GEMPAR !!!! BELIA NAK TANGKAP MALAYSIAN OFFICIAL 1????

Belia dan pelajar semakin berani. Sekumpulan belia dan pelajar mahu tangkap Malaysian Official 1 (MO1). Mereka mungkin sudah tahu siapa MO1 agaknya. Tetapi tidak semudah itu untuk menangkap MO1 yang licin bagai belut, pembelit bagaikan sang kancil dan ganas bagaikan buaya lapar.
Namun kita 'respect' dengan keberanian belia dan pelajar ini.
Kita mengharapkan belia 'tua' dan pelajar 'tua' juga berani macam mereka. Jika semua orang berani dan menyokong hasrat belia ini mungkin suatu hari MO1 akan menyerah diri atau sekurang-kurangnya meletakkan jawatan jika beliau seorang yang berjawatan.
Media hari ini sebuah gabungan belia dan kumpulan pelajar hari ini mengumumkan usaha untuk menggerakkan kempen #TangkapMalaysianOfficial1 di Kuala Lumpur pada 27 Ogos ini.
Pada sidang akhbar di sebuah restoran di Kuala Lumpur hari ini, kumpulan itu merujuk ‘Malaysian Official 1’ yang tidak dinamakan dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat untuk mendapatkan semula aset berbilion yang dikaitkan dengan 1MDB.
Jurucakap kumpulan itu, Anis Syariah Mohd Yusuf berkata kempen mereka bertujuan untuk memberikan tekanan kepada pihak berkuasa tempatan untuk menangkap dan mendakwa ‘Malaysian Official 1'.
"Kemuncaknya adalah perhimpunan aman tetapi pelajar dan belia akan memberi taklimat kepada pelajar lain dan mereka yang tinggal di luar Lembah Klang.
"Sekarang adalah masa untuk bertindak. Kami menggesa semua belia berhimpun sama di Kuala Lumpur pada 27 Ogos. Ini masanya untuk kita meraikan makna sebenar kemerdekaan," kata Anis, yang juga mewakili Kesatuan Mahasiswa Malaysia.
Dalam laporan DOJ, rujukan sebanyak 36 kali dibuat ke atas ‘Malaysian Official 1' yang juga didakwa menerima AS$731 juta dana daripada 1MDB.
Pengkritik mendakwa adalah jelas, dari butiran laporan itu, ‘Malaysian Official 1' hanya boleh merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Walau bagaimanapun, Najib dan penyokongnya berkata bahawa tiada andaian perlu dibuat mengenai perkara itu.
Saman DOJ yang difailkan di Los Angeles itu juga dinamakan anak tiri Najib, Riza Aziz, bersama-sama dengan rakan keluarga mereka iaitu ahli perniagaan Jho Low.
Aktivis belia Chan Tsu Chong berkata mereka percaya perhimpunan yang dicadangkan itu tidak akan dilihat sebagai ancaman kepada keselamatan negara.
Sumber : Mkini 
Gambar Sekadar hiasan

Comments