.

.

19 February 2011

PILIHANRAYA KECIL UBAH PERANGAI PEMIMPIN KERAJAAN

Pilihanraya Kecil seperti biasa mengubah perangai pemimpin Umno/BN.

Kalau sebelum musim Pilihanraya mereka susah untuk ke masjid dan surau tetapi pada musim pilihanraya mereka menjadi begitu suka ke masjid. Ada yang menjadi ustaz celup menyampaikan tazkirah di masjid.


Kalau sebelum musim Pilihanraya mereka jarang masuk kampung tetapi pada musim pilihanraya mereka berkampung di segenap pelusuk desa.


Kalau sebelum musim Pilihanraya mereka 'takut' ke kubur tetapi pada musim pilihanraya mereka sanggup masuk kubur mengangkat jenazah ke liang lahat.

Kalau sebelum musim pilihanraya mereka kedekut tetapi pada musim pilihanraya mereka begitu pemurah sehingga berjuta-juta perbelanjaan dicurahkan kepada rakyat atas nama pembangunan dan bantuan lain.

Kalau sebelum musim pilihanraya .........................

17 February 2011

PRK MERLIMAU : BN TETAP TIDAK BERUBAH

Ternyata BN tetap tidak berubah dari perangai lamanya berkempen secara tradisional dengan menjanjikan habuan, 'rasuah politik' dan lain-lain untuk memancing undi. Sebab itulah sejak dari hari meninggalnya Adun Merlimau, Allahyarham Mohd Hidhir Abu Hassan lagi BN sudah mengatur strategi menjalankan projek mee segera seperti menurap jalan mencantikkan landskap dan sebagainya.

Penduduk kampung pula dijanjikan dengan pelbagai bantuan membaiki rumah, bantuan perubatan dan ada yang meminta set karaoke. Kita yakin Umno/BN akan memenuhi permintaan rakyat demi sehelai kertas undi.

Kalau sebelum musim pilihanraya permintaan seperti ini dipandang sebelah mata, kini semuanya akan dipenuhi. Rakyat diajar dengan politik kebendaan dan politik jangka pendek. Malang sekali rakyat Malaysia kerana mempunyai parti pemerintah semacam ini.

15 February 2011

SATU UNTUK KAU SATU UNTUK AKU

Musim pilihanraya kecil, duit bagaikan air keluar begitu deras. Hendak apa sahaja semuanya dapat. Di salah sebuah peti undi dalam Dun Merlimau ini petugas BN/Umno pergi rumah ke rumah bertanya apa yang rakyat mahu, dari sekecil-kecil perkara sehinggalah permintaan yang besar dan mahal.

Kebanyakan dari penduduk kampung memohon bantuan untuk membaiki rumah, bantuan perubatan dan ada juga yang meminta peruntukan membeli set karaoke untuk perniagaan PA System kenduri kahwin dan majlis seumpamanya.

Kita yakin permintaan mereka ini akan ditunaikan demi undi yang sangat penting bagi BN. Rasuah, etika dan sebagainya sudah tidak ada dalam kamus pemikiran mereka. Undang-undang dan agama serta etika ditolak ke tepi yang penting undi.

Satu untuk kau, satu untuk aku .........ibarat cerita P Ramlee ........

14 February 2011

DEBAT : KETUA MENTERI TIDAK BERANI DAN KEBUDAK-BUDAKAN

PAS menyambut baik cabaran Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang bersedia untuk berdebat dengan pemimpin Pakatan Rakyat (PR).

Dalam kenyataan media yang dipetik dari Sinar Harian hari ini, Mohd Ali berkata beliau bersedia untuk berdebat dengan sesiapa sahaja dari kalangan pimpinan PR.

Timbalan Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka, Yusof Wahab berkata PAS sudah lama menyahut cabaran Ketua Menteri namun sehingga kini beliau tidak bersedia untuk berdebat dengan PAS.

“Cabaran Ali Rustam sudah lama disahut oleh Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani tetapi beliau sering berdolak dalik dan memberikan alasan”.

“Tindakan beliau yang mencadangkan debat dilaksanakan secara bersebelahan amat menggelikan hati dan membuktikan beliau tidak berani berdebat secara berdepan”.

“Mana ada orang berdebat dari jauh atau bersebelahan, di Amerika dan lain-lain Negara maju pimpinan mereka berdebat di atas pentas yang sama,rakyat dan wakil media bertanya secara spontan dan kedua-dua pendebat menjawabnya”

Menurut Yusof tindakan Ali Rustam yang mencadangkan debat dilaksanakan secara berselahan merupakan debat cara orang penakut dan tidak berani berdepan.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter