BERANIKAH NAJIB BERDEBAT DENGAN ANWAR?

Najib sepatutnya malu kepada anak buahnya berani berdebat dan berforum dengan wakil dari PR. Kalau Ahmad Sabree Chik, Saifuddin Abdullah, Nazri Aziz dan Khairy Jamaluddin berani berdepan dengan lawan masing-masing mengapa Najib kecut perut untuk tampil sepentas dengan Anwar atau pemimpin-pemimpin PR yang lain.

Jika Najib takut untuk berdebat dengan Anwar, saya yakin dia juga takut untuk berdebat dengan pemimpin PR lain.

Sebagai seorang Perdana Menteri dan Presiden Umno sepatutnya Najib malu kepada dirinya sendiri kerana sehingga kini masih tidak berani berdepan dengan rakyat duduk sepentas dengan Anwar samda dalam format debat, forum dan sebagainya.

Rakyat Malaysia sedang menunggu-nunggu jawapan dari Najib. Rakyat Malaysia seharusnya menilai karisma, keberanian dan kebijaksanaan seseorang pemimpin. Pemimpin-pemimpin dunia semuanya berani berdepan dengan pembangkang di khalayak ramai tetapi Najib merendahkan martabat dirinya sendiri menikus dan kecut perut.

Ayuh bangkit wahai rakyat Malaysia tolak pemimpin yang takut, tiada karisma dan pengecut pada PRU 13 nanti.

Comments