10 WAKIL RAKYAT KELANTAN PERTIMBANG SERTAI AMANAH???


Ura-ura 10 orang wakil rakyat PAS Kelantan menyertai semakin bertiup kencang. Yang jelas Ahli Parlimen Tumpat memang seringkali hadir pada Program GHB dan sekarang Parti AMANAH Negara (AMANAH).
Pemimpin PAS dan rakyat Kelantan menanti dengan penuh debaran siapa wakil rakyat Kelantan yang berhijrah ke AMANAH. 

Impak penghijrahan ini sangat besar  kerana menyebabkan majoriti kerusi PAS di Kelantan berkurang dan mungkin pemerintahan PAS di Kelantan tergugat.

Antara wakil rakyat yang dituduh cenderung untuk menyertai AMANAH adalah Ahli Parlimen Pasir Puteh, Dr Nik Mazian Nik Mohd, Adun Tendong, Rozi Mamat; Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim; Adun Mengkebang, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman; Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusof; Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim dan lain-lain. 

Samada benar atau tidak kita tunggu dan lihat sahaja nanti..............bila sampai waktunya. 

Sementara itu Ketua Pemuda PAS Kelantan Fadzli Shaari berkata Dewan Pemuda PAS Kelantan hari ini menggesa mana-mana wakil rakyatnya yang dikaitkan dengan penubuhan Parti Amanah Negara (Amanah) yang kini dalam proses didaftarkan, menyatakan pendirian masing- masing. 

Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata pendirian mereka wajar diperjelaskan agar pengundi dapat membuat penilaian khususnya pada pilihan raya umum akan datang.

"Kita juga mahukan Anggota Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar nyatakan pendirian beliau sama ada masih mahu bersama PAS ataupun Amanah," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis pelepasan kembara 'ASEAN Rides Festival 2015 Zon Timur' di perkarangan Kota Darul Naim di Kota Baharu, hari ini.
Sebanyak 150 buah motosikal berkuasa tinggi yang menyertai kembara berkenaan dilepaskan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Ahmad Fadhli mengulas mengenai dakwaan bahawa 10 orang wakil rakyat dari negeri itu dikhabarkan akan menyertai Amanah dalam masa terdekat.
Ditanya mengenai pendirian Amanah Kelantan yang mendakwa mereka tidak akan meletakkan calon pada pilihan raya umum akan datang di negeri itu, Ahmad Fadhli berkata PAS Kelantan akan sentiasa berwaspada.

"Gerak kerja mereka hari ini, mereka turun ke kampung-kampung, beri penerangan, menunjukkan mereka seolah ada niat untuk bertanding. Jadi bagi kita, kita sentiasa berwaspada untuk menghadapi sebarang kemungkinan kalau Amanah nak bertanding di Kelantan," katanya.
Berhubung kerjasama antara PAS dan Amanah pada masa akan datang, beliau berkata ia tidak mungkin berlaku kerana dasar kedua-dua parti adalah berbeza.

"Macam mana nak berbaik dengan PAS sebab mereka sendiri serpihan daripada PAS. Mereka seolah-olah menyatakan tidak setuju dengan dasar PAS itu sendiri. Saya kira ini hanya omong kosong daripada Amanah," katanya.

Kita sebagai rakyat marhaen di negara kita amat berharap kerajaan Kelatan kekal dan istiqamah dengan perjuangan Islam. 

Comments

DinAyamas said…
tak payah ugut-ugut,
yang nak pergi biarlah pergi,
bukankah kita dah halau,
bukan kita nak hapuskan para jebon,
bukankah mereka anti hudud,
bukan mereka ini ejen DAP,
bukankah mereka Syiah,
Hanya satu menyekat mereka,
cerai talak takliq,
biarkan mereka pergi kita lagi kuat.

ramboo-t said…
Pergi serta meletakkan jawatan sama bohh..jgn hanya pergi tp wang elaun ttp dinikmati..wang haram tu..dap sure boleh inject dana utk geng keldai ini..
mansor said…
berat rambo ni...elaun tu sebab dia buat kerja utk kawasan dia bukan ponteng sidang,,,lagipun
bukan PAS yg bayar....sewajarnya dlam konteks Kelantan pimpinan PAS ynag mentadbir Kelantan kena letak jawatan...tak berjaya mereka ni memikul amanah mentadbir Kelantan secara telus dan membangunkan Kelantan....
IrWrWs said…
Pabila PAN bersuara.. langgar sumpah pun kira halal dan kira AMANAH..
bat8 said…
Woh rambai.....mereka meninggalkan PAS untuk meneruskan perjuangan Islam dalam wadah yang lain, sebab apa kena letak jawatan? Kan dulu halau, suruh keluar, suruh tubuh parti baru...bila orang mahu keluar ugut pulak, bengong ke?
Anonymous said…
Macamana pulak dgn yb pas yg duk kejar harta bukannya menjalankan amanah? Mereka ni pun patut dujatuhkan hukum baiah tu jugak. Menyusahkan rakyat...
Anonymous said…
Anak bila dah besar dan berkeluarga kalau boleh x nak duduk dengan mak bapak. Nak duduk rumah sendiri waimah buat rumah sebelah mak bapak asalkan berlainan rumah. Kenapa kerana kita nak ada kuasa dlm rumah kita sendiri itu lumrah manusia. Tapi Ada mak bapak kita buang kita?tak kan? Malah dipesan dgn yg baik baik jaga agama, solat, bimbing keluarga dgn baik etc....
Jadi x boleh kah PAS bersekutu dgn Amanah? Kalau boleh bawak anak tiri DHPP dlm rumah ...x bolehke terima dengan baik Amanah? Kenapa nak dicerca dihamun Amanah? Saudara Islam kot...patut PAS berbangga dgn Amanah sbg anak didik PAS sebagaimana Mak Bapak kita berbangga dengan anaknya......
Unknown said…
Wan Rosli memang suke keluarga islam cerai berai, baru puas dendam kesumat PAS bagi wakil rakyat yang tak sudi memaksumkan hh
aku said…
Sudah halau orang cabut lagi mau meroyan ka?
Anonymous said…
PAS DAN PERLEMBAGAANNYA TAK SALAH TAPI SEGELINTIR PEMIMPINNYA KUNUN ULAMA TAPI MEMBAWA ONAR PADA LEBEL ISLAM SEPERTI
1. Pemimpin yg bermulut longkang yg membarua, mentolol dan menjebon Jemaah sendiri.

2. Mengamalkan kekarutan Baiah mencagar isteri. Kenapa tak lump sum ahli pun cagar bini masing-masing

3. Muktamar dah kata putus dgn DAP tapi masih terhegeh - hegeh pegang jawatan di Penang. Sayang elaun ke. Maruah macamana ?????

4. Masa Muktamar lebai lebai dan pro ulama macam seronok sakan guna CAI masa memilih. Ini cara islam ka cara yahudi guna cai ni tuan tuan

5.Sebelum muktamar bukan main nak halau mat sabu dan rakan, tapi lepas muktamar bila nak tubuh parti baru MEROYAN pula lebai lebai semua

6. Paksa yb yg keluar letak jawatan. Gila ka, kalau letak 5 tahun tak boleh bertanding pilihanraya.

AKHIRNYA AKU MEMERHATI KELAKU MEREKA SEPERTI AKU MEMERHATIKAN BARISAN KEPIMPINAN CAI.....selamat tinggal pas yg akan bungkus di pantai barat dan jd suam suam kuku di pantai timur kerana 3 penjuru. YG CANTEEK UMNO AKAN KEMBALI DI KELANTAN.

ISLE-ISLE