.

.

07 November 2015

TAKZIAH BUAT SDR ZAIRI SUBOH

Parti AMANAH Negara Bukit Katil mengucap takziah kepada Sdr Zairi Suboh dan keluarga beliau atas pulangnya ke Rahmatullah Ayahanda tercinta beliau pagi ini.

Moga Allah cucuri rahmat atas toh Allahyarham dan ditempatkan bersama roh para Anbia, Syuhada dan Salihin.

Innalillahi Wa Inna Ilaihi Roji'un

03 November 2015

TERUSKAN DEBAT : KITA NAK TENGOK BENARKAH PANDIKAR AKAN LETAK JAWATAN

Tan Sri Pandikar Amin Mulia menjelaskan beliau sedia melepaskan jawatan speaker Dewan Rakyat jika kerajaan mahu meneruskan rancangan perdebatan antara Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy dan Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) berhubung syarikat yang sarat hutang itu.
"Kalau dibenarkan debat itu seolah-oleh debat itu lebih penting daripada PAC. Dan jika debat ini dibenarkan, jangan ada PAC biarkan debat sahaja, tidak guna ada jawatan kuasa (parlimen).
"Kalau kerajaan seperti yang disebut (bahawa) ada agenda, itu agenda kerajaan. Bagi saya, kalau kerajaan mahu meneruskan perdebatan itu, saya tidak akan melibatkan diri saya dalam hal ini.
"Dan saya dengan segala sukacitanya akan mengundur diri sebagai speaker, kalau itu juga diteuskan. Pendirian saya adalah jelas," katanya.
Sebelum itu, Pandikar membuat keputusan dengan mengarahkan Pua meletakkan jwatan anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) atau tidak terlibat dengan mana-mana siasatan atau prosiding berhubung skandal itu.
Beliau berkata demikian sebagai memberi respon beliau terhadap laporan media media berhubung rancangan untuk mengadakan perdebatan antara Arul dan Pua berhubung skandal 1MDB.
Keputusan speaker itu dibuat selepas tamat sesi soal jawab soalan lisan, yang diturut mengundang pertanyaan panas dari kalangan anggota parlimen pembangkang DAP dan PKR.
Kita hendak tengok betulkah Pandikar Amin Mulia akan meletakkan jawatan jika debat itu diteruskan. Rakyat ingin melihat samada Pandikar akan berani melakukannya. Jadi kita mengharapkan Pakatan Harapan dan Arul Kanda betul-betul anak jantan untuk merealisasikan debat tersebut. Lebih-lebih lagi kita juga ingin menguji samada Pandikar berani mengotakan janjinya.

AMANAH MELAKA SOKONG USUL TOLAK BELANJAWAN 2016 DAN USUL UNDI TAK PERCAYA PADA PM

Parti AMANAH Negara Negeri Melaka menyokong keputusan Pakatan Harapan yang menegaskan ia akan tetap dengan pendirian meneruskan usul untuk menolak Belanjawan 2016 dan membentang usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Penolakan terhadap Belanjawan 2016 adalah sesuatu yang wajib dilakukan kerana jelas sekali belanjawan tersebut tidak mampu menyelesaikan kemelut politik, pentadbiran, ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Isi kandungan belanjawan itu hanyalah ulangan kepada belanjawan tahun lepas yang ternyata gagal menyelesaikan masalah hutang negara, ekonomi negara yang semakin tenat, penyelewengan dan pembaziran wang negara.
Malah isu-isu besar yang membelenggu negara seperti 1MDB, kejatuhan nilai ringgit, rasuah, ketirisan dan kebocoran wang negara juga tidak disebut dengan jelas dan terang tentang penyelesaiannya di dalam belanjawan tersebut. Ini semua sudah cukup untuk menjustifikasikan mengapa Belanjawan 2016 wajib ditolak oleh semua Ahli Parlimen bukan sahaja dari pembangkang malah dari penyokong kerajaan sekalipun.
Kepimpinan Perdana Menteri Najib Razak juga terbukti dibelenggu oleh skandal demi skandal yang gagal dijawab dan dijelaskan kepada rakyat. Maka Pakatan Harapan dan parti-parti pembangkang lain serta parti-parti komponen BN wajib menolak belanjawan tersebut.
Sebab-sebab di atas juga sudah cukup dan jelas untuk menjustifikasikan keputusan Pakatan Harapan untuk mengusulkan undi penolakan terhadap belanjawan 2016 dan membuat usul tidak percaya kepada Perdana Menteri yang gagal memimpin negara ke arah yang lebih baik dari semua aspek.
Belanjawan 2016 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini sepatutnya menggariskan perkara-perkara asas seperti penyelesaian konkrit terhadap kemelut ekonomi negara, kejatuhan nilai ringgit, isu 1MDB, hutang negara yang semakin meruncing, kenaikan harga barang, pembasmian kemiskinan, masalah pengangguran dan lain-lain perkara asas.
Walaupun perkara-perkara di atas adalah perkara biasa dan asas tetapi kerajaan masih gagal menanganinya sejak puluhan tahun lalu. Malah belanjawan 2016 seperti juga tahun-tahun lepas adalah belanjawan defisit.
Mohd Sofi Abdul Wahab - Pengarah Komunikasi dan Media
Parti AMANAH Negara
Negeri Melaka. 

APAKAH UMNO/BN MAKAN NASIHAT???

Umno/BN bukannya jenis parti dan manusia yang mudah menerima nasihat. Sejak merdeka Umno/BN dulunya Perikatan sudah memerintah lebih 58 tahun. Sejak itu bertan-tan dan berkoyan-koyan nasihat diberikan oleh pelbagai pihak terhadap corak pemerintah Umno/Perikatan/BN. Tetapi kebanyakan nasihat itu di'tong sampah'kan.

Malah sehingga ke hari ini kebobrokan dan kedurjanaan Umno/BN yang menjadi pemerintah semakin menjadi-jadi dan sukar dibendung. Sesiapa sahaja yang memberi nasihat dan teguran sudah tentu mendapat akibat. Inilah yang terpaksa di'beli' oleh Muhyiddin dan Shafei Apdal yang berani menongkah arus mempersoalkan beberapa isu seperti 1MDB dan lain-lain.

Memang Umno/BN jenis yang tak makan nasihat. Cakaplah beberapa ribu kali pun belum tentu pimpinan tertingginya akan dengr dan akur. Nasihat dengan apa juga cara, mereka buat endah tak endah sahaja. Nasihat dengan cara ceramah, perbincangan, debat, forum, mesyuarat, pertemuan tak rasmi, surat, memo, perdebatan di Parlimen dan DUN serta macam-macam lagi semuanya 'tak makan'.


Pembaziran, penyelewengan, ketirisan, rasuah, salah guna kuasa dan seribu satu macam kejijikan terus dan tetap dilakukan. 

Apakah rakyat dan pemimpin politik lupa dengan perkara-perkara di bawah 


Skandal BMF
Pembunuhan As Syahid Ibrahim Libya
Pembunuhan As Syahid Othman Talib 
Skandal PKFZ
Pembunuhan Altantuya 
Penafian pemberian royalti kepada Kelantan 
Penyelewengan, pembaziran wang rakyat
Rasuah 
Dari mana dan ke mana wang RM2.6bilion
GST
Kenaikan harga barang
Kronisme
Nepotisme

dan seribu satu macam lagi perkara yang busuk dan jijik.  

Apakah kita masih terus mahu diperbodohkan oleh Pemimpin Umno/BN ini ..........Masih mahu mencuba untuk menjadi Mr PENASIHAT. 

TAHNIAH SEMOGA BERJAYA.

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter