KENYATAAN MEDIA YANG DIPERTUA PAS KWSN BKT KATIL

Sehari dua ini terlampau banyak kenyataan dan pandangan berkaitan isu penukaran MB Selangor sehingga membawa kepada dalaman PR. Bagi saya isu ini tidak sepatutnya dimuatkan dalam media arus perdana dan media sosial.

Kritikan dan kutukan kepada pimpinan tertinggi PR sudah melampaui adab berjemaah dan berorganisasi. Bagi saya ahli-ahli PAS dan PR kena bersabar menanti keputusan mesyuarat PAS Pusat 10 Ogos ini. Jangan kita menambah dan memanjangkan lagi fitnah dan tuduhan yang bergentayangan di alam maya dan media perdana.

Cubalah bawa bersabar. Di bulan baik ini mari sama-sama kita bermaaf-maafan dan bersangka baik antara kita.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR BATIN

Mohd Sofi Abdul Wahab
Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil
3 Syawal 1435
11:11 pagi
Pengkalan Jaya

Comments

Anonymous said…
Presiden PAS pun wajib sabar. Membuka ruang kepada pelbagai persepsi bukanlah tindakan bijak. Keputusan mesyuarat kelak bakal membuka lebih persepsi kurang baik kepada PAS. Hakikatnya PAS organisasi yang utuh tetapi kalangan beberapa pimpinan yang rakus menunjukkan adab yang tidak baik. Inilah yang akan merosakkan PAS. Apakah inicontoh yang baik untuk akar umbi dan kalangan bukan Islam yang sudah mendekati PAS?
Putra IJ80 said…
HH lgi patut bersabar dari mengeluarkan sbarang kenyataan apa lgi pendirian yg mnyokong TSKI sblum perjumpaan 10 hb nanti..tpi tapi dia buat...bukan kah itu kelihatan tidak adil...menghalang org jgn ckp..tpi HH bolh ckp dulu bukan kah itu banggang nma nya(pinjam kata2 Utz Ismail Kamus)
albakri said…
PAS bukit katil tidak bersama presiden dan mursyidul am?...
banyak yang dah nyatakan kesetian kepada presiden dan mursyidul am... apakah PAS bukit katil menganggap kenyataan presiden dan mursyidul am adalah pandangan peribadi?