PAS DAN UMNO BERGABUNG JADI KERAJAAN ???

Sebagai parti tunjang dalam negara ini Umno dan PAS perlu berada dalam pentadbiran kerajaan, kata Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.
Menurut bekas menteri penerangan itu, keperluan supaya Umno dan PAS bekerjasama dibangkitkannya kerana kedua-dua parti mewakili 70 peratus penduduk di Malaysia.
“Ada dua sahaja parti tunjang di Malaysia ini iaitu Umno dan PAS. Jadi siapa pun nak jadi kerajaan, mesti ada satu parti tunjang. Kita hendak membina negara sejahtera,” katanya ketika membentangkan usul politik di Kongres Rakyat - Membina Malaysia Sejahtera di Shah Alam hari ini.
Apakah saranan ini akan jadi kenyataan. Ada tanda-tanda ianya berlaku dengan kenyataan-kenyataan pimpinan PAS kebelakangan ini yang menggunakan isu perkauman sempit seperti yang menjadi siulan Umno sebelum ini.  
Jika benar itu hasrat dan kemahuan PAS, rakyat sudah tentu mahu melihat PAS melahirkan perkara ini secara terang-terangan. 

Comments

Anonymous said…
NAK PERKASAKAN MAZHAB YANG MANA..??????? pas nak ikut mazhab umno ...atau umno nak ikut mazhab pas ....???? boleh campur ke air dengan minyak...?????????
Anonymous said…
HADI cuma masih belum berani aje lagi nak luahkan hasrat PAS akan bergabung dengan UMNO. Ikhtiar untuk menggabungkan PAS dan UMNO ni sudah lama giat diusahakan oleh Hassan Ali, Nassaruddin Mat Isa, Zuhdi, Harun Din dan beberapa kerat lagi.

Melihat pada rentak tari kepimpinan UMNO dan PAS khususnya, kebelakangan ini sudah semakin jelas riak-riak penggabungan itu akan menjadi kenyataan. Kemelut RM2.6b yang masuk ke dalam akaun Najib tempoh hari, mendapat 'back-up' daripada Hadi dan Harun Din. Hadi juga sudah memuktamadkan pendirian PAS tidak akan turut serta dalam Pakatan Rakyat 2.0! Logikkah PAS akan bersendirian hadapi pilihanraya umum akan datang?

Jarum-jarum psycology saban hari disuntik dengan pelbagai cara untuk melemahkan pegangan ahli-ahli akar umbi PAS yang masih tebal menolak idea penggabungan UMNO-PAS ini. (Hakikat inilah yang menjadi sebab utama kenapa Hadi masih teragak-agak untuk menyatakan persetujuan bergabung)

Terbaru, Kongres Rakyat yang berlangsung di Shah Alam juga disuntik unsur psycology secara halus. Warna Hijau (warna rasmi PAS) digabungkan dengan warna merah (warna rasmi UMNO). KONGRES (hijau)+RAKYAT (merah)..
Anonymous said…
Nak perjuangkan islam tp.kerja fitnah dan menghina jadi makanan harian...kesian...mulut mengejek tp hati remuk dan resah...satu2 bala turun...nakbtubuh parti pun satu2 halangan mendtg...bkn dimudahkan...terbaru...2 org besar ug diharapkan...kencing masuk pkr...hahahahahaha...setakat baiah dh langgar..rasa la kekecewaan...tapi selagi blh spin...spin la...tapo dlm hati...kuciwa lagi...bertahun2 ulang ratib ug...tapi tuan guru lks ajak ug...diam...bila ketua berdada dgn amoi...diam...lepas ni apa plak adegan lucu dari parti cangkuali...dahla rasmi parti ada nyanyi2..very islamik...insafla sofi...
Anonymous said…
PAS TAK SALAH TAPI SEGELINTIR PEMIMPINNYA KUNUN ULAMA TAPI MEMBAWA ONAR PADA LEBEL ISLAM SEPERTI
1. Pemimpin yg bermulut longkang yg membarua, mentolol dan menjebon Jemaah sendiri.

2. Mengamalkan kekarutan Baiah mencagar isteri. Kenapa tak lump sum ahli pun cagar bini masing-masing

3. Muktamar dah kata putus dgn DAP tapi masih terhegeh - hegeh pegang jawatan di Penang. Sayang elaun ke. Maruah macamana ?????

4. Mempunyai aura-aura sayang UMNO dan pemimpinnya berpeluang muncul kerap di TV3 atau Utusan.

5.Sebelum muktamar bukan main nak halau mat sabu dan rakan, tapi lepas muktamar bila nak tubuh parti baru MEROYAN pula lebai lebai semua

6. Paksa yb yg keluar letak jawatan. Gila ka, kalau letak 5 tahun tak boleh bertanding pilihanraya.

7.SAYA sedih PKR curi YB Pas, ini sudah menghina, memperlekeh PAS. Tp ajak join Pakatan 2.0 tp curi MP Pas. Ini khianat jadi Pas mesti tinggalkan PKR dengan meletak jawatan exco di Selangor. Woii depa curi MP Pas tu. Tak kan nak tengok ja, Lain la kalau Amanah yg curi kurang la rasa kena KENCING nya. Mana Maruah Pas.

AKHIRNYA AKU MEMERHATI KELAKU MEREKA SEPERTI AKU MEMERHATIKAN USTAZ USTAZ SAMPUL.....selamat tinggal pas yg akan bungkus di pantai barat dan jd suam suam kuku di pantai timur kerana 3 penjuru. YG CANTEEK UMNO AKAN KEMBALI DI KELANTAN.

ISLE-ISLE