.

.

22 June 2013

PENJENAYAN BERNAMA HUSAM MUSA DITAHAN POLIS

Naib Presiden PAS, Dato Husam Musa ditahan Polis petang tadi. Husam ini rasanya penjenayah sebab itu kena tahan. Apa jenayah yang dilakukan? Cuba teka ......merompak, mencuri, merogol, rasuah atau apa? Beliau ditahan di Balai Polis Ampang dan diberitakan akan dibawa ke Kelantan untuk disiasat.

Hebat pihak berkuasa, kalau pemimpin PR cepat mereka bertindak tetapi bila pemimpin BN atau Perkasam mengeluarkan kenyataan rasis dan sebagainya sampai ke sudah tidak ditahan ..............

21 June 2013

JEREBU BALA DARI ALLAH

RAKYAT Malaysia seluruhnya – Islam dan bukan Islam - hendak bersabar dan insaf akan ujian dan bala jerebu dari Allah yang melanda beberapa negeri sejak dua tiga hari ini.

Bala tsunami sehari selepas Hari Natal beberapa tahun dulu datang dengan tiba-tiba, mangsa tidak sempat berfikir, dan mangsa yang selamat saja dapat menginsafinya hingga bertahun-tahun. Bala jerebu ini dialami oleh semua memberikan banyak masa kepada manusia mengisafinya.

Secara mudah ia berpunca dari kebakaran besar hutan di Sumatera dan di negara kita sendiri. 

Saya mengaku ia penyebabnya. Tetapi pada keseluruhannya jerebu ini adakah bala Allah kepada orang-orang yang ada di negara ini baik penduduk tetap mahu pun orang-orang yang datang bertandang yang masing-masing lupa kepada Allah.

Ia adalah ingatan dan amaran dari Allah. DitakdirkanNya ada orang Indonesia sengaja atau tidak sengajar menyebabkan terbakar hutannya. Yang anihnya kebakaran itu berlaku di Sumatera.

Malaysia terkepung dari barat dan dari timur. Seolah-olah asapnya mahu memerangkap Malaysia. Walau dari mana saja angin bertiup asapnya akan ke Malaysia juga.

Dalam tahun 1990an sudah berlaku jerebu yang tebal di Malaysia. Almarhum Dato FAdzil Noor dalam satu ceramahnya semasa jerebu itu menyebutkan kisah bumi berasap yang disebut dalam al-Quran. Beliau memberitahu bahawa ia adalah bala dari Allah kerana angkara maksiat dan penderhakaan manusia kepada Tuhannya.

Manusia lupa kepada Allah dan menolak segala yang ditentukan oleh Allah. Maka Allah yang sayang kepada Malaysia kerana di kalangan rakyatnya masih ada ulama yang mahukan peraturan Allah datangkan jerebu sebagai satu ingatan supaya rakyat dan Negara keseluruhannya kembali kepada peraturan Allah.

Allah tidak datangkan gempa bumi atau tsunami seperti di Aceh atau lain-lain bala yang menyebabkan rakyatnya mati bergelempangan. Ia datangkan bala yang tidak mematikan penduduknya serta merta, tetapi jerebu yang boleh mendatangkan penyakit, ia tidak mati segera dan serta merta, tetapi dengan penyakit itu boleh juga menyebabkan akhirnya ramai mati.

Tetapi bala jerebu ini cukup untuk menyedarkan manusia bahawa ia adalah ujian gerangan kemurkaan Allah, maka bagi mereka yang mahu berfikir, mereka sewajarnya insaf dan menerima segala perintah Allah.

Dalam sepanjang sejarah dunia, ingatan bala itu bukan sekadar ditujukan kepada umat Islam, tetapi banyak ditujukan kepada orang yang tidak beriman. Banjir di zaman Nuh, gempa ribut di era Hud dan Saleh, bumi terbalik di zaman Lot dan Firun ditenggelamkan di Laut Merah serta Namrud diserang nyamuk di otaknya adalah balasan kepada orang yang engkar langsung terhadap Allah.

Setiap kali bala ia memusnah orang engkar dan digantikan dengan mereka yang bersyukur. Moga-moga bala jerebu itu datang membawa peringatan. Selepas itu wajarlah penghuni dunia kita ini insaf dan tunduk kepada perintah Allah.

Jadilah masing-masing orang yang bertaqwa. Caranya ialah seperti yang dianjurkan oleh ayat dua surah al-Bakharah yang bermaksud ‘Inilah kitab – al-Quran - tidak syak lagi adalah paduan orang yang taqwa.’

Orang yang taqwa ialah orang yang berpandu kepada al-Quran. Orang yang berpandu kepada al-Quran ialah orang yang taqwa. Yang tidak berpandu kepada Al-Quran sah tidak taqwa dan orang yang tidak taqwa sah tidak mahu berpandu kepada al-Quran.

Jerebu sekarang adalah bala. Sah ia bala. Tetapi apakah kesalahan orang Malaysia?

Tidak mudah untuk menyatakan satu-satu kepada umum apakah keengkaran orang Malaysia seperti yang dilakukan oleh para rasul kepada umatnya. Para rasul adalah senang kerana ia tidak mengiktiraf kepercayaan dari Islam kerana agama yang diterima di sisi Allah hanyalah Islam.

Malaysia mengiktiraf semua agama. Ini saja sudah tidak sama dengan kemahuan semua rasul. Rasul mengajak semua penduduk supaya menyembah Allah, tinggalkan semua sembahan lain. Rasul-rasul menyeru kepada meenrima agama Allah, tinggalkan agama lain. Dirikan solat, tunai zakat.

Sejak zaman Adam lagi Allah bagi tahu agama Allah dan jalan Allah ialah Islam. Nama Islam itu tidak boleh ditukar seperti ada Islam Arab ada Islam Banggali. Ada Islam putih ada Islam hitam, ada Islam kampung iaitu Badawi atau ada Islam maju iaitu hadhari.

Yang takut kepada Islam saja itu mengapa dan siapa?

Oleh kita semua adalah hamba yang lemah dan tidak sunyi dari dosa, maka banyaklah dosa kita. Apakah dosa kita?

Tidak taat kepada ibu bapa, tidak didik anak-anak dengan pendidikan yang Allah tentukan, berhutang tak bayar, rasuah dan subahat dengan rasuah, tak berjudi tetapi membenarkan judi, tidak makan riba tetapi membiarkan riba, bila Yahudi dan Amerika kata Islam pengganas, maka kita pun kata pengganas juga.

Dosa manusia memang banyak. Selain dari mencuri, mengumpat, minum arak, berzina, makan riba, kerja curi tulang dan sebagainya, tetapi yang paling besar kejahatannya ialah menghalang hamba Allah membuat kerja-kerja Islam. Kalau orang yang menghalang kaki tangan kerajaan menjalankan tugasnya boleh dihukum, maka orang yang menghalang umat membuat kerja-kerja Islam adalah lebih teruk dari menghalang pegawai menjadikan tugasnya.

Ketika rencana ini ditulis, beberapa kawasan Johor dan Melaka sudah layak dikategorikan sebagai sangat tidak sihat. Demikianlah teruknya bala jerebu.

Lazimnya apabila kita berdepan dengan bala maka kita berdoa dan solat hajat minta Allah hapuskan bala yang dihahdapi itu. Apa yang pemimpin wajar lakukan ialah mengajak umat sekalian menyatukan hati kembali kepada cara agama Islam supaya Allah mengkabulkan doa kita dalam kes jerebu ini, maka moga-moga segera berakhirlah jerebu.

Yang kita boleh ajak adalah orang kita saja yang seaqidah dengan kita. Kita tidak mewakili kepercayaan orang lain dan kita tidak boleh anjur atau suruh orang lain buat itu dan buat ini. Allah benarkan kita bercakap tentang agama kita saja. Yang ada solat hajat hanya kita. Yang nazarnya diterima hanya kita. Maka kita buat apa yang kita nak buat.

Lain-lain kepercayaan adalah urusannya. Kita tidak boleh

campur dan kita tidak buat apa-apa. Kita dengan agama kita, maka kita mintalah apa saja. Apabila Allah kabulkan doa dan solat hajat kita, maka semua orang akan dapat nikmat dari amal ibadat kita, maka moga-moga orang akan terima kepercayaan kita.

Tetapi sekadar berdoa dan solat hajat saja tidak cukup. Selain dari doa dan solat hajat, yang lebih penting ialah kembali kepada cara hidup Islam. Sekadar solat hajat, tetapi lepas itu lupa juga kepada Allah, maka jerebu itu tidak memberi apa-apa ingatan.

Diolah dari tulisan Pak Subky Latif pada 12 Augustus 2005.

JEREBU JEREBU JEREBU - TIPS UNTUK KITA SEMUA

Tips Elakkan Penyakit Ketika Jerebu

  • Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  • Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
  • Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.
  • Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.
  • Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  • Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
  • Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu IPU yang melebihi 100 )
  • Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.
  •  http://www.mohamadazhan.com

20 June 2013

PR KALAH, PASAR TERGADAI

Akibat kekalahan PR pada PRU 13, kemungkinan besar Pasar Payang yang terkenal dan penuh sejarah tergadai. Itulah antara harga yang terpaksa dibayar oleh rakyat Terengganu akibat kekalahan PR pada PRU 13 lalu.

Semalam Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said melenting di dalam DUN ketika menjelaskan tersebut. Ketika Ahmad menjawab soalan berkaitan isu tersebut, Syed Azman bangun meminta penjelasan berhubung pemberian projek bernilai RM400 juta itu kepada sebuah syarikat yang berpangkalan di Kuala Lumpur.

"Saya mohon penjelasan adakah benar projek ini diberikan kepada Syarikat Gabungan Granite yang dimiliki oleh Tan Sri Datuk Abu Sahid Muhamed, Lim Chiau Woei, Law Phooi Wong dan Chan Lai Choon.

"Pasar payang ini adalah persoalan warisan Negeri Terengganu. Bukan sahaja saya yang membuat bantahan tetapi Datuk Seri Menteri Besar perlu teliti pandangan ramai (dari) dalam negeri dan luar negeri dan seorang penulis prolifik Anak Terengganu, Awang Goneng menulis dengan jelas dalam akhbar New Straits Times, kalau nak bina hotel, bina di tempat lain," kata beliau ketika bangun mencelah.

Ahmad menafikan projek tersebut mendapat bantahan ramai sebaliknya mendakwa 'pihak-pihak tertentu' mempengaruhi peniaga Pasar Payang supaya membantah projek tersebut.

Beliau tidak menjawab dakwaan Syed Azman berhubung pemberian projek kepada bukan anak tempatan itu.

Tidak berpuas hati, Syed Azman bangun memohon penjelasan sekali lagi. 

"Saya tanya soalan yang spesifik iaitu kepada syarikat mana projek ini diberikan. Kalau saya gunakan bahasa 'jawapan bodoh' tak kena dengan dewan tapi jawapan memang jawapan bodoh," katanya.

Ahmad kemudiannya melenting dan berkata 'dah soalan bodoh, jawapan biar bodohlah. Mung (awak) mahu apa lagi?'


"RM400 juta bukan kita beri projek ini kepada kontraktor tapi kepada pemaju yang majukan. PhD apa begini tak faham?" sanggahnya lagi.

Pertikaman lidah berlarutan beberapa minit dan turut disampuk beberapa wakil BN sehingga Mohd Zubir mengarahkan mereka diam dan bertenang.

"Kalau dikatakan panas dan sesak, kenapa tak diperbaiki pasar sedia ada? Kenapa perlu dibina pasar baru sekali dengan hotel dan apartmen?" soal Syed Azman lagi.

"Baik pulih tidak memberikan erti yang besar. Kerajaan bina pasar baru untuk memberikan yang terbaik kepada peniaga dan orang ramai," jawab Ahmad. 

USTAZ MOHD NOR MASUK HOSPITAL MAHKOTA

Mohon doa sahabat2 fb siapa yang mengenali ayah ana, Ustaz Mohd Noor Omar. Beliau ditahan wad Hospital Mahkota, Melaka malam semalam kerana suspek jangkitan virus apabila buang pinggang beliau bengkak. Sesungguhnya doa orang mukmin kepada saudaranya secara rahsia itu mustajab. Jazaakumullah khair.

Itu adalah coretan Fb anakanda Ustaz Mohd Nor iaitu Omar Mokhtar. 

Kita pohonkan doa akan Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Melaka ini cepat sembuh dan kembali ke medan jihad.

19 June 2013

BLACKOUT 505 BUANG MASA?

Himpunan Blackout 505 yang dijadualkan 22 Jun ini hanya membuang masa dan duit sahaja? Itu pendapat sesetengah orang. Namun apakah benar pernyataan tersebut?

Cuba tuan-tuan berikan hujah dan fakta masing-masing.

Ada hujah yang menyatakan bahawa ianya sebagai signal kepada kerajaan dan SPR bahawa rakyat tidak menerima penipuan dan perjalanan yang tidak telus dan penuh dengan keraguan...........

Ada yang berpendapat bahawa ata-rata yang hadir dalam himpunan yang bertujuan untuk menunjukkan rasa duka cita rakyat akan ketidaktelusan SPR itu adalah dari kalangan orang muda berbilang bangsa.

Kebangkitan anak muda secara drastik pasca pilihanraya ini ternyata menakjubkan dan sudah pasti menjadi satu kegusaran kepada BN khususnya Umno.

Mereka bangkit untuk menzahirkan keprihatinan serta ketidakpuashatian mereka terhadap penjalan PRU13 lalu yang menunjukkan betapa jijiknya taktik BN dengan SPR untuk mengekalkan kuasa di negara ini.

Kebangkitan anak muda khususnya mahasiswa ini adalah satu fenomena besar di negara ini.

Anak muda kini tidak lagi hanya memikirkan keseronokan dan kehidupan mereka semata-mata, sebaliknya mereka bangkit menuntut hak seluruh rakyat Malaysia yang dicabul oleh BN.

Golongan ini mula mengambil berat tentang betapa pentingnya pemerintahan yang berdasarkan integriti, ketelusan, kejujuran dan adil kepada semua rakyat.

Kekalahan dengan penipuan adalah satu hikmah yang diberikan oleh Allah untuk mewujudkan satu kesedaran besar rakyat khususnya golongan muda.

Ketidakpuashatian anak muda ini harus di ambil kira dan diraikan kerana ianya adalah salah satu kurniaan Allah kepada Pakatan Rakyat dan PAS itu sendiri.

Sentimen perkauman yang diapi-apikan selepas pilihanraya lalu adalah satu strategi BN untuk menutup hakikat yang sedang berlaku iaitu kebangkitan anak muda.

Suara anak muda ini adalah satu isyarat kepada BN khususnya Najib bahawa rakyat tidak lagi mahukan kepimpinan yang berasaskan perkauman serta yang mengamalkan rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan dan ketidakadilan.

Sejijik mana taktik sekali pun tidak akan dapat menyekat suara rakyat khususnya anak muda untuk melakukan perubahan tampuk pemeritahan.

KECOH SIDANG DUN TERENGGANU ..........

Isu Pasar Payang menjadi isu hangat dalam Sidang Dun Terengganu ...............

'FLOM' ROSMAH YANG HEBAT ........

Tidak pernah ada dalam sejarah Malaysia seorang isteri Perdana Menteri yang 'sehebat' FLOM sekarang. Buktiknya institusi yang diasaskan oleh FLOM Rosmah iaitu Permata pun boleh diperuntukkan dana dalam Bajet Negara. Hebat hebat ..........FLOM negara lain pun tak boleh lawan.

Terbaru akhbar pencacai MCA iaitu The Star membodek FLOM ini apabila meletakkan beliau sebagai wanita paling hebat dan berpengaruh di negara kita. Mengapa tak kata dia antara wanita paling berpengaruh di dunia? Baru betul-betul bodek namanya.

Portal berita Malaysiakini melaporkan bahawa isteri perdana menteri kita ini menggungguli senarai "10 Wanita Paling Berkuasa di Malaysia" yang dimuatkan akhbar itu semalam

.

Dalam senarai yang tidak dinyatakan dikeluarkan oleh pihak mana itu, Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhbar Aziz mengikuti rapat di tempat kedua.

NONETiga pemimpin Pakatan Rakyat turut termasuk dalam senarai itu, iaitu Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar (kedudukan kelima), anggota Parlimen Subang Jaya Hannah Yeoh (keenam) dan anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok (ketujuh). 

Muncul di halaman 5 akhbar milik MCA itu, senarai itu yang disiarkan penuh satu muka, tidak menyatakan dengan jelas sama ada ia berbentuk advertorial atau sebahagian daripada kandungan redaksi.

Menurut keterangannya, senarai itu dipilih daripada 1,000 calon merangkumi tujuh kategori iaitu kekayaan, perniagaan, gaya hidup, NGO dan kesukarelaan, politik serta teknologi.

"Untuk menentukan kedudukan antara setiap kategori, dan kedudukan keseluruhan dalam senarai 10 teratas, kami menggunakan tiga kayu ukur: wang, kemunculan di media dan impaknya," menurut keterangannya.

FLOM - first lady of Malaysia.

MELAYU TAKUT TAK BERTEMPAT, ASYIK KENA TIPU DENGAN UMNO?


Umno telah berjaya mengeksploitasi ketakutan di kalangan orang Melayu dengan dakwaan bahawa Pakatan Rakyat yang kuat akan menjadikan DAP dominan, kata ahli jawatankuasa PAS, Dr Dzulkefly Ahmad.

Menurutnya, strategi ini digunakan Umno dengan berjaya di kawasan luar bandar dan di kalangan segelintir Melayu bandar - termasuklah di kalangan Melayu profesional, bekas pegawai kerajaan dan teknokrat.

Kumpulan ini katanya menolak PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum yang lalu, katanya.

Bekas ahli parlimen Kuala Selangor itu berkata, orang bukan Melayu, terutamanya orang Cina, tidak ada masalah untuk menyokong PAS yang berasaskan Islam.

Justeru katanya, PAS dan Pakatan perlu meredakan ketakutan ini di kalangan Melayu, terutamanya di kalangan profesional, sebelum pilihan raya umum ke-14 dalam masa lima tahun lagi.

Bilalah agaknya orang-orang Melayu hendak berfikir dengan waras dan terbuka. Mudah sangat kena tipu dan ditakut-takutkan dengan cerita-cerita tahyul tak masuk akal.

Antara cerita tahyul yang tak masuk akal ialah DAP akan perintah Malaysia kalau PR menang. Macamana DAP nak perintah Malaysia sedangkan mereka hanya bertanding kurang dari 50 kerusi parlimen.

18 June 2013

MENARA UMNO PULAU PINANG RUNTUH SALAH ANWAR JUGA


Pengerusi Umno Pulau Pinang Zainal Abidin Osman berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan orang paling layak untuk menjawab soalan berkaitan Menara Umno negeri yang didakwa dibina sebelum pelannya dihantar.


Zainal berkata, Anwar ketika itu timbalan perdana menteri dan pengerusi Umno Pulau Pinang dan mereka tidak mempunyai sebarang jawatan pada masa itu.



"Dia tahu segala-galanya," kata Zainal dalam sidang media hari ini.



Anggota Parlimen Tanjung Ng Wei Aik semalam mempersoalkan kerajaan Pulau Pinang pimpinan Gerakan sebelum ini yang didakwa membenarkan pembinaan Menara Umno sebelum pelannya dihantar atau diterima.



Ng mendakwa, kerajaan tempatan pada 23 Disember 1995 mengeluarkan permit khas kerja kepada kontraktor bangunan, dua tahun sebelum pelan pertama dihantar pada 31 Julai 1997 dan pelan pengubahsuaian pada 24 Julai 1998.

Pada 1 Oktober 1996, timbalan ketua Menteri pada masa itu Shariff Omar melawat bangunan itu dan "merestui" pembinaannya walaupun pelan bangunan belum dihantar, dakwa Ng.
Ng mendakwa, kerajaan tempatan pada 23 Disember 1995 mengeluarkan permit khas kerja kepada kontraktor bangunan, dua tahun sebelum pelan pertama dihantar pada 31 Julai 1997 dan pelan pengubahsuaian pada 24 Julai 1998.



Pada 1 Oktober 1996, timbalan ketua Menteri pada masa itu Shariff Omar melawat bangunan itu dan "merestui" pembinaannya walaupun pelan bangunan belum dihantar, dakwa Ng.
Pada 1 Oktober 1996, timbalan ketua Menteri pada masa itu Shariff Omar melawat bangunan itu dan "merestui" pembinaannya walaupun pelan bangunan belum dihantar, dakwa Ng.



Maksudnya menara parti keris tiada hulu itu runtuh adalah kerana Anwar bukan orang lain. Mungkin dalam benak pemikiran mereka semua itu salah Anwar ......tidak ada kena mengena dengan Umno dulu, kini dan selamanya.

Jelas Umno tidak mahu bertanggungjawab, kalau boleh 'taici' mereka akan 'taici' setaici-taicinya.


17 June 2013

MANFAATKAN PUSAT KHIDMAT ADUN BUKIT BARU

Pesuruhjaya PAS Melaka, Haji Adly Zahari telah merasmikan Pusat Khidmat Masyarakat Adun Bukit Baru dalam satu majlis yang meriah semalam. Dalam ucapan perasmiannya Adly berkata kejayaan PAS memenangi Dun Bukit Baru menjadi titik permulaan perubahan politik negeri Melaka yang sebelum ini dilihat mustahil untuk dimenangi oleh PAS.

“Kita berjaya membuka mata seluruh rakyat negeri Melaka dan seluruh negara ini yang seolah-olah merasakan PAS tidak akan mampu memenangi sebarang kerusi di Melaka”.

“Khurafat yang meletakkan bahawa mustahil untuk PAS menang di Melaka telah kita sama-sama buang dan kini rakyat  khususnya orang Melayu tidak takut lagi untuk menyokong dan mengundi PAS” ujar Adly.

Beliau berkata Adun Bukit Baru iaitu Dr Md Khalid Kassim diyakini mampu membawa isu-isu berkaitan orang Melayu dan Islam yang selama ini dipinggirkan oleh kerajaan negeri Melaka khususnya berkaitan tanah wakaf, isu zakat dan sebagainya.

“Kalau sebelum ini bila DAP cuba membawa isu-isu ini pimpinan kerajaan negeri memperli mereka kerana katanya DAP tidak ada kena mengena dengan isu-isu berkaitan agama Islam dan Melayu”.

“Kini ini kerajaan Melaka tidak boleh lari lagi, kita ada wakil dari PAS yang akan mempastikan isu-isu berkenaan dijawab dan diselesaikan dengan telus dan professional”tambah Adly.

Sementara itu Adun Bukit Baru, Dr Md Khalid Kassim dalam ucapannya mengharapkan seluruh penduduk Bukit  Baru menjadikan Pusat Khidmat Masyarakat Adun Bukit Baru ini sebagai tempat untuk mereka menyalurkan maklumat dan isu untuk diketengahkan kepada pihak-pihak berwajib untuk diselesaikan.

“Kita akan bersama-sama berganding bahu bagi memastikan kebajikan rakyat terbela tanpa membezakan fahaman politik, bangsa dan agama”.

“Seluruh rakyat wajib mendapat pembelaan tanpa dipinggirkan. Kita lihat masih ramai rakyat susah dan perlu pembelaan” tambah Dr Khalid.

Turut hadir pada majlis perasmian semalam ialah Pengerusi DAP Melaka yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Md Akin; Adun Duyong, Goh Leong San; Adun Ayer Keroh,Khoo Poay Tiong; Adun Bachang, Lim Jak Wong; Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Kamaruddin Sedik dan pimpinan PAS dari semua peringkat.

Pusat Khidmat Masyarkat ini akan beroperasi dari jam 9.00 hingga 5.00 petang hari Isnin-Jumaat dan boleh dihubungi melalui talian telefon/fax 06-2672239 dan email :pusataduan@gmail.com

'FLASHMOB' : DIGARI DAN DITAHAN LEBIH 7 JAM KERJA GILA

Peserta 'Flashmob' Diberkas: Ini Satu Kegilaan!

Diberkas oleh tiga orang anggota polis, digari dan berada dalam tahanan polis selama hampir lapan jam di Balai Dang Wangi tidak mungkin akan mematahkan semangat 15 peserta 'flashmob' yang diberkas pada hari Sabtu minggu lalu. Ia sama sekali tidak mungkin berjaya menakut-nakutkan anak muda untuk terus beraksi dalam banyak lagi siri 'flashmob' selepas ini menjelang himpunan 22 Jun 2013.

Kejadian pada 15 Jun lalu di depan pusat beli-belah Sogo menyaksikan hampir 50 anggota polis telah bertindak di luar dugaan apabila menangkap orang ramai yang tidak bersalah. Apakah pihak polis tersilap maklumat bahawa sebenarnya tiada himpunan dianjurkan pada hari tersebut? Jumlah anggota polis yang menghalang 'flashmob' ini jika ditugaskan menjaga keselamatan awam di seluruh pelusuk bandaraya K.Lumpur, pasti banyak kes jenayah sebenar dapat dikekang.

Jika ada perhimpunan sekalipun, ia bukan berlangsung di depan Sogo tetapi di Padang Merbuk Jalan Parlimen pada 22 Jun nanti. Di depan Sogo tempohari hanyalah sebuah aksi spontan yang dipanggil 'flashmob'. Polis jelas tidak memahami konsep 'flashmob' apabila cuba menggunakan Seksyen 9(1) yang menetapkan notis sepuluh hari untuk sebarang himpunan. Jika beri notis 10 hari, itu bukan 'flashmob'. Malah dalam akta yang sama, polis tiada peruntukkan untuk membuat tangkapan.

Jika diarahkan bersurai sekalipun, peserta 'flashmob' bertekad tidak akan meninggalkan kawasan tersebut kerana sangat jelas mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan, tidak mengganggu orang awam, tidak mengganggu lalu lintas malah keadaan Jalan Tunku Abdul Rahman sememangnya sesak setiap hari Sabtu. 

'Flashmob' Sabtu lalu juga bertujuan mengolah persetujuan orang ramai bahawa pilihanraya 5 Mei dijalankan dengan penuh kecurangan. Ketika demokrasi digelapkan pada PRU-13 dan kemenangan rakyat dicuri, rakyat yang tidak bersetuju dan bersuara melalui aksi memegang 'kad manila' telah ditangkap - Inilah Malaysia.

Sikap panik kerajaan hingga menangkap peserta 'flashmob' dengan isyarat ugutan sebenarnya telah berjaya membangkit lebih banyak aksi 'flashmob' di seluruh negara. Sehari selepas tangkapan 'flashmob15', beberapa flashmob dilancarkan termasuk salah satunya di depan Queensbay Mall, P.Pinang. Hari ini juga satu 'flashmob' anak muda di Ipoh, esok di beberapa lokasi lagi termasuk di pekan Sg Besar, Selangor. 

Rabu ini, fasa kedua 'flashmob' seperti yang dijadualkan di Jalan Tun Perak akan tetap diteruskan bermula jam 5 petang, juga akan berlangsung di Bandar Melaka. Khamis pula di Flashmob K.Terengganu, Kemaman, Port Dickson dan pekan Pontian, semua bermula jam 5 petang. Lebih banyak lokasi 'flashmob' pada hari Jumaat iaitu sehari sebelum hari besar #KL622 - Hari Rakyat Lawan Penipuan SPR. Makluman penuh akan dikeluarkan berbentuk jadual dalam sedikit masa.

Anak muda resamnya, lebih kuat ditekan, lebih kuat bangkit melawan. Akhirnya dunia ini milik anak muda. Ayuh 'flashmob' seluruh negara, angkat manila kad anda yang kreatif, lakonkan aksi spontan. Menangkap peserta 'Flashmob' adalah satu kegilaan! 'flashmob' bukan jenayah! 

Laporan : edyes.com

16 June 2013

MESIR PUTUSKAN HUBUNGAN DIPLOMATIK DENGAN SYRIA, MALAYSIA BILA LAGI?


Berita Terkini Luar Negara

Ir Dr Mohamad Morsi, Presiden Mesir baru sahaja mengumumkan secara rasminya bahawa Mesir telah memutuskan hubungan rasminya dengan Syria. 

Dr. Mursi juta telah mengumumkan bahawa Mesir akan mengusir dan menutup kedutaan Syria dengan serta merta dan juga akan menutup keditaan Mesir di Damsyik, Syria.

Keputusan itu dibuat kerana regim kerajaan pimpinan Basyar al-Assad telah membunuh lebih daripada 200,000 rakyatnya sendiri dan Mesir akan membela rakyat Syria yang dizalimi dengan memberikan sokongan kepada perjuangan rakyat Syria.

Saya kira telah sampai masanya untuk kerajaan Malaysia mengeluarkan kenyataan rasmi terhadap isu terkini di Syria.

Sumber : FB Dr Zainur Rashid
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter