TAHNIAH : KENYATAAN PAS YANG SANGAT 'CERDIK'

Kita ingin mengucap tahniah dan syabas kepada PAS yang begitu hebat dan cerdik dengan mengeluarkan kenyataan bahawa bersedia untuk berlawan dan bertanding dengan AMANAH. 
Kami kira ini kenyataan yang cerdik dan hebat. Memang kita tidak hairan dengan kenyataan ini kerana PAS sendiri menyatakan bahawa mereka bertanding bukan untuk menang. Kata mereka kemenangan perkara yang kedua.
Tetapi yang peliknya kalau sudah tahu tidak menang dan tak mahu kami kira tidak perlulah PAS bertanding kerana ianya sudah tentu merugikan masa dan duit sahaja. Bak kata orang Negoghi 'mengabihkan bogheh yo'.
Hari ini media melaporkan bahawa PAS sedia bertembung dengan Parti Amanah Negara (AMANAH) bagi merebut kerusi dalam pilihan raya umum akan datang.
Ketua penerangannya, Nasrudin Hassan berkata sebagai sebuah parti yang berpengalaman, PAS sudah bersedia berdepan dengan segala kemungkinan.
"Itu hak mereka. Mereka nak tanding di mana sekali pun itu hak mereka. Ada pun kita PAS bersedia menghadapi pilihan raya umum dengan keputusan yang kita akan buat nanti.
"Berapa dan di mana kerusi yang kita nak tanding akan diputus kemudian.
"PAS sebagai sebuah parti politik yang berpengalaman dan besar sedia hadapi apa jua situasi untuk hadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media khas Pelancaran Program “Himpunan 60 Ribu” (H60K) di ibu pejabat PAS di ibu negara hari ini.
Tahniah PAS.

Comments

Anonymous said…
Pas bertindak bijak untuk kalah.
Untunglah najib
Anonymous said…
InsyaAllah PAS boleh menang.. PAN kena terima hakikat, bila kamu bukan lgi PAS maka boleh jdi serupa UMNO atau DAP.. wajib berlawan
Anonymous said…
Pas akan bertempur dengan PAN dalam semua Dun dan Parlimen di seluruh negara. Saya percaya ini adalah strategi yang sesuai dengan Pas sekarang. Pas tahu di Dun dan Parlimen di bandar besar dan mini bandar akan kecundang kerana rakyat berbangsa Melayu, China dan India sudah hilang kepercayaan kepada kerajaan korup UMNO\BN. Pertembungan dengan dengan PAN , akan memenangkan UMNO\BN dikawasan campuran pelbagai bangsa, terutama undi orang Cina. Pas kalah tak menjadi hal kepada Tontawi dan Pas bila berlaku pertembungan, asalkan dapat mengakhiri hayat PAN, ianya dianggap kejayaan besar bagi Tontawi dan Pas.

Saya merasakan PAN tahu strategi 'cerdik' tontawi dan para wala'un. Sekadar peringatan kalau boleh PAN mengambil pendekatan yang lebih ke hadapan dan lebih 'cerdik' dari cara berfikir dan strategi Tontawi dan Pas.

Akhirkata saya mengucapkah tahniah sempena kelahiran PAN pada 16.9.2015.

ZBJ
IrWrWs said…
Tak timbul PAS lawan PAN kalau PKR dan DAP boleh bagi kerusi diaorang kat PAN.. PAS hanya perlu mengekalkan kerusi yg ditandingi PRU13..
Anonymous said…
PAS sudah bercelaru. Entah apa hasrat PAS? Tindakan PAS yang kurang matang ini mengecewakan kami. Dulu kami sokong PAS. Sekarang nampaknya kena tolak PAS.

Anonymous said…
Tolong jelaskan dahulu pada rakyat Malaysia apa hala tuju PAS terutama untuk PRU14...sasaran untuk ke Putrajaya atau kekal mcm sekarang...bersendirian atau berjamaah pun masih blm jelas....tolong bercakap dengana fakta dan kupasan ilmiah disamping penggunaan nas-nas yang bersesuaian...
Anonymous said…
tantawi dn ni beduh sama2 bodoh... ckp memang guna lutut

bukan kutuk ni ,,, memang guna lutut betul

ckp semata2 nk tunjuk hebat tunjuk semangat... isi kosong

ini sama mcm cerita 40 penyamun... serang apa yg pangkah

jamban pun jamban lah... serang jugaaa

konon sedia apa saja lah



Anonymous said…
Anonmuose 17.52. kau ni mamai lagi ke mabuk?memanglah Pan kena terima hakikat sebab PAN ni bukan PAS.kau tak pandai beza ke huruf N dengan huruf S.Yadooooh.
Anonymous said…
Bukan Pas yang celaru tetapi peminpin mereka .Dari presideng.mrsidol .dan lain2 peminpin hularmak.mereka memang dendam.bukan soal menag .yang penting kalau bolih kacau undi dan lebih rela BN memnang.ini jenis kumpulan ulamak apa ke jaddah.
Anonymous said…
Pengalaman banyak belum tentu matang politik..selamat tinggal PAS..
Jeman said…
Parti pas mmg dh capai umo matang, tp pemimpin yg ada skang seko pon x mtang politik. Tu psl sume yg veteran diorg tendang
IrWrWs said…
https://lh3.googleusercontent.com/-BAxstUpZ7v0/VfWJjy04qbI/AAAAAAAAPbo/fGeulmoiOzU/s2560/1442154893216.jpeg

Sedangkan di kelantan pun PAS x larang utk non muslim.. Tak dgr plk PAN bantah DAP kerana tolak larangan arak.. berani ko?
IrWrWs said…
https://lh3.googleusercontent.com/-BAxstUpZ7v0/VfWJjy04qbI/AAAAAAAAPbo/fGeulmoiOzU/s2560/1442154893216.jpeg

Sedangkan di kelantan pun PAS x larang utk non muslim.. Tak dgr plk PAN bantah DAP kerana tolak larangan arak.. berani ko?
bat8 said…
Arak tu dah diharamkan jual ditempat terbuka. Ianya dijual ditemlat2 yg ditentukan. Apa isunya lagi Wan Rosli?......

Yang xsetel lagi ialah pasal nak buat hudud di kelantan. Wan Rosli......APA STATUS TERBARU HUDUD DI KELANTAN? JADI KE TAK JADI NAK BUAT? BILA BOLEH LAKSANA NI? KE DAH DILAKSANAKAN?.....
Anonymous said…
ide plg bodoh adalh mpelawa spy umgok ke dlm r2.0
pas-rasit beso kepalo sbb ada kerajaan cmpurn di selangr
aku nk tgk puok jebon ni terlentang masuk gaung pru 14 nanti
Anonymous said…
hamim dn berjasa dulu ada mcm amanah,??? hebat perasmian parti amanah ni,parti serpihan pas-rasit yg pro umgok pasti akn mampos !!!!!
Anonymous said…
pru14 nnti parti mana yg nak bg kerusi kat pertubuhan pekerja Malaysia ni?..sopi wahab...johar...azli n d gang mesti ade jwpan...buat masa skrg xbleh pnggil pan sbb xde dlm database ROS....