NASIHAT UNTUK HADAPI BALA JEREBU

Jerebu ini merupakan bala dari Allah. Walaupun pelbagai pihak menyalahkan pembakaran terbuka yang dilakukan oleh pihak tertentu tetapi kita mesti faham dan insaf bahawa semua itu adalah ketentuan dari Allah. Jika Allah tidak menghendakinya terjadi Allah berkuasa untuk menghilangkan jerebu tersebut dengan sekelip mata. 

Itulah sebabnya apa juga kejadian yang berlaku adalah kententuan Allah dan kita wajib bermuhasabah diri masing-masing. Allah memberikan peringatan dalam bentuk yang pelbagai. 

Ayuh mari sama-sama kita mohon ampun dari Allah dan bertaubat atas apa juga kesalahan kita. Mari sama-sama kita berdoa dan bermunajat supaya bala jerebu ini dihilangkan segera.

NASIHAT KESIHATAN KETIKA JEREBU

1.   GOLONGAN ORANG YANG BERISIKO TINGGI SEMASA JEREBU

Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan buruk kepada semua orang terutama yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, orang tua, wanita mengandung , pesakit  jantung dan respiratori  juga  mereka yang sensitive kepada habuk, orang yang merokok termasuk  mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah

2.     NASIHAT KESIHATAN SECARA UMUM UNTUK MENCEGAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU
             i.  Orang ramai dinasihatkan supaya sejauh mana yang boleh berada di dalam bangunan.
           ii.  Kurangkan aktiviti lasak di luar rumah.
          iii.  Orang ramai dinasihatkan supaya kerap membasuh muka dan bahagian-bahagian yang terdedah kepada jerebu.
          iv.  Orang ramai dinasihatkan supaya minum banyak air.
           v.  Mereka yang menggunakan kenderaan yang berhawa dingin hendaklah menghidupkan alat penghawa dingin (mod : kitaran dalam) dan menutup semua tingkap.
          vi.  Penutup   hidung dan mulut hendaklah digunakan oleh mereka yang melakukan aktiviti di luar terutamanya mereka yang berisiko tinggi.
        vii.  Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, jangkitan paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan seberapa segera jikalau keadaan penyakit bertambah teruk.
       viii.   Perokok dinasihatkan supaya berhenti merokok.
         ix.  Sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada media massa dan mengikut nasihat daripada pihak berkuasa.

Comments