.

.

30 July 2014

KENYATAAN MEDIA YANG DIPERTUA PAS KWSN BKT KATIL

Sehari dua ini terlampau banyak kenyataan dan pandangan berkaitan isu penukaran MB Selangor sehingga membawa kepada dalaman PR. Bagi saya isu ini tidak sepatutnya dimuatkan dalam media arus perdana dan media sosial.

Kritikan dan kutukan kepada pimpinan tertinggi PR sudah melampaui adab berjemaah dan berorganisasi. Bagi saya ahli-ahli PAS dan PR kena bersabar menanti keputusan mesyuarat PAS Pusat 10 Ogos ini. Jangan kita menambah dan memanjangkan lagi fitnah dan tuduhan yang bergentayangan di alam maya dan media perdana.

Cubalah bawa bersabar. Di bulan baik ini mari sama-sama kita bermaaf-maafan dan bersangka baik antara kita.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR BATIN

Mohd Sofi Abdul Wahab
Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil
3 Syawal 1435
11:11 pagi
Pengkalan Jaya

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin dari krew Blog Mutaligat.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter