YUSOF DAHULU 'MUSUH' ANWAR KINI PERTAHAN ANWAR

Dulu beliau merupakan 'musuh' Anwar apabila bertindak menjadi pendakwa kepada kes liwat II Anwar. Tetapi pagi tadi beliau bertindak sebagai Peguam Anwar pula. Beliau ialah bekas Peguam Cara II Negara Mohd Yusof Zainal Abiden.


Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim mencetuskan berita dengan didakwa di mahkamah, bekas peguam cara negara II itu juga mendapat perhatian apabila mewakili orang yang didakwanya dalam perbicaraan 'liwat' II.

Yusof ketika ditemui selepas prosiding mahkamah hari ini berkata tiada masalah peribadi antaranya dengan Peguam Negara Abdul Gani Patail dan beliau profesional sejak memilih bersara.

Beliau mengulas tanda tanya sama ada tindakannya melibatkan perkara peribadi dengan Abdul Gani.

"Saya profesional, mereka telefon saya malam tadi dan saya lapang," katanya.

"Saya tidak ada sebarang penglibatan politik," kata Yusof, orang ketiga alam Pejabat Peguam Negara sebelum bersara pada 1 Februari dipetik dari laporan Malaysiakini hari ini.


Inilah dunia hari ini kita bermusuh esok siapa tahu jadi sahabat. Jadi oleh kerana itu janganlah kita bertindak tidak bertamadun terhadap musuh kita. Bertindaklah secara adil, professional dan bertamadun.

Comments