AMANAH TERUS MENDAPAT SOKONGAN RAKYAT

Parti AMANAH Negara (AMANAH) terus mendapat sokongan rakyat. Terbaru seramai 20 orang ahli UMNO cawangan Sungai Petai, Alor Gajah yang diketuai oleh salah seorang ahli jawatankuasanya, Encik Zainal Bujang telah menyerahkan borang permohonan untuk menyertai Parti Amanah Negara di Majlis Jamuan Hari Raya Parti Amanah Negara negeri Melaka malam tadi. 

Borang berkenaan telah diserahkan kepada Presiden AMANAH, Tn Hj. Mohamad Sabu yang turut hadir di majlis tersebut. 

Terbukti AMANAH diterima oleh seluruh rakyat bukannya bekas ahli-ahli parti politik sahaja.

Malam tadi lebih dari 2,000 penduduk setempat menghadirkan pada majlis Jamuan Hari Raya AMANAH peringkat negeri Melaka tahun ini. 

Majlis itu yang telah diadakan di Dataran Amanah Alor Gajah telah mendapat sambutan yang cukup meriah dari rakyat pelbagai kaum yang telah datang membanjiri Dataran Amanah seawal jam 6.00 petang sekalipun acara bermula jam 7.00 malam dan mereka yang datang tidak terus pulang, malah sanggup menunggu ketibaan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan.. 

Majlis dipenuhi dengan ucapan-ucapan para pemimpin Pakatan Harapan seusai solat Maghrib dan Isya berjemaah di dalam kabin yang disediakan khas di dataran tersebut. 

Diantara yang berucap ialah Pengerusi Amanah Melaka, Tn Hj Adly Zahari, Naib Presiden AMANAH Nasional yang juga Ketua AMANAH Kawasan Alor Gajah, Dr. Hassan Baharum, Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Sdra Faiz Fadzil, Pengerusi DAP Melaka yang juga ADUN Bandar Hilir, YB Teh Kok Kiew, Ahli Parlimen Bukit Katil yang juga Naib Presiden Keadilan, YB Shamsul Iskandar Md.Akin, bekas Naib Ketua Bahagian UMNO Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan kemuncaknya oleh Presiden AMANAH, Tn Hj. Mohamad Sabu.

Setiausaha Amanah Melaka Tuan Haji Yuhaizad Abdullah yang ditemui menyifatkan kejayaan tersebut adalah hasil kerjasama dan tungkus lumus semua pihak yang terlibat. 

Sementara Pengerusi Amanah Melaka, Tuan Haji Adly Zahari di dalam ucapannya juga turut melahirkan rasa gembiranya dengan sambutan yang menggalakkan dan melahirkan setingi-tinggi pengharagaan kepada semua Amanah kawasan-kawasan negeri Melaka, Pemuda Amanah Melaka dan Angkatan Wanita Amanah (AWAN) Melaka yang telah menyumbang dan bekerjasama untuk menjayakan majlis berkenaan. 

Sumber : Greenboc

Comments