ISU SCORPENE : NAJIB DAN ZAHID SEMAKIN PUCAT GIGI?

Apakah Perdana Menteri, Najib Razak dan orang kanannya Zahid Hamidi akan ditangkap jika berkeras tidak mahu tampil menjadi saksi dalam isu skandal rasuah Scorpene. Kemungkinan ini tetap ada kerana kedua-dua mereka sudah tentu tidak mempunyai imuniti sebagaimana yang berlaku di Malaysia. Dr Mahathir yang dikatakan akan disapina oleh Mahkamah Malaysia dapat melepaskan diri dari sapina tersebut.

Namun di Mahkamah Perancis belum tentu mereka berdua dapat mengelakkan diri dari menjadi saksi. Hal ini dinyatakan oleh Peguam Suaram, Fadiah Najwa Fikri bahawa jika mereka enggan datang menjadi saksi selepas sapina dikeluarkan, mahkamah akan mengeluarkan notis sekali lagi.

Jika gagal hadir juga, mahkamah akan mengeluarkan waran tangkap untuk memaksa mereka hadir.

"Dan jika mereka gagal lagi, Interpol (International Police) boleh mengeluarkan amaran dan boleh ditangkap dan dibawa ke mahkamah Perancis," katanya yang dipetik dari Harakahdaily hari ini.

Kenyataan ini sudah tentu membuatkan Zahid dan Najib tidak tidur malam. Yang peliknya mengapa kedua-dua mereka takut untuk menjadi saksi. Jika mereka tidak ada salah dan tiada kepentingan dengan kes itu mengapa pula mereka kecut perut dan pucat gigi.

Seorang saksi tidak perlu takut untuk tampil memberikan keterangan di mahkamah. Mereka bukannya tertuduh dalam kes ini, mereka sekadar saksi. Kalau menjadi saksi pun mereka takut.......apa maknanya. Ini menimbulkan keraguan dan syak wasangka rakyat Malaysia.

Berani kerana benar, Takut Kerana SALAH.

Comments