.

.

17 March 2012

NAJIB SETUJU DEBAT DENGAN ANWAR?

Presiden Umno, Najib Razak setuju berdebat dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. Itu yang menjadi angan-angan rakyat Malaysia supaya kedua-dua pemimpin tersebut berdebat. Seorang pengecut seorang berani. Si Pengecut nampaknya mencari pelbagai helah mengelakkan diri dari berdebat kerana dia tahu dia tidak mampu untuk berdebat secara spontan.

Memang dahulu dia bukan 'anak jantan' dan menang kedudukan dalam parti pun atas ihsan orang. Tak pernah diuji sebab itu takut

Shabery Cheek, Saifuddin Abdullah, Nazri Aziz dan beberapa kerat pemimpin Umno lain berani berdebat dan berforum tetapi Ah Jib Gor tak pernah kita dengar dia berdebat .....

16 March 2012

PENGERUSI MASJID BIADAP HALAU ROMBONGAN DEWAN ULAMA

Naib Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Melaka, Ustaz Mohd Khairi Abdul Aziz kesal dengan tindakan biadap Pengerusi Masjid Serkam Darat, Ramli Hassan yang menghalau keluar rombongan Dewan Ulama' PAS Negeri Melaka dari masjid Serkam Darat petang tadi.

"Kami memberitahu Pengerusi Masjid Serkam Darat untuk bertemu Imam Masjid selepas Solat Jumaat tetapi kami dihalau supaya keluar dari masjid itu".

"Ini tindakan yang biadap kerana sebagai seorang Pengerusi Masjid beliau sepatutnya melayan tetamu dengan baik bukannya menghalau kami dengan biadap seperti itu" ujar Ustaz Khairi.

Beliau berkata tujuan rombongan hanya untuk beramah mesra dengan Imam Masjid serta menyampaikan sedikit cenderahati bukannya untuk berhujah dan sebagainya.

Menurutnya rombongan Dewan Ulama PAS Negeri Melaka turun ke Dewan Undangan Negeri Serkam hari ini bagi menjayakan program menziarahi golongan Al Mala'.

Walaubagaimana beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada Imam Tua dan Bilal Masjid tersebut yang sudi menerima cenderahati dari Dewan Ulama' di luar pagar masjid.

Turut sama dalam rombongan Dewan Ulama tersebut ialah Ustaz Hasri, Ustaz Helmi, Ustaz Faris, Zulkifli Ghaus dan pimpinan PAS Cawangan Serkam Darat.


PRU 13 : HASSAN ALI BAKAL HILANG DEPOSIT

Kalau benar 'Tuan Tanah' NGO bernama JATI, iaitu Hassan Ali ingin menyertai PRU 13, ramai yakin yang beliau akan hilang deposit. Siapa yang hendak menyokong beliau. Ahli dan penyokong Umno pun takkan mengundi beliau. Kerusi mana yang beliau hendak bertanding. Gombak Setia, Sungai Burung Parlimen Parti Buntar kah yang pernah beliau wakili atau lain-lain kerusi.

Blog ini yakin Hassan Ali tidak berani untuk bertanding kerana dia sendiri tahu tiada siapa yang hendak mengundi JATI...semua orang kenal JATI dan Hassan.....

Di antara kerusi yang disebut kepada saya yang menjadi perhatian Ngo beras kampit itu ialah Gombak Setia yang kini disandang presidenya yang menang atas tikit Pas, Hulu Klang, Lembah Jaya, Meru, Bangi, Sejangkang dan Chempaka. Dari tujuh kerusi itu dua kerusi mungkin tidak akan diganggu. Kerusi itu, Sijangkang yang dimenangi Ahmad Yunus dan Chempaka dimenangi Iskandar.

TAKZIAH BUAT KELUARGA PELAJAR KUIM YANG MENINGGAL DIPANAH PETIR

Blog ini mengucapkan takziah kepada pelajar Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) yang meninggal dipanah petir semalam. Kita mengharapkan keluarga Allahyarham Mohd Ridwan Jamal, 20 tabah menghadapi dugaan Allah dan mendoakan rohnya ditempatkan bersama para anbia, solohin dan syuhada.

Media hari ini melaporkan bahawa seorang pelajar Kolej Universiti Teknologi Melaka (KUIM) maut dipanah petir sebelum menjalani latihan bola sepak di stadium kolej berkenaan di Kuala Sungai Baru semalam.
    
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, Mohd Ridwan Jamal, 20, pelajar semester empat Diploma Kejururawatan bersama sembilan rakan yang lain berada di tepi padang sambil bersiap-sedia untuk menjalani latihan.

Kakak mangsa, Roslinda Jamal, 41, yang dimaklumkan mengenai insiden itu oleh rakan adiknya melalui panggilan telefon berkata, adiknya meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kem Terendak, Sungai Udang.

"Lebih kurang pukul 7 malam saya tiba di Hospital Kem Terendak dan diberitahu oleh doktor bahawa adik saya telah meninggal dunia dan usaha menyelamatkannya melalui kaedah bantuan pernafasan juga gagal," katanya ketika ditemui di Hospital Melaka hari ini.
    
Mayat Mohd Ridwan yang merupakan anak bongsu dari enam adik-beradik itu di bawa ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat.

Roslinda berkata dia dimaklumkan bahawa ketika kejadian, hujan renyai-renyai turun sebelum satu dentuman kuat diiringi panahan petir berlaku.
    
"Mereka beritahu saya, kesemua pelajar di padang berkenaan tercampak dari tempat masing-masing lalu melarikan diri dari padang itu sebelum menyedari Mohd Ridwan terbaring tidak sedarkan diri," katanya.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supt Umar Ali Saifuddin Shaharudin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.

PENIPUAN PILIHANRAYA : PR mesti cari jalan

PR mesti mencari jalan ampuh untuk memastikan penipuan, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh pihak yang mengendalikan Pilihanraya serta pihak berkuasa  semasa Pilihanraya tidak berlaku. Jika perkara ini tidak dapat di atasi maka bersedialah untuk menerima kekalahan.

Senjata terakhir kita ialah berdoa kepada Allah supaya Allah menghukum semua petualang dan penipu ini.

Cakap-cakap seperti kami akan pertahankan Putra Jaya walaupun dengan apa cara sekalipun menguatkan lagi dakwaan bahawa pihak berkenaan akan melakukan taktik dan strategi kotor, haram dan tidak beretika semata-mata untuk menang PRU 13.

15 March 2012

KHALID IBRAHIM TAK JADI MB SELANGOR SELEPAS PRU 13

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak akan menjadi Menteri Besar Selangor lagi walaupun PR menang pada PRU 13 nanti kerana beliau tidak layak bertanding di DUN Selangor kerana telah dipindahkan mengundi dalam Parlimen Lembah Pantai iaitu  bukan dalam DUN Selangor.

Perkara berlaku kerana SPR samada sengaja atau tidak sengaja menukarkan Peti Undi yang mana Khalid mendaftar sebagai pengundi sebelum ini  iaitu di Parlimen Petaling Jaya Selatan dipindahkan ke dalam Parlimen Lembah Pantai.

Samada ini kerja jahat SPR atau tidak hanya Allah yang tahu. Dengan keadaan ini maknanya Selangor bakal mendapat Menteri Besar baru samada dari PR atau BN selepas PRU 13 nanti.

Malaysiakini melaporkan hari ini bahawa Kawasan mengundi bagi Menteri Besar Selangor, Tan Sri  Abdul Khalid Ibrahim nampaknya telah ditukar tanpa pengetahuannya, seperti yang terbukti menerusi carian di lamanweb Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

NONESemakan di lamanweb tersebut mendapati Khalid (kanan) kini
merupakan pengundi di kawasan pilihan raya Lembah Pantai yang diwakili Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Lokaliti mengundi beliau disenaraikan sebagai Rumah Kakitangan Universiti di bawah daerah mengundi Universiti.

Bagaimanapun, difahamkan Khalid sebelum ini mengundi di kawasan Parlimen Petaling Jaya Selatan. Tidak jelas sudah berapa lama beliau menjadi pengundi di sana.

Ketika dihubungi, seorang pegawai pejabat menteri besar yang enggan namanya disiarkan, mengesahkan Khalid tidak membuat sebarang perubahan pada kawasan mengundinya atau dalam kad pengenalannya.

NAJIB PENGECUT

Perdana Menteri Najib Razak ternyata seorang ahli politik pengecut dan lembik sehingga tidak berani menjawab soalan Ahli Parlimen pada Sidang Dewan Rakyat semalam.

Ketika bangun menjawab soalan Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato Mahfuz Omar semalam, Najib langsung tidak menjawab soalan Mahfuz yang bertanya tentang pembatalan SBPA yang ternyata membuktikan kelemahan kerajaan.

Najib diselamatkan oleh Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia yang mencelah.

CULAS SOLAT : 15 % SAHAJA PESAKIT DIRIKAN SOLAT

Kajian seorang Pensyarah KUIS, Ustaz Azhar Yahaya mendapati hanya 15% sahaja pesakit di hospital yang menunaikan solat. Dapatan ini amat menggerunkan kita semua kerana terbukti umat Islam tidak mementingkan solat yang WAJIB dilaksanakan walau dalam keadaan apa sekalipun.

Blog ini mencadangkan supaya kerajaan khususnya kementerian kesihatan mewajibkan jururawat dan doktor-doktor Islam mengingatkan pesakit Islam supaya mendirikan solat. Jika ada yang tidak arif untuk mendirikan solat semasa sakit mereka wajib diajar dan dibimbing. Selain itu kementerian dicadangkan supaya melantik pegawai-pegawai Agama di setiap hospital bagi menjalankan tugas membimbing pesakit mendirikan solat.

Dapatan ini amat serius dan ia menjadi tanggungjawab semua dalam memastikan semua pesakit mendirikan solat termasuk kerajaan, pihak hospital, saudara-saudara pesakit dan orangramai.

14 March 2012

BN AKAN MENANG BESAR PRU 13


Blog ini menjangkakan BN akan menang besar pada PRU 13 nanti. Keyakinan berdasarkan kepada situasi terkini yang menyaksikan penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan penipuan yang dilakukan oleh agensi yang berkaitan dengan pilihanraya.

Antara penyelewengan yang berlaku ialah:-

1) Penyenaraian begitu ramai pengundi awam menjadi pengundi Pos yang terdiri dari ahli keluarga askar dan polis

2) Pendaftaran jumlah pengundi baru yang tidak munasabah di mana peningkatannya jauh dari peningkatan secara normal.

3) Pemberian kerakyatan kepada orang asing dan didaftarkan sebagai pengundi

4) Pengundi didaftarkan lebih dari satu tempat mengundi.

5) Ujudnya pengundi-pegundi hantu yang terdiri dari pengundi yang sudah mati namanya tidak dikeluarkan, pengundi-pengundi yang diberi Kad Pengenalan dan dibenar mengundi

6) Undang-undang yang berat sebelah di mana penggunaan media, jentera kerajaan dan lain-lain yang memihak kepada BN

Dan lain-lain................jadi tidak hairan jika BN akan menang besar secara HARAM kali ini. Jadi kerajaan yang dibentuk nanti kerajaan HARAM, Gaji Menteri HARAM, Gaji Ahli Parlimen BN HARAM dan sebagai kerana kemenangan mereka adalah kemenangan secara HARAM. Hanya ALLAH yang dapat membalas segala kerja HARAM mereka.

13 March 2012

PARLIMEN TAKUT UNTUK BINCANG USUL NFC

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menolak usul bagi membincangkan kontroversi National Feedlot Corporation (NFC) atas alasan ia kini menjadi kes mahkamah.
Usul itu difailkan oleh Zuraida Kamaruddin (PKR-Ampang), di bawah Perintah Tetap 18 (1) Jumaat lalu.
Alasan yang diberikan adalah bahawa pengerusi eksekutif NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam, atas empat tuduhan berasingan melakukan pecah amanah membabitkan RM49.7 juta dan menggunakan harta syarikat itu tanpa kebenaran mesyuarat agung, tiga tahun lalu.

Bagi kita perkara pokok yang mesti dibongkar ialah mengapa wang RM250juta itu diberikan secara mudah kepada Syarikat Mohd Salleh. Kita ingin tahu siapa yang terlibat meluluskan 'pinjaman' itu .....semua itu mesti dibongkar dan dihadapkan ke mahkamah jika ada penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan ....bukan Salleh seorang yang sepatutnya dikenakan tindakan ......Jangan cuba mengalihkan isu sebenar.



12 March 2012

LETAK JAWATAN : TAPI BAGAIMANA DENGAN DUIT RAKYAT RM250 JUTA

Menteri Wanita dan Ketua Wanita Umno, Shahrizat letak jawatan tetapi bagaimana dengan duit rakyat RM250 juta yang di'sedekahkan' oleh Kerajaan BN kepada keluarga Shahrizat. Bila mereka hendak ganti?

Bagaimana pula dengan mereka yang terlibat meluluskan projek tersebut. Antara yang terlibat sudah tentu Menteri Pertanian, Perdana Menteri dan lain-lain. Adakah mereka akan terlepas begitu sahaja.

Najib dan pemimpin Umno nampaknya cuba menipu rakyat. Seolah-olah keputusan Shahrizat tidak menyambung tugasnya sebagai Menteri April ini menyelesaikan semua perkara. Rakyat jangan termakan dengan tipu muslihat kerajaan BN ini. Isu ini jauh dari selesai .........

11 March 2012

MAZAN ALIMAN PENJENAYAH DITAKUTI?

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman hari ini dihalang dari memasuki Sabah.

Beliau yang dihubungi Harakahdaily memberitahu, beliau ditahan oleh pegawai Imigresen selepas tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu kira-kira jam 8.45 malam ini.

Jelas bahawa AJK PAS Pusat tersebu adalah 'penjenayah' sehingga dilayan begitu sekali - dihalang memasuki salah sebuah negeri dalam Malaysia. Apa kesalahan dan jenayah yang beliau buat sehingga hak asasi beliau sebagai rakyat Malaysia dinafikan untuk memasuki Sabah. Sedangkan rakyat asing tiap-tiap minit masuk ke Sabah kalaupun tidak tiap-tiap saat.


Inilah negaraku Malaysia hari ini yang tidak tahu mana yang halal dan haram. Apa yang bercanggah dan berlawan dengan Umno/BN semuanya haram dan dihalang. Yang halal dan baik hanyalah yang bersangkutan dengan Umno dan BN.

Menurut Mazan beliau tiba di lapangan terbang kira-kira jam 8.45 tadi dengan tidak semena-mena tiba-tiba beliau ditahan tanpa sebarang alasan.

Mazlan berkata pegawai yang menahannya memberitahu bahawa ianya adalah arahan pihak berkuasa kerajaan negeri. Takut sungguh kerajaan negeri Sabah sehingga seorang insan kerdil yang tidak ada apa-apa kuasa seperti Mazlan pun dilihat mengancam mereka.



Bilakah agaknya negaraku ini akan berubah menjadi sebuah negara yang bertamadun dan tidak bermusuh dengan rakyat sendiri.

SHAHRIZAT KEKAL KETUA WANITA : SAH UMNO HALALKAN PENYELEWENGAN DAN SALAHGUNA KUASA

Selepas kontoversi panjang isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini mengumumkan akan berundur sebagai menteri selepas tempoh pelantikannya sebagai senator tamat bulan depan (April).

Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu bagaimanapun akan kekal sebagai ketua Wanita Umno.

Beliau mengumumkan keputusan itu dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.


Pengumuman Shahrizat tidak akan menjadi menteri kabinet selepas April dan akan terus kekal sebagai Ketua Wanita Umno membuktikan bahawa Umno menghalalkan penyalahgunaan kuasa, rasuah dan penyelewengan.


Sepatutnya bukan sahaja tidak meneruskan khidmat sebagai menteri malah yang lebih penting Shahrizat dilucutkan jawatan dalam Umno. 

Namun sekali lagi Umno membuktikan bahawa mereka tidak kisah samada seorang pemimpin ada moral atau tidak. Umno tidak kisah samada seseorang pemimpin itu ada maruah atau tidak; Umno juga tidak kisah samada seseorang pemimpin itu bersih atau tidak. Sebab itu Shahrizat, Ali Rustam, Isa Samad dan lain-lain terus dikekalkan.

BN AKAN TAWAN SELANGOR?


BN dijangka akan menawan Selangor pada PRU 13 nanti lantaran pertambahan pengundi yang cukup luarbiasa seperti yang pernah berlaku kepada Terengganu pada PRU 2004. 


Bayangkan ada parlimen yang pertambahan pengundinya mencecah 35 % iaitu Subang. Ianya merupakan satu pertambahan yang tidak akan berlaku jika tiada penyelewengan dan penipuan.

Apa yang PR boleh buat untuk mengatasi masalah penipuan ini? Cuba anda jawab?

Berikut adalah senarai pertambahan pengundi mengikut Parlimen di Selangor :-

Sungai Besi  19.95 %
Hulu Selangor 25.14 %
Kuala Selangor 20.39%
Selayang 18.86%
Pandan 18.18%
Hulu Langat 23.95%
Serdang 22.63%
Puchong 24.94%
PJ Selatan 5.64%
PJ Utara 7.76 %
Subang 35.02%
Shah Alam 19.87 %
Kota Raja 29.51%
Kuala Langat 23.62%
Sepang 24.64%

Untuk rekod di Terengganu dari tahun 1999 ke 2004 pertambahan pengundi sebanyak 17.18 % sahaja sedangkan pertambahan penduduk setahun hanyalah 3.44 % setahun.

Kalau dengan pertambahan pengundi purata di Terengganu hanyalah 17.18 %, apatah lagi dengan pertambahan lebih dari 20% di kebanyakan Parlimen di Selangor maka hampir pasti PR akan tumbang di kebanyakan Parlimen dan Dun di Selangor. 9 dari 15 Parlimen di Selangor mencatatkan pertambahan lebih dari 20 %; 4 parlimen lebih dari 17 % manakala hanya 2 parlimen yang pertambahan pengundinya di bawah 10 % iaitu parlimen Petaling Jaya Utara dan Petaling Jaya Selatan.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter