BAHAYA JIKA TUKAR KERAJAAN?


Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Rais Yatim meminta rakyat negara ini supaya melupakan hasrat untuk menukar kerajaan pada pilihan raya umum akan datang.
Sebaliknya, beliau menyeru mereka yang ingin melakukan transformasi, agar melaksanakannya bersama-sama dengan kerajaan yang telah dan sedang berbuat demikian.

"Siapa yang menyatakan mereka hendak buat transformasi, (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak sudah buat, sedang dan terus buat transformasi untuk kebaikan kita semua.

"Terlampau banyak aset negara, khazanah sosial dan kemasyarakatan yang sudah kita miliki. Jangan tukar sebegitu sahaja," katanya kepada pemberita selepas pelancaran sambutan ulang tahun ke-55 Arkib Negara Malaysia di sini hari ini.

Rais berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang dilihat sependapat mengenai bahayanya jika rakyat melakukan eksperimen menukar kerajaan tanpa pertimbangan adil dan teliti.

Tunku Abdul Aziz dalam kenyataannya hari ini berkata tindakan segelintir rakyat bereksperimen menukar kerajaan itu dilakukan hanya kerana termakan janji manis dan fitnah pembangkang yang hanya akan mengakibatkan kerugian dalam jangkamasa panjang
Pelik tetapi benar bagaimana seorang yang cerdik boleh mengeluarkan kenyataan kurang cerdik sama seperti JKKK kampung. Mereka tidak nampak kejayaan yang dilakukan oleh kerajaan negeri PR yang ternyata berjaya memerintah dengan baik walaupun dengan kuasa dan bajet yang terhad. Sudah tentu jika PR dapat memerintah pusat, lebih banyak program dan kejayaan yang boleh dilakukan oleh kerajaan PR.
Bukti jelas di depan mata bagaimana program-program kebajikan untuk rakyat dilakukan sepeti air percuma, tabung anak negeri, program tabung kebajikan armalah dan sebagainya.
Dengan dana dan kekayaan negara kita dibantu dengan prinsip PR yang tidak rasuah, boros dan telus sudah tentu negara kita akan lebih maju dan sejahtera di bawah PR.

Comments