.

.

06 August 2016

NAJIB NAFI MALAYSIA GAGAL DI BAWAHNYA - YA KA?????

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menafikan dakwaan Malaysia akan gagal sekiranya beliau masih memegang tampuk pentadbiran.
Sebaliknya Najib yang juga presiden Umno berkata pertemuannya dengan Presiden Ukraine, Petro Poroshenko dan Presiden Indonesia, Joko Widodo sebelum ini bukti jelas beliau masih memainkan peranan penting selaku pemimpin negara.
Ini kerana Najib berkata kedua-dua pemimpin terbabit menerima baik pendekatan pentadbiran yang diguna pakai Malaysia.
"Kononnya kalau saya terus jadi PM negara akan gagal, saya tak nampak orang tak hormat Malaysia. Presiden Ukranie datang Malaysia tengok lapangan terbang kita dan beliau kata 'kami tiada lapangan terbang baru di Istanbul'.
"Saya juga berurusan dengan Jokowi di Indonesia, beliau katakan banyak lagi projek yang dia mahu berikan kepada Malaysia. Apakah ini gambaran Malaysia gagal? Tidak," kata Najib.
Najib berkata demikian dalam ucapan perasmian pelancaran serentak Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian-Bahagian Seluruh Selangor di Dewan Kolej Mara Banting, Bukit Cangang, Kuala Langat di hadapan lebih 1,000 perwakilan Umno, hari ini.
Satu sahaja yang kami blogger Mutaligat nak tanya Najib .............YA KA?????

04 August 2016

BOLEH SETUJU ATAU TIDAK !!!!! POLITIK MATANG DAN SEJAHTERA VERSI SOFI WAHAB

Saya juga ingin mengamalkan POLITIK MATANG DAN SEJAHTERA .......antaranya ialah :
1) Menghormati parti politik lain dengan memanggil nama parti tersebut dengan betul seperti didaftarkan oleh ROS
2) Tidak melabel, mencaci, memfitnah parti lain dengan sesuka hati tanpa bukti dan fakta kukuh
3) Tidak menjatuhkan hukum kepada ahli parti lain dengan sesuka hati jika tidak menyertai Parti AMANAH Negara (AMANAH)
4) Bekerjasama dengan parti lain dalam menentang kezaliman, penyelewengan, rasuah dan pembaziran.
5) Tidak bersekongkol dengan parti2 lain yang jelas mengamalkan penyelewengan, rasuah, pembaziran, bermewah-mewah, tidak mengamalkan demokrasi yang adil, menyalahgunakan kuasa, mengamalkan kronisme dan sebagainya.
6) Tidak memperkecil-kecilkan dan menghina kemampuan parti lain
7) Meramaikan kawan mengurangkan musuh
nanti saya sambung lagi bila idea datang ...........

Nukilan : Sofi Wahab - Ahli Parti AMANAH Negara

KAPAL TERBANG TERHEMPAS : 300 PENUMPANG TERSELAMAT

Sebuah kapal terbang Emirate Airlines terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai semalam. Kesemua 302 penumpang termasuk 20 krew terselamat. Namun seorang anggota penyelamat meninggal dunia.

Kapal Terbang Boeing 777 tersebut terbang dari Kerala Selatan India ke Dubai membawa sebahagian besarnya warga India dan 19 warganegara lain. Ia mendarat cemas 'belly landing' terbakar sepenuhnya. Penumpang terpaksa turun menggunakan 'emergency slide'.

Belum dapat dipastikan samada terdapat warga Malaysia dalam penerbangan tersebut.

Alhamdulillah semuanya selamat. Takziah kepada keluarga anggota penyelamat yang meninggal dunia.

TAK CERDIK !!!! KABINET NAJIB RAMAI, TAPI TIDAK CERDIK

Najib melantik begitu ramai menteri. Dulu ada seorang timbalan menteri pointernya tinggi tapi tidak cerdik. Sekarang orang itu sudah tenggelam sering mendiamkan diri. Jawatannya sebagai Ketua Penerangan Umno pun sudah dilucutkan mungkin kerana kurang cerdik agaknya.

Kini seorang lagi menteri tidak cerdik. Namun menteri ini memang terkenal tidak cerdik sejak dulu. Sebab Najib rehatkan beliau agak lama. Tetapi baru-baru ini dilantik semula mungkin kerana jasa-jasanya kepada Najib dan BN.

Menteri itu ialah menteri yang menjaga Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Namannya  Noh Omar. Beliau mencadangkan untuk mewajibkan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) di Selangor melaksanakan kutipan dana awam untuk membantu pihak sekolah menyelesaikan masalah infrastruktur.
Sudahlah rakyat sekarang hidup susah dengan harga barangan yang semakin tinggi akibat GST dan kejatuhan nilai ringgit serta peluang pekerjaan yang semakin kurang, kini menteri kurang cerdik hendak bebankan rakyat lagi.
Elok Najib fikir balik perlantikan menteri kurang cerdik ini............atau mungkin semua yang ada kurang cerdik hanya pandai mengampu sahaja.

KAPAL TERBANG TERHEMPAS : 282 PENUMPANG DAN 20 KREW TERSELAMAT

Sebuah kapal terbang Emirate Airlines terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai semalam. Kesemua 302 penumpang termasuk 20 krew terselamat. Namun seorang anggota penyelamat meninggal dunia.

Kapal Terbang Boeing 777 tersebut terbang dari Kerala Selatan India ke Dubai membawa sebahagian besarnya warga India dan 19 warganegara lain. Ia mendarat cemas 'belly landing' terbakar sepenuhnya. Penumpang terpaksa turun menggunakan 'emergency slide'.

Belum dapat dipastikan samada terdapat warga Malaysia dalam penerbangan tersebut.

Alhamdulillah semuanya selamat. Takziah kepada keluarga anggota penyelamat yang meninggal dunia.

03 August 2016

BERITA YANG DITUNGGU-TUNGGU !!!! HUSAM SERTAI AMANAH TIDAK LAMA LAGI????

Teka teki parti mana yang menjadi pilihan bekas Naib Presiden Pas, Husam Musa sebagai wadah penyambungan perjuangannya akan terjawab tidak lama lagi. Husam membayangkan beliau akan mengumumkan parti yang akan disertai itu dalam masa terdekat.

Katanya mungkin orang ramai sudah dapat mengagak parti mana yang akan disertainya. Sebelum ini Adun Salor itu memberi tempoh enam bulan untuk beliau meneliti dan mendapat pandangan orang ramai sebelum beliau membuat pilihan menyertai wadah baharu penerus perjuangan membela rakyat.

Tempoh yang dijanjikan itu sudah pun tamat.Husam menyatakan perkara itu dalam ceramah umum di Tumpat malam tadi. Walaupun beliau tidak menyebut secara beterus terang nama parti itu, tetapi analogi yang beliau kisahkan mengenai pendapat seorang tua mengenai perihal memasak nasi ia sudah boleh diagakkan parti yang akan disertai.

Kemasukan Husam menyertai AMANAH bakal menyaksikan perubahan dalam saf kepimpinan AMANAH Kelantan. Ini kerana Pengerusi AMANAH Kelantan sekarang Dato Wan Rahim Wan Abdullah sudah beberapa kali menyatakan bahawa beliau akan melepaskan jawatannya kepada Husam jika Adun Salor itu menyertai AMANAH. Selain tindakan Husam menyertai AMANAH bakal menyaksikan kemasukan beberapa figura lain yang menanti keputusan beliau yang ditunggu-tunggu ini.

Sumber : Blog MSO 

GEMPAR !!!! BELIA NAK TANGKAP MALAYSIAN OFFICIAL 1????

Belia dan pelajar semakin berani. Sekumpulan belia dan pelajar mahu tangkap Malaysian Official 1 (MO1). Mereka mungkin sudah tahu siapa MO1 agaknya. Tetapi tidak semudah itu untuk menangkap MO1 yang licin bagai belut, pembelit bagaikan sang kancil dan ganas bagaikan buaya lapar.
Namun kita 'respect' dengan keberanian belia dan pelajar ini.
Kita mengharapkan belia 'tua' dan pelajar 'tua' juga berani macam mereka. Jika semua orang berani dan menyokong hasrat belia ini mungkin suatu hari MO1 akan menyerah diri atau sekurang-kurangnya meletakkan jawatan jika beliau seorang yang berjawatan.
Media hari ini sebuah gabungan belia dan kumpulan pelajar hari ini mengumumkan usaha untuk menggerakkan kempen #TangkapMalaysianOfficial1 di Kuala Lumpur pada 27 Ogos ini.
Pada sidang akhbar di sebuah restoran di Kuala Lumpur hari ini, kumpulan itu merujuk ‘Malaysian Official 1’ yang tidak dinamakan dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat untuk mendapatkan semula aset berbilion yang dikaitkan dengan 1MDB.
Jurucakap kumpulan itu, Anis Syariah Mohd Yusuf berkata kempen mereka bertujuan untuk memberikan tekanan kepada pihak berkuasa tempatan untuk menangkap dan mendakwa ‘Malaysian Official 1'.
"Kemuncaknya adalah perhimpunan aman tetapi pelajar dan belia akan memberi taklimat kepada pelajar lain dan mereka yang tinggal di luar Lembah Klang.
"Sekarang adalah masa untuk bertindak. Kami menggesa semua belia berhimpun sama di Kuala Lumpur pada 27 Ogos. Ini masanya untuk kita meraikan makna sebenar kemerdekaan," kata Anis, yang juga mewakili Kesatuan Mahasiswa Malaysia.
Dalam laporan DOJ, rujukan sebanyak 36 kali dibuat ke atas ‘Malaysian Official 1' yang juga didakwa menerima AS$731 juta dana daripada 1MDB.
Pengkritik mendakwa adalah jelas, dari butiran laporan itu, ‘Malaysian Official 1' hanya boleh merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Walau bagaimanapun, Najib dan penyokongnya berkata bahawa tiada andaian perlu dibuat mengenai perkara itu.
Saman DOJ yang difailkan di Los Angeles itu juga dinamakan anak tiri Najib, Riza Aziz, bersama-sama dengan rakan keluarga mereka iaitu ahli perniagaan Jho Low.
Aktivis belia Chan Tsu Chong berkata mereka percaya perhimpunan yang dicadangkan itu tidak akan dilihat sebagai ancaman kepada keselamatan negara.
Sumber : Mkini 
Gambar Sekadar hiasan

KLIP VIDEO LAHIRNYA SEBUAH PARTI ISLAM BAHARU

Klik di SINI 

02 August 2016

TAK CERDIK!!!!!! TAK LAYAK JADI MENTERI

Najib melantik begitu ramai menteri. Dulu ada seorang timbalan menteri pointernya tinggi tapi tidak cerdik. Sekarang orang itu sudah tenggelam sering mendiamkan diri. Jawatannya sebagai Ketua Penerangan Umno pun sudah dilucutkan mungkin kerana kurang cerdik agaknya.

Kini seorang lagi menteri tidak cerdik. Namun menteri ini memang terkenal tidak cerdik sejak dulu. Sebab Najib rehatkan beliau agak lama. Tetapi baru-baru ini dilantik semula mungkin kerana jasa-jasanya kepada Najib dan BN.

Menteri itu ialah menteri yang menjaga Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Namannya  Noh Omar. Beliau mencadangkan untuk mewajibkan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) di Selangor melaksanakan kutipan dana awam untuk membantu pihak sekolah menyelesaikan masalah infrastruktur.
Sudahlah rakyat sekarang hidup susah dengan harga barangan yang semakin tinggi akibat GST dan kejatuhan nilai ringgit serta peluang pekerjaan yang semakin kurang, kini menteri kurang cerdik hendak bebankan rakyat lagi.
Elok Najib fikir balik perlantikan menteri kurang cerdik ini............atau mungkin semua yang ada kurang cerdik hanya pandai mengampu sahaja.

RANG DAFTAR PEMILIH SUKU 2 2016 DI PAMER ESOK. AGAK2 BERAPA RAMAI YG DIPINDAH TEMPAT MENGUNDI?????

 Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mempamerkan Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) bagi Suku Tahun 2/2016 selama 14 hari bermula esok hingga 15 Ogos di 963 tempat di seluruh negara.
SPR dalam satu kenyataan berkata, suruhanjaya itu telah menerima sebanyak 115,682 permohonan pendaftaran sebagai pemilih terdiri daripada 93,530 pemilih baharu dan 22,152 permohonan pertukaran alamat pusat mengundi.
"Pemohon yang mendaftar sebagai pemilih baharu atau menukar alamat pusat mengundi dalam tempoh tarikh 1 April hingga 30 Jun lepas dinasihatkan menyemak RDPT Suku Tahun 2/2016.
"Bagi permohonan pendaftaran baharu yang tidak tersenarai, pemohon boleh membuat tuntutan menggunakan Borang B kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri bagi kawasan berkenaan," menurut kenyataan itu, hari ini.
SPR berkata pemilih berdaftar yang ingin melakukan bantahan ke atas kemasukan nama mana-mana individu dalam RDPT Suku Tahun 2/2016 juga boleh berbuat demikian dengan mengisi Borang C.
Dalam pada itu SPR turut akan mempamerkan nama-nama pemilih yang akan dikeluarkan daripada Daftar Pemilih sepanjang tempoh pameran berlangsung.
"Antara asas nama pemilih dikeluarkan ialah kerana mereka didapati tidak berhak untuk terus kekal dalam Daftar Pemilih kerana telah meninggal dunia atau lucut hak kewarganegaraan," menurut kenyataan itu.
Sebarang pertanyaan mengenai RDPT Suku Tahun 2/2016 boleh menghubungi Ibu Pejabat SPR di 03-88927000 atau menghubungi mana-mana pejabat SPR Negeri.
Pemohon juga boleh melayari laman sesawang SPR di www.spr.gov.my untuk menyemak senarai nama yang dipamerkan.
Sumber : Bernama
Agaknya berapa ramai pemilih yang dipindahkan Pusat Daerah Mengundi (PDM) tempat mengundi atau dipindahkan terus kepada Dun dan Parlimen lain. SPR kita harap telus dan proffesional dalam menjalankan amanah ini. Jangan menyusahkan rakyat.
Setiap kali pilihanraya khususnya pilihanraya kecil sudah pasti ada pemilih yang tidak dapat mengundi kerana berpindah tempat mengundi tanpa pengetahuan mereka. Bukan seorang dua malah ramai.

01 August 2016

AMANAH TERUS MENDAPAT SOKONGAN RAKYAT

Parti AMANAH Negara (AMANAH) terus mendapat sokongan rakyat. Terbaru seramai 20 orang ahli UMNO cawangan Sungai Petai, Alor Gajah yang diketuai oleh salah seorang ahli jawatankuasanya, Encik Zainal Bujang telah menyerahkan borang permohonan untuk menyertai Parti Amanah Negara di Majlis Jamuan Hari Raya Parti Amanah Negara negeri Melaka malam tadi. 

Borang berkenaan telah diserahkan kepada Presiden AMANAH, Tn Hj. Mohamad Sabu yang turut hadir di majlis tersebut. 

Terbukti AMANAH diterima oleh seluruh rakyat bukannya bekas ahli-ahli parti politik sahaja.

Malam tadi lebih dari 2,000 penduduk setempat menghadirkan pada majlis Jamuan Hari Raya AMANAH peringkat negeri Melaka tahun ini. 

Majlis itu yang telah diadakan di Dataran Amanah Alor Gajah telah mendapat sambutan yang cukup meriah dari rakyat pelbagai kaum yang telah datang membanjiri Dataran Amanah seawal jam 6.00 petang sekalipun acara bermula jam 7.00 malam dan mereka yang datang tidak terus pulang, malah sanggup menunggu ketibaan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan.. 

Majlis dipenuhi dengan ucapan-ucapan para pemimpin Pakatan Harapan seusai solat Maghrib dan Isya berjemaah di dalam kabin yang disediakan khas di dataran tersebut. 

Diantara yang berucap ialah Pengerusi Amanah Melaka, Tn Hj Adly Zahari, Naib Presiden AMANAH Nasional yang juga Ketua AMANAH Kawasan Alor Gajah, Dr. Hassan Baharum, Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Sdra Faiz Fadzil, Pengerusi DAP Melaka yang juga ADUN Bandar Hilir, YB Teh Kok Kiew, Ahli Parlimen Bukit Katil yang juga Naib Presiden Keadilan, YB Shamsul Iskandar Md.Akin, bekas Naib Ketua Bahagian UMNO Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan kemuncaknya oleh Presiden AMANAH, Tn Hj. Mohamad Sabu.

Setiausaha Amanah Melaka Tuan Haji Yuhaizad Abdullah yang ditemui menyifatkan kejayaan tersebut adalah hasil kerjasama dan tungkus lumus semua pihak yang terlibat. 

Sementara Pengerusi Amanah Melaka, Tuan Haji Adly Zahari di dalam ucapannya juga turut melahirkan rasa gembiranya dengan sambutan yang menggalakkan dan melahirkan setingi-tinggi pengharagaan kepada semua Amanah kawasan-kawasan negeri Melaka, Pemuda Amanah Melaka dan Angkatan Wanita Amanah (AWAN) Melaka yang telah menyumbang dan bekerjasama untuk menjayakan majlis berkenaan. 

Sumber : Greenboc

31 July 2016

ASNAF ZAKAT : ADA SYARAT BARU BAGI NEGERI MELAKA, INI AJARAN MANA????

Duit zakat janganlah buat macam duit peninggalan ayah sendiri. 
Duit zakat agihkan pada asnaf yang layak bukan pilih2 

Asnaf fisabilillah (pelajar) adakah syaratnya mesti belajar selain dari Mesir.?

Adakah syarat untuk layak menerima zakat adalah belajar dalam bidang perubatan sahaja?

Adakah ini ajaran baru yang diperkenalkan di Melaka???

Gambar sekadar hiasan.

PELIK !!!!! PERLANTIKAN KETUA PENGARAH SPRM DIPERTIKAI

Kenyataan Media Pemuda AMANAH Melaka
*MENGAPA KERAJAAN LANTIK PEGAWAI DARI PEJABAT PEGUAM NEGARA SEBAGAI KETUA PENGARAH SPRM BARU?*
1. Datuk Dzulkifli bin Ahmad yang baru dilantik sebagai Ketua Pengarah SPRM yang baru adalah orang penting yang punya kaitan menguruskan isu 1MDB dari pejabat AG Apandi Ali.
2. Beliau adalah ketua Pasukan Penguatkuasaan Pemulihan Hasil Negara(NRRET) yang diletakkan dibawah seliaan Peguam Negara . Pasukan ini telah ditugaskan untuk memulihkan hasil cukai dan aset negara serta mempunyai skop tugas termasuk siasatan keatas 1MDB.
3. Pasukan yang diketuai Datuk Dzulkifli Ahmad juga turut dianggotai pihak Polis Di Raja Malaysia(PDRM), Lembaga Hasil Dalam Negari(LHDN), Bank Negara Malaysia(BNM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Antara kemusykilan yang timbul ketika itu ialah bagaima awam melihat bagaimana SPRM disingkirkan dari kumpulan siasatan ini.
4. Oleh yang demikian pelbagai persoalaan yang boleh ditimbulkan. Tidak kurang juga ramai yang bimbang akan wujud konflik kerana seperti yang sedia maklum Pejabat Peguam Negara juga antara yang terkesan dengan tindakan yang diambil oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat(DoJ) baru-baru ini.
5. Perlu diingat bahawa isu 1MDB ini telah mendapat liputan yang meluas. Dokumen setebal 136 muka surat yang didedahkan DoJ menyatakan dengan jelas siapa yang terlibat. Maka perlantikan ini juga boleh menimbulkan spekulasi dimana perlantikan individu yang mempunyai hubungan terus dengan AG Apandi Ali akan mempengaruhi keputusan SPRM selepas ini.
6. Atau jika benar perlantikan ini tidak memberi sebarang "kepentingan peribadi" kepada mana-mana pihak, maka kami mendesak agar Ketua Pengarah SPRM yang baru dilantik, Datuk Dzulkifli Ahmad untuk segera membuka kembali kertas siasatan berkenaan skandal 1MDB.
7. Kami juga mendesak supaya Datuk Dzulkifli Ahmad meyakinkan AG Apandi Ali untuk membenarkan kes ini disiasat dan sekaligus membuka kertas pendakwaan kepada nama-nama yang terlibat seperti Riza Aziz, Jho Low dan "Malaysian Official 1" menurut pendedahan yang dibuat pihak DoJ.
8. Jika ianya tidak dapat dilakukan maka kami beranggapan perlantikan Ketua Pengarah SPRM yang baru oleh pihak kerajaan ibarat "cuba menutup bangkai gajah dengan nyiru".
Sekian, terima kasih.
*Muhammad Syafiq Azmi*
Pengarah Komunikasi
Pemuda AMANAH Melaka
30 Julai 2016
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter