
Perkara berlaku kerana SPR samada sengaja atau tidak sengaja menukarkan Peti Undi yang mana Khalid mendaftar sebagai pengundi sebelum ini iaitu di Parlimen Petaling Jaya Selatan dipindahkan ke dalam Parlimen Lembah Pantai.
Samada ini kerja jahat SPR atau tidak hanya Allah yang tahu. Dengan keadaan ini maknanya Selangor bakal mendapat Menteri Besar baru samada dari PR atau BN selepas PRU 13 nanti.
Malaysiakini melaporkan hari ini bahawa Kawasan mengundi bagi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim nampaknya telah ditukar tanpa pengetahuannya, seperti yang terbukti menerusi carian di lamanweb Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

merupakan pengundi di kawasan pilihan raya Lembah Pantai yang diwakili Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.
Lokaliti mengundi beliau disenaraikan sebagai Rumah Kakitangan Universiti di bawah daerah mengundi Universiti.
Bagaimanapun, difahamkan Khalid sebelum ini mengundi di kawasan Parlimen Petaling Jaya Selatan. Tidak jelas sudah berapa lama beliau menjadi pengundi di sana.
Ketika dihubungi, seorang pegawai pejabat menteri besar yang enggan namanya disiarkan, mengesahkan Khalid tidak membuat sebarang perubahan pada kawasan mengundinya atau dalam kad pengenalannya.
Comments