DEBAT : KETUA MENTERI TIDAK BERANI DAN KEBUDAK-BUDAKAN

PAS menyambut baik cabaran Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang bersedia untuk berdebat dengan pemimpin Pakatan Rakyat (PR).

Dalam kenyataan media yang dipetik dari Sinar Harian hari ini, Mohd Ali berkata beliau bersedia untuk berdebat dengan sesiapa sahaja dari kalangan pimpinan PR.

Timbalan Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka, Yusof Wahab berkata PAS sudah lama menyahut cabaran Ketua Menteri namun sehingga kini beliau tidak bersedia untuk berdebat dengan PAS.

“Cabaran Ali Rustam sudah lama disahut oleh Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani tetapi beliau sering berdolak dalik dan memberikan alasan”.

“Tindakan beliau yang mencadangkan debat dilaksanakan secara bersebelahan amat menggelikan hati dan membuktikan beliau tidak berani berdebat secara berdepan”.

“Mana ada orang berdebat dari jauh atau bersebelahan, di Amerika dan lain-lain Negara maju pimpinan mereka berdebat di atas pentas yang sama,rakyat dan wakil media bertanya secara spontan dan kedua-dua pendebat menjawabnya”

Menurut Yusof tindakan Ali Rustam yang mencadangkan debat dilaksanakan secara berselahan merupakan debat cara orang penakut dan tidak berani berdepan.

Comments

Anonymous said…
Aku dah kata Ali Rustam ni mana berani nak berdebat. buang masa saja layan Ali ni dia sama jer ngan Alibaba
azmie said…
dia nak bedebat atas padang bola. sorang dok kat satu goal post sorang lagi dok kat post lagi satu. lepas tu menjerit. lama dah kenal dia ni, satu cakap pun tak boleh pakai