PAS YAKIN TAWAN BEBERAPA DUN DI MELAKA

PAS yakin akan menawan beberapa Dun dalam negeri Melaka di samping mengetuai PR membentuk kerajaan negeri yang baru pada PRU 13 nanti.

Sumber dalaman PAS yang boleh dipercayai yakin bahawa parti itu akan membuat kejutan pada PRU 13 kali ini.

"DAP sudah pasti akan memenangi sekurang-kurangnya 7 kerusi manakala PKR menang sebanyak 4 kerusi dan PAS akan menang paling minima 5 kerusi"

"PR akan menang minima 16 kerusi, BN 12 kerusi, kalau Ali Rustam bertanding Dun dan menang dia akan ikut jejak Khir Toyo jadi Ketua Pembangkang" kata sumber tersebut yang tidak mahu namanya disiarkan.

Menurutnya Umno sering membuat fitnah bahawa Ketua Menteri adalah dari kalangan DAP yang bukan Melayu jika PR menang pada PRU 13 nanti.

"Siapa kata DAP jadi Ketua Menteri, kita akan bincang selepas menang. Sekarang inipun kita dah bincang dan kita akan memastikan semua rakyat Melaka termasuk Melayu, Cina dan India akan bersetuju dengan calon Ketua Menteri kita, PR ada ramai calon Ketua Menteri, bukan macam Umno/BN" tambah beliau.

"Malah ramai pimpinan PR yang telah memberi pandangan bahawa Ketua Menteri Melaka tetap orang Melayu bagi menunjukkan bahawa PR akan sentiasa memastikan kepuasan dan kesejahteraan keseluruhan rakyat Melaka"

"Kita akan ambil pandangan semua pihak bagi memastikan kesinambungan perjuangan PR untuk selama-lamanya bukan sekadar sepenggal" ujar beliau bersungguh-sungguh.

Keyakinan pimpinan PAS tentang keupayaan parti itu memenangi beberapa kerusi Dun di Melaka, diperkuatkan dengan kegelabahan Umno Melaka yang seakan-akan takut kepada bayang-bayangnya sendiri. Antara contoh ketara Umno semakin goyah dan gelabah ialah tindakan mereka menganggu ceramah PAS dengan mengadakan ceramah di sebelah; membuat kacau pada program-program PR dan paling baru mengganas dengan merosakkan kereta dengan membaling batu dan telur ke arah penyokong dan pimpinan PR pada program anjuran PR dan penyokong Bersih 3.0 di Merlimau baru-baru ini.

Selain itu sumber dalaman Umno juga menyebut bahawa terdapat lebih dari 10 kawasan hitam bagi Umno Melaka. Malah sumber itu menyebut bahawa kawasan-kawasan kelabu juga bila-bila masa sahaja boleh menjadi hitam disebabkan kegagalan jentera Umno untuk menjawab isu-isu hangat di peringkat negeri dan nasional.

Desas-desus juga menunjukkan bahawa Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam akan pencen dari jawatan yang disandang sekarang dan beralih angin untuk bertanding di kerusi Parlimen. Malah Ali juga dikatakan tidak berani bertanding di kerusi Parlimen Bukit Katil tetapi memilih kerusi Jasin atau Tangga Batu bagi memastikan kedudukannya selamat dan menang selesa.

Comments