MAZAN ALIMAN PENJENAYAH DITAKUTI?

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman hari ini dihalang dari memasuki Sabah.

Beliau yang dihubungi Harakahdaily memberitahu, beliau ditahan oleh pegawai Imigresen selepas tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu kira-kira jam 8.45 malam ini.

Jelas bahawa AJK PAS Pusat tersebu adalah 'penjenayah' sehingga dilayan begitu sekali - dihalang memasuki salah sebuah negeri dalam Malaysia. Apa kesalahan dan jenayah yang beliau buat sehingga hak asasi beliau sebagai rakyat Malaysia dinafikan untuk memasuki Sabah. Sedangkan rakyat asing tiap-tiap minit masuk ke Sabah kalaupun tidak tiap-tiap saat.


Inilah negaraku Malaysia hari ini yang tidak tahu mana yang halal dan haram. Apa yang bercanggah dan berlawan dengan Umno/BN semuanya haram dan dihalang. Yang halal dan baik hanyalah yang bersangkutan dengan Umno dan BN.

Menurut Mazan beliau tiba di lapangan terbang kira-kira jam 8.45 tadi dengan tidak semena-mena tiba-tiba beliau ditahan tanpa sebarang alasan.

Mazlan berkata pegawai yang menahannya memberitahu bahawa ianya adalah arahan pihak berkuasa kerajaan negeri. Takut sungguh kerajaan negeri Sabah sehingga seorang insan kerdil yang tidak ada apa-apa kuasa seperti Mazlan pun dilihat mengancam mereka.



Bilakah agaknya negaraku ini akan berubah menjadi sebuah negara yang bertamadun dan tidak bermusuh dengan rakyat sendiri.

Comments

Anonymous said…
Jangan harap lah Malaysia mau jadi negara bertamadun selagi BN memerintah. Selagi pemimpin2 BN tidak 'ditamadunkan' dahulu, sampai ke tua lah. Ini semua hasil 'teladan' era tun tok mahathir
Anonymous said…
Jangan harap lah Malaysia mau jadi negara bertamadun selagi BN memerintah. Selagi pemimpin2 BN tidak 'ditamadunkan' dahulu, sampai ke tua lah. Ini semua hasil 'teladan' era tun tok mahathir