Musim pilihanraya kecil, duit bagaikan air keluar begitu deras. Hendak apa sahaja semuanya dapat. Di salah sebuah peti undi dalam Dun Merlimau ini petugas BN/Umno pergi rumah ke rumah bertanya apa yang rakyat mahu, dari sekecil-kecil perkara sehinggalah permintaan yang besar dan mahal.
Kebanyakan dari penduduk kampung memohon bantuan untuk membaiki rumah, bantuan perubatan dan ada juga yang meminta peruntukan membeli set karaoke untuk perniagaan PA System kenduri kahwin dan majlis seumpamanya.
Kita yakin permintaan mereka ini akan ditunaikan demi undi yang sangat penting bagi BN. Rasuah, etika dan sebagainya sudah tidak ada dalam kamus pemikiran mereka. Undang-undang dan agama serta etika ditolak ke tepi yang penting undi.
Satu untuk kau, satu untuk aku .........ibarat cerita P Ramlee ........
Comments
Saya nak tambah, rumah pusaka di Lipat Kajang yang dah lama tak berkemas pun dah siap kemas. Dah bersih dari lalang dan semak samun. Kalau dulu tak kemas siap dapat surat amaran dari PDJ.
Magic betul.