Kita ingin mengucap tahniah dan syabas kepada PAS yang begitu hebat dan cerdik dengan mengeluarkan kenyataan bahawa bersedia untuk berlawan dan bertanding dengan AMANAH.
Kami kira ini kenyataan yang cerdik dan hebat. Memang kita tidak hairan dengan kenyataan ini kerana PAS sendiri menyatakan bahawa mereka bertanding bukan untuk menang. Kata mereka kemenangan perkara yang kedua.
Tetapi yang peliknya kalau sudah tahu tidak menang dan tak mahu kami kira tidak perlulah PAS bertanding kerana ianya sudah tentu merugikan masa dan duit sahaja. Bak kata orang Negoghi 'mengabihkan bogheh yo'.
Hari ini media melaporkan bahawa PAS sedia bertembung dengan Parti Amanah Negara (AMANAH) bagi merebut kerusi dalam pilihan raya umum akan datang.
Ketua penerangannya, Nasrudin Hassan berkata sebagai sebuah parti yang berpengalaman, PAS sudah bersedia berdepan dengan segala kemungkinan.
"Itu hak mereka. Mereka nak tanding di mana sekali pun itu hak mereka. Ada pun kita PAS bersedia menghadapi pilihan raya umum dengan keputusan yang kita akan buat nanti.
"Berapa dan di mana kerusi yang kita nak tanding akan diputus kemudian.
"PAS sebagai sebuah parti politik yang berpengalaman dan besar sedia hadapi apa jua situasi untuk hadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media khas Pelancaran Program “Himpunan 60 Ribu” (H60K) di ibu pejabat PAS di ibu negara hari ini.
Tahniah PAS.
Comments
Untunglah najib
Saya merasakan PAN tahu strategi 'cerdik' tontawi dan para wala'un. Sekadar peringatan kalau boleh PAN mengambil pendekatan yang lebih ke hadapan dan lebih 'cerdik' dari cara berfikir dan strategi Tontawi dan Pas.
Akhirkata saya mengucapkah tahniah sempena kelahiran PAN pada 16.9.2015.
ZBJ
bukan kutuk ni ,,, memang guna lutut betul
ckp semata2 nk tunjuk hebat tunjuk semangat... isi kosong
ini sama mcm cerita 40 penyamun... serang apa yg pangkah
jamban pun jamban lah... serang jugaaa
konon sedia apa saja lah
Sedangkan di kelantan pun PAS x larang utk non muslim.. Tak dgr plk PAN bantah DAP kerana tolak larangan arak.. berani ko?
Sedangkan di kelantan pun PAS x larang utk non muslim.. Tak dgr plk PAN bantah DAP kerana tolak larangan arak.. berani ko?
Yang xsetel lagi ialah pasal nak buat hudud di kelantan. Wan Rosli......APA STATUS TERBARU HUDUD DI KELANTAN? JADI KE TAK JADI NAK BUAT? BILA BOLEH LAKSANA NI? KE DAH DILAKSANAKAN?.....
pas-rasit beso kepalo sbb ada kerajaan cmpurn di selangr
aku nk tgk puok jebon ni terlentang masuk gaung pru 14 nanti