.

.

26 May 2012

SPR PERBODOHKAN RAKYAT

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, keputusan tinjauan bahawa 92 peratus rakyat Malaysia hilang keyakinan terhadap sistem pilihan raya mungkin disebabkan "mereka mungkin tidak tahu apa yang mereka katakan".

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar juga berkata, soalan yang dikemukakan dalam tinjauan itu terlalu umum dan terdapat kecenderungan bagi mendorong menjawab "ya" bagi soalan yang dikemukakan.

Terbukti Wan Ahmad cuba memperbodohkan rakyat dengan menyatakan rakyat mungkin tidak taju tentang apa yang disoal kepada mereka dalam kajiselidik itu.

Beliau seolah-olah merasakan bahawa rakyat buta maklumat dan tidak tahu apa-apa tentang daftar pemilih sedangkan media cetak dan media internet heboh memperkatakan kepincangan dan penyelewengan yang dilakukan oleh SPR khususnya daftar pemilih yang kotor dan mengelirukan.

Malah mahkamah pernah membatalkan suatu keputusaan pilihanraya iaitu Likas hanya kerana masalah daftar pemilih.

Ternyata SPR tidak ikhlas dan sengaja membutakan mata dan memekakkan telinga dari segala teguran dan cadangan pihak lain bagi menambahbaikan daftar pemilih dan hal-hal lain khususnya cadangan BERSIH 3.0

Satu kajiselidik yang dibuat baru-baru ini - sehingga sehari sebelum perhimpunan BERSIH 3.0 - menunjukkan majoriti responden mahu daftar pemilih dibersihkan sebelum pilihan raya umum akan datang.

Menurut Merdeka Centre, 92 peratus daripada 1,019 orang yang dikajiselidik bulan lalu berkata kerajaan perlu melakukannya sebelum pilihan raya umum.

AKRABNYA TOK GURU DAN TOK SAMI BUDDHA

Lihat bagaimana seorang pemimpin yang amat disayangi oleh semua lapisan masyarakat termasuk Sami Buddha. Gambar menunjukkan Tok Guru sedang berbual dengan seorang Tok Sami pada satu program bersama masyarakat Siam di Tumpat hari ini.


BUKAN ISLAM HADIRI MUKTAMAR DEWAN ULAMA'

Makin difitnah semakin rapat orang bukan Islam kepada PAS. Mereka tidak takut lagi kepada PAS. Pimpinan PAS diundang untuk bersama-sama dalam program mereka. Umno pening kepala.


Dua orang wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang turut hadir di dalam majlis perasmian Muktamar Dewan Ulama PAS Negeri Kelantan pagi ini. Saudara Richard Wong, AJK DHPP Pusat (dua dari kanan) dan Cikgu Lau Chin Chua, bekas setiausaha Parti GERAKAN Kelantan (empat dari kanan)

NAJIB DAH BALIK, BILA NAK DEBAT

Perdana Menteri Najib Razak sudah pulang dari lawatan ke luar negara semalam. Beliau tiba di KLIA jam 7.45 malam. Mungkin beliau mendapat suntikan baru dari Britain dan US bagi menghadapan kebangkitan rakyat yang semakin menolak BN.

Rakyat Malaysia sebenarnya menunggu-nunggu jawapan dari Najib, bila beliau mahu berdebat dengan Anwar. Sila beri tarikh dan tempat serta tajuk? Anwar dan rakyat sedang menanti.

25 May 2012

UMNO MENGGANAS DI JOHOR MALAM INI?


Malam pimpinan utama PR akan berceramah pada program di bawah :

Pidato Perdana bersama DS Anwar Ibrahim & pimpinan PR
Pelancaran MERDEKA RAKYAT peringkat Johor
Tarikh & Masa: 25Mei, 8.45malam,
Lokasi: Jalan Betuk 1, Kota Masai (Depan Pejabat Keadilan Pasir Gudang)
(pertanyaan 0197080692) 

Kalau sebelum ini program PR diganggu dengan tindakan samseng lawan politiknya di Melaka dan Selangor (Lembah Pantai) adakah malam ini perangai yang sama akan merebak ke Johor? Sama-sama kita tunggu ........Apakah Umno Johor juga mewarisi perangai tidak bertamadun kawan-kawan mereka di Melaka dan Selangor.

KOUTA HAJI : JAMIL KHIR PEMBOHONGB

Melaka : Ketua Dewan Ulama PAS Pahang, Ustaz Mokhtar Senik berkata kerajaan Arab Saudi tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa kouta haji untuk jemaah Malaysia dikurangkan disebabkan demonstrasi Bersih 3.0 di Madinan dan Mekah hujung bulan lalu.

"Menteri Di Jabatan Perdana Menteri jangan bohong, tidak ada satupun kenyataan dari Arab Saudi yang menyatakan kouta jemaah kita dikurangkan kerana isu Bersih 3.0."

"Saya telefon sahabat-sahabat di Arab Saudi, mereka bagi tahu tidak satu pun berita tentang kouta dikurangkan kerana Bersih 3.0, satu berita kolum kecil pun tak ada" ujar Ustaz Mokhtar Senik.

Beliau berkata kerajaan BN cuba untuk memburukkan Bersih 3.0 dengan mengaitkan isu kouta haji dengan penganjuran bantahan aman itu di Arab Saudi.

"Apa yang berlaku kouta haji semua negara dikurangkan kerana tindakan mereka merobohkan penempatan jemaah haji untuk digantikan dengan penempatan baru, jadi oleh kerana ianya belum siap maka kouta tersebut dikurangkan".

"Tidak berbangkit langsung soal kemarahan kerajaan Arab Saudi terhadap demonstrasi Bersih 3.0" tegas Ustaz Mokhtar.

Menurut Ustaz Mokhtar, kerajaan Arab Saudi mempunyai pegawai-pegawai kedutaan mereka di Malaysia yang memantau dan meneliti himpunan Bersih 3.0.

"Pegawai-pegawai kedutaan mereka bukan duduk diam, mereka mengkaji objektif himpunan Bersih dan mereka melaporkan kepada Duta dan kerajaan mereka"

"Mereka tahu dan faham apa tujuan dan objektif Bersih 3.0, amat malang apabila kerajaan BN cuba menipu rakyat sekali lagi" tambah Ustaz Mokhtar.

Beliau berkata demikian pada ceramah di Jalan Tiang Tua, Pengkalan Minyak di sini malam tadi.

SAYA RELA DIPECAT - TAMRIN GHAFAR


Ayer Molek : Bekas Ahli Parlimen Umno, Tamrin Ghafar rela dipecat dari Umno demi menegakkan kebenaran dan menentang penyelewengan.

"Saya masih ahli Umno, saya rela dipecat dari Umno demi rakyat, demi menegakkan kebenaran dan menentang penyelewengan.

"Umno ibarat kereta yang rosak dan buruk, saya seorang mekanik baiki yang mana skru longgar dan goyang" ujar Tamrin.

Beliau berkata demikian pada ceramah anjuran Majlis Tindakan Dun Ayer Molek di sini malam tadi.

Tamrin juga berkata beliau telah menulis surat yang panjang lebar kepada Perdana Menteri dengan menyatakan  kaedah untuk Umno/BN menang pilihanraya umum ke 13 nanti.

"Saya hantar surat kepada Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, minta dia meneliti apa yang saya tulis tentang cara-cara untuk BN menang."

"Najib saya berikan 14 hari supaya menjawab atau beri maklum balas kepada surat saya, jika tidak saya akan dedahkan semua isi surat itu kepada rakyat"kata Tamrin.

Menurutnya sehingga ke hari ini Najib gagal memberikan sebarang maklum balas terhadap suratnya itu.

"Saya dedahkan surat itu kepada tuan-tuan untuk tatapan dan penilaian tuan-tuan, namun terbukti Najib diam membisu" ujar Tamrin.

Harakahdaily akan mendedahkan isi surat tersebut dalam masa terdekat.

24 May 2012

KLIP VIDEO DEBAT RAFIZI VS KHAIRY


23 May 2012

DEBAT RAFIZI - KHAIRY : NAJIB DIMALUKAN

Malam tadi Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Najib Razak dimalukan di hadapan jutaan rakyat Malaysia. Bukan sahaja rakyat yang menonton siaran langsung debat Rafizi-Khairy merasakan Najib yang sememangnya pengecut telah diperlekehkan, malah jutaan lagi penonton You Tube akan menonton dan menyebarkannya ke seluruh dunia.

Lebih separuh dari rakyat Malaysia akan sedar betapa lemah dan pengecut Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak yang tidak berani menyahut cabaran Anwar sejak sekian lama, Rakyat Malaysia juga sudah semakin sedar bahawa Presiden Umno itu bukanlah calon negarawan seperti ayahnya kerana tidak berani berdebat dan berforum dengan rakan (lawan) politiknya di hadapan rakyat.

Dunia hari ini telah mengiktiraf bahawa debat adalah salah satu cara untuk pemimpin menyatakan pandangan, hujah, perancangan, buah pemikiran dan kepintaran berfikir di hadapan rakyatnya sendiri, Rakyat sudah tentu ingin melihat karisma, kematangan dan kredibiliti pemimpin mereka apabila berhujah dan berdebat.

Semua negara maju di dunia menggunakan platform debat sebagai pentas untuk rakyat menilai seseorang pemimpin dan parti.

Mungkin Najib menyedari bahawa beliau ketinggalan jauh dari Anwar dan pemimpin PR menyebabkan beliau tidak berani berdepan dengan Ketua Pembangkang tersebut.  Najib kononnnya ingin menjadi negara maju dan mencontohi pemimpin negara maju seperti Obama, David Cameron dan sebagainya. Tetapi jelas sekali untuk mencabar keberanian dan karisma Susilo Bambang Yudhoyuno, Ying Luck Sinawatra pun belum tentu lagi. Di saat pemimpin negara Asia Tenggara lain seperti Singapura, Indonesia, Thailand, Myanmar, Laos, Vietnam dan lain-lain jauh ke depan Najib masih terhegeh-hegeh 10-20 tahun ke belakang.

BERANIKAH NAJIB BERDEBAT DENGAN ANWAR?

Najib sepatutnya malu kepada anak buahnya berani berdebat dan berforum dengan wakil dari PR. Kalau Ahmad Sabree Chik, Saifuddin Abdullah, Nazri Aziz dan Khairy Jamaluddin berani berdepan dengan lawan masing-masing mengapa Najib kecut perut untuk tampil sepentas dengan Anwar atau pemimpin-pemimpin PR yang lain.

Jika Najib takut untuk berdebat dengan Anwar, saya yakin dia juga takut untuk berdebat dengan pemimpin PR lain.

Sebagai seorang Perdana Menteri dan Presiden Umno sepatutnya Najib malu kepada dirinya sendiri kerana sehingga kini masih tidak berani berdepan dengan rakyat duduk sepentas dengan Anwar samda dalam format debat, forum dan sebagainya.

Rakyat Malaysia sedang menunggu-nunggu jawapan dari Najib. Rakyat Malaysia seharusnya menilai karisma, keberanian dan kebijaksanaan seseorang pemimpin. Pemimpin-pemimpin dunia semuanya berani berdepan dengan pembangkang di khalayak ramai tetapi Najib merendahkan martabat dirinya sendiri menikus dan kecut perut.

Ayuh bangkit wahai rakyat Malaysia tolak pemimpin yang takut, tiada karisma dan pengecut pada PRU 13 nanti.

22 May 2012

WAJIB TONTON : UMNO & PERKASA MENGGANAS DI MERLIMAU?


Kejadian berlaku Sabtu lalu dinafikan oleh Perkasa dan Umno. Klip Video ini menceritakan segala-galanya.

Malangnya pihak berkuasa seolah-olah membiarkan keganasan ini berlaku di hadapan mata mereka.

Mereka membaling kereta dengan batu dan sebagainya

UMNO PENIPU: HAKIKATNYA PR MENANG KUASA ORANG MELAYU MAKIN KUKUH


Kalau Umno bercakap soal perkauman dan kononnya mendaulatkan Melayu cuba tuan-tuan renungkan kenyataan dan fakta di bawah ini.

PRU 2008

Parlimen Teluk Kemang - BN - Sontinathan VS PKR - Dato Kamarul Baharin
(PKR Menang - bertambah kerusi melayu dlm parlimen)

Parlimen Kuantan - BN Fu Ah Kiau VS PKR Fuziah Salleh
(PKR Menang - bertambah kerusi melayu dlm parlimen)

Parlimen Kota Raja - BN Vigneswaran VS PAS Dr Mariah Mahmud
(PAS Menang - bertambah kerusi melayu dlm parlimen)

Parlimen Bandar Tun Razak - BN Tan Chai Ho VS PKR Tan Sri Khalid
(PKR Menang - bertambah kerusi melayu dlm parlimen)

Kalau DAP atau PKR kalah di kerusi tu, Biasanya calon yg menang di kerusi tu MCA atau MIC. Melayukah MCA dan MIC ni??

ORANG MELAYU TELAH DIPERBODOHKAN OLEH UMNO DALAM ISU MELAYU.

Grik, Perak - PAS Hj Md Noor vs Tan Lian Hoe (Hj Md Noor Kalah)
(73% pengundi Melayu) wow.... senario gila dlm sejarah orang melayu.

Air Hitam - PAS Hj Husin Sujak vs Wee Ka Siong (Hj Husin Kalah)
(56% pengundi Melayu) Orang melayu UMNO undi siapa???

Smpg renggam - PAS Ust Atan vs Teng boon soon (u. atan kalah)
(54% pengundi melayu) orang melayu UMNO undi siapa.

Ada 17 lagi kerusi parlimen menyaksikan pertembungan BN bukan melayu dengan PR melayu. Calon PR kalah di semua 17 kerusi ini. Semua kerusi tu adalah majoriti pengundi Melayu

ISU SCORPENE : NAJIB DAN ZAHID SEMAKIN PUCAT GIGI?

Apakah Perdana Menteri, Najib Razak dan orang kanannya Zahid Hamidi akan ditangkap jika berkeras tidak mahu tampil menjadi saksi dalam isu skandal rasuah Scorpene. Kemungkinan ini tetap ada kerana kedua-dua mereka sudah tentu tidak mempunyai imuniti sebagaimana yang berlaku di Malaysia. Dr Mahathir yang dikatakan akan disapina oleh Mahkamah Malaysia dapat melepaskan diri dari sapina tersebut.

Namun di Mahkamah Perancis belum tentu mereka berdua dapat mengelakkan diri dari menjadi saksi. Hal ini dinyatakan oleh Peguam Suaram, Fadiah Najwa Fikri bahawa jika mereka enggan datang menjadi saksi selepas sapina dikeluarkan, mahkamah akan mengeluarkan notis sekali lagi.

Jika gagal hadir juga, mahkamah akan mengeluarkan waran tangkap untuk memaksa mereka hadir.

"Dan jika mereka gagal lagi, Interpol (International Police) boleh mengeluarkan amaran dan boleh ditangkap dan dibawa ke mahkamah Perancis," katanya yang dipetik dari Harakahdaily hari ini.

Kenyataan ini sudah tentu membuatkan Zahid dan Najib tidak tidur malam. Yang peliknya mengapa kedua-dua mereka takut untuk menjadi saksi. Jika mereka tidak ada salah dan tiada kepentingan dengan kes itu mengapa pula mereka kecut perut dan pucat gigi.

Seorang saksi tidak perlu takut untuk tampil memberikan keterangan di mahkamah. Mereka bukannya tertuduh dalam kes ini, mereka sekadar saksi. Kalau menjadi saksi pun mereka takut.......apa maknanya. Ini menimbulkan keraguan dan syak wasangka rakyat Malaysia.

Berani kerana benar, Takut Kerana SALAH.

YUSOF DAHULU 'MUSUH' ANWAR KINI PERTAHAN ANWAR

Dulu beliau merupakan 'musuh' Anwar apabila bertindak menjadi pendakwa kepada kes liwat II Anwar. Tetapi pagi tadi beliau bertindak sebagai Peguam Anwar pula. Beliau ialah bekas Peguam Cara II Negara Mohd Yusof Zainal Abiden.


Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim mencetuskan berita dengan didakwa di mahkamah, bekas peguam cara negara II itu juga mendapat perhatian apabila mewakili orang yang didakwanya dalam perbicaraan 'liwat' II.

Yusof ketika ditemui selepas prosiding mahkamah hari ini berkata tiada masalah peribadi antaranya dengan Peguam Negara Abdul Gani Patail dan beliau profesional sejak memilih bersara.

Beliau mengulas tanda tanya sama ada tindakannya melibatkan perkara peribadi dengan Abdul Gani.

"Saya profesional, mereka telefon saya malam tadi dan saya lapang," katanya.

"Saya tidak ada sebarang penglibatan politik," kata Yusof, orang ketiga alam Pejabat Peguam Negara sebelum bersara pada 1 Februari dipetik dari laporan Malaysiakini hari ini.


Inilah dunia hari ini kita bermusuh esok siapa tahu jadi sahabat. Jadi oleh kerana itu janganlah kita bertindak tidak bertamadun terhadap musuh kita. Bertindaklah secara adil, professional dan bertamadun.

PESERTA BERSIH 3.0 : BUKAN 22,O00 SEBENARNYA HANYA 2,000 ORANG SHJ


Perhimpunan di ibu negara bulan lepas disertai oleh 22,270 orang dan bukan ratusan ribu seperti yang didakwa pembangkang, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, Isnin seperti yang disiarkan dalam Mstar.
Beliau berkata rumusan tentang jumlah mereka yang menyertai perhimpunan pada 28 April itu dibuat oleh Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) dengan menggunakan sistem blok fotografi.
"Jumlahnya 22,270, agak hampir dengan konfigurasi British Broadcasting Corporation (BBC) (25,000), tetapi, yang pasti ia jauh daripada (jumlah) yang diumumkan (penasihat PKR dan Ketua Pembangkang) Datuk Seri Anwar Ibrahim ke seluruh dunia.
"Sehubungan itu, kami ingin berkata begini: "Bersikap jujurlah tentang jumlah orang yang menghadiri sebarang majlis.
"Dan idea untuk menjadikannya gah hingga mencapai beratus ribu bukan saja sesuatu yang agak nakal, tetapi juga menyatakan sesuatu yang begitu tidak benar kepada rakyat Malaysia dan kepada seluruh dunia," katanya selepas merasmikan kursus asas mengenai media baharu untuk anggota Mubarak (Majlis Bekas-bekas Wakil Rakyat) dan veteran Umno di sini.
Bagi blog Rais dan Bernama sebenarnya tidak pandai mengira. Kebiasaannya mereka akan mengurangkan satu kosong dalam nombor. Jadi jika mereka kata 22,000 itu maknanya 220,000 itu formula mereka yang kita semua sudah tahu lama.   
Tetapi kali ini sebenarnya bukan 20,000 wahai Rais. Mereka hadir pada himpunan Bersih 3.0 hanya 2,000 sahaja. Puashati engkau Rais ...................pimpinan Umno/BN begitu takut dengan jumlah kehadiran yang begitu ramai pada himpunan 28 April itu.

PAS YAKIN TAWAN BEBERAPA DUN DI MELAKA

PAS yakin akan menawan beberapa Dun dalam negeri Melaka di samping mengetuai PR membentuk kerajaan negeri yang baru pada PRU 13 nanti.

Sumber dalaman PAS yang boleh dipercayai yakin bahawa parti itu akan membuat kejutan pada PRU 13 kali ini.

"DAP sudah pasti akan memenangi sekurang-kurangnya 7 kerusi manakala PKR menang sebanyak 4 kerusi dan PAS akan menang paling minima 5 kerusi"

"PR akan menang minima 16 kerusi, BN 12 kerusi, kalau Ali Rustam bertanding Dun dan menang dia akan ikut jejak Khir Toyo jadi Ketua Pembangkang" kata sumber tersebut yang tidak mahu namanya disiarkan.

Menurutnya Umno sering membuat fitnah bahawa Ketua Menteri adalah dari kalangan DAP yang bukan Melayu jika PR menang pada PRU 13 nanti.

"Siapa kata DAP jadi Ketua Menteri, kita akan bincang selepas menang. Sekarang inipun kita dah bincang dan kita akan memastikan semua rakyat Melaka termasuk Melayu, Cina dan India akan bersetuju dengan calon Ketua Menteri kita, PR ada ramai calon Ketua Menteri, bukan macam Umno/BN" tambah beliau.

"Malah ramai pimpinan PR yang telah memberi pandangan bahawa Ketua Menteri Melaka tetap orang Melayu bagi menunjukkan bahawa PR akan sentiasa memastikan kepuasan dan kesejahteraan keseluruhan rakyat Melaka"

"Kita akan ambil pandangan semua pihak bagi memastikan kesinambungan perjuangan PR untuk selama-lamanya bukan sekadar sepenggal" ujar beliau bersungguh-sungguh.

Keyakinan pimpinan PAS tentang keupayaan parti itu memenangi beberapa kerusi Dun di Melaka, diperkuatkan dengan kegelabahan Umno Melaka yang seakan-akan takut kepada bayang-bayangnya sendiri. Antara contoh ketara Umno semakin goyah dan gelabah ialah tindakan mereka menganggu ceramah PAS dengan mengadakan ceramah di sebelah; membuat kacau pada program-program PR dan paling baru mengganas dengan merosakkan kereta dengan membaling batu dan telur ke arah penyokong dan pimpinan PR pada program anjuran PR dan penyokong Bersih 3.0 di Merlimau baru-baru ini.

Selain itu sumber dalaman Umno juga menyebut bahawa terdapat lebih dari 10 kawasan hitam bagi Umno Melaka. Malah sumber itu menyebut bahawa kawasan-kawasan kelabu juga bila-bila masa sahaja boleh menjadi hitam disebabkan kegagalan jentera Umno untuk menjawab isu-isu hangat di peringkat negeri dan nasional.

Desas-desus juga menunjukkan bahawa Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam akan pencen dari jawatan yang disandang sekarang dan beralih angin untuk bertanding di kerusi Parlimen. Malah Ali juga dikatakan tidak berani bertanding di kerusi Parlimen Bukit Katil tetapi memilih kerusi Jasin atau Tangga Batu bagi memastikan kedudukannya selamat dan menang selesa.

21 May 2012

UMNO GILA TALAK LAGI.


Umno kempunan lagi. Umno gila talak kerana tak dapat bekerjasama atau muzakarah dengan PAS. Umno cuba untuk menjadikan isu muzakarah untuk memerangkap PAS. Pimpinan PAS sudah tahu akan perangkap ini.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan bahawa parti tersebut tidak akan bermuzakarah dengan Umno kerana persoalan itu tidak timbul. 

Katanya, isu tersebut timbul apabila beliau sebelum ini ditanya pemberita pada 14 Mei lalu mengenai muzakarah dengan NGO dan bukannya Umno.

Katanya, beliau bersedia untuk bermuzakarah atau berbincang dengan NGO tersebut yang mendakwa PAS menyeleweng daripada dasar Islam.

"(Jadi) tidak timbul (bermuzakarah) dengan Umno. Itu isu lama... Umno jadikan dia isu politik sebab dekat dengan pilihan raya... Ini agenda Umno," katanya dipetik dari Malaysiakini.

"Tidak ada muzakarah dengan Umno. Kita nak lawan dengan Umno... Dia tak ajak sungguh (betul-betul) tu," katanya dalam sidang media di ibu pejabat parti itu hari ini.
Katanya lagi, isu melibatkan perbincangan PAS dan Umno merupakan "cerita lama" dan "PAS tidak mahu mengulang kembali" perkara itu.

Tambahnya, usaha untuk mengadakan muzakarah itu pernah dianjurkan pertubuhan Angkatan Belia Islam pada 1982, tetapi ditolak Umno.

Sementara itu dalam sidang media sama setiausaha agung parti itu Datuk Mustafa Ali berkata PAS akan mengadakan satu seminar untuk menjelaskan mengenai dan Islam dan peranannya dalam politik di negara ini.

Program tersebut terbuka semua pihak termasuk kepada yang bukan Islam bagi menjelaskan peranan Islam, katanya yang menambah, tarikh seminar tersebut akan ditentukan kemudian.

Turut hadir dalam sidang media hari ini ialah timbalan presiden Mohamad Sabu dan naib presidennya Datuk Mahfuz Omar.

WAJIB TONTON : CERAMAH DATO FAUZI SHAARI


Ceramah bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Dato Fauzi Shaari yang menyerahkan borang menyertai PAS malam tadi.

BERSIH 3.0 : ANWAR DAN AZMIN BERSALAH? DIHADAP KE MAHKAMAH ESOK.


Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali akan didakwa esok berhubung perhimpunan BERSIH 3.0.

Satu kenyataan pejabat Azmin menyebut beliau menerima writ saman untuk hadir ke Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur atas dua pertuduhan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Kanun Keseksaan.

Beliau diminta hadir ke Mahkamah pada jam 9 pagi esok.

Malaysiakini melaporkan bahawa Writ saman tersebut diterima oleh Hilman Idman yang merupakan pegawai Khas Azmin di Tingkat 1, Ibu Pejabat PKR Damansara.

Adakah kedua-dua pemimpin tersebut bersalah dan bakal disumbat ke 'dalam'. Masih terlalu awal untuk diramalkan. Kita tunggu esok.

ANGKARA SIAPA INI? AJAR ANAK2 MUDA JADI PENGGANAS


Sikap pemuda-pemuda melayu di Merlimau semalam cukup memalukan bangsa Melayu. Pemuda-pemuda diajar supaya menjadi samseng jalanan melempar batu dan telur ke arah kereta-kereta penyokong Bersih 3.0 yang keluar dari menghadiri progra bersama Ambiga yang sebenarnya tidak program tersebut.

Mengapa begitu sekali ganas dan samsengnya mereka sehingga tidak dapat mengawal tingkah laku mereka atau mereka memang diarahlan supaya berbuat demikian.

Awal-awal lagi Pemuda Umno Jasin menafikan keganasan itu dilakukan oleh mereka. Jika bukan pemuda Umno siapakah yang melakukannya. Perkasa??? Siapa Perkasa. Orang semua tahu siapa itu Perkasa. Dan semua orang tahu siapa dalang kepada perhimpunan tersebut.

Kalaupun mereka benci dan tidak suka kepada program tersebut, apakah halal untuk mereka memecahkan cermin kereta dengan melempar batu dan telur ke arah orang ramai sehingga beberapa buah kereta termasuk kereta Adun. Lebih memelikkan mengapa pihak berkuasa tidak menghalang perhimpunan yang kita semua tahu mereka akan mengganas.

Tindakan dalang-dalang kepada keganasan ini sebenarnya tidak lebih dari memalukan bangsa Melayu sendiri selain dari mendidik anak-anak muda menjadi ganas. Apakah kita mahu anak-anak muda kita menjadi samseng tidak tentu pasal???

Gambar : Kereta yang pecah cermin dan dibaling dengan telur termasuk kereta Adun Bandar Hilir, YB Tey Kok Kiew (kiri). Di sebelah kanan beliau ialah YB Khoo Poay Tiong, Adun Ayer Keroh.

WAJIB BACA : BAYI LAHIR BERSAMA AL-QURAN

Semuanya adalah kehendak Allah swt. Banyak perkara ajaib dan luar biasa berlaku di akhir zaman ini. 7 Mei 2012 seorang bayi dilahirkan dengan tangannya menggenggam Al-Quran kecil. Keajaiban ini telah menyebabkan ibunya dab abangnya memeluk agama Islam pada tanggal 13 Mei 2012.

Peristiwa menakjubkan ini telah disaksikan sendiri oleh ulamak terkenal Nigeria Sheikh Abd Rahman Olanrewaju dan beliau sendiri menamakan bayi tersebut dengan nama Abdul Wahab Iyanda. Ulamak lain yang ikut serta ialah Sheikh Abdulrahman Sulaiman Adangba dan Dr Ramoni Tijani 

20 May 2012

INSP. HALIZA NAIK PENTAS PAS, BOSS DIA JUMPA UST AZIZAN

Kalau sebelum ini, Inspektor Haliza (Abby Abadi) naik pentas berceramah, dalam diam-diam boss dia dalam Gerak Khas, Zulkifli Ismail jumpa Menteri Besar Kedah, Dato Seri Azizan Razak.

Zulkifli yang berasal dari Kedah dilihat begitu mesra dengan Ustaz Azizan dalam satu majlis baru-baru ini. Mungkinkah Boss Gerak Khas ini akan mengikuti jejak Bob Lokman, Aisyah, Akil Hayy, Renggo dan lain-lain

MAJLIS FATWA : APA HUKUM HIMPUNAN SEBEGINI?


Apa hukum program seperti ini. Adakah harus dan wajar dilaksanakan?

Majlis Fatwa sila beri fatwa supaya menjadi panduan kepada semua rakyat.

Bersih 3.0 haram di sisi Majlis Fatwa. Bagaimana dengan program ini?

MAKLUMAT DALAMAN UMNO : BN AKAN JADI PEMBANGKANG SELEPAS PRU 13?

Naib Presiden PAS, Dato Husam Musa berkata BN hanya akan menjadi pembangkang selepas PRU 13.

"Paling banyak pun BN boleh menang ialah seperti status quo sekarang, tidak dapat majoriri 2/3, malah banyak kajian mereka menunjukkan mereka akan menjadi pembangkanh" jelas Husam sewaktu menyampaikan ucapan penutup pada Program Seminar Pengurusan Jabatan Pilihanraya PAS Pusat di Hotel Puteri Park semalam.

Kajian ini menurut Husam adalah dibuat sehingga 31 Mac 2012.

Dari perkembangan ini jelaslah mengapa BN begitu beriya-iya memberikan bantuan 'one off' berupa bauchar RM100 kepada pelajar, BR1M RM500 dan lain-lain.

Selain itu patutlah juga BN menggila memperkudakan SPR, JPN, Polis dan sebagainya untuk mengekalkan kuasa mereka.

SEORANG LAGI ARTIS NAIK PENTAS PAS, SIAPA DIA?

Seorang lagi artis berani tampil di atas pentas. Beliau ialah Abby Abadi yang terkenal dengan wataknya sebagai Inspektor Haliza dalam siri Gerak Khas.

Beliau telah sudi untuk mengambil bahagian dalam satu program PAS di Terengganu baru-baru ini.


WAJIB TONTON : USTAZ AZHAR IDRUS MENYANYI LAGU XPDC

Ustaz Azhar Idrus menyanyi lagu XPDC. Ustaz Azhar Idrus mempelbagaikan cara penyampaian dakwahnya. Cara beliau ini menyebabkan beliau digemari oleh anak-anak muda sehingga kuliah beliau penuh dengan pendengar yang majoriitnya anak-anak muda.

WAJIB TONTON : VIDEO PEMIMPIN UMNO MENGAMUK

Naib Ketua Umno Bahagian Kampar, Zamhuri Md Zin mengamuk memarahi Umno dan mengisytiharkan diri keluar dari Umno.

Beliau dengan nada marah kesal dengan sikap Umno dan kerajaan BN yang gagal membantu rakyat, malah terlibat dengan rasuah dan penyelewengan.

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter