RANG DAFTAR PEMILIH SUKU 2 2016 DI PAMER ESOK. AGAK2 BERAPA RAMAI YG DIPINDAH TEMPAT MENGUNDI?????

 Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mempamerkan Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) bagi Suku Tahun 2/2016 selama 14 hari bermula esok hingga 15 Ogos di 963 tempat di seluruh negara.
SPR dalam satu kenyataan berkata, suruhanjaya itu telah menerima sebanyak 115,682 permohonan pendaftaran sebagai pemilih terdiri daripada 93,530 pemilih baharu dan 22,152 permohonan pertukaran alamat pusat mengundi.
"Pemohon yang mendaftar sebagai pemilih baharu atau menukar alamat pusat mengundi dalam tempoh tarikh 1 April hingga 30 Jun lepas dinasihatkan menyemak RDPT Suku Tahun 2/2016.
"Bagi permohonan pendaftaran baharu yang tidak tersenarai, pemohon boleh membuat tuntutan menggunakan Borang B kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri bagi kawasan berkenaan," menurut kenyataan itu, hari ini.
SPR berkata pemilih berdaftar yang ingin melakukan bantahan ke atas kemasukan nama mana-mana individu dalam RDPT Suku Tahun 2/2016 juga boleh berbuat demikian dengan mengisi Borang C.
Dalam pada itu SPR turut akan mempamerkan nama-nama pemilih yang akan dikeluarkan daripada Daftar Pemilih sepanjang tempoh pameran berlangsung.
"Antara asas nama pemilih dikeluarkan ialah kerana mereka didapati tidak berhak untuk terus kekal dalam Daftar Pemilih kerana telah meninggal dunia atau lucut hak kewarganegaraan," menurut kenyataan itu.
Sebarang pertanyaan mengenai RDPT Suku Tahun 2/2016 boleh menghubungi Ibu Pejabat SPR di 03-88927000 atau menghubungi mana-mana pejabat SPR Negeri.
Pemohon juga boleh melayari laman sesawang SPR di www.spr.gov.my untuk menyemak senarai nama yang dipamerkan.
Sumber : Bernama
Agaknya berapa ramai pemilih yang dipindahkan Pusat Daerah Mengundi (PDM) tempat mengundi atau dipindahkan terus kepada Dun dan Parlimen lain. SPR kita harap telus dan proffesional dalam menjalankan amanah ini. Jangan menyusahkan rakyat.
Setiap kali pilihanraya khususnya pilihanraya kecil sudah pasti ada pemilih yang tidak dapat mengundi kerana berpindah tempat mengundi tanpa pengetahuan mereka. Bukan seorang dua malah ramai.

Comments