DEBAT RAFIZI - KHAIRY : NAJIB DIMALUKAN

Malam tadi Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Najib Razak dimalukan di hadapan jutaan rakyat Malaysia. Bukan sahaja rakyat yang menonton siaran langsung debat Rafizi-Khairy merasakan Najib yang sememangnya pengecut telah diperlekehkan, malah jutaan lagi penonton You Tube akan menonton dan menyebarkannya ke seluruh dunia.

Lebih separuh dari rakyat Malaysia akan sedar betapa lemah dan pengecut Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak yang tidak berani menyahut cabaran Anwar sejak sekian lama, Rakyat Malaysia juga sudah semakin sedar bahawa Presiden Umno itu bukanlah calon negarawan seperti ayahnya kerana tidak berani berdebat dan berforum dengan rakan (lawan) politiknya di hadapan rakyat.

Dunia hari ini telah mengiktiraf bahawa debat adalah salah satu cara untuk pemimpin menyatakan pandangan, hujah, perancangan, buah pemikiran dan kepintaran berfikir di hadapan rakyatnya sendiri, Rakyat sudah tentu ingin melihat karisma, kematangan dan kredibiliti pemimpin mereka apabila berhujah dan berdebat.

Semua negara maju di dunia menggunakan platform debat sebagai pentas untuk rakyat menilai seseorang pemimpin dan parti.

Mungkin Najib menyedari bahawa beliau ketinggalan jauh dari Anwar dan pemimpin PR menyebabkan beliau tidak berani berdepan dengan Ketua Pembangkang tersebut.  Najib kononnnya ingin menjadi negara maju dan mencontohi pemimpin negara maju seperti Obama, David Cameron dan sebagainya. Tetapi jelas sekali untuk mencabar keberanian dan karisma Susilo Bambang Yudhoyuno, Ying Luck Sinawatra pun belum tentu lagi. Di saat pemimpin negara Asia Tenggara lain seperti Singapura, Indonesia, Thailand, Myanmar, Laos, Vietnam dan lain-lain jauh ke depan Najib masih terhegeh-hegeh 10-20 tahun ke belakang.

Comments