.

.

08 December 2012

BENDERA PAS, PKR DAN DAP DICURI HANTU

Bendera PAS, DAP dan PKR di perkarangan kawasan Program Himpunan Kebangkitan Rakyat Melaka 'dicuri' oleh hantu-hantu yang disuruh oleh tuannya.

Kita amat kesal kerana hantu-hantu ini tidak pula mencabut dan mencuri bendera-bendera Umno dan BN yang dipasang di sepanjang jalan tertentu di seluruh negeri Melaka.

Inilah demokrasi ala Melaka demokrasi drakonian dan rimba.

Himpunan telah bermula jam 4.00 petang tadi hingga 12.00 malam ini

06 December 2012

KINI BARU KAU SEDAR MUSA HASSAN

Mantan Ketua Polis Negara, Musa Hassan berkata ceramah politik tidak boleh dibuat sebelah-menyebelah atau berdekatan dengan acara parti lawan untuk mengelakkan kejadian tidak diingini seperti yang berlaku Selasa lalu.

Katanya, beliau sendiri tidak pernah membenarkan perkara itu dilakukan ketika menjadi ketua polis di sebuah daerah di Melaka.

"Pemimpin politik perlu sedar politik ini perlu dibuat secara aman. Kalau sesuatu ceramah dibenarkan, jangan pula benarkan pihak lawan buat perkara yang sama," katanya pada sidang media selepas menyertai satu wacana di Shah Alam petang ini.

Beliau mengulas kejadian yang didakwa menyebabkan penyokong BN dan Pakatan Rakyat cedera dalam kejadian pada ceramah PKR di Gombak itu.

Tetapi semasa Musa menjadi Ketua Polis Negara dahulu, berpuluh-puluh ceramah PAS diganggu oleh Umno khususnya di Melaka tetapi tiada tindakan oleh Polis. Umno/BN dibiarkan bebas mengadakan ceramah sebelah menyebelah dengan PAS. 

Kini baru kau sedar wahai Musa Hassan bila engkau sudah tidak ada tongkat kuasa dan orang sudah tidak pedulikan engkau baru tahu langit tinggi atau rendah.

SAH DAP ANTI ISLAM?

Umno menuduh DAP anti Melayu dan anti Islam. Tetapi pada masa yang sama MCA pula mendakwa DAP sedang menuju ke arah Islamisasi. Mana yang betul ini. Komponen BN sudah biul dan siul. Tidak tahu apa yang mereka cakapkan. Rakyat pula sudah kenal siapa Umno, MCA dan MIC. Cakap berbelit-belit, memutarkan fakta dan calap tidak berfikir panjang.

Sehari dua ini Pengerusi MCA Pulau Pinang, Teng Chang Yeow mendakwa kerajaan negeri Pulau Pinang menuju ke arah Islamisasi apabila menaikkan peruntukan hal ehwal agama Islam sebanyak 300 peratus.


"Lim lebih takut kepada PAS. Mereka hanya menang satu kerusi di Pulau Pinang, kenapa mereka perlu takut (kepada PAS) seperti ini?" katanya dalam satu majlis makan malam anjuran MCA di Bagan – kawasan parlimen yang diwakili Lim Guan Eng  – pada Isnin lepas.

Ia disiarkan oleh sebuah akhbar Cina baru-baru ini.

Ekoran laporan itu, Lim Guan Eng menolak laporan sebegitu dan menyifatkan ia sebagai kenyataan resis, lapor Malaysiakini.

"Ini adalah satu sentimen rasis yang sangat jahat kerana ia memberi gambaran bahawa hak orang bukan Melayu atau bukan Islam dipinggirkan".

Lim berkata kenyataan daripada pemimpin BN itu tidak akan disiarkan dalam akhbar berbahasa Melayu seperti Utusan Malaysia yang dimiliki Umno.

Sebaliknya, akhbar tersebut (Utusan), akan menggambar beliau sebagai "anti-Melayu dan anti-Islam", kata Lim.

"Bagaimanapun, dalam akhbar berbahasa Cina, kita dituduh anti-bukan Melayu dan anti-bukan Islam," kata Lim yang juga setiausaha agung DAP dalam satu sidang media semalam.

"Jika Umno dan Gerakan atau MCA di pentas sama, mereka tidak tahu apa untuk dikata, mereka akan berdiam diri.

"Apabila Umno meruntuhkan satu tokong Hindu di Prai, Gerakan dan MCA juga berdiam diri. Dalam hal ini, nampaknya Umno akan berdiam diri".

Mengulas kenyataan Teng berhubung isu peruntukan untuk majlis agama Islam yang lebih kecil di bawah Koh, Lim berkata setiausaha agung Gerakan itu mengakui hakikan bahawa masyarakat berkenaan kurang diberi perhatian.

"Kita peruntuk dana mengikut keperluan, terutama untuk golongan yang dipinggirkan oleh pentadbiran sebelum ini, memandangkan wang tersebut tidak masuk ke poket rakyat tetapi poket mereka sendiri," kata Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP.

Ternyata BN cuba memperbodohkan diri sendiri padahal hakikatnya merekalah yang membodohkan diri mereka...............inilah perangai Syaitan Yang Dikenali .........Mahathir yang kata bukan kami ye....!!!!

POLITIK BACUL : UMNO/BN UGUT TUAN TANAH TIDAK BENARKAN HIMPUNAN RAKYAT

Melaka: Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Melaka terpaksa dipindahkan ke lokasi baru iaitu di belakang Pejabat DAP Negeri Melaka kerana tuan tanah lokasi asal iaitu di Bukit Palah membatalkan persetujuan untuk menyewa kepada Pakatan Rakyat untuk program tersebut.

Setiausaha Program Himpunan Kebangkitan Rakyat Melaka, Asri Sheikh Abdul Aziz dalam kenyataannya sebentar tadi kesal dengan tindakan Umno/BN yang mengugut tuan tanah tersebut dengan pelbagai ugutan yang menyebabkan individu terbabit takut untuk menyewakan tanahnya kepada PR.

"Sebelum ini beliau telah mengeluarkan surat persetujuan untuk menyewakan tanah tersebut tetapi tengahari ini beliau menghubungi kita menarik balik persetujuan tersebut atas alasan ada pihak yang mengugut beliau".

"Kita berasa amat kesal dengan tindakan tersebut kerana ianya dibuat hanya 2 kira sebelum program dilaksanakan dan kita terpaksa melakukan persiapan dari awal di lokasi baru" ujar Asri yang juga merupakan Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Melaka

Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Himpunan Kebangkitan Rakyat Melaka di Pejabat PKR Negeri Melaka, Taman Bukit Piatu Mutiara di sini tengahari tadi.

Asri menegaskan bahawa tindakan Umno/BN ini merupakan tindakan yang bacul dan tidak bertamadun kerana ianya jelas menyekat kebebasan dan hak asasi rakyat untuk mengadakan himpunan di mana sahaja tempat yang sesuai.

"Kita bayar sewa bukannya kita guna secara percuma, malah tuan tanah sudah pun bersetuju pada awalnya".

""Mereka bukan sahaja hendak mengacau program kita dengan mengadakan karnival ad hoc mereka malah mengugut tuan tanah dengan pelbagai ugutan yang menyebabkan tuan tanah menarik balik persetujuan asal" tambah Asri.

Menurutnya ini adalah rentetan tindakan tidak bertamadun Umno/BN negeri ini yang jelas begitu takut dengan kebangkitan rakyat.

"Mereka sebelum ini telah mengadakan pelbagai provokasi semasa program PR termasuk ceramah pimpinan tertinggi PR dan ini adalah kemuncak kepada tindakan tidak bertamadun mereka".

"Kita yakin rakyat Melaka akan membuat perubahan di atas tindakan biadap, samseng, ganas dan kebudak-budakan Umno/BN Melaka, rakyat akan bangkit menolak BN pada PRU 13 nanti" tambah Asri.

Asri memaklumkan bahawa lokasi baru Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Melaka ialah di Belakang Pejabat DAP Negeri Melaka, Loron Pandan. Beliau menjemput seluruh rakyat Melaka untuk turun beramai-ramai bagi membuktikan bahawa rakyat mahukan perubahan demi masa depan Melaka dan Malaysia.

05 December 2012

RIBUAN AHLI PAS MASUK UMNO DI KEDAH?


Bernama melaporkan hari ini bahawa, bekas Menteri Besar Kedah, Mahdzir Khalid yang juga anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pedu, berkata  beliau mendapat tahu  bahawa ramai lagi bakal keluar PAS untuk menyertai Umno. 

"Saya mengalu-alukan mereka kerana Umno tidak sekali-kali menutup pintu atau menghalang sesiapa sahaja yang mahu berjuang bersama-sama kita," katanya.

Mahdzir berkata penyertaan ramai orang muda ke dalam Umno menyerlahkan kesedaran generasi hari ini bahawa mereka memahami perjuangan parti itu.Beliau turut berterima kasih kepada anggota PAS yang menyokong perjuangan Umno. 

Agaknya mungkin beribu-ribu ahli PAS akan masuk Umno. Anda percaya ke sandiwara pemimpin Umno ini terutama menjelang PRU 13 ini. Skrip ini sudah menjadi tradisi kepada mereka. Kalau hendak diikutkan cakap dan dakwaan mereka ini sudah pasti di Kedah hanya Ustaz Azizan seorang sahaja yang jadi ahli PAS yang lain semua sudah masuk Umno.

Gambar : Sandiwara Umno Kelantan satu masa dahulu.

MAHKAMAH BEBASKAN 'PEMBUNUH' AMINULRASYID

'Pembunuh Aminulrasyid Koperal Jenain Subi, 49 dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.

Jenain Subi sebelum ini didapati bersalah menyebabkan kematian remaja lelaki berumur 15 tahun, Aminulrasyid Amzah (gambar), dua tahun lepas.

Hakim Datuk Abdul Rahman Sebi memutuskan sedemikian selepas menerima rayuan Jenain terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan ke atasnya oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam pada September tahun lepas.

Dalam penghakimannya, Abdul Rahman berpuas hati anggota polis itu melepaskan tembakan hanya untuk memberhentikan kereta proton Iswara dipandu Aminulrasyid dan bukan dengan niat untuk membunuh remaja lelaki itu.

Abdul Rahman juga berkata tiada kes prima facie dibuktikan ke atas Jenain dan anggota polis itu tidak sepatutnya dipanggil membela diri.

Pada 13 Sept tahun lepas, Hakim Latifah Mohd Tahar menjatuhkan hukuman penjara lima tahun selepas mendapati Jenain bersalah melakukan kesalahan itu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, di sini antara 1.10 pagi dan 2 pagi pada 26 April 2010.

Jenain didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Adil atau tidak mahkamah dunia ini tidak kita ketahui hanya Allah yang MAHA MENGETAHUI.

Sumber : Bernama

PANAS ! : NAJIB KENA KEPUNG

Benarkah Najib kena kepung. Siapa yang kepung Najib. Tak lain tak bukan isu Deepak, Musa Hassan, Scorpene dan Musa Aman. Alahai Najib kasihan kat engkau. Itulah sebabnya baru-baru ini dia minta maaf kepada rakyat sebab dia tersepit kena kepung .............menangis ........air mata apa tu?????????

Apakah kamu rakyat Malaysia bersedia untuk melepaskan kepungan terhadap Najib.

Senang sahaja caranya. Mari ramai-ramai undi PAS dan PR supaya kepungan ke atas Najib dirungkaikan dan kita siasat apa sahaja isu yang berkaitan dengan kontroversi tersebut dengan seadil-adilnya.

25 PELAJAR AZHAR DIZALIMI?

Ayer Molek : Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek kesal dengan sikap pihak pentadbiran Rumah Melaka di Kahirah yang menghalang 25 pelajar anak negeri Melaka dari menginap pusat penginapan tersebut.

"Apa alasan mereka sehingga menafikan hak anak negeri Melaka ini menduduki Rumah Melaka ini yang dikelolakan oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)".

"Terbukti mereka menzalimi pelajar-pelajar tersebut yang terpaksa menumpang di penginapan kawan-kawan mereka dari negeri lain, jelas mereka menafikan hak pelajar-pelajar ini" ujar Kamaruddin pada majlis ceramah anjuran Majlis Tindakan Dun Ayer Molek, di sini malam tadi.

Beliau berkata hal ini telah diajukan kepada bertanggungjawab di negeri ini tetapi mereka meminta beliau merayu kepada Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam yang merupakan Pengerusi MAIM.

"Saya sudah tahu apa keputusan yang akan diambil oleh Ali Rustam jika saya membuat rayuan, jadi tidak perlulah saya berbuat demikian".

"Kalau benar Kerajaan BN Melaka mendahulukan rakyat mengapa mereka menzalimi pelajar-pelajar tersebut sedangkan mereka melaung-laungkan merekalah pejuang Melayu dan Islam" tambah Kamaruddin.

Menurut Kamaruddin, jika phak pentadbiran Rumah Melaka tersebut terus dengan tindakan menzalimi pelajar-pelajar terbabit, beliau tidak teragak-agak untuk membuat permohonan kepada kerajaan negeri Pulau Pinang untuk membenarkan mereka menginap di penginapan Pelajar kendalian kerajaan Pulau Pinang.

"Kalau pejuang-pejuang Melayu ini terus menzalimi pelajar-pelajar tersebut saya tidak teragak-agak untuk berjumpa dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng untuk merayu supaya pelajar-pelajar ini dibenarkan untuk tinggal di Rumah Pulau Pinang di Kahirah".

"Kita akan minta bantuan dari orang yang dituduh sebagai anti Melayu, anti Islam dan kita tengok nanti siapa sebenarnya menzalimi orang Islam, orang Melayu" ujar Kamaruddin serius.

Kamaruddin juga kesal kerana MAIM yang mengutip zakat dari rakyat negeri melalui Pusat Zakat Melaka gagal memberikan hak kepada pelajar-pelajar terbabit sehingga mereka dizalimi sedemikian rupa.

Difahamkan pelajar-pelajar Melaka tersebut sudah beberapa bulan belajar di Kahirah tetapi sehingga kini permohonan mereka untuk menginap di Rumah Melaka tidak diluluskan sedangkan mereka adalah anak jati Melaka yang sememangnya layak untuk tinggal di pusat penginapan tersebut.

TERKINI : GAMBAR BAHU PETUGAS PR YANG CEDERA

Inilah gambar bahu petugas PR yang cedera agak teruk akibat tusukan benda tajam yang dilakukan pengganas Pemuda Umno Gombak semasa ceramah Merdeka Rakyat di Gombak malam tadi.

GAMBAR SB YANG MEMPORAK PERANDAKAN CERAMAH MERDEKA RAKYAT

Ini gambar yang didakwa sebagai seorang SB yang dilaporkan memporak perandakan ceramah Merdeka Rakyat di Gombak malam ini.

GAMBAR SAMSENG UMNO MENGGANAS DI GOMBAK MALAM INI

Gambar menunjukkan samseng Pemuda Umno yang berkumpul mengganggu ceramah PR Merdeka Rakyat di Gombak malam iniLihat bagaimana samseng mereka seolah-olah undang-undang ditangan rimba iaitu undang-undang rimba.

Beberapa orang petugas PR cedera akibat keganasan mereka.


TERKINI : KETUA CAWANGAN PAS CEDERA DIBALING PEMUDA UMNO

Terkini | Ketua cawangan PAS Air Panas, Gombak cedera dikepala selepas terkena balingan pasu. InsyaAllah esok, laporan polis akan dibuat. Kami akan dedahkan lebih banyak bukti. 

Beliau terkena balingan pasu yang dilakukan oleh samseng Pemuda Umno yang mengganggu ceramah Merdeka Rakyat malam ini.

04 December 2012

MUSA HASSAN : KINI BARU KAU SEDAR, SB BUANG DUIT RAKYAT EKORI SAYA


Bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan menyatakan bahawa Polis Bahagian Cawangan Khas (SB) yang mengekorinya membazirkan duit rakyat.

Bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan dalam kenyataannya kepada Portal Free Malaysia Today (FMT) memberitahu bahawa sejak beliau mengeluarkan kenyataan campurtangan Menteri Dalam Negeri dalam urusan Polis baru-baru ini, beliau terus diekori oleh Pegawai dari Cawangan Khas (SB).

"Ini sesuatu yang luculah, mengapa mesti anda meletakkan saya di bawah pemerhatian, macam jika saya ini mengancam keselamatan negara".

"Saya hendak beri nasihat pada mereka jangan ekori saya lagi, saya tidak akan menghancurkan negara, itu yang pertama, yang kediua anda mempunyai kerja lain yang lebih penting untuk dilakukan, seperti menyiasat penjenayah, yang sememangnya mengancam keselamatan awam" ujarnya.

Beliau juga berkata ianya suatu tindakan bodoh mengekori beliau, membazirkan wang rakyat.

"Kalau anda perlukan apa sahaja, boleh telefon saya dan saya akan beritahu semua sekali" tambah Musa.

Ditanya bagaimana beliau mengetahui dirinya diekori, Musa berkata sudah tentu beliau mengetahui mereka tetapi saya tidak mahu bergaduh dengan mereka. Tidak mahu malukan mereka.


"Sudah tentu mereka lari bila saya melihat mereka" tambah Musa.



Rupanya baru sekarang Musa Hassan sedar SB membazirkan duit rakyat dengan menjalankan kegiatan pemantauan kepada ahli-ahli politik dan parti-parti politik. Selama puluhan tahun dahulu semasa bertugas dialah orang yang mengarahkan SB melakukan kerja-kerja terkutuk itu. 



Kini baru kau sedar setelah kau tiada kuasa dan kau jadi mangsa kerajaan zalim dan 'wak yek' suruhan mereka.


AHLI UMNO AKAN SABOTAJ CALON BN DI BANDAR TUN RAZAK?


Peluang BN untuk merampas semula kerusi parlimen Bandar Tun Razak  dalam pilihan raya umum ke 13 samar, kata seorang pemimpin Umno bahagian itu. Laporan FMT dipetik.

Dua parti utama BN – Umno dan MCA – katanya, masing-masing mahu meletakkan calon di kawasan tersebut.
Calon Umno yang dikatakan mahu bertanding ialah naib ketua bahagian, Datuk Syed Abdul Rahman Alhasbhsee manakala calon MCA ialah naib presiden MCA, Datuk Seri Ng Yen Yen; YK Chew; Tsen Bok dan senator Chu Lai Kang.
“Kami buntu. MCA mahu bertanding, Umno pun mahu meletakkan calon. Penyokong berpecah, undi pun berpecah,” beritahu timbalan pengerusi biro penerangan Umno Bandar Tun Razak,Hamzah Wahab.
Parlimen Bandar Tun Razak dimenangi calon PKR Tan Sri Abdul Khalib Ibrahim setelah mengalahkan penyandang, Datuk Seri Tan Chai Ho  pada pilihan raya 2008 dengan majoriti tipis 2515 undi sahaja.
Menteri Besar Selangor itu akan mempertahankan kerusi parlimen tersebut sebagaimana diumumkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Hamzah, Umno mahu meletakkan calon kerana Bandar Tun Razak merupakan kawasan majoriti pengundi Melayu.
”Meletakkan calon Melayu mempunyai peluang yang lebih besar untuk menang kerana pengundi tidak mahu lagi calon MCA.
“Mereka kata calon MCA rasis.
“Biar calon Melayu dari Umno lawan calin Melayu dari PKR, jumlah pengundi Melayu ialah 52 peratus manakala bukan Melayu 48 peratus” tambah Hamzah.
Hamzah menambah, jika BN berkeras mahu meletakkan calon MCA beliau bimbang akan ada kalangan pengundi Melayu yang melakukan sabotaj.
Katanya, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga pegerusi BN Wilayah Persekutuan mesti bertindak segera menyelesaikan kemelut itu.
Beliau berkata, jika tidak semakin sukar untuk BN menang  di Bandar Tun Razak.
Memang tidak mustahil untuk ahli dan penyokong Umno melakukan undi protes jika calon Umno tidak dipilih bvertanding di Parlimen Bandar Tun Razak. Manakala jika calon Umno dipilih sudah pengundi CIna akan memberikan sokongan padu kepada Tan Sri Khalid Ibrahim lebih-lebih lagi situasi politik masa kini menunjukkan bahawa lebih 80 - 90  % pengundi Cina cenderung menyokong PR khususnya di bandar-bandar besar.
Tidak syak lagi bahawa PR mempunyai peluang yang cerah untuk mempertahankan kerusi Bandar Tun Razak yang disandang oleh Tan Sri Khalid. 

KASIHAN NAJIB TERUS DIBAYANGI MAHATHIR


Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Najib Abdul Razak menyebut nama Tun Dr Mahathir Mohamad semasa perhimpunan agung Umno kerana beliau "tidak mempunyai pengaruh" untuk menguatkuasakan pandangannya sendiri, dakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, bekas perdana menteri Dr Mahathir (kiri dalam gambar) "masih memanggil pemimpin parti dan memberi mereka arahan".

"Saya tidak fikir dia mempunyai keberanian untuk menangani keadaan, jadi dia akan perlu ambil hati (Dr Mahathir)," katanya dipetik dari Malaysiakini.

"Dia tidak mempunyai pengaruh untuk menguatkuasakan dasar atau pandangannya sendiri," katanya Anwar dalam sidang akhbar di ibupejabat PKR hari ini.

Memang dari dahulu, Najib sentiasa dibayangi oleh Mahathir dan Rosmah Mansor dalam apa juga perancangan dan tindakan.

Malah dalam karier politiknya Najib juga tidak pernah dipilih berdasarkan kekuatan diri sendiri, semua jawatan yang diperolehi adalah di'hadiah'kan oleh penyandang sebelumnya.

ALI RUSTAM BACUL

Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Haji Adly Zahari menyelar sikap tindakan Ketua Menteri Melaka Mohd Ali Rustam yang mengarahkan Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Kampung Bukit Palah  menganjurkan karnival disebelah tapak Himpunan Kebangkitan Rakyat Melaka pada 8hb Disember 2012, di Bukit Palah.

"TIndakan Ali Rustam ini suatu tindakan bacul dan pengecut" kata Adly dipetik dari blognya adlyzahari.blogspot.com 

"Provokasi pemimpin sebegini mengundang keresahan dikalangan rakyat, UMNO akar umbi pun resah". ujar Adly.

Beliau juga melahirkan kekesalan dengan sikap kerajaan dan agensi kerajaan negeri yang tidak melayan permintaan Pakatan Rakyat (PR) untuk mendapatkan tempat awam seperti Dataran Sejarah dan Stadium Tun Fatimah.

 "Oleh kerana permohonan kami tidak dilayan maka kami bersetuju untuk menjalankan program tersebut di tanah persendirian, di Kampung Bukit Palah yang di kejar oleh Ali Rustam.

"Mungkin pada pandangan Ali bahawa kerja buat mengganggu ceramah pembangkang semenjak 1999 itu mendatang kemenangan kepada UMNO Melaka." tambah Adly.

Menurut Adly, sekarang ini tahun 2012 dah nak masuk 2013. Media baru boleh menceritakan perangai buruk Ali ini.

"Apakah Ali berhajat rakyat "bertembung" 8hb. ini?" soal Adly.

"Pakatan Melaka menyeru rakyat Melaka memberi mesej jelas kepada Ali Rustam pada 8hb. ini, ayuh orang melaka, hentikan politik dengki dan busuk hati". tambahnya lagi.

Beliau menyeru seluruh rakyat Melaka berhimpun pada 8hb. ini di Bukit  Palah Melaka. 

"Gelombang ribuan rakyat sahaja yang boleh menghentikan sombong dan bongkak politik Ali Rustam." katanya.

Roadshow Himpunan Kebangkitan Rakyat di seluruh negara telah mendapatkan sambutan yang sangat luar biasa. Terbaru kira-kira 30,000 rakyat berkumpul di Batu Pahat pada program tersebut. Pada 8 Disember, Pakatan Rakyat Melaka akan menganjurkan program ini peringkat negeri Melaka. Dijangkakan sekali lagi rakyat akan menzahirkan sokongan padu kepada Pakatan Rakyat seperti yang ditunjukkan di negeri-negeri lain.

Beberapa pemimpin utama PR Pusat akan berkumpul di Melaka antaranya Timbalan Presiden PAS, Muhammad Sabu; Naib Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw dan Setiausaha PKR, Dato' Saifuddin Nasution Ismail.

BAHAYA JIKA TUKAR KERAJAAN?


Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Rais Yatim meminta rakyat negara ini supaya melupakan hasrat untuk menukar kerajaan pada pilihan raya umum akan datang.
Sebaliknya, beliau menyeru mereka yang ingin melakukan transformasi, agar melaksanakannya bersama-sama dengan kerajaan yang telah dan sedang berbuat demikian.

"Siapa yang menyatakan mereka hendak buat transformasi, (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak sudah buat, sedang dan terus buat transformasi untuk kebaikan kita semua.

"Terlampau banyak aset negara, khazanah sosial dan kemasyarakatan yang sudah kita miliki. Jangan tukar sebegitu sahaja," katanya kepada pemberita selepas pelancaran sambutan ulang tahun ke-55 Arkib Negara Malaysia di sini hari ini.

Rais berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang dilihat sependapat mengenai bahayanya jika rakyat melakukan eksperimen menukar kerajaan tanpa pertimbangan adil dan teliti.

Tunku Abdul Aziz dalam kenyataannya hari ini berkata tindakan segelintir rakyat bereksperimen menukar kerajaan itu dilakukan hanya kerana termakan janji manis dan fitnah pembangkang yang hanya akan mengakibatkan kerugian dalam jangkamasa panjang
Pelik tetapi benar bagaimana seorang yang cerdik boleh mengeluarkan kenyataan kurang cerdik sama seperti JKKK kampung. Mereka tidak nampak kejayaan yang dilakukan oleh kerajaan negeri PR yang ternyata berjaya memerintah dengan baik walaupun dengan kuasa dan bajet yang terhad. Sudah tentu jika PR dapat memerintah pusat, lebih banyak program dan kejayaan yang boleh dilakukan oleh kerajaan PR.
Bukti jelas di depan mata bagaimana program-program kebajikan untuk rakyat dilakukan sepeti air percuma, tabung anak negeri, program tabung kebajikan armalah dan sebagainya.
Dengan dana dan kekayaan negara kita dibantu dengan prinsip PR yang tidak rasuah, boros dan telus sudah tentu negara kita akan lebih maju dan sejahtera di bawah PR.

03 December 2012

FLASHBACK : UMNO KALAH DEBAT DGN PAS

(Flashback) Umno kalah debat dengan PAS .....dalam lakonan debat.

INI AIR MATA APA, AIR MATA BUAYA KE?

Buruknya muka mereka ini menangis. Ada air mata mengalir keluar ke?

Kalau ada agak-agaknya air mata jenis apa, air mata buaya ke?????


Sumber : FB Raja Mohd Shahrim

TANYA SAMA MEREKA, APA JAWABNYA?

Tanya sama mereka apa jawabnya ?????

Sumber : FB Zam Bin Zom

ADAKAH ANDA YAKIN JIKA BN MENANG ...PERKARA INI TIDAK BERLAKU

Adakah anda yakin jika BN menang PRU 13 .... BN TIDAK AKAN ............












Sumber : FB Lajnah Penerangan DPPSA

DAP CADANG PAS KETUA MENTERI

Siapa kata PAS kuda tunggangan DAP. Cuba tonton Video Klip ini.

Kalau PAS kuda tunggangan DAP takkan DAP buat kenyataan sedemikian. Sudah tentu DAP akan kata DAP akan tentap jadi Ketua Menteri di mana-mana negeri yang DAP mendapat kerusi majoriti seperti Perak dahulu.

Jadi tak perlulah Umno hendak kelirukan rakyat dengan dakwaan dan fitnah serta pembohongan yang tidak masuk akal.

ADNAN YAAKUB POTONG TELINGA DAN TERJUN SG PAHANG KALAU BN KALAH DI BENTONG

Menteri Besar Pahang dengan angkuh berkata beliau akan memotong telinga dan terjun Sungai Pahang kalau MCA (BN) kalah di Parlimen Bentong pada PRU 13 nanti. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan yang bertanyakah tentang kesan isu Lynas kepada politik Pahang.

Angkuh dan sombong sungguh Adnan Yaakub sehingga berani membuat cabaran sedemikian. Beliau lupa bahawa Samy Vellu dan Khir Toyo pernah membuat dakwaan angkuh semacam itu tetapi akhirnya mereka dimalukan rakyat. Samy yang juga bekas Presiden MIC pernah berkata beliau tidak akan pulang ke Kuala Lumpur andai kata BN kalah pada salah satu PRK tidak lama dahulu, manakala Khir Toyo pernah berkata Selangor akan 'zero' pembangkang selepas PRU 12 dahulu.

Keangkuhan Adnan ini bakal memakan diri beliau jika dilihat kepada momentum rakyat khususnya kaum Tionghua yang menolak BN secara total. Malah pemerhati politik membayangkan bahawa kira-kira 80-90 % pengundi Tionghua akan memilih PR pada PRU 13 akan datang.

Biarlah Adnan angkuh dan cakap besar yang penting rakyat akan membuat keputusan dan penilaian. Andaikat BN (MCA) tewas di Bentong kita hendak tengok telinga Adnan Yaakub putus dan dia terjun ke dalam Sungai Pahang. 

Tiba-tiba Adnan sehari dua ini sedar kembali bahawa kenyataan beliau itu bakal memakan dirinya. Tidak semena-mena beliau membuat kenyataan balas bahawa ianya hanyalah kiasan semata-mata. Tahu pulak dia takut telinga putus dan dibaham buaya Sungai Pahang.

NAJIB 'MINTA NYAWA' TAKUT UMNO/BN TUMBANG

Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2012 seolah-olah perhimpunan terakhir buat Umno dalam kekuasaan, jika diteliti dari ucapan dan nada penyampaian Presidennya, Najib Razak.

Kebimbangan jelas terpancar dari ucapan dan raut wajahnya yang memperlihatkan keresahan dan ketidakyakinan beliau terhadap sokongan rakyat kepada Umno/BN. Jeritan dan rayuan beliau semasa menyampaikan ucapan di sepanjang PAU 2012 bagaikan 'meminta nyawa' setelah denyut dan nadi Umno seolah-olah tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja sejak peristiwa ngeri PRU 2008.

Malah Najib mengakui bahawa Umno masih terus dihantui dengan masalah duri dalam daging, 'cah keting pimpinan yang tidak terpilih menjadi calon. Najib sebenarnya sengaja meng'highlight'kan masalah ini padahal masalah sebenar yang sedang dihadapi Umno ialah kegagalan mereka untuk meraih sokongan rakyat yang semakin hari semakin meluat kepada Umno/BN.

Akhirnya terpaksalah Najib mengulangi skrip 'drama' lakonan Mahathir yang menangis pada Perhimpunan Agung Umno suatu ketika dahulu, konon-kononnya untuk berhenti sebagai taktik untuk meraih simpati ahli Umno dan rakyat Malaysia ketika itu. Najib dengan 'rendah diri' dan semacam insaf memohon maaf kepada rakyat terhadap apa juga kesilapan dan kesalahan lalu, sedangkan rakyat faham benar airmata yang keluar itu tidak lebih dari airmata buaya yang menagih simpati. Buktinya Umno dan kerajaan terus menganaktirikan Kelantan, parti-parti politik berdaftar dan rakyat dengan dasar-dasar diskriminasi seperti penafian royalti, sistem pilihanraya yang bersih, akses terhadap media, kenaikan harga barang dan macam-macam lagi.

Jangan harap rakyat akan terpedaya dengan airmata buaya ini kerana sebahagian besar rakyat sudah sedar dan tidak mahu mereka jatuh di dalam lubang yang sama sebanyak 2 kali.


02 December 2012

55 TAHUN MERDEKA : MATAPELAJARAN AGAMA ISLAM MASIH BELUM WAJIB

Ketua Penerangan PAS, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man berkata telah lebih 55 tahun merdeka, matapelajaran agama Islam masih tidak wajib untuk diambil oleh pelajar SPM.

Beliau berkata demikian pada ceramah sempena program Himpunan Hijau peringkat Kawasan Lipis di Kampung Berchang malam ini.

Maknanya subjek agama Islam hanya subjek sampingan sedangkan agama Islam sangat penting kepada setiap pelajar untuk menjadi pegangan hidup mereka.

Malang sungguh umat Islam Malaysia kerana kerajaan yang mengaku kerajaan Islam tetapi subjek agama hanyalah subjek sampingan.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter