APA NIAT ROS SUSAHKAN PARTI AMANAH NEGARA?

Sudah menjadi kelaziman di Malaysia ini pihak pendaftar pertubuhan sengaja melengah-lengah atau menyusahkan pendaftaran parti politik baru atas sebab-sebab tertentu yang kita semua tahu. Begitulah nasibnya dengan Parti AMANAH Negara yang sedang berhadapan dengan kerenah ROS yang kelihatan agar liat untuk meluluskan pindaan nama dan perlembagaan parti Pekerja kepada AMANAH.

Minggu ini pemimpin AMANAH akan bertemu dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk menyelesaikan masalah berhubung penggunaan nama baharunya Parti Amanah Negara (Amanah). 

Ini berlaku selepas Ketua Pengarah RoS Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata mereka tidak dibenarkan sama sekali mengadakan sebarang aktiviti atau program atas nama Amanah selagi pertukaran nama daripada Parti Pekerja Malaysia belum diluluskan. 

Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata, nama tersebut dicadangkan selepas permohonan mereka untuk mendaftarkan Parti Progresif Islam Malaysia ditolak Kementerian Dalam Negeri. 

"Kami umumkan nama Parti Amanah Negara kerana kami mahu beritahu ahli dan orang ramai. Ini menunjukkan kesungguhan kami dan niat untuk menubuhkan parti baharu," kata Salahuddin kepada The Malaysian Insider. Salahuddin berkata, RoS masih belum meluluskan mereka menggunakan nama Amanah walaupun permohonan sudah dibuat. 

Sebelum ini RoS dan Menteri Dalam Negeri siang-siang lagi menafikan perdaftaran parti baru yang dinamakan dengan nama Parti Progressif Islam. Tidak sampai 24 jam Zahid Hamidi membuat kenyataan menolak permohonan tersebut. Sungguh effektif dan pantas gerakerja mereka. 

Comments