.

.

25 May 2012

SAYA RELA DIPECAT - TAMRIN GHAFAR


Ayer Molek : Bekas Ahli Parlimen Umno, Tamrin Ghafar rela dipecat dari Umno demi menegakkan kebenaran dan menentang penyelewengan.

"Saya masih ahli Umno, saya rela dipecat dari Umno demi rakyat, demi menegakkan kebenaran dan menentang penyelewengan.

"Umno ibarat kereta yang rosak dan buruk, saya seorang mekanik baiki yang mana skru longgar dan goyang" ujar Tamrin.

Beliau berkata demikian pada ceramah anjuran Majlis Tindakan Dun Ayer Molek di sini malam tadi.

Tamrin juga berkata beliau telah menulis surat yang panjang lebar kepada Perdana Menteri dengan menyatakan  kaedah untuk Umno/BN menang pilihanraya umum ke 13 nanti.

"Saya hantar surat kepada Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, minta dia meneliti apa yang saya tulis tentang cara-cara untuk BN menang."

"Najib saya berikan 14 hari supaya menjawab atau beri maklum balas kepada surat saya, jika tidak saya akan dedahkan semua isi surat itu kepada rakyat"kata Tamrin.

Menurutnya sehingga ke hari ini Najib gagal memberikan sebarang maklum balas terhadap suratnya itu.

"Saya dedahkan surat itu kepada tuan-tuan untuk tatapan dan penilaian tuan-tuan, namun terbukti Najib diam membisu" ujar Tamrin.

Harakahdaily akan mendedahkan isi surat tersebut dalam masa terdekat.

No comments:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter