.

.

03 November 2015

TERUSKAN DEBAT : KITA NAK TENGOK BENARKAH PANDIKAR AKAN LETAK JAWATAN

Tan Sri Pandikar Amin Mulia menjelaskan beliau sedia melepaskan jawatan speaker Dewan Rakyat jika kerajaan mahu meneruskan rancangan perdebatan antara Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy dan Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) berhubung syarikat yang sarat hutang itu.
"Kalau dibenarkan debat itu seolah-oleh debat itu lebih penting daripada PAC. Dan jika debat ini dibenarkan, jangan ada PAC biarkan debat sahaja, tidak guna ada jawatan kuasa (parlimen).
"Kalau kerajaan seperti yang disebut (bahawa) ada agenda, itu agenda kerajaan. Bagi saya, kalau kerajaan mahu meneruskan perdebatan itu, saya tidak akan melibatkan diri saya dalam hal ini.
"Dan saya dengan segala sukacitanya akan mengundur diri sebagai speaker, kalau itu juga diteuskan. Pendirian saya adalah jelas," katanya.
Sebelum itu, Pandikar membuat keputusan dengan mengarahkan Pua meletakkan jwatan anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) atau tidak terlibat dengan mana-mana siasatan atau prosiding berhubung skandal itu.
Beliau berkata demikian sebagai memberi respon beliau terhadap laporan media media berhubung rancangan untuk mengadakan perdebatan antara Arul dan Pua berhubung skandal 1MDB.
Keputusan speaker itu dibuat selepas tamat sesi soal jawab soalan lisan, yang diturut mengundang pertanyaan panas dari kalangan anggota parlimen pembangkang DAP dan PKR.
Kita hendak tengok betulkah Pandikar Amin Mulia akan meletakkan jawatan jika debat itu diteruskan. Rakyat ingin melihat samada Pandikar akan berani melakukannya. Jadi kita mengharapkan Pakatan Harapan dan Arul Kanda betul-betul anak jantan untuk merealisasikan debat tersebut. Lebih-lebih lagi kita juga ingin menguji samada Pandikar berani mengotakan janjinya.

4 comments:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter