu Umno dan PAS. Jadi siapa pun nak jadi kerajaan, mesti ada satu parti tunjang. Kita hendak membina negara sejahtera,” katanya ketika membentangkan usul politik di Kongres Rakyat - Membina Malaysia Sejahtera di Shah Alam hari ini.
Apakah saranan ini akan jadi kenyataan. Ada tanda-tanda ianya berlaku dengan kenyataan-kenyataan pimpinan PAS kebelakangan ini yang menggunakan isu perkauman sempit seperti yang menjadi siulan Umno sebelum ini.  
Jika benar itu hasrat dan kemahuan PAS, rakyat sudah tentu mahu melihat PAS melahirkan perkara ini secara terang-terangan. 

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter