.

.

11 October 2008

PANTUN UNTUK ALI RUSTAM DAN SHAH RUKH KHAN ~ Ref Malaysiakini

Shah Rukh Khan makan lepat
Makan lepat banyak-banyak
Anugerah Datuk memang tepat
Tiada orang lain lebih layak

Shah Rukh Khan banyak jasa
Kepada bangsa dan agama
Ali Rustam terasa bangga
Datuk Melaka jadi habuannya

Shah Rukh Khan ulama' tersohor
Banyak jasa kepada Melaka
Nama hebat lagi masyhor
Banyak Fatwa dikeluarkannya

Shah Rukh askar terbilang
Ali Rustam Prebet Lapuk
Banyak pangkat telah disandang
Berguni-guni berkepuk-kepuk

Shah Rukh Khan Guru gigih
Mengajar anak bangsa hingga pandai
Orang Melaka sangat kasih
Anugerah Datuk tidak memadai

Shah Rukh Khan pegawai berjasa
Banyak masalah diselesaikannya
Budi beliau dikenang juga
Gelaran Datuk telah dikurnia

Shah Rukh Khan pemimpin ulung
Tiada yang hebat setanding beliau
Habis Ali Rustam beliau gulung
Anugerah Datuk selepas mengigau

Shah Rukh Khan Mujaddid terbilang
Di kenang orang tujuh keturunan
Ali Rustam tersilap pandang
Ramai yang lain lebih berkelayakan

Shah Rukh Khan Bapa Mithali
Mendidik anak jadi ulamak
Ali Rustam tertipu lagi
Bagi Datuk pada yang tak layak

Ali Rustam cari publisiti
Korban anugerah tidak bertempat
Datuk Melaka tiada nilai lagi
Siapa bodek dia dapat

Datuk Melaka Datuk Borong
Datuk Seri Datin Seri
Bercakap mesti selalu membohong
Baru boleh jadi menteri

Seloka ini untuk renungan
Kuasa jangan diguna sembarangan
Semua kerja yang kita lakukan
Pasti mendapat balasan tuhan

Sedih malu segan dan geram
Datuk Melaka jadi taruhan
Sudah lama Ali peram
Untuk beri pada Shah Rukh Khan

Malang sungguh rakyat Melaka
Anugerah Datuk jadi borong
Tiada apa hendak di kata
Tak dapek den nak nolong

DOLLAH TIDAK MENYESAL TAPI RALAT ~ Ref Malaysiakini

Perdana Menteri Dollah Badawi berkata hari ini beliau tidak menyesal dengan keputusannya melaksanakan pelan peralihan lebih awal dengan menyerahkan kuasa kepada penggantinya, Najib Tun Razak.

Namun saya yakin Dollah terpaksa berbuat demikian atas desakan hebat dari orang dibawahnya.

Mungkin ini yang dikatakan :-

1) Kalau hang tak letak jawatan BN hilang kuasa, ramai Ahli Parlimen BN akan melompat ke PR

2) Kalau hang tak undur hang tidak akan dapat cukup kouta untuk bertanding jawatan Presiden.

3) Kalau hang tak undur beberapa parti komponen BN akan keluar BN

4) Kalau hang tak undur kami akan lawan hang habis-habisan

5) Kalau hang tak undur majoriti ahli Umno akan memberontak

6) Kalau hang tak undur hang adalah pemimpin paling tidak bertanggungjawab

7) Kalau hang undur ................

Maka oleh kerana takut dimalukan dan tidak bersifat anak jantan terpaksalah Dollah angkat bungkus ........

Namun begitu beliau kelihatan ralat dan mungkin tersilap membuat keputusan....masa masih ada Dollah untuk tarik balik keputusan, mana tahu ada bahagian yang simpati dan akan mencalonkan hang .....

KU LI, SANUSI DAN RUHANIE MARI SERTAI PAS ~ Ref Malaysiakini

Saya mengajak pemimpin veteran Umno, Ku Li, Sanusi Junid dan Ruhanie Ahmad agar menyertai PAS demi masa depan agama, bangsa dan negara.

Tidak ada gunanya memberikan kritikan dan nasihat kepada pemimpin Umno kerana mereka semuanya tidak akan menerima sebarang saranan, nasihat dan teguran dari sesiapa. Mereka seolah-olah 'maksum' (tiada dosa). Semua perkara yang mereka semuanya bagaikan benar belaka, tidak ada yang salah melainkan benar sebenar-benarnya.

Sebab itu walaupun sudah berbuih mulut pemimpin dalaman atau luaran Umno mengkritik sistem kouta ianya masih mahu dikekalkan. Walaupun berbuih mulut pejuang bahasa dan bangsa mengharapkan bahasa Melayu dimartabatkan semula dalam pengajaran sains dan matematik mereka tetap memekakkan telinga. Itu baru dua contoh banyak lagi isu-isu lain yang menjahanamkan Islam, bangsa dan bahasa juga tidak mereka ambil pusing walaupun sudah ratusan malah ribuan teguran di buat mereka tetap bongkak dan sombong.

Mereka menggunakan sedikit kuasa yang mereka ada untuk menekan dan mendiskriminasikan sesiapa sahaja yang mengkritik walaupun seseorang itu anggota parti mereka seperti Ku Li.

Sebab itulah adalah lebih baik Ku Li, Sanusi dan Ruhanie berhijrah masuk ke 'kapal' ini kerana 'kapal' Umno sudah mahu karam. Saya juga mengharapkan sesiapa sahaja dari kalangan Umno yang sedar dan insaf yang ingin kembali ke pangkal jalan silalah bersama kami jangan segan-silu kerana Islam yang kami perjuangkan adalah hak semua orang.

BANYAK CARA LAIN UNTUK PROMOSI MELAKA ~ Ref Malaysiakini

Ketua Menteri mempertahankan tindakan kerajaan Melaka menganugerahkan gelaran Datuk kepada Shah Rukh Khan. Dalam kenyataannya hari ini Mohd Ali Rustam berkata ianya adalah berdasarkan sumbangannya mempromosi negeri ini melalui filem lakonannya yang ditonton jutaan peminat seluruh dunia.

Beliau berkata Shah Rukh Khan pernah datang ke Melaka membuat penggambaran filemnya bertajuk “One Two Ka Four” di A Famosa Resort, Alor Gajah beberapa tahun lepas.

Menurutnya salah satu lagu dalam filem berkenaan dibuat penggambaran di A Famosa Resort di Alor Gajah. Ini telah menyebabkan jutaan orang yang menonton filem itu mengenali Melaka.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas istiadat penyampaian anugerah darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka sempena ulang tahun ke-70 Hari Jadi Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka, hari ini.

Itu sahaja ke jasa Shah Rukh Khan kepada negara dan negeri Melaka.

Jadi selepas ini sesiapa sahaja bintang filem dunia yang membuat pengambaran filem mereka di sini layak dan pasti diberikan pingat kebesaran ini.

Selain itu saya ingin mendapatkan fakta dari kerajaan negeri berapa orangkah yang datang ke Melaka selepas menonton filem Shah Rukh Khan ini?

Mudah sungguh kerajaan negeri mengukur jasa seseorang terhadap negeri Melaka.

Bagaimana pula sumbangan Shah Rukh Khan terhadap rakyat negeri ini dengan aksi-aksi tarian yang menggiurkan, pendedahan aurat, lagu-lagu yang tidak memberikan manfaat dan unsur-unsur negatif di dalam filemnya?

Murah sungguh nilai anugerah Datuk negeri Melaka!! Di saat negeri-negeri lain memperketatkan kriteria penganugerahan pingat kepada penerima Melaka dengan mudah memberikan anugerah tersebut secara borong sahaja.

ANWAR JAUH LEBIH LAYAK JADI PM BERBANDING NAJIB ~ Ref Malaysiakini

'Survey' yang dijalankan oleh blog saya seminggu lalu menunjukkan bahawa Ketua Pembangkang diyakini oleh 76% pengunjung yang menyertai 'survey' berbanding Najib yang memperolehi 8% undian. Anwar memperolehi 835 undian sementara Najib hanya memperolehi 88 undian sahaja dari 1089 undian yang dibuat oleh para pengunjung blog ini.

Sementara Tuan Guru Hj Abdul Hadi mendapat 63 undian (5%), Muhyiddin Yassin 52 undian (4 %) dan Ku Li 51 undian (4%).

Keputusan rambang ini membuktikan bahawa Anwar memang jauh lebih hebat dari Najib Razak yang disebut-sebut sebagai Perdana Menteri keenam Malaysia.

DATUK MELAKA MULA HILANG NILAI ~ Ref Malaysiakini

Oleh : Roslan SMS

Melaka hari ini merayakan ulangtahun kelahiran Yang Dipertuanya, Tuan Khalil yang ke 70.

Dan sebagaimana hari keputeraan Raja-raja Melayu (bagi negeri-negeri yang beraja) atau Yang Dipertua Negeri (bagi yang tidak beraja) bintang-bintang dan pingat kebesaran akan dianugerahkan kepada calon-calon yang telah berjasa atau berkhidmat serta menyumbang kepada kemajuan atau pembangunan negeri-negeri berkenaan. Pendek kata tokoh-tokoh perniagaan dan korporat, ahli-ahli politik, pegawai dan kakitangan kerajaan serta pasukan beruniform khasnya tentera dan polislah yang biasa menerima anugerah-anugerah ini.

Di Melaka saya perhatikan kali ini ada dua isu yang pasti mencetuskan kontroversi, ketidakpuasana hati malah cemuhan rakyat.

Pertama adalah keputusan kerajaan negeri menganugerahkan bintang kebesaran Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) kepada pelakon dan bintang Bollywood Shah Rukh Khan yang membawa gelaran Datuk. Dan kedua keputusan menganugerahkan 77 bintang yan membawa gelaran Datuk.

Kita boleh menerima kiranya kerajaan negeri mahu menghargai sumbangan mereka yang terlibat dalam dunia seni. Antara artis yang telah menerima gelaran-gelaran ini termasuklah Siti Nurhaliza, M. Daud Kilau, Jamil Sulong dan malah ada yang bergelar Tan Sri seperti Allahyarham P. Ramli dan SM Salim. Mereka ini artis-artis tempatan, oleh itu wajarlah kiranya mereka mahu dipertimbangkan, tetapi bintang Bollywood? Apa jasa Shah Rukh kepada Melaka?

Kita bukan sahaja boleh pertikaikan malah keputusan ini saya percaya kini menjadi bahan senda –gurau dan gelak-ketawa, suatu yang mengaibkan kerajaan negeri dan mungkin juga menjunamkan harapan Ketua Menterinya untuk menang dalam pemilihan Umno nanti.

Isu kedua adalah ramainya bilangan yang diberi gelaran Datuk. Dalam keadaan Raja-raja Melayu sendiri sudah mula mengawal penganugerahan gelaran berprestij ini (Selangor mengawal manakala Johor baru-baru ini langsung tidak mengeluarkan anugerah ini) tiba-tiba Melaka yang tidak bersultan melahirkan 77 Datuk dalam sekelip mata! Datuk ini adalah anugerah tertinggi negeri dan sewajarnya dihadkan bilangannya agar ia kekal bermakna dan hanya dikurnia kepada mereka-mereka yang benar-benar layak.

Ramainya bilangan Datuk hari ini sehingga ada satu lawak yang menyebut kiranya dilambungkan sebiji batu ke udara, ia nanti jatuh pasti terkena kepala seorang yang bergelar “Datuk”.

Berpada-padalah kerajaan Melaka dalam hal ini.

KESAL DENGAN ANUGERAH DATO' KEPADA SHAH RUKH KHAN ~ Ref Malaysiakini

Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Negeri, Khirul Che Salleh kesal dengan penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) kepada pelakon Bollywood Shah Rukh Khan oleh kerajaan Melaka. Beliau mempersoalkan apakah sudah tidak orang lain yang berjasa kepada negara dan negeri Melaka ini.

"Apakah kriteria yang diambilkira oleh kerajaan negeri sehingga pelakon yang jelas mengamalkan maksiat dan budaya keseronokan semata-mata ini diberikan anugerah yang sebegitu besar".

"Saya kesal kerana seolah-olah tiada lagi orang lain yang layak dan berjasa kepada rakyat negara dan negeri ini" soal Khirul.

Menurutnya ramai lagi rakyat negeri ini yang berjasa kepada negera dan negeri Melaka.

"Saya yakin ramai di kalangan bekas-bekas perajurit, guru, pegawai-pegawai tinggi dan aktivis masyarakat yang banyak berjasa kepada negara dan negeri yang tidak diberikan penghargaan oleh kerajaan."

Menurut Khirul kalau dalam bidang sukan Melaka mempunyai bekas pemain kebangsaan dan jurulatih berpengamalan G.Torairaju, Ramli Junit, Mirnawan Nawawi dan lain-lain telah menyumbang banyak jasa kepada negara.

Dalam bidang agama negeri Melaka juga mempunyai beberapa ulama' yang terkenal dan diakui keilmuan mereka antaranya bekas Pensyarah Universiti Malaya dan Bekas Yang Dipertua Persatuan Ulama' Malaysia, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin; Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, Ustaz Zahazan Mohamad dan lain-lain.

Negeri Melaka memang tidak kurang dengan individu yang banyak jasa kepada negara dan negeri ini.

Khiirul yakin Shah Rukh Khan pun berasa pelik dengan anugerah ini kerana mungkin beliau hairan apa jasa yang beliau buat sehingga mendapat anugerah ini

Kalau beginilah tindakan kerajana negeri kami yakin selepas ini semua bintang filem dan penyanyi terkenal dunia akan mendapat gelaran Datuk anugerah dari kerajaan Melaka. Kalau Shah Rukh Khan boleh dapat, takkan Tom Cruise, Jackie Chan, Chow Yun Fat, Salman Khan, Nicole Kidman, Mariah Carey, Michael Jackson tak boleh dapat gelaran tersebut.

Tidak lama lagi semua pelakon filem popular di Hollywood, Bollywood, Hong Kong dan lain-lain turut mendapat gelaran tersebut. Maka mahsyurlah Melaka di seluruh dunia kerana menganugerahkan Datuk kepada pelakon dunia.Nanti akan ada Dato' Salman Khan, Datuk Juhi Chawla, Datuk Aishwarya Rai, Datuk Jackei Chan, Datuk Avril Lavigne dan lain-lain.

Hebatnya negeri Melaka. Murahnya gelaran Datuk. Apalah agaknya sumbangan Shah Rukh Khan kepada rakyat negeri Melaka? Saya pun naik hairan.Apakah Datuk Seri Ali Rustam dan kerajaan Melaka sudah buang tabiat kerana tidak lama kagi akan menjadi kerajaan pembangkang.?

"Saya sangat kesal kerana kerajaan negeri Melaka mengagungkan orang seperti Shah Rukh Khan yang jelas melakukan maksiat dan memberikan contoh tauladan yang tidak baik kepada rakyat negeri ini." tambah Khirul lagi.

MUSLIMAT KESAL KLINIK PUNYAI KULAT ~ Ref Malaysiakini

Setiausaha Dewan Muslimat PAS Negeri, Hajah Kintan Man menggesa pihak berwajib menyiasat kewujudan kulat di syiling Klinik Ayer Keroh seperti dilaporkan oleh Sinar Harian baru-baru ini.

"Saya hairan bagaimana ia boleh ujud sedangkan sepatutnya bangunan seperti itu sepatutnya diselenggarakan dengan baik".

"Apakah pembinaan klinik itu tidak mengikut spesifikasi dari segi struktur bangunan, pengecatan, 'ventilation' dan sebagainya" Kintan.

Menurutnya bangunan yang dibina pada tahun 2003 itu sepatutnya masih baik jika pembinaannya dan alatan yang digunakan untuk pembinaan mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Beliau juga turut bimbang dengan struktur bangunan tersebut kerana jika syiling dan bahagian atas klinik tidak dibina dan diselenggarakan dengan baik kemungkinan juga struktur bermasalah. Ini amat membahayakan pesakit-pesakit dan staff klinik tersebut.

Oleh itu beliau mencadangkan pihak berwajib memeriksa bangunan klinik itu keseluruhan bagi memberikan jaminan bahawa ianya selamat untuk digunakan.

Sehubungan dengan itu beliau menggesa pihak terbabit seperti Badan Pencegah Rasuah dan sebagainya menyiasat tentang proses pemberian tender, pembelian barangan, pembinaan dan kelulusan bangunan tersebut kerana bimbang berlaku penyelewengan dan unsur rasuah sehingga kejadian seperti berlaku.

Sesungguhnya kejadian ini amat memalukan kementerian kesihatan dan pihak terbabit yang membina klinik tersebut.

NAJIB HEBAT BERKEMPEN ~ Ref Malaysiakini

Sekejap ke timur sekejap ke Utara balik ke KL terus ke mana lagi? Hebat betul Si Najib bakal PM yang belum 'confirm' ini berkempen bagi memastikan beliau menang tanpa bertanding pada pemilihan Umno Mac 2009.

Saya yakin Najib sedang berusaha untuk memastikan Ku Li bukan sahaja tidak cukup kouta bertanding malah Najib mahukan Ku Li tidak mendapat sebarang pencalonan pun. Hatta kalau boleh Bahagian Gua Musang yang diketuai oleh Ku Li pun diusahakan supaya tidak mencalonkan Ku Li.

Najib mesti mahu menunjukkan bahawa beliau mendapat sokongan padu dari seluruh bahagian Umno bagi menaikkan imej, reputasi dan kredibiliti yang semua orang tahu tidak sebaik Dollah ketika mula-mula mengambilalih tampuk pemerintahan dari Mahathir dulu.

Dollah tidak pernah mempunyai gosip kaki betina, tidak pernah dikatakan terlibat dalam kospirasi dahsyat dan sebagainya. Tetapi Najib saya tidak tahu dan tidak pasti. Para pengunjung blog saya ini mungkin lebih arif dari saya siapa Najib sebenarnya?

Lantaran itu dalam usaha menaikkan imej ini, Najib sudah tentu membuat apa sahaja untuk 'mematikan' Ku Li.

Najib sebenarnya sudah menang pusingan pertama kerana sebelum ini ramai menjangkakan Muhyiddin akan menentang Najib untuk jawatan nombor 1 tetapi ternyata Muhyiddin juga bukan anak jantan yang berani dan berprinsip sehingga takut untuk menentang Najib. Beliau sebaliknya mencari jalan selamat dengan bertanding jawatan timbalan presiden sahaja.

Jadi halangan kepada Najib sekarang hanya tinggal Ku Li seorang.

Sementara itu Najib sudah pun mendapat dua pencalonan iaitu dari bahagian Machang dan Kimanis. Ku Li masih terkial-kial mencari pencalonan sulung.

JANGAN BERPUAK, RASUAH TAK APA? ~ Ref Malaysiakini

Timbalan Presiden Umno, Najib Razak menyeru ahli-ahli Umno terutama yang sedang bersaing untuk bertanding supaya jangan berpuak.

Beliau mengharapkan para pemimpin yang memenangi jawatan dalam pemilihan tidak sesekali meminggirkan pencabar mereka, sebaliknya bergabung bersama untuk membina semula kekuatan parti.

Bagus cadangan Najib itu. Kalau dapat direalisasikan saya yakin Umno tidak menjadi seperti sekarang atau tidak akan berlaku perpecahan di dalam Umno sehingga tertubuhnya Parti Melayu Semangat 46 dan Parti KeADILan Rakyat.

Namun Najib tidak pula memberi amaran kepada bakal-bakal calon tentang penggunaan wang semasa kempen. Begitu juga beliau tidak pula memberi peringatan tentang salah laku lain seperti penyalahgunaan kuasa, jentera kerajaan dan sebagainya. Sedangkan sehingga kini sudah ada 512 aduan kepada jawatankuasa tatatertib Umno tentang politik wang dan kesalahan dilakukan oleh bakal-bakal calon atau agen-agen calon.

Mungkin Najib tidak merasakan rasuah politik sebagai ancaman atau kesalahan. Atau mungkin juga UMno tidak boleh berbuat apa-apa kerana hampir kesemua bakal calon terlibat.

Inilah bakal-bakal pemimpin negara masa depan (calon-calon yang menang), orang yang bergelumang dengan rasuah. Jika Umno dan BN tidak tumbang maka kita bimbang negara akan hancur.

10 October 2008

SEMUA PELAKON DAN PENYANYI POPULAR DUNIA AKAN BERGELAR DATUK? ~ Ref Malaysiakini

Saya yakin selepas ini semua bintang filem dan penyanyi terkenal dunia akan mendapat gelaran Datuk anugerah dari kerajaan Melaka.

Kalau Shah Rukh Khan boleh dapat, takkan Tom Cruise, Jackie Chan, Chow Yun Fat, Salman Khan, Nicole Kidman, Mariah Carey, Michael Jackson tak boleh dapat gelaran tersebut.

Tidak lama lagi semua pelakon filem popular di Hollywood, Bollywood, Hong Kong dan lain-lain turut mendapat gelaran tersebut. Maka mahsyurlah Melaka di seluruh dunia kerana menganugerahkan Datuk kepada pelakon dunia.

Nanti akan ada Dato' Salman Khan, Datuk Juhi Chawla, Datuk Aishwarya Rai, Datuk Jackei Chan, Datuk Avril Lavigne dan lain-lain.

Hebatnya negeri Melaka. Murahnya gelaran Datuk. Apalah agaknya sumbangan Shah Rukh Khan kepada rakyat negeri Melaka? Saya pun naik hairan.

Apakah Ali Rustam dan kerajaan Melaka sudah buang tabiat kerana tidak lama kagi akan menjadi kerajaan pembangkang.? Pelik tapi benar? Inikah orang yang kita nak lantik jadi Timbalan Presiden Umno?

Utusan Meloya Online melaporkan hari ini bahawa pelakon terkenal Bollywood itu, merupakan antara penerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) sempena hari jadi Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob ke-70, esok.

Dengan penganugerahan darjah DMSM itu, Shah Rukh Khan akan bergelar Datuk.

Mungkin agaknya Shah Rukh Khan banyak berjasa kerana menghiburkan rakyat negeri Melaka yang bermuram durja akibat kenaikan harga minyak dan barangan yang melampau sekarang.

Jelas sekali kerajaan negeri Melaka memang suka kepada perkara-perkara maksiat kerana itulah orang seperti Shah Rukh Khan disanjung tinggi dan diberi penghargaan.

Fikirkan wahai rakyat Malaysia khasnya orang Melayu di Melaka yang begitu TOTOK dengan Umno.

SEORANG PEMIMPIN UMNO BELANJA JUTAAN RINGGIT UNTUK MENANG PEMILIHAN? ~ Ref Malaysiakini

Saya baru mendapat maklumat bahawa salah seorang pemimpin Umno akan membelanjakan wang jutaan ringgit untuk memenangi jawatan yang ditandingi pada pemilihan Umno Mac 2009.

Sebelum pemilihan itu wang ini digunakan untuk memastikan pemimpin itu mendapat pencalonan yang cukup bagi membolehkan beliau bertanding.

Wang sudah tentu akan diagih-agihkan kepada bahagian-bahagian untuk memastikan dirinya dicalonkan untuk jawatan tertentu. Teka apa jawatannya?

Setakat ini saya tidak mahu mendedahkan identiti pemimpin tersebut, dari mana wang itu diperolehi, berapa jumlah sebenar dan kemana ia dibelanjakan.

Persoalannya banyak betul duit pemimpin Umno tersebut, kaya sungguh dia ni, beliau ini saudagar balak atau saudagar intan belian.?

Saya tidak hairan kerana pemimpin-pemimpin Umno memang mempunyai wang yang banyak cuma dari mana mereka memperolehi wang itu hanya Allah dan mereka sendiri yang tahu secara terperinci.

Amat malang jika sekiranya wang itu adalah wang rakyat. Kalau wang itu wang mereka sendiri, diperolehi secara sah dan halal mungkin tidak berapa kisah sangat. Cuma kesalahan hanyalah kerana terlibat dengan politik wang bukan mencuri wang rakyat.

Saya mengharapkan pihak Jawatankuasa Tatatertib dapat menyiasat kesahihan maklumat ini. Jawatankuasa tersebut mungkin tidak perlu menunggu laporan kerana sesuatu kesalahan itu mesti disiasat walaupun mungkin tiada laporan rasmi.

Tunggu pendedahan seterusnya dalam jangkamasa terdekat.

ALI RUSTAM DIRAMAL TURUN SETAKUK ~ Ref Malaysiakini

Saya meramalkan Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam akan menuruti jejak langkah Zahid Hamidi menukar fikiran untuk bertanding jawatan Naib Presiden setelah tersilap menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden sebelum ini.

Jika beliau mahu menempah kecundang beliau boleh menurut kemahuan nafsu besarnya bertanding jawatan Timbalan Presiden. Namun saya menjangkakan beliau akan tewas teruk ditangan Muhyiddin jika beliau meneruskan niatnya itu. Ini kerana sudah nampak angin perubahan di dalam Umno sendiri yang mahukan pembaharuan tidak mahu menyokong seorang pemimpin 'Yes Man' seperti Ali Rustam.

Semua orang kenal siapa Ali Rustam sebenarnya. Adakah kita pernah mendengar kenyataan beliau menyanggah atau mempertikaikan apa juga kemahuan pimpinan tertinggi Umno sebelum ini? jawabnya tidak pernah. Ahli Umno dilihat mahukan pemimpin yang mampu berkata benar dan berani menasihat Presiden parti supaya kesilapan Dollah dan Najib tidak diulangi.

Sifat Najib sebagai Timbalan Presiden 'Yes Man' menyebabkan Umno kecundang teruk pada PRU 12 baru-baru ini. Najib jelas tidak pernah menyanggah atau tidak berani menyanggah Pak Lah yang akhirnya Umno menerima 'habuan' tewas teruk pada PRU ke 12 tersebut.

Maka amat tidak sesuai jika Ali Rustam dipilih untuk jawatan Timbalan Presiden malah sebagai Naib Presiden pun tidak sesuai juga.

Pada saya jawatan tertinggi yang boleh dipegang oleh Ali ialah Pengerusi Perhubungan Umno Melaka sahaja sebab orang Melaka memang suka membodek dan dibodek. Jadi pemimpin sebegini tidak sesuai dan tidak layak untuk memimpin di peringkat pusat yang memerlukan pemimpin yang berani dan berkarisma.

Jadi pemimpin yang 'Yes Man' tidak ada tempat sepatutnya di dalam Umno terutama di peringkat Pusat.

Mungkin itulah sebabnya nama Ali Rustam tidak dicalonkan untuk jawatan Timbalan dan Naib Presiden oleh Umno Bahagian Kimanis, Sabah yang bersidang hari ini.

Najib-Muhyiddin di calonkan untuk jawatan nombor 1 dan 2. Manakala Rais, Syed Hamid dan Hishamuddin dicalonkan untuk jawatan Naib Presiden.

Jadi mencadangkan Ali supaya tidak bertanding untuk jawatan Timbalan dan Naib Presiden, kalaupun mahu bertanding cukuplah di peringkat Majlis Tertinggi, saya bimbang Ketua Menteri saya ini dimalukan oleh perwakilan Umno yang kemungkinan besar tidak akan mengundi beliau.

RANKING UNIVERSITI : SEDIH, MALU, GERAM ~ Ref Malaysiakini

Perasaan saya bercampur-campur bila membaca blog saudara Damian Yeo tentang ranking Universiti yang dikeluarkan oleh 'Times Higher Education-QS World University Rankings top 200' yang disiarkan oleh The Times of London semalam.


Sedih bila mengenangkan tidak ada satu pun Universiti di negara yang tersenarai dalam ranking 200 universiti terbaik di dunia.

Malu kerana pemimpin negara bercakap berdegar-degar untuk memartabatkan pendidikan di negara kita tetapi kualiti universiti di negara semakin merudum dan memalukan.

Geram kerana pihak kementerian dan universiti lebih banyak berpolitik dengan pelajar dan kakitangan dari berusaha meningkatkan mutu universiti. Sepertimana sekarang pentadbir universiti sibuk berpolitik dalam politik kampus untuk menentang pelajar sendiri.

Lebih mendukacitakan ialah Universiti terbaik yang kononnya dikategorikan sebagai Universiti Apex pun tidak termasuk di dalam ranking 200 universiti terbaik dunia. Mungkin lebih layak dipanggil Universiti Apek bukan Apex. (Maaf kalau tersinggung.)

Malu kita kepada jiran kita Singapura apabila 2 buah universitinya dikategorikan dalam 100 universiti terbaik dunia. Malah National University of SINGAPORE (NUS) menduduki tangga ke 30 terbaik. Manakala NANYANG Technological University Singapore dikategorikan sebagai ke 77 terbaik.

Apa yang terjadi kepada USM dan UM yang kalau dahulu pernah digolongkan antara 200 terbaik. Malah UM pernah menduduki ranking ke 89 pada tahun 2004.

Tahun demi tahun ranking UM merudum iaitu ranking ke 169 tahun 2005 dan ranking ke 192 pada tahun 2006.

USM juga pernah dikategorikan sebagai Universiti ke 111 terbaik di dunia kini merudum tidak masuk 'list' pun.

Malangnya kerajaan BN sering tidak mengaku kelemahan dan kesalahan mereka. Universiti dan pentadbir serta kementerian lebih sibuk berpolitik dengan pelajar daripada mencari jalan untuk meningkatkan taraf dan mutu universiti. Pemilihan pentadbir universiti dijalankan berdasarkan sistem 'kronisme' bukannya atas kelayakan. Akhirnya inilah habuan yang kita dapat ...

Di bawah ini adalah 'list' 200 universiti terbaik dunia (tak payah cari nama-nama universiti di Malaysia kerana memang tidak ujud ...)

1 HARVARD University United States
2 YALE University United States
3 University of CAMBRIDGE United Kingdom
4 University of OXFORD United Kingdom
5 CALIFORNIA Institute of Technology (Calt... United States
6 IMPERIAL College London United Kingdom
7 UCL (University College London) United Kingdom
8 University of CHICAGO United States
9 MASSACHUSETTS Institute of Technology (M... United States
10 COLUMBIA University United States
11 University of PENNSYLVANIA United States
12 PRINCETON University United States
13 DUKE University United States
13 JOHNS HOPKINS University United States
15 CORNELL University United States
16 AUSTRALIAN National University Australia
17 STANFORD University United States
18 University of MICHIGAN United States
19 University of TOKYO Japan
20 MCGILL University Canada
21 CARNEGIE MELLON University United States
22 KING'S College London United Kingdom
23 University of EDINBURGH United Kingdom
24 ETH Zurich (Swiss Federal Institute of T... Switzerland
25 KYOTO University Japan
26 University of HONG KONG Hong Kong
27 BROWN University United States
28 École Normale Supérieure, PARIS France
29 University of MANCHESTER United Kingdom
30 National University of SINGAPORE (NUS) Singapore
30 University of CALIFORNIA, Los Angeles (U... United States
32 University of BRISTOL United Kingdom
33 NORTHWESTERN University United States
34 ÉCOLE POLYTECHNIQUE France
34 University of BRITISH COLUMBIA Canada
36 University of California, BERKELEY United States
37 The University of SYDNEY Australia
38 The University of MELBOURNE Australia
39 HONG KONG University of Science & Techno... Hong Kong
40 NEW YORK University (NYU) United States
41 University of TORONTO Canada
42 The CHINESE University of Hong Kong Hong Kong
43 University of QUEENSLAND Australia
44 OSAKA University Japan
45 University of NEW SOUTH WALES Australia
46 BOSTON University United States
47 MONASH University Australia
48 University of COPENHAGEN Denmark
49 TRINITY College Dublin Ireland
50 Ecole Polytechnique Fédérale de LAUSANNE... Switzerland
50 PEKING University China
50 SEOUL National University Korea, South
53 University of AMSTERDAM Netherlands
54 DARTMOUTH College United States
55 University of WISCONSIN-Madison United States
56 TSINGHUA University China
57 HEIDELBERG Universität Germany
58 University of CALIFORNIA, San Diego United States
59 University of WASHINGTON United States
60 WASHINGTON University in St. Louis United States
61 TOKYO Institute of Technology Japan
62 EMORY University United States
63 UPPSALA University Sweden
64 LEIDEN University Netherlands
65 The University of AUCKLAND New Zealand
66 LONDON School of Economics and Political... United Kingdom
67 UTRECHT University Netherlands
68 University of GENEVA Switzerland
69 University of WARWICK United Kingdom
70 University of TEXAS at Austin United States
71 University of ILLINOIS United States
72 Katholieke Universiteit LEUVEN Belgium
73 University of GLASGOW United Kingdom
74 University of ALBERTA Canada
75 University of BIRMINGHAM United Kingdom
76 University of SHEFFIELD United Kingdom
77 NANYANG Technological University Singapore
78 DELFT University of Technology Netherlands
78 RICE University United States
78 Technische Universität MÜNCHEN Germany
81 University of AARHUS Denmark
81 University of YORK United Kingdom
83 GEORGIA Institute of Technology United States
83 The University of WESTERN AUSTRALIA Australia
83 University of ST ANDREWS United Kingdom
86 University of NOTTINGHAM United Kingdom
87 University of MINNESOTA United States
88 LUND University Sweden
89 University of CALIFORNIA, Davis United States
90 CASE WESTERN RESERVE University United States
91 Université de Montréal Canada
91 University of HELSINKI Finland
93 Hebrew University of JERUSALEM Israel
93 Ludwig-Maximilians-Universität München Germany
95 KAIST - Korea Advanced Institute of Scie... Korea, South
96 University of VIRGINIA United States
97 University of PITTSBURGH United States
98 University of CALIFORNIA, Santa Barbara United States
99 PURDUE University United States
99 University of SOUTHAMPTON United Kingdom
101 VANDERBILT University United States
102 University of NORTH CAROLINA United States
102 University of SOUTHERN CALIFORNIA United States
104 University of LEEDS United Kingdom
105 PENNSYLVANIA STATE University United States
106 University of ADELAIDE Australia
106 University of ZURICH Switzerland
108 University College DUBLIN Ireland
109 TECHNION - Israel Institute of Technolog... Israel
110 GEORGETOWN University United States
111 MAASTRICHT University Netherlands
112 TOHOKU University Japan
113 FUDAN University China
114 TEL AVIV University Israel
115 University of VIENNA Austria
116 Université catholique de LOUVAIN (UCL) Belgium
117 MCMASTER University Canada
117 QUEEN'S University Canada
119 University of ROCHESTER United States
120 NAGOYA University Japan
121 OHIO STATE University United States
122 DURHAM University United Kingdom
122 University of MARYLAND United States
124 National TAIWAN University Taiwan
124 University of OTAGO New Zealand
126 ERASMUS University Rotterdam Netherlands
127 STONY BROOK University United States
128 EINDHOVEN University of Technology Netherlands
129 University of WATERLOO Canada
130 University of SUSSEX United Kingdom
131 University of BASEL Switzerland
132 University of CALIFORNIA, Irvine United States
133 CARDIFF University United Kingdom
133 Technical University of DENMARK Denmark
133 University of LIVERPOOL United Kingdom
136 University of GHENT Belgium
137 Freie Universität BERLIN Germany
137 TEXAS A&M University United States
139 HUMBOLDT-Universität zu Berlin Germany
140 Ecole normale supérieure de LYON France
141 University of Science and Technology of ... China
142 WAGENINGEN University Netherlands
143 NANJING University China
144 SHANGHAI JIAO TONG University China
144 University of GRONINGEN Netherlands
146 University of ARIZONA United States
147 CITY University of Hong Kong Hong Kong
147 Universität FREIBURG Germany
149 Université Pierre-et-Marie-Curie PARIS V... France
150 Universidad Nacional Autónoma de México ... Mexico
151 RUTGERS, The State University of New Jer... United States
152 University of BATH United Kingdom
153 University of ABERDEEN United Kingdom
154 Indian Institute of Technology Delhi (II... India
155 Eberhard Karls Universität TÜBINGEN Germany
155 VU University AMSTERDAM Netherlands
157 TUFTS University United States
158 KYUSHU University Japan
159 The University of WESTERN ONTARIO Canada
160 QUEEN MARY, University of London United Kingdom
161 University of LAUSANNE Switzerland
162 CHALMERS University of Technology Sweden
162 NEWCASTLE University, NEWCASTLE Upon Tyn... United Kingdom
164 SIMON FRASER University Canada
165 University of FLORIDA United States
166 CHULALONGKORN University Thailand
166 Universität GÖTTINGEN Germany
168 University of NOTRE DAME United States
169 Universität FRANKFURT am Main Germany
170 INDIANA University Bloomington United States
170 University of CALGARY Canada
170 University of LANCASTER United Kingdom
173 KTH, ROYAL Institute of Technology Sweden
174 HOKKAIDO University Japan
174 Indian Institute of Technology Bombay (I... India
174 RENSSELAER Polytechnic Institute United States
177 University of LEICESTER United Kingdom
177 University of OSLO Norway
179 University of CAPE TOWN South Africa
180 University of COLORADO at Boulder United States
180 WASEDA University Japan
182 MACQUARIE University Australia
183 Lomonosov MOSCOW STATE University Russia
183 Université Libre de BRUXELLES (ULB) Belgium
185 BRANDEIS University United States
186 University of BARCELONA Spain
186 University of CANTERBURY New Zealand
188 POHANG University of Science and Technol... Korea, South
188 Technische Universität BERLIN Germany
190 Universität STUTTGART Germany
191 University of MASSACHUSETTS, Amherst United States
192 University of BERN Switzerland
192 University of BOLOGNA Italy
194 University of READING United Kingdom
195 University of ANTWERP Belgium
196 University of SAO PAULO Brazil
197 DALHOUSIE University Canada
197 University of BUENOS AIRES Argentina
199 KOBE University Japan
200 University of ATHENS Greece

Sumber maklumat dan fakta dari blog sahabat saya Damian Yeo, The Advocate (http://www.damianslyeo.blogspot.com)

Thanks to Damian.

AHLI UMNO MEMANG TIDAK CERDIK JIKA PILIH 'MUKA TEMBOK' ~ Ref Malaysiakini

Ahli-ahli Umno memang tidak dan kurang cerdik jika mencalonkan beberapa orang 'Muka Tembok' pada persidangan Umno Bahagian-bahagian yang bermula semala.

Sejak beberapa bulan lalu beberapa orang 'Muka Tembok' dengan selamba tidak berasa malu dan janggal menawarkan diri untuk bertanding jawatan-jawatan tertinggi dalam Umno.

Memang saya tidak hairan dengan perangai dan kelakuan 'Muka-muka Tembok' ini yang jelas tidak bermaruah sehingga menawarkan diri untuk bertanding. Ini kerana Umno?BN sendiri adalah parti yang tidak bermaruah sehingga masih lagi sanggup memegang tampuk pemerintahan walaupun berulang kali di dakwa Anwar bahawa BN sudah hilang sokongan dari ahli parlimen.

Jika Umno/BN bermaruah sudah tentu pimpinan mereka bersemuka dengan Pakatan Rakyat berbincang secara baik dan professional tentang dakwaan Pakatan Rakyat (PR). Malah jika benar dakwaan PR, mereka sepatutnya dengan rela hati menyerahkan tampuk pemerintahan kepada Pakatan Rakyat.

Malangnya Umno/BN tidak ada maruah terus mengaku dan mendakwa mereka masih hebat dan kuat. Inilah sebabnya 'Muka-muka tembok' yang tidak maruah terus menawarkan diri untuk bertanding di dalam parti yang juga tidak ada maruah.

SIAPA MUKA-MUKA TEMBOK ITU?

1) Pernah digantung keahlian selama 3 tahun kerana didapati bersalah mengamalkan rasuah politik atau politik wang. Kini tanpa segan dan malu menawarkan diri bertanding jawatan Naib Presiden.

2) Dikatakan mempunyai skandal dengan budak bawah umur dan isu ini diketahui umum sehingga YAB Ketua Menteri Pulau Pinang sekarang dipenjarakan kerana membela budak dan nenek budak tersebut. Kini Muka Tembok ini sekali menawarkan diri untuk bertanding Naib Presiden Umno

3) Ditangkap kerana membawa wang 'cash' di Australia dan pernah 'melarikan' Puteri Sultan. Kini menawarkan diri bertanding Timbalan Presiden pula.

Sebenarnya ramai lagi 'Muka-muka tembok' yang lain tetapi cukup sekadar menyebut beberapa nama yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan tertinggi.

Saya mengharapkan ahli-ahli Umno yang diberikan kesempatan untuk mengundi bagi pencalonan jawatan dalam Umno tidak mengundi calon-calon muka tembok ini bagi membuktikan bahawa Umno menolak sebarang pemimpin yang tidak bersih atau dikatakan tidak bersih.

PEMUDA KELANTAN 'TERMAKAN' PUJUKAN KHAIRY ~ Ref Malaysiakini

Apa kena dengan Pergerakan Pemuda Umno di Kelantan apabila 2 bahagian yang sudah menjalankan persidangan kedua-duanya mencalonkan Khairy sebagai Ketua Pemuda.

Pemuda Bahagian Machang dan Pengkalan Chepa yang selesaikan mengadakan persidangan semalam mencalonkan Khairy setelah pengundian di buat di mana pada Khairy menewaskan Mukhriz dengan undi yang agak besar.

Di Pengkalan Chepa Khairy mendapat 109 undi manakala Mukhriz hanya mendapat 49 undi sahaja.

Di Machang Khairy memperolehi 96 undi berbanding Mukhriz hanya 78 undi.

Bagaimana pun Mukhriz berjaya mendapat pencalonan dari Kimanis, Sabah.

Jelas di sini Khairy berjaya 'memujuk' Pergerakan Pemuda Umno di Kelantan untuk mencalonkan beliau. Apa yang Khairy guna dan pujuk Pemuda di Kelantan kita pun tidak tahu sedangkan Khairy lah antara punca mengapa Umno ditolak di Kelantan kerana sikap sombong dan bongkaknya melancarkan kempen 'pade doh' menjelang Pilihanraya Umum ke 12dahulu.

Sepatutnya pemuda Kelantan menyedari akan hal ini dan berusaha untuk mencari calon lain yang lebih layak dari Khairy. Saya menjangkakan selepas ini Khairy akan terus mendapat pencalonan dari Kelantan dengan 'candu' dan 'ubat' yang beliau gunakan sehingga Pergerakan Pemuda Bahagian-bahagian di Kelantan menjadi 'loya' dan 'mual' terus menyokongnya.

NEGARA DI AMBANG KEMUSNAHAN DAHSYAT ~ Ref Malaysiakini

Terdapat pemerhati meramalkan bahawa Malaysia berada di ambang kemusnahan yang dahsyat lebih dahsyat dari apa yang berlaku sekarang. Mereka berpendapat bahawa peralihan kuasa yang bakal berlaku dari tangan Dollah Badawi kepada Najib Razak sebenarnya merupakan bala bencana kepada negara kerana kepimpinan Najib makin teruk berbanding Dollah.

Benar atau tidak tidak dapat kita pastikan tetapi dari 'track record' dan sejarah terdahulu membuktikan telahan dan ramalan mereka ini ada asasnya.

Saya pun turut bimbang dengan situasi ini kerana sebelum berkuasa penuh pun si Najib sudah menunjukkan belangnya dahulu, apatah lagi selepas berkuasa nanti. Takutnya!!!!

Beberapa persoalan ditimbulkan oleh para pemerhati politik tentang stail dan perangai Najib.

Antaranya ramalan yang dibuat oleh seorang Professor IPTA yang disiarkan Harakahdaily hari ini, katanya :-

1) Najib akan menutup semua ruang demokrasi yang dibuka oleh Abdullah
2) Najib akan merosakkan negara dengan skandal moral dan korupsi
3) Najib lemah dalam pengurusan kewangan dalam beberapa program kerajaan.
4) Najib adalah proksi kepada Mahathir selain isterinya, Rosmah Mansor

Selain itu beberapa pihak juga tidak yakin Najib berupaya untuk menangani masalah ekonomi Malaysia yang semakin parah dan teruk sekarang.

Oleh itu saya mengharapkan Najib dapat menafikan semua tuduhan dan ramalan pemerhati politik ini dengan menampilkan kepimpinan yang telus, demokratik, adil dan berjaya mengatasi ekonomi negara.

Kepada pihak PR andai benar apa yang diramalkan oleh pemerhati politik di atas maka bersedialah dengan segala strategi dan kaedah untuk berlawan dengan Najib dalam Pilihanraya Umum ke 13 nanti atau mungkin PR terlebih dahulu berjaya mengambilalih kerajaan sebelum Najib ditabalkan sebagai Perdana Menteri baru.

Sama-sama kita tunggu episod seterusnya.

PANTUN PEMILIHAN UMNO ~ Ref Malaysiakini

Najib Razak makin ceria
Selepas Dollah jadi berhenti
Ramai perasan ahli suka
Mahukan jawatan penting diri

Anak Raja bernama Ku Li
Dari Gua Musang ke Sungai Siput
Makin tua makin menjadi
Walau di kata tarikh dah luput

Muhyiddin Yassin sudah sedia
Tanding Kerusi nombor dua
Zahid Hamidi pengecut rupanya
Tarik balik apa dikata

Ali Rustam perasan lebih
Cuba nasib belum tentu
Takut nanti kena sisih
Kalau kalah habislah aku

Mat Taib Mike Tyson
Larikan puteri macam bajingan
Ramai sungguh jadi calon
Umpama tempat jual ikan

Nur Azlan anak Mat Bulat
Terliur jawatan tinggi-tinggi
Hasrat bertanding mungkin tak sempat
Kouta calon penghalang diri

Syed Hamid bongkak sombong
Ditolak orang Kota Tinggi
Pemimpin Umno suka berbohong
Lama-lama jadi Menteri

Cari ilham lawan Muhyiddin
Hishamuddin Hussein menyepi diri
Jawatan Timbalan aku teringin
Esok lusa belum tahu lagi

Shafei Afdal jaga muzium
Dari Semporna datang ke sini
belanja sudah melancong belum
Bila lagi nak bawa ke Mali

Rais Yatim teringin bertanding
Cubaan kedua siapa tahu
Kalau kalah pasti terpelanting
Balik Jelebu jual taufu

Isa Samad muka tak malu
Rasuah orang tak segan silu
Muka tembok memang macam tu
Ahli Umno jangan dungu

Rahim Thamby kawan Najib
Lim Guan Eng Jadi Mangsa
Kali ini cuba nasib
Isu lama patut diambil kira

Khairy Jamaluddin tawar diri
Lagak samseng memang hobinya
Ini kali bertanding sendiri
Tiada bantuan dari Mertua

Khir Toyo MB pencen
Kalah di Selangor muka tak malu
Muka cantik ubah fesyen
Kalau tewas baru tahu

Mukhriz Mahathir misai ciput
Pantang dirinya mengaku kalah
Ayahnya suka melalut-lalut
Siang malam hentam Dollah

Gila kuasa gila pangkat
Semua perasan diri hebat
hendak bertanding tidak disekat
Tak berbincang tidak berpakat

Umno reput tak lama hancur
Akibat pemimpin kumpul kekayaan
Tunggu mati tunggu lebur
Biar PR ambilalih pentadbiran

Rakyat derita akibat Dollah
Najib sambung lagi dahsyat
Banyak isu banyak masalah
Hidup rakyat makin melarat

ANWAR TETAP YAKIN PR AKAN BENTUK KERAJAAN~ Ref Malaysiakini

Di tengah-tengah kemelut pertelagahan dalam Umno yang berebut jawatan sekarang, Pakatan Rakyat terus komited untuk menubuhkan kerajaan baru walaupun diperlekehkan oleh ramai orang.

Bagi saya usaha ke arah itu nampaknya semakin dipergiatkan lagi setelah PAS secara terang-terang menyatakan komitmennya untuk membantu merealisasikan kehendak dan aspirasi rakyat. Kalau sebelum ini ada pihak yang mempertikaikan sikap sesetengah pemimpin PAS yang seolah-olah tidak berminat untuk bersama-sama menjayakannya kini semuanya jelas apabila PAS mempertegaskan bahawa pimpinan tertinggi parti akan mewakili PAS dalam setiap mesyuarat PR.

Begitu juga DAP kita lihat 'stand' mereka sentiasa jelas iaitu komited kepada apa juga hasrat PR untuk membentuk kerajaan baru.

Seperti yang dinyatakan oleh Anwar sebelum ini, bahawa PR tidak kisah siapa yang akan mengepalai Umno kerana isu bukannya siapa yang jadi Perdana Menteri, isunya ialah BN sudah parah, korup tidak lagi diterima rakyat.

Semalam Anwar sekali lagi menegaskan bahawa akan PR mengambil alih kuasa kerajaan Barisan Nasional (BN).

Katanya, walaupun tarikh 16 Sept tidak dicapai, Pakatan Rakyat tetap akan meneruskan usaha untuk menubuhkan kerajaan pusat.

Semasa berceramah di Padang Perdana Kota Baharu malam tadi Anwar berkata kelewatan penubuhan kerajaan baru adalah sebagai ujian kesabaran dan istiqamah anggota PR. Ianya tidak semestinya tidak menjadi kenyataan walaupun tarikh 16 September sudah berlali.

Menurutnya hasrat menubuhkan kerajaan PR bukannya olok-olok.

PANDUAN UNTUK MEMILIH CALON PRESIDEN UMNO ~ Ref Malaysiakini

Walaupun saya bukanlah seorang ahli Umno tetapi saya berhak untuk memberikan cadangan dan tip kepada semua ahli-ahli Umno dalam usaha mereka memilih calon yang paling sesuai untuk menjadi Presiden Umno.

Kita semua tahu pemilihan hanya akan dibuat pada Mac 2009, namun begitu oleh kerana pencalonan akan dibuat semasa persidangan Umno Bahagian-bahagian yang bermula semalam jadi ada baiknya untuk saya memberikan tip-tip sekarang.

Terpulang kepada ahli-ahli Umno samada ingin menerima tip saya ini atau menolaknya mentah-mentah.

Tip-tip tersebut adalah seperti berikut :-

1) Pilihlah orang yang beragama atau sekurang-kurang paling beragama dan bersih (paling tidak kotor) dikalangan pemimpin yg ada.

2) Pilihlah orang yang paling kurang kontroversi (sebab semuanya boleh kata ada kontroversi). Orang yang ada kontroversi seperti terlibat dengan pembunuhan, komersil kapal selam dan sebagai minta dijauhkan (walaupun tidak ada bukti atau tidak dibuktikan). Tidak ada kontroversi terlibat dengan skandal perempuan dan lain-lain

3) Pilihlah orang yang berani menegur pimpinan dan bukan 'Yes Man'.

4) Pilihlah orang yang isterinya bertudung, tidak ada kontroversi dan paling solehah.

5) Pilihlah orang yang adik beradiknya tidak terlibat dengan perniagaan besar-besar kerana ditakuti nanti ada amalan kronisme dan sebagainya..

6) Pilihlah orang yang tidak banyak membuat janji ke sana ke mari, masuk kampung keluar kampung tetapi janji jarang ditepati

7) Pilihlah orang yang institusi kekeluargaannya tidak pernah terdengar bermasalah kerana kalau rumahtangga pun hancur bagaimana hendak mentadbir negara.

8) Pilihlah orang yang tidak takut bini kerana dibimbangi bukan dia yang jadi Perdana Menteri tetapi bininya yang mengawal semua.

9) Pilihlah orang yang isterinya tidak boros,tidak suka bermewah-mewah dan tidak suka bermegah-megah kerana ini boleh mempengaruhi corak pentadbiran suaminya.

10) Pilihlah orang yang boleh menjadi Imam sembahyang jemaah.

Banyak lagi tip yang boleh saya nukilkan di sini tetapi cukuplah 10 tip itu untuk panduan.

ANDAIKATA DI DALAM UMNO TIDAK ADA YANG SESUAI SAYA CADANGKAN AHLI-AHLI UMNO TIDAK MEMBUAT SEBARANG PENCALONAN DALAM MESYUARAT BAHAGIANNYA DAN UMNO BAHAGIAN MENGUSULKAN SUPAYA UMNO MEMBERIKAN PELUANG KEPADA PAKATAN RAKYAT MENGAMBILALIH PERALIHAN SECEPAT MUNGKIN KERANA DI DALAM PAKATAN RAKYAT RAMAI PEMIMPIN YANG MEMENUHI CIRI-CIRI DIATAS. PR ADA ANWAR IBRAHIM, TUAN GURU HJ HADI, TUAN GURU NIK AZIZ DAN LAIN-LAIN.

MAHATHIR MULA SERANG NAJIB, SIAPA SEBENARNYA YANG BELIAU SOKONG? ~ Ref Malaysiakini

Setelah 'berjaya' menumbangkan Dollah kini Mahathir menghalakan meriam kataknya kepada calon Presiden Umno, Najib Razak. Apa tujuan Mahathir berbuat demikian mungkin adalah untuk memperlekehkan Najib dan mengangkat orang lain supaya disokong oleh ahli Umno.

Sejak isu jambatan bengkok bermula, meriam Mahathir tidak putus-putus 'menembak' Dollah sehingga Dollah gagal menahannya. Semua serangannya tidak dijawab oleh Dollah. Kini giliran Najib pula.

Najib dituduh sebagai tidak cekap kerana tidak mempunyai pendirian sendiri dan sering mengikut nasihat Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Mahathir juga langsung tidak memberikan penghargaan kepada peranan Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri apabila menyatakan beliau tidak tertarik dengan Timbalan Presiden Umno itu.

Menurutnya Najib perlu membuat perubahan apabila mengambil alih teraju kepimpinan negara kelak.

Bagaimanapun Mahathir belum memberikan kepastian siapa yang belum cadangkan untuk menentang Najib walaupun sebelum ini beliau membayangkan bekas seteru ketatnya Ku Li sebagai calon yang sesuai untuk menggantikan Dollah.

Saya menjangkakan Mahathir terpaksa akur bahawa Najib adalah pilihan terbaik disebabkan Ku Li sudah dikatakan 'expired' dan tidak sesuai lagi untuk memimpin negara.

Namun begitu bagi saya mencadangkan kepada ahli-ahli Umno supaya memikirkan semasak-masaknya siapa yang paling layak untuk menjadi pemimpin mereka.

MUHYIDDIN CARI JALAN SELAMAT ~ Ref Malaysiakini

Naib Presiden Umno, Muhyiddin Yassin nampaknya jelas mengambil sikap bersabar dan mencari jalan selamat dalam meneruskan kerjaya politiknya. Kalau sebelum ini beliau diramalkan akan menentang Najib untuk jawatan Presiden Umno, pagi ini beliau mengumumkan hanya akan bertanding jawatan Timbalan Presiden, suatu keputusan yang memang diramalkan oleh pemerhati politik.

Muhyiddin sebaliknya mencadangkan kepada seluruh Bahagian-bahagian Umno supaya mencalonkan Najib untuk jawatan Presiden Umno. Dengan ini Muhyiddin akan bertanding untuk merebut jawatan Timbalan Presiden bersama-sama dengan Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam; Ketua Penerangan Umno, Mohamad Mohd Taib dan Ketua Umno Bahagian Pulai, Nur Jazlan Mohamad.

Sebelum itu Zahid Hamidi yang turut 'terliur' untuk bertanding menarik balik keinginan dan hanya akan bertanding untuk jawatan Naib Presiden sahaja.

Jelas sekali Muhyiddin ingin memastikan kedudukannya tidak terancam kerana jika beliau menentang Najib dan tewas maka sudah tentu karier politiknya akan tamat kerana di dalam Umno Presiden Pantang Dicabar, siapa cabar alamatnya tidak lama selepas itu masuk 'lubang kubur' politik.

Ketika mengumumkan hasratnya itu pagi ini, Muhyiddin yang juga naib presiden Umno berkata, beliau mahu membantu bakal presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, Najib memerlukan barisan kepimpinan yang teguh, bersatu serta sentiasa menyokong dan membantu beliau.

Saya mengjangkakan selepas Mohd Ali dan Mat Taib akan berfikir dua kali samada ingin menentang Muhyiddin atau sebaliknya bertanding kerusi Naib Presiden. Ini kerana reputasi dan imej Muhyiddin sebagai seorang lantang, berani, berterus terang dan berpandangan jauh sudah tentu menggerunkan Ali dan Mohd.

Namun begitu kita belum dapat memastikan adakah Najib bersedia untuk bergandingan dengan Muhyiddin kerana Najib sudah tentu mempunyai strategi dan pandangan sendiri tentang siapa yang dirasakan sesuai bersama beliau.

Siapa tahu Najib mahukan Hishamuddin sepupunya atau Mat Taib, mungkin juga Ali Rustam. Sudah menjadi amalan dalam Umno bahawa Presiden Umno akan memilih calon Timbalan Presiden yang dirasakan tidak melawan 'taukeh' atau tidak mungkin melawan 'taukeh'. Dalam isu ini Muhyiddin mungkin tidak sesuai untuk Najib kerana Muhyiddin sendiri jelas menunjukkan sikap berani dan lantang mengkritik Dollah sebelum ini. Atas dasar ini mungkin Najib akan memilih calon lain yangs sesuai untuk bergandingan dengan beliau.

Saya tidak terperanjat jika sehari dua ini Najib akan membuat pengumuman bahawa beliau tidak akan memihak kepada sesiapa untuk menjadi Timbalannya. Tetapi dalam senyap-senyap memasang strategi untuk membantu seseorang memenangi jawatan nombor 2 tersebut.

Walaupun sekarang ini rata-rata media dan ahli-ahli Umno seolah-olah menamakan gandingan Najib-Muhyiddin sebagai gandangan ideal dan mantap namun ianya mungkin berubah selepas ini.

Siapa tahu kepimpinan Razak-Hussein akan diperturunkan kepada gandingan anak-anak mereka iaitu Najib-Hishamuddin.

Semuanya boleh berlaku. Yang pasti masing-masing sedang mencari cara paling selamat untuk memastikan mereka menang jawatan yang dihajati. Kaedah untuk menang sudah difahami semua. Halal Haram mungkin dikesampingkan.

Selamat Berjuang kepada semua pemimpin Umno.

ORANG POLITIK TIDAK PERNAH TEKAN MUFTI?, TETAPI KERAJAAN SERING MENGHINA & TIDAK HORMATI MUFTI ~ Ref Malaysiakini

Semalam Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria membuat kenyataan bahawa Institusi mufti di negara ini "tidak pernah ditekan" oleh pemimpin politik kerajaan dan isu ini tidak pernah berbangkit dalam muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan.

Menurutnya selama 24 tahun beliau menjadi mufti, tidak ada (tekanan) dan beliau bebas mengeluarkan pandangan.

Malah beliau juga berpandangan bahawa di negeri-negeri lain pun tidak ada tekanan sedemikian.

Saya tidak mahu memberi komen kepada kenyataan di atas. Cuma saya ingin memberikan beberapa fakta sejarah yang lama dan baru untuk renungan para pengunjung blog saya ini:-

Di bawah ini saya nyatakan beberapa teguran dan nasihat Mufti yang langsung tidak diendahkan oleh kerajaan BN :-
a) Akta ISA yang bertentang dengan Islam - Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin
b) ASB Haram - Allahyarham Datuk Ishak Baharom
c) Gejala Murtad semakin parah dengan 250,000 orang Islam murtad - Mufti Perak
d) Sure Heboh Haram - Mufti Perak
e) Kalungan Bunga dan tunduk hormat kepada Tugu Haram -Mufti Perlis


dan banyak lagi pandangand dan nasihat mufti yang dipandang ringan oleh kerajaan BN...

Bekas Mufti Selangor, Allahyarham Datuk Hj Ishak Baharom 'dipecat' dari jawatannya oleh kerajaan Selangor kerana mengeluarkan beberapa fatwa atau pendapat yang bertentangan dengan aspirasi kerajaan.

Saya mengajak seluruh rakyat khasnya umat Islam di Malaysia menilai semula sikap kerajaan BN ini yang jelas menghina dan tidak menghormati institusi Mufti.

Kepada para Mufti pula, Sahibus Samahah semua mempunyai tanggungjawab besar menegur dan menasihati kerajaan. Terpulanglah kepada kerajaan untuk mendengar dan akur dengan nasihat tuan-tuan. Jika kerajaan engkar, kerajaan bukannya setakat menghina dan engkar kepada mufti tetapi sebenarnya mereka engkar kepada Allah.

09 October 2008

MAT TAIB TAK MAHU KETINGGALAN, IKUT SAMA TERINGIN NAK JADI NO 2 ~ Ref Malaysiakini

Nafsu besar, angan-angan besar, itu memang sifat yang dijadikan oleh Allah pada manusia. Cuma lain orang lain caranya, lain orang lain gayanya. Yang pasti sesiapa yang dapat mengawal nafsu dan angan-angan supaya selaras dengan tuntutan Islam maka orang itulah paling beruntung.

Seperti yang pernah saya postingkan sebelum ini bahawa di dalam Umno wabak 'gila' dan tergila-gila kepada jawatan memang sudah lama berakar umbi di lubuk hati dan otak mereka. Cuma sebelum ini oleh kerana ujudnya sistem kouta dan arahan dari pucuk pimpinan supaya tiada pertandingan maka nafsu besar dan angan-angan tersebut terpaksa dipendamkan sehingga sampai masanya.

Jadi kini masanya sudah sampai di mana Presiden sudah menyatakan untuk mengundur diri dan tiada arahan supaya jawatan tertinggi tidak dipertandingkan maka berduyun-duyunlah individu yang 'gila' dan tergila-gila kepada jawatan menawarkan diri untuk bertanding jawatan tertinggi dalam Umno.

Sekarang ini sudah 2 orang menawarkan diri untuk bertanding jawatan Presiden dan 4 orang untuk jawatan Timbalan Presiden.

Terbaru Ketua Penerangan Umno, Mohamad Mohd Taib turut sama tidak mahu ketinggalan cuba menggapai jawatan nombor 2 dalam Umno iaitu Timbalan Presiden. Congak punya congak akhirnya Mohamad Taib mungkin merasakan lebih baik bertanding mana tahu untung-untung boleh menang. Kalau tidak cuba langsung tidak ada peluang, mungkin itu yang difikirkan Mat Taib. Kalau kalah beliau masih mempunyai peluang untuk dilantik mengisi jawatan tertentu asalkan pandai kipas dan membodek.

Kita masih lagi menunggu keputusan seorang lagi pemimpin kanan Umno iaitu Muhyiddin Yassin samada ingin mencabar Najib untuk jawatan Presiden atau menyertai rakan-rakan lain 'berlumba' untuk jawatan Timbalan Presiden. Malah mungkin juga beliau mencari jalan paling selamat iaitu mempertahankan jawatan Naib Presiden yang disandangnya sekarang. Namun saya menjangkakan beliau sudah pasti akan memilih jawatan nombor 1 atau 2 kerana rakan-rakan lain yang lebih junior pun berangan-angan besar mustahil beliau tidak mempunyai nafsu sepertimana yang lain.

MUHYIDDIN - PRESIDEN, HISHAMUDDIN - TIMBALAN PRESIDEN? ~ Ref Malaysiakini

Esok akan berlaku dua lagi pengumuman penting? Ada para pemerhati politik menjangkakan Naib Presiden Umno, Muhyiddin Yassin akan mengumumkan untuk bertanding menentang Najib bagi jawatan Presiden, manakala Hishamuddin Hussein akan bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden.

Perkara ini tidak mustahil kerana sesiapa juga bebas untuk bertanding apa juga jawatan yang mereka mahu.

Hishamuddin mungkin mahu mengulangi sejarah lama apabila bapanya dan bapa Najib sama-sama mengetuai kerajaan Malaysia suatu ketika dulu di mana bapa Najib, Tun Razak menjadi Perdana Menteri dan bapa Hishamuddin, Hussein Onn menjadi Timbalan Perdana Menteri. Besar kemungkinan gandingan bersaudara sebegini akan berulang kerana setakat ini Hishamuddin beluam memberikan sebarang komen selepas Pak Lah mengumumkan untuk tidak mempertahankan jawatannya.

Jadi gandingan Najib-Hisham akan mengulangi sejarah gandingan Razak-Hussein. Razak dan Hussein merupakan biras kerana isteri kedua-dua adalah adik beradik. Jadi Najib dan Hishamuddin adalah sepupu.

Ramai menjangkakan Muhyiddin akan menentang Najib dan Ku Li kali ini kerana inilah kesempatan terbaik untuknya menentang Najib kerana selepas ini kedudukan Najib sudah tentu semakin kuat dengan kuasanya sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno.

Muhyiddin tidak boleh menunggu lama kerana masing-masing pun sudah berumur dan yang pasti Najib akan mengetepikan beliau nanti kerana tidak mahu Muhyiddin yang lantang itu menjadi duri dalam daging baginya. Kedudukan Najib mungkin tergugat jika membiarkan Muhyiddin terus berada di kedudukan selesa.

Malah kedudukan Muhyiddin sendiri tidak menentu jika bertanding jawatan Timbalan dan Naib Presiden kerana Najib dan orang-orangnya sudah tentu akan bekerja kuat untuk memastikan Muhyiddin kecundang kali ini. Oleh itu Muhyiddin benar-benar terdesak sekarang umpama ditelan mati emak diluah mati bapak.

Para pemerhati juga sedang mencongak siapakah agaknya gandingan Muhyiddin jika beliau memilih untuk bertanding jawatan Presidem. Ali Rustam? Bukan, Zahid Hamudi? Bukan; atau Nur Jazlan Mohamad? Muhyiddin mesti mencari pasangan yang kuat untuk menentang gandingan Najib yang ada desas-desus mengambarkan bahawa Zahid Hamidi adalah budak suruhan Najib kali ini. Ini bermakna Najib-Zahid akan bertemu Muhyiddin -??? dalam pertarungan kalah mati kali ini. Atau mungkin juga Najib memilih Hishamuddin sebagainya gandingannya membentuk pasukan sepupu Najib-Hisham.

Mungkin Muhyiddin bergandingan dengan Ali Rustam? Tak mungkin rasanya Atau Muhyiddin-Mat Taib juga tidak cucuk. Lebih baik 'lone ranger'.

Bagi kerusi Naib Presiden orang-orang Najib seperti kawan sepermainannya Rahim Thamby Chik sudah mula berkira-kira untuk menang. Yang lain saya kurang pasti budak suruhan Najib dalam 'list' para 'penggila' jawatan Naib Presiden.

JANJI 5 TAHUN BELUM DITUNAIKAN, KINI JANJI 5 INISIATIF BARU PULA ~ Ref Malaysiakini

Dah hendak berhenti pun janji 5 tahun dulu masih belum ditunaikan. Berjanji mudah tetapi untuk menunaikannya amat liat. Itulah yang terjadi kepada Pak Lah, Perdana Menteri yang akan meninggalkan tugas 5 bulan lagi dan khabarnya ada 5 inisiatif lagi yang akan dibuat.

Antara janji beliau ialah untuk membasmi rasuah tetapi rasuah bertambah. Cari Al Ghazali dan As Syafei tetapi hanya jumpa anak Ghazali (Tajol Rosli) dan Shafei Afdal (yang tak berapa afdhal).

Semua janji bagaikan menanam tebu dibibir mulut. Indeks persepsi rasuah CPI semakin teruk. Kononnya cari Al Ghazali dan As Syafei tetapi corak pentadbiran beliau langsung berlawanan dengan roh dan amalan kedua-dua ulama' besar tersebut. Yang diikut hanyalah perangai dan idea Anak Ghazali Jawi dan As Shafie Afdal.

Kini khabarnya hendak bikin 5 inisiatif lagi cakap boleh dengar tetapi pelaksanaan belum tentu.

Lima inisiatif yang akan dilaksanakan Abdullah sepanjang lima bulan akan datang ialah menubuhkan tiga agensi penting iaitu Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Suruhanjaya Aduan Khas.

Selain itu Abdullah mahu kekayaan dan hasil kemakmuran negara perlu diagihkan secara lebih adil ke serata negara. Ini termasuk dalam inisiatif ekonomi.

Abdullah juga mahu memastikan negara mengadakan Konvensyen Barisan Nasional awal tahun depan. Beliau mahu melihat kerajaan dan BN memperbaharui komitmen mereka terhadap usaha mewujudkan sebuah Negara yang bersatu dan harmoni.

Kalau setakat tubuh suruhanjaya tetapi pelaksanaan dan perjalanan tidak ada apa-apa tidak ada gunanya seperti apa yang terjadi kepada suruhanjaya penambahbaikan Polis dan suruhanjaya siasati kes correct,correct,correct sehingga ini entah khabar beritanya. Polis terus sama macam dulu.

Kekayaan negara masih berlegar dikalangan pemimpin dan ahli-ahli Umno dan parti komponen BN lain.

Niat untuk mewujudkan suasana harmoni dan bersatu tidak akan berjaya selagi dasar hasad dengki BN, akta-akta zalim dan sistem yang tidak demokratik tidak dihapuskan.

5 bulan bukan masa yang lama bagi Pak Lah. Bagi saya adalah lebih baik Pak Lah tidak berjanji kerana seperti kata Mahathir Pak Lah hanya pandai berjanji tetapi tidak pernah menunaikannya.

FELDA JADI TALIAN HAYAT BN PAHANG ~ Ref Malaysiakini

Felda memang menjadi penyelamat BN di Pahang. Kalau tidak ada felda sudah tentu kerajaan BN Pahang sudah tergolek. Manakan tidak mengikut congakan ku hampir lebih separuh DUN di Pahang mempunyai rancangan Tanah Felda.

Semua sedia maklum bahawa peneroka Felda dicucuk hidung sejak dulu supaya menyokong BN semasa Pilihanraya. Pelbagai cara digunakan untuk 'menipu' peneroka supaya terus menjadi pengundi tegar BN. Selain menipu BN juga menggunakan senjata ugutan, janji dan duit untuk memastikan peneroka Felda menjadi penyokong setia mereka.

Seperti yang saya katakan tadi lebih separuh DUN di Pahang mempunyai Felda. Di Parlimen Cameron Highland, DUN Jelai terletaknya Felda Sungai Koyan 1, 2 dan 3. Ketiga-tiga peti undi menyumbangkan lebih separuh dari pengundi DUN Jelai. Itu sebabnya BN begitu mudah untuk memenangi DUN ini.

Di Parlimen Lipis, DUN Padang Tengku mempunyai Felda Gugusan Kecau dan Aur Gading> Kedua-dua Felda inilah sebenarnya yang menyelamatkan DUN ini dari jatuh ke tangan PAS pada Pilihanraya Umum 1999 dimana Calon BN, Abdul Halim Mansor hanya menang dengan majoriti 86 undi sahaja mengalahkan Calon PAS, Allahyarham Ustaz Abdullah Rasad Omar.

Parlimen Jerantut, DUN Tahan mempunyai Felda Sg Retang, Padang Piol dan Jengka 11 dan lain-lain.

Parlimen Raub, DUN Batu Talam terletak di dalam Felda Tersang 1, 2 dan 3.

Parlimen Maran, Beberapa buah Felda Jengka terletak di dalam DUN Luit, Chenor dan Kuala Sentol.

Parlimen Bera, lagi banyak di mana DUN Kemayan majoritinya diliputi oleh Felda seperti Tembangau, Mengkuang dan lain-lain. DUN Guai mempunyai Felda Purun, Rentam, Bukit Mendi, Kumai, Bukit Puchong dan lain-lain.

Parlimen Kuala Krau juga terdapat banyak Felda. Contohnya DUN Jenderak mempunyai Felda Jenderak Selatan dan Utara manakala DUN Jengka memang dapat disangkal mempunyai 100 % Felda. Di DUN inilah jika tidak kerana ugutan, sogokan dan sebagai sudah pasti Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man akan kembali merampas DUN ini dari BN.

Parlimen Bentong juga mempunyai banyak Felda. Umpamanya Felda Lurah Bilut, Mempaga dan lain-lain.

DUN Lanchang di Parlimen Temerloh juga mempunyai beberapa buah Felda seperti Bukit Damar, Lakum dan lain-lain.

Begitu juga dengan Parlimen lain seperti Kuantan, Indera Mahkota, Paya Besar, dan Pekan.

Oleh kerana itulah Najib begitu mengambil berat akan Felda sehingga hampir setiap minggu beliau akan turun ke Felda terutama di kawasannya Pekan.

Selain itu pelbagai projek kononnya dijalankan untuk memastikan kebajikan peneroka dan anak peneroka terbela. Namun hakikatnya peneroka terus dibuai dengan 'sogokan' bonus, wang raya dan sebagainya yang sebenarnya duit peneroka sendiri yang di'simpan' oleh Felda. Maka setiap musim perayaan ataupun pilihanraya duit ini akan dikembalikan kepada peneroka atas label bonus, wang saguhati, elaun, bantuan dan sebagainya.

Semua ini adalah lakonan Najib dan orang tua suruhannya Yusof Nor, menteri pencen yang masih belum insaf terus memperdayakan peneroka.

PANTUN SEDIH UNTUK PAK LAH ~ Ref Malaysiakini

Lima tahun jadi Perdana Menteri
Terasa sekejap sekelip mata
Hajat dihati nak sambung lagi
Apakah daya orang tak suka

Sedu sedan terasa sedih
Terpaksa lepaskan jawatan Presiden
Hati remuk lagi pedih
Muka pucat disapu losyen

Tiada pembantu tiada drebar
Bila pencen pasti dihina
Anak menantu berdebar-debar
Kayuh 'perahu' tanpa mertua

Seri Perdana Tinggal kenangan
Kena halau oleh Si Rosmah
Tinggal pangkat tinggal jawatan
Kena cemuh kena sumpah

Sayang jawatan sayang pangkat
Tanpa Kuasa orang tak layan
Apakan orang dah meluat
Ikutkan hati tidak ku lepaskan

Menteri Kewangan Menteri Pertahanan
Banyak Projek Banyak rancangan
6 bulan dalam genggaman
Masih banyak boleh ku lakukan

Sayang kuasa sayang jawatan
Terasa sekejap jawatan disandang
Tidur lena tidak perasan
Bagaikan mimpi aku diterajang

Perasan dahsyat perasan hebat
Lebih tidur dari jaga
Apakan daya orang dah meluat
Akhirnya berhenti kerana terpaksa

Banyak sungguh angkara ku buat
Tangkap orang tanpa bicara
Kejar kuasa kejar pangkat
Diri sendiri akhirnya dihina

Sehingga kini masih di penjara
Anak isteri mahukan pembebasan
Zalim sungguh undang-undang rimba
Bila dosaku akan diampunkan

Nasibku sama seperti Mahathir
Masa depan belum tentu
Aku dihina macam Pak Pandir
Akibat pertahan anak menantu

Anak menantu kaya raya
Pangkat dan Kuasa Najib yang tuntut
6 bulan masih ada
Untuk cekau apa yang patut

Tiada kata secantik bahasa
Hendak ku tutur secara baik
Apakan daya ku pergi jua
Hajat dihati nak tarik balik

Malunya aku terpaksa berhenti
Tersilap kata buruk padahnya
Hajat dihati nak sambung lagi
Apakan daya dah beritahu semua

08 October 2008

PEMIMPIN UMNO TIDUR BERALASKAN DUIT ~ Ref Malaysiakini

Siapapun tidak boleh menyangkal bahawa pemimpin-pemimpin Umno memang banyak duit seolah-olah tidur beralas dan bertilamkan duit. Dari mana mereka dapat duit yang begitu banyak saya pun kurang pasti, tau sama tau ajelah (TST).

Lihat sahaja rumah, kereta dan harta pemimpin Umno. Rumah besar, kereta besar, bini besar dan macam-macam harta mereka ada. Kalau hendak dibandingkan rumah Ketua Umno Cawangan lebih besar dan cantik dari rumah Tuan Guru Nik Aziz dan Haji Abdul Hadi.

Bayangkan ada pemimpin Umno yang mempunyai rumah dengan biliknya berjumlah 16 buah. Ada pemimpin Umno membawa duit 'cash' ratusan ribu keluar negeri dan macam-macam lagi.

Bukti lain terpampang di depan mata di mana pemimpin-pemimpin sanggup mengeluarkan diri untuk merasuah perwakilan Umno pada mesyuarat cawangan-cawangan Umno baru-baru ini sehingga terdapat 512 laporan yang melibatkan rasuah politik atau politik wang yang diajukan kepada Jawatankuasa Disiplin dan Tatatertib sehingga sekarang.

Adalah dijangkakan lebih banyak lagi kes rasuah dan politik akan berlaku sebaik sahaja persidangan Bahagian-bahagian Umno bermula esok.

NEGARA PIMPINAN NAJIB AKAN TERJERUMUS KE BENCANA LEBIH BESAR ~ Ref Malaysiakini

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mempertegaskan bahawa negara akan menghadapi bencana lebih besar andai ianya diperintah oleh Najib Razak. Amaran ini dinyatakan oleh Anwar semalam sebagai komen terhadap peralihan kuasa yang bakal berlaku pada Mac 2009.

Umum mengetahui bahawa Anwar mengenali Najib luar dan dalam kerana Najib merupakan anak buahnya di dalam Pemuda Umno semasa Anwar memimpin Pergerakan itu. Selepas Ketika Anwar menjadi Timbalan Presiden Umno, Najib adalah salah seorang dari Naib Presiden Umno dari team wawasan yang dikatakan menjadi penyokong Anwar bersama-sama dua lagi Naib Presiden iaitu Muhyiddin Yassin dan Mat Taib.

Jadi tidak hairanlah bahawa Anwar memang berhak membuat komen kerana beliau memang mengenali siapa Najib sebenarnya.

Bagi saya secara peribadi saya tidak pernah mendengar desas-desus Pak Lah mempunyai skandal itu dan ini. Tidak pernah saya mendengar Pak Lah terlibat dengan konspirasi tertentu. Namun bagi Najib dari dulu lagi saya mendengar adanya isu-isu kontroversi bermacam-macam tetapi saya tidak tahu samada ia benar atau tidak. Jadi tidak perlu saya ulas di sini kerana ianya belum tentu sahih.

Mengapa Anwar berkata negara akan menghadapi bencana yang besar andai Najib menjadi Perdana Menteri?

Tau sama tau kan (TST).

'PENGGILA' JAWATAN PASANG ANGAN-ANGAN BESAR ~ Ref Malaysiakini

Bakal-bakal Calon Timbalan Presiden sedang berkira-kira dan membuat congakan Bahagian mana yang akan mencalonkan mereka untuk bertanding jawatan yang diidamkan pada pemilihan Mac 2009 nanti.

Ada yang mungkin sedang membuat bajet berapa yang harus dibelanjakan untuk merealisasikan angan-angan tersebut. 100,200,300 ribu tidak cukup untuk mereka berbelanja untuk menang. Bajet kemungkinan mencecah jutaan ringgit, al maklumlah bertanding Timbalan Presiden, sedangkan bertanding Ketua Bahagian pun ada yang menghabiskan ratusan ribu.

Itulah resam Umno sekarang. Kalau tidak ada duit jangan harap hendak menang. Kalau tidak ada 'fulus' jangan harap hendak bertanding. Lebih malang lagi ada yang menggunakan darjah kebesaran dan pingat kerajaan negeri sebagai imbuhan jika mencalon atau mengundi calon-calon tertentu. Memang tidak maruah dan harga diri pemimpin jenis ini. Namun merekalah yang sedang diagung-agungkan oleh orang Umno sekarang.

Kali ini saya menjangkakan pertandingan akan lebih sengit, kotor dan jijik. Manakan tidak masing-masing sudah pasti bergolok-bergadai demi untuk mencapai hajat nafsu besar mereka. Malah semua jawatan tertinggi adalah terbuka kerana tiada penyandangnya.

Sekarang ini pun sudah 512 laporan rasuah politik diterima oleh jawatankuasa tatatertib Umno. Saya jangka selepas sudah tentu berguni-guni laporan salahlaku dan rasuah akan dibuat yang akhirnya saya yakin jawatankuasa ini pening kepala kerana hampir semua calon terlibat dengan politik wang atau rasuah politik ini. Jadi kemungkinan besar semua kes ditutup demi untuk menutup pekung Umno.

Jadi sudah sampai masanya Pak Lah menyerahkan tampuk pemerintahan ini bukan kepada Najib tetapi kepada Pakatan Rakyat (PR) demi masa depan negara dan rakyat. Tidak ada gunanya beliau menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Najib kerana Najib sebenarnya lebih teruk dari Pak Lah. Seperti kata Anwar, Najib akan membawa bencana yang lebih besar kepada negara dan rakyat andaikata beliau dilantik menjadi Perdana Menteri menggantikan Pak Lah.

KHAIRY ADA 6 BULAN LAGI TENTUKAN NASIB ~ Ref Malaysiakini

Menantu Pak Lah, Khairy Jamaluddin masih mempunyai 6 bulan lagi untuk menggunakan segenap jentera dan 'machinery' Pak Lah untuk memastikan beliau menang dalam perebutan menggila menjawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia.

Jangkamasa 6 bulan dirasakan cukup untuk beliau menggunakan segalanya secara menggila demi masa depan survival politiknya yang tidak menentu selepas Pak Lah pencen terpaksa.

Lawannya Mukhriz Mahathir, Khir Toyo dan Zahidi Zainol Abidin bukan calang-calang orang untuk ditumbangkan. Masing-masin mempunyai kekuatan dan keistimewaan di sisi orang Umno tetapi otak, pemikiran dan perangai sama sahaja di sisi kita pejuang kebenaran. Mereka semua menganut fahaman kebendaan dan mengejar pangkat serta kuasa.

Khairy sudah tentu kehilangan senjata yang paling ampuh iaitu bapa mertuanya yang tidak akan memegang jawatan nombor 1 dalam Umno selepas Mac 2009. Kalau sebelum ini Khairy menang mudah akibat sifat pengecut pemuda Umno yang tidak berani menentangnya kini 'spinach' itu tiada lagi. Beliau sudah tidak digeruni lagi. Malah kita menjangkakan akan ada pemuda bahagian yang mencemuh dan 'memboo' beliau kerana sifat 'hebat' dan keras beliau yang berlagak bagaikan samseng kampung dusun.

Kali ini Khairy akan tahu langit tinggi atau rendah dan juga dia akan bertemu buku dengan ruas. Silap hari beliau juga terpaksa pencen bersama-sama bapa mertua beliau yang baru tersedar bahawa beliau tersilap mengumumkan berhenti pada Mac 2009.

KAU PERGI JUA, NAMUN KEMELUT DALAM UMNO BERTAMBAH PARAH~ Ref Malaysiakini

Akhirnya Pak Lah pergi jua tapi masih mempunyai 6 bulan untuk memperkukuhkan kedudukan empayar menantu Khairy dan anaknya Kamaluddin.

Pak Lah membuat pengumumannya di PWTC selepas mesyuarat majlis BN sebentar tadi.

Beliau juga akan melepaskan jawatan perdana menteri dan menyerahkan kuasa kepada timbalannya pada Mac apabila Najib Razak dijangka dipilih sebagai presiden baru parti itu. Namun belum 'confirm' Najib boleh memenangi jawatan Presiden Umno jika ada pertandingan.

Keputusan perdana menteri itu yang diumumkan dalam taklimat Dewan Tertinggi BN petang ini sudah dijangka sejak keputusan terbaru mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT) bulan lepas.

Abdullah pada awalnya dijadual meninggalkan jawatan nombor teratas Umno, dan perdana menteri, pada pertengahan 2010.

Mesyuarat BN itu yang bermula selepas jam 3.30 petang masih lagi berlangsung ketika ini.

Pengumuman Pak Lah ini memberi ruang yang seluas-luasnya kepada para 'penggila' jawatan di dalam Umno untuk mengumumkan jawatan yang bakal mereka tandingi. Adalah dijangkakan Muhyiddin akan mengumumkan jawatan yang ditandinginya dalam masa terdekat samada ingin menentang Najib bagi jawatan Presiden atau merebut jawatan Timbalan Presiden dengan menentang beberapa 'penggila' jawatan itu yang lain seperti Ali Rustam, Zahid Hamidi dan mungkin juga Mat Taib, Rahim Thamby Chik, Rais Yatim dan lain-lain.

Dengan pengumuman Pak Lah ini saya menjangkakan lebih ramai 'penggila' jawatan akan mengumumkan untuk bertanding jawatan Naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi. Malah mungkin juga Khir Toyo akan menukar haluan bertanding jawatan Naib Presiden yang lebih kanan dari Ketua Pemuda.

Apapun keputusan Pak Lah ini sebenarnya langsung tidak meredakan kemelut di dalam Umno malah ianya lebih parah kerana lebih ramai yang bertanding jawatan tertinggi dan sudah tentu amalan politik wang dan salahguna kuasa akan berlaku berleluasa.

PARA PEMBODEK BERHIMPUN DI PWTC ~ Ref Malaysiakini

Para pembodek Pak Lah diberitakan sedang berhimpun untuk memberikan sokongan kepada Pak Lah supaya tidak berhenti dari menjadi Presiden Umno, kalau boleh untuk selama-lamanya walaupun Umno di bawah pimpinannya semakin lemah.

Bagi saya jika ikutkan hati memang mahukan Pak Lah terus memimpin Umno supaya Umno terus lemah,ganyut dan akhirnya meninggal. Namun hakikatnya tidak sanggup untuk berketuakan Pak Lah lagi lantaran kelemahan beliau dan parti memimpin negara ini.

Dilaporkan bahawa para pembodek membawa sepanduk tertulis 'Hormati peralihan kuasa, elakan perpecahan lagi' dan 'Pak Lah, teruskan perjuangan'.

Para pembodek tersebut juga melaungkan 'Hidup Pak Lah' dan 'Pak Lah presiden, Najib timbalan'.

Mungkin para pembodek ini mahukan Pak Lah menjadi Presiden Umno sehingga mati ataupun bagaikan perumpamaan 'mati berdiri dalam pejabat' sebab itu mereka beriya-iya benar berkumpul di PWTC hari ini.

Namun para pemerhati berpendapat para pembodek ini tidak perlu risau kerana Pak Lah kemungkinan besar tidak akan jadi berhenti dan mahu pelan peralihan kuasa yang asal diteruskan.

PANTUN SAYA PANTANG KENA CABAR ~ Ref Malaysiakini

Pergi Ke Kedai dengan Pak Jabar
Singgah sebentar di Kampung Nyalas
Saya pantang kena cabar
Siapa cabar akan di cantas

Naik kereta tanpa drebar
Naik motor menjual sayur
Saya pantang kena cabar
Siapa cabar pasti hancur

Mudik ke hulu hati berdebar
Mendayung ke hilir sehingga Zuhur
Saya pantang kena cabar
Siapa cabar pasti lebur

Sungai Sedili panjang dan lebar
Tempat mandi dara teruna
Saya pantang kena cabar
Siapa cabar maut padahnya

Bergaya sakan dengan motokar
Ditangkap Polis tiada berlesen
Saya pantang kena cabar
Siapa cabar tak lama pencen

Terasa sakit dicucuk selumbar
Penat menangis lama-lama senyap
Saya pantang kena cabar
Siapa cabar pasti lenyap

Mendaki gunung amatlah sukar
Susah payah tiada yang kenang
Saya pantang kena cabar
Siapa cabar pasti ditendang

Pak Lah kuat Pak Lah gagah
Pantang dicabar tidak goyah
Semua musuh pasti beralah
Tak sempat lawan pasti disergah
Perasan hebat tak mahu kalah
Guna kuasa nafsu serakah
Perasan kuat walau lemah
Guna kuasa tidak berhemah

PUISI PAK LAH ~ Ref Malaysiakini

AKU TIDAK AKAN BERHENTI

Aku tidak akan berhenti
Biarku mati berdiri di Pejabat
Walau aku dibenci ahli
Biar aku tak habis diumpat

Aku tidak akan berhenti
Biarku mati berdiri di Pejabat
Walau ramai yang membenci
Akan ku pertahankan walau merempat

Aku tidak akan berhenti
Biarku mati berdiri di pejabat
Walau aku dihina dicaci
Akan ku naikkan kembali martabat

Aku tidak akan berhenti
Biarku mati berdiri di pejabat
Walau apapun aku hadapi
Akan lawan bersama sahabat

Aku tidak akan berhenti
Biarku mati berdiri di pejabat
Walau mereka cemuh dan buli
Akan gunakan kuasa untuk menambat

Aku tidak akan berhenti
Biarku mati berdiri di pejabat
Walau pun mereka mengeji
Akan ku rungkai segala yang terikat

Aku tidak akan berhenti
Biarku mati berdiri di pejabat
Walau mereka semua dengki
Akan ku gunakan jampi firasat

Aku tidak akan berhenti
Biarku mati berdiri di pejabat
Mereka akan tahu nanti
Siapa yang kuat siapa yang hebat

Aku tidak akan berhenti
Biarku mati berdiri di pejabat
Mereka pasti menyesali
Seorang tidak ku tertinggal kelibat

SIAPA JAHAT HINDRAF ATAU KERAJAAN? ~ Ref Malaysiakini

Pelbagai pihak menuding jari menuduh Hindu Rights Action Force (Hindraf) tidak beradab, kurang ajar, tidak patut dan bertindak tidak sopan sewaktu menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan menteri-menteri Kabinet Rabu lalu.

Manakala Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pula mempertahankan tindakan Hindraf. Tuan Guru Haji Abdul Hadi menyifatkan penyokong Hindraf tidak biadab apabila bertemu Perdana Menteri pada rumah terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan menteri-menteri kabinet beragama Islam Rabu lalu.

Beliau berkata, tindakan penyokong Hindraf bertemu dan menyerahkan memorandum kepada Datuk Abdullah Ahmad Badawi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu bukan sesuatu yang biadab dan perlu dipandang dari sudut positif.

"Mereka dibenarkan masuk, mereka masuklah... kalau tak dibenarkan, macam mana mereka hendak masuk. Saya rasa itu tidak biadab, itu demokrasi... biasa. Kalau kita tengok di negara Barat, mereka benarkan orang demonstrasi di depan Rumah Putih... itu biasa... Kita kena lihat ini sebagai satu perubahan zaman Perdana Menteri kitalah.

"Kalau betul mereka tak mahu bagi Hindraf masuk, mereka boleh halang. Tetapi apa yang berlaku tidak ada polis yang halang. Tak ada masalah mereka jumpa Perdana Menteri macam tu... saya pun ada orang datang ke rumah. Kita kena lihat ia sebagai perubahan demokrasi di Malaysia, lagipun mereka tidak buat kecoh atau bertumbuk," katanya selepas berucap pada majlis perasmian Ijtima' Aidilfitri anjuran Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan Badan Perhubungan PAS negeri di Kuala Terengganu Ahad lalu.

Persoalannya sekarang mengapa Hindraf terpaksa datang ke rumah terbuka Perdana Menteri dalam keadaan demikian (kalau benar seperti didakwa). Bagi saya ini semua gara-gara Perdana Menteri dan Kerajaan BN yang langsung tidak melayan sebarang tuntutan Hindraf secara baik dan berhemah. Sebaliknya mereka seringkali kali di caci, dihina dan dicemuh oleh pemimpin kerajaan termasuk MIC.

Timbalan Presiden MIC, Datuk S. Veerasingam berkata, tindakan penyokong Hindraf itu memberi gambaran negatif terhadap kaum India negara ini.

"Tafsiran kaum lain terhadap kaum India mungkin terjejas selepas tindakan yang tidak bermoral kumpulan tersebut.Budaya kaum India menyinggung perasaan kaum lain pada perayaan mereka" katanya.

Persoalannya sekarang siapa yang lebih biadap, Hindraf atau kerajaan BN yang menahan orang awam tanpa bicara? Bagi saya kerajaan BN yang menahan rakyat tanpa bicara dan diberi peluang membela diri adalah lebih zalim dan biadap.

Kerajaan melalui media pembodek sebenarnya cuba mengalihkan isu dengan menghentam Hindraf sesuka hati bagi mengalihkan perhatian umum kepada isu sebenar iaitu kezaliman kerajaan menggunakan ISA untuk menahan orang awam tanpa dibuktikan bersalah. Malah di saat rata-rata parti-parti komponen BN mahukan ISA dihapuskan atau sekurang-kurangnya dikaji semula pemimpin Umno bermati-matian mempertahankan penggunaan ISA.

Saya bersetuju dengan pandangan Anwar bahawa selain bertujuan untuk mengalihkan isu media terbabit juga cuba membangkitkan kemarahan orang Melayu terhadap orang India.

Isu sebenarnya ialah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang zalim serta perlu diperbetulkan segera.

Semalam Anwar seperti dilaporkan Bernama berkata, orang ditahan di bawah akta yang zalim kena dibebaskan. Jangan nak tukar (topik).

Menurutnya orang zalim (kerajaan BN) kena dibetulkan kesalahan mereka. Masalahnya kerajaan (yang zalim) sekarang tidak sedar atau sengaja berlagak tidak sedar bahawa tindakan mereka menggunakan ISA adalah zalim dan tidak diterima oleh rakyat terbanyak.

UNDI TIDAK PERCAYA DAN PENDIRIAN PAK LAH SEDANG DINANTI PENUH DEBAR ~ Ref Malaysiakini

Rakyat Malaysia keseluruhannya sedang menanti penuh debar dua peristiwa besar dalam politik negara di mana yang pertamanya Pak Lah akan mengumumkan samada mempertahankan jawatannya Presiden Umno atau pun tidak hari ini.

Yang kedua minggu depan (bermula Isnin) Sidang Parlimen untuk membahaskan bajet akan diadakan dan adakah peluang ini akan digunakan oleh PR untuk membuat usul undi tidak percaya terhadap kerajaan BN.

Kedua-dua peristiwa besar akan menentukan halatuju politik Pak Lah dan BN yang benar-benar teruji sejak selepas PRU ke 12 Mac lepas.

Pak Lah dilihat menjadi liabiti bagi BN sehingga gagal mempertahankan kecemerlangan BN pada PRU ke 11. Namun beliau dilihat tetap berdegil tidak mahu berundur lantaran tamakkan kuasa. Ramai pihak menjangkakan beliau akan mengumumkan untuk terus mempertahankan jawatannya pada pemilihan Mac 2009.

Mungkin Pak Lah mempunyai hak dan terselamat dengan keputusan beliau itu. Namun Isnin ini belum tentu beliau selamat kerana PR mungkin sudah mengatur strategi tertentu untuk menumbangkan beliau dan kerajaan BN yang semakin goyah.

Anwar dilaporkan telah beberapa kali mengadakan mesyuarat bersama pimpinan PR minggu ini bagi mengatur strategi terbaik menjayakan hasrat dan cita-cita rakyat.

Ini mendoakan agar kedegilan Pak Lah dan BN akan diajar oleh Allah pada kali ini dengan memakbulkan doa kita untuk melihat kerajaan yang adil, telus dan berkebajikan ditegakkan di Malaysia.

USUL UNDI TIDAK PERCAYA DI PARLIMEN ISNIN INI? Ref Malaysiakini

Mungkinkah usul undi tidak percaya akan dibawa oleh PR pada persidangan parlimen Isnin ini? Memang ramai mengjangkakan bahawa PR akan membawa usul tersebut pada persidangan parlimen kali ini. Namun adakah usul tersebut mampu menumbangkan kerajaan BN masih tidak dapat dipastikan.

Malah seperti yang diketahui umum, Speaker Parlimen, Pandikar Amin Mulia mempunyai kuasa mutlak untuk menerima atau menolak sesuatu usul. Namun saya kurang pasti bagaimana ianya akan dibawa.

Saya yakin pimpinan PR sudah merancang yang terbaik bagi merealisasikan hasrat rakyat untuk mendapat kerajaan baru.

Bagi saya mudah sahaja. Jika sekiranya Speaker menolak usul tersebut berdasarkan pentafsiran undang-undang dan peraturan parlimen yang dibuatnya, ahli-ahli PR masih mempunyai cara dan jalan untuk menumbangkan kerajaan.

Saya cadangkan ahli-ahli parlimen BN yang mahu berhijrah kepada PR berdiri dan berjalan menyeberang ke arah tempat duduk ahli-ahli parlimen PR dan menyatakan sokongan padu kepada PR. Ini sebagai isyarat bahawa Perdana Menteri dan BN sudah tidak mempunyai penyokong lagi.

Jika ini dilakukan saya yakin kalau Pak Lah dan pemimpin BN adalah pemimpin yang bermaruah sudah pasti mereka akan akur dengan situasi ini dimana mereka sudah tidak mempunyai majoriti kerusi lagi. Speaker juga sepatutnya tidak berhak untuk menolak usul ini untuk dibahaskan dan dibuat pengundian.

Sementara itu pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mengadakan mesyuarat di ibu negara malam tadi, dipercayai untuk membincangkan opsyen-opsyen baru bagi merealisasikan usaha membentuk kerajaan baru persekutuan.

Mesyuarat itu, yang diadakan kurang seminggu sebelum Dewan Rakyat bersidang, berlangsung di kediaman Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pertemuan itu dihadiri oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung PAS, Kamaruddin Jaafar.

Menurut laporan mStar Online , Anwar telah mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam, dipercayai mengenai isu yang sama.

Pakatan Rakyat yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS telah meletakkan sasaran 16 September lalu untuk mengambil alih kerajaan pusat dengan membawa masuk ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).

Sebelum ini Anwar mendakwa mempunyai bilangan wakil rakyat BN yang mencukupi untuk tujuan tersebut tetapi tidak membentuk kerajaan pada tarikh tersebut.

Pada 16 September lalu, Anwar berkata, pemimpin Pakatan Rakyat mahu menemui Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan membincangkan peralihan kerajaan secara aman dan lancar.

Permintaan itu telah ditolak. Malah permintaan Pakatan Rakyat supaya sidang khas Parlimen pada 23 September juga ditolak Abdullah.

Semalam, Anwar ketika ditemui di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berkata, beliau akan menemui pemimpin-pemimpin malam ini bagi membincangkan beberapa strategi baru termasuk membawa usul undi tidak percaya di Dewan Rakyat.

Pada Isnin ini Anwar selaku Ketua Pembangkang akan membahaskan Bajet 2009.

Dalam pada itu, Dewan Rakyat belum menerima sebarang usul undi tidak percaya, yang luas diperkatakan ketika sesi sidang Parlimen lalu.

mStar Online difahamkan, sehingga semalam Parlimen tidak menerima sebarang usul daripada mana-mana pihak termasuk pembangkang.

Bagaimanapun katanya jika pihak pembangkang ingin membawa usul undi tidak percaya seperti mana yang dihebohkan, mereka boleh berbuat demikian sehari sebelum Parlimen bersidang.

HARI PALING MENDEBARKAN ~ Ref Malaysiakini

Hari ini ialah hari paling mendebarkan buat pemimpin-pemimpin Umno terutama bagi Najib Razak, Muhyiddin Yassin, Ali Rustam, Mat Taib dan Zahid Hamidi kerana Pak Lah akan mengumumkan samada akan mempertahankan jawatan Presiden atau tidak. Keputusan Pak Lah nanti akan menentukan jawatan apa yang akan ditandingi oleh pemimpin-pemimpin yang saya sebutkan di atas.

Bagi Muhyiddin, beliau dijangka akan bertanding jawatan Timbalan Presiden atau Naib Presiden walaupun apapun keputusan Pak Lah. Namun bagi pemimpin selain beliau mereka hanya akan bertanding jawatan Timbalan Presiden andaikata Pak Lah jadi berhenti dan tidak mempertahankan jawatan Presiden yang disandangnya sekarang.

Namun pemerhati politik berpendapat Pak Lah tetap akan mempertahankan jawatannya walaupun timbul desakan hebat dari ahli-ahli akar umbi. Perkembangan jelas dilihat apabila jentera kempennya kelihatan begitu sibuk sejak akhir-akhir ini terutama menantunya Khairy Jamaluddin yang sudah pasti tidak mahu bapa mentuanya itu berundur demi 'survival' masadepan politiknya.

BANJIR DI MELAKA : LAPORAN SAYA TEPAT ~ Ref Malaysiakini

Laporan saya beberapa minggu lepas yang menyatakan bahawa rakyat Melaka akan berhari raya dalam banjir menjadi kenyataan apabila beberapa tempat di negeri ini dilanda banjir pada hari raya keempat lalu. Hujan lebat yang turun pada hari tersebut menenggelam beberapa tempat di Daerah Melaka Tengah dan Jasin.

Antara tempat yang ditenggelami air ialah Melaka Baru, Kampung Musai, Taman Mas Merah, Taman Jati, Malim Jaya, Persimpangan Peringgit dan Kampung Durian Daun di Daerah Melaka Tengah dan Kampung Umbai di Jasin.

Kira-kira 100 keluarga terjejas teruk di Daerah Melaka Tengah di mana kerugian dianggarkan sekitar RM30,000.

Dari tinjauan saya di dapati banjir tersebut berpunca dari struktur perparitan yang teruk dan tidak diselenggara oleh pihak berwajib yang menyebab air tersekat di kawasan terbabit dan tidak mengalir dengan baik.

Walaupun banjir kilat berlaku di beberapa tempat sebelum ini disebabkan masalah sama namun pihak kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) terbukti gagal menangani masalah ini sehingga berulang kali berlaku.

Seorang penduduk Taman Jati, Jauhar Dawi, 35 kesal dengan kegagalan kerajaan negeri dan MBMB dalam menangani masalah ini.

“Rakyat sering ditipu dan diperdaya pada setiap pilihanraya di mana BN sering berjanji akan menyelesaikan semua masalah termasuk banjir namun ini yang berlaku kepada rakyat”.

“Setiap kali banjir berlaku Ketua Menteri dan wakil rakyat serta MBMB berjanji untuk menyelesaikannya” kata Jauhar.

Baru-baru Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyatakan bahawa tender akan dikeluarkan untuk membina longkang di beberapa tempat supaya kejadian banjir ini tidak berulang. Ali berkata demikian kepada media selepas melawat mangsa banjir pada hari kejadian. Kenyataan beliau disiarkan oleh beberapa media arus perdana.

Sementara itu, Rahmat Mohamad, 36 dari Semabok pula turut kesal setiap kali banjir beliau sering terkandas di Persimpangan Peringgit menghala ke Bandaraya Melaka.

“Saya sering terkandas dalam perjalanan pulang ke rumah setiap kali banjir melanda kawasan Persimpangan Peringgit ini”.

“Sudah banyak kali saya terkandas malah kesesakan jalan yang teruk berlaku kerana jalan ditenggelami air hingga ke melebihi tayar kereta, semua orang tidak berani melaluinya” kata Rahmat yang sering berulang alik melalui jalan tersebut.

Menurut Pakar Geografi berkenaan banjir dari Universiti Malaya, Professor Hj Hamirdin Ithnin, banjir kilat di Melaka ini berlaku kerana terganggunya proses hidrologi disebabkan oleh kegiatan antropogenik. Kerosakan alam sekitar disebabkan oleh aktiviti manusia seperti pembangunan yang tidak terancang sehingga menganggu proses saliran dan perparitan, penggondolan hutan yang menjadi kawasan tadahan hujan dan sebagainya.

Menurut Professor Hamirdin lagi, sekiranya banjir berlaku adalah disebabkan oleh faktor antropogenik, maka ia akan terus berlaku apabila hujan turun, dan kadang kadang hujan yang turun tidak semestinya lebat, asalkan cukup syarat untuk air melimpah, maka banjir boleh berlaku.

Faktor ini boleh dikawal dan dikuasai oleh manusia jika semua pihak berhati-hati dan tidak rakus melaksana pembangunan.Cara terbaik untuk mengatasi masalah ini ialah dengan mengembalikan hutan di kawasan tadahan berdekatan.

Biasanya banjir kilat adalah disebabkan oleh faktor antropogenik, dan ia bersifat ‘reversible’. Oleh itu dengan perancangan yang teliti dan memahami proses proses alam fizikal, masalah banjir ini boleh diatasi, ataupun ianya dapat dikurangkan.

Selain itu faktor meteorologi di mana hujan lebat, ditambah pula dengan masa yang lama menyebabkan air larian akan dihasilkan dengan banyak. Ini ditambah lagi dengan faktor hidrologi di mana keadaan sungai, alur, kawasan tadahan, aliran air serta proses proses hidrologi telah diganggu oleh projek pembangunan.

Dalam hal ini kerajaan negeri dan MBMB dilihat gagal mengatasi masalah perparitan dan saliran di mana kebanyakan tempat yang terlibat dengan banjir mengalami masalah longkang tersumbat, saiz longkang yang kecil dan sebagainya. Selagi masalah ini dan masalah kawasan hutan tadahan hujan yang semakin kurang tidak diatasi selagi itulah rakyat di kawasan terbabit akan terus dilanda masalah banjir yang tidak ada kesudahannya.

Melaka pernah dilanda banjir yang teruk pada Disember 2006 di mana 3,193 orang dari 691 keluarga dari Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin terpaksa berpindah. Sejumlah 35pusat pemindahan telah dibuka. Banjir ini merupakan paling teruk di negeri ini sejak 15 tahun terdahulu.

Gambar di atas adalah gambar hiasan.

07 October 2008

MUFTI PERLIS LETAK JAWATAN, BUKTI BN TAK SEHALUAN DENGAN ISLAM ~ Ref Malaysiakini

Perletakkan jawatan Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin membuktikan bahawa kerajaan BN sebenarnya tidak menghormati institusi mufti yang mereka bina sendiri. Malah apa juga teguran dan nasihat Mufti tidak dipatuhi oleh kerajaan BN yang jelas tidak mahu kepada Islam.

Ini bukan perkara baru kerana mufti yang lantang dan berani menegur kerajaan sudah tentu tidak akan kekal lama.

Setiap kali mufti mengeluarkan pandangan yang bertentangan dengan kerajaan maka pemimpin kerajaan BN samada memperlekehkan teguran tersebut ataupun berdalih bahawa ianya bukan fatwa.

Inilah yang berlaku kepada teguran Mufti Perak tentang Sure Heboh yang dikatakan Haram oleh beliau. Namun kerajaan tetap membiarkan program tersebut berlangsung, cuma namanya ditukar kepada jom heboh tetapi pengisian tetap sama.

Begitu juga dalam isu murtad pemimpin kerajaan BN seolah-olah memperli dan menyindir kenyataan Mufti Perak yang mendakwa ratusan ribu umat Islam murtad. Namun menteri BN menempelak mufti terbabit dan tiada tindakan drastik di ambil.

Inilah juga yang berlaku kepada mufti Perlis yang lantang menegur Perdana Menteri dan kerajaan dalam isu kalungan bunga di Tugu, pelaksanaan ISA dan sebagainya. AKhirnya atas dasar prinsip Islam yang diperjuangkan, Mufti Perlis ini meletakkan jawatan.

Beliau akan kembali bertugas sebagai Pensyarah USM Pulau Pinang pada 1 November.

Syabas dan tahniah kepada Dr Asri yang tidak bersekongkol dengan kerajaan BN yang menolak ISlam dan TAKZIAH kepada kerajaan BN yang sentiasa tidak mendengar nasihat sesiapa juga dalam hukum Islam.

ISU 'PATUNG' ANWAR UJI KEBERANIAN ALI RUSTAM ~ Ref Malaysiakini

Ali Rustam jelas menyibukkan dirinya dalam isu gambar besar Anwar. Mungkin beliau ingin menonjolkan dirinya agar digelar pemimpin hebat hingga membuat komen bagi setiap isu berlaku walaupun kadang-kadang beliau terlupa bahawa komennya itu menyerlahkan ketidakcerdikan beliau.

Mengapa beliau sibuk sangat dalam isu ini sedangkan semasa Mufti Perlis menegur Dollah Badawi tentang isu mengalungkan bunga di Tugu Negara yang jelas haram seperti Fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa, beliau senyap seribu bahasa.

Ali Rustam sepatutnya berani memberikan nasihat kepada ketuanya kerana perbuatan 'boss'nya itu jelas haram di sisi Islam.

Inilah masalahnya kalau seorang pemimpin hanya berani berkata dalam soal tertentu tetapi diam dan pengecut bila 'boss' sendiri melakukan kesalahan dan kesilapan. Sifat inilah sebenarnya yang menghancurkan tamadun sesebuah negara kerana pengikut tidak berani berkata benar dan memberikan nasihat kepada ketua. Akhirnya perbuatan yang salah dan karut yang dilakukan oleh ketuanya pun dikatakan benar dan halal.

Saya sedih dengan suasana yang berlaku didalam Umno dan pentadbiran negara kita kerana pemimpin Umno diasuh supaya berani kerana membodek dan takut untuk berkata benar.

Andaikata pemimpin seperti Ali Rustam dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya dilantik menjadi pemimpin yang lebih tinggi selepas ini maka tidak hairanlah negara akan bertambah punah dan meniti kehancuran kerana perkara yang batil sekalipun dikatakan hak dan benar.

Oleh itu mari kita fikirkan sama-sama samada ingin meneruskan sokongan kepada pemimpin seperti ini. Saya membuat seruan ini khusus untuk ahli Umno yang bakal melantik pemimpin mereka supaya memilih calon-calon yang benar-benar layak, berani, tegas dan bersifat berani kerana benar takut kerana salah. Paling penting mereka mesti melantik pemimpin yang takutkan Allah dan tidak terlibat dengan apa juga masalah penyalahgunaan kuasa, kronisme dan nepostisme.

Apa lebih jelas ialah gambar besar Anwar itu bukanlah patung sebenarnya. Tetapi hanyalah gambar besar yang jelas berbeza dengan Tugu Negara yang sah berbentuk patung dan tiap-tiap tahun pemimpin Umno/BN tunduk memberi hormat kepada patung tersebut. Malah mereka juga mengalungkan bunga tanda hormat kepada tugu tersebut.

Inilah masalahnya isu yang sepatutnya dia tegur dia tak berani tegur tetapi isu yang remeh dan tak relevan pula dia melenting menonjolkan diri.

Kasian Ketua Menteri kita ini yang sekarang mencari jalan dan publisiti murahan untuk menonjolkan diri untuk bertanding dalam pemilihan Umno nanti.

SELESAIKAN DULU MASALAH DALAM NEGERI SEBELUM FIKIR TANDING TIMBALAN PRESIDEN ~ Ref Malaysiakini

Saya seorang penduduk dan anak jati negeri Melaka yang dilahir dan dibesarkan di negeri ini.

Saya tidak terkejut dengan keputusan Ketua Menteri, Ali Rustam yang mahu bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan Umno Mac 2009 nanti.

Namun bagi saya sebelum beliau bertanding dan layak untuk bertanding elok kiranya beliau selesaikan masalah dalaman negeri Melaka, jangan sibuk memikirkan nafsu sendiri untuk mengejar pangkat besar dan puncak kuasa.

Bagi saya elok Ali Rustam ukur baju di badan sendiri. Jangan termakan dengan kaki-kaki bodek seperti Othman Mohamad (Speaker), Idris Haron dan lain-lain.

Saya ingin Ali Rustam supaya selesaikan dulu isu di bawah ini:-

1) Isu banjir yang tak pernah selesai sejak puluhan tahun contohnya di Kg Tun Razak, Durian Daun dll.

2) Hutang negeri mencecah RM1.1 bilion

3) Gejala maksiat, zina, pelacuran, hamil luar nikah meningkat saban tahun.

4) Pembaziran duit rakyat seperti Eye On Melaka, Menara dan lain-lain

5) Masih ramai golongan miskin walaupun beliau seringkali mendakwa bilangan orang miskin di Melaka amat sedikit

6) Saman fitnah terhadapnya RM10 juta yang akan dibicarakan pada 6 dan 7 Oktober ini

7) Isu saman kepada PASTI

8) Amalkan tindakan yang tidak demokratik menafikan peruntukan untuk ADUN Pakatan Rakyat Melaka

9) Perlantikan kroni Datuk Seri menjadi Datuk Bandar, Speaker dan lain-lain bukannya atas dasar kelayakan ...

10) Isu bijih di Kuala Sungai Baru menyebabkan nelayan di sana susah untuk cari makan

11) Pembayaran kontrak terhadap subkontraktor di bawah kroni orang atasan tertentu

12) Isu Telco Tower dekat perumahan di Bandar Melaka

13) Isu kezaliman Penguatkuasa MBMB terhadap peniaga di Melaka Raya

14) Menggunakan duit rakyat untuk membina bangunan Mega berhampiran MITC yang melibatkan 3 daerah.

15) Meneruskan projek yang akhirnya menjadi GAJAH PUTIH seperti di Pulau Melaka dan lain-lain.

Jadi sekali lagi saya harap Ali Rustam memikirkan semula hasrat untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno kerana sebenarnya beliau telah gagal memerintah negeri Melaka dengan baik sehingga begitu banyak masalah yang berlaku dinegeri ini. Kalau negeri sekecil Melaka inipun beliau tidak dapat memerintah dengan baik jangan harap beliau boleh mentadbir dengan baik andaikata dipilih sebagai Timbalan Presiden Umno dan mungkin juga Timbalan Perdana Menteri suatu hari nanti.

Malah saya yakin ahli-ahli Umno akan memilih calon lain yang lebih hebat dan berkarisma dari Ali Rustam untuk jawatan tersebut. Muhyiddin dan Zahid Hamidi sebenarnya jauh lebih berkarisma dan berilmu serta berpandangan jauh jika dibandingkan dengan Ali Rustam. Bukan saya hendak merendahkan imej dan maruahnya tetapi itulah hakikat yang sebenarnya. Saya bimbang nanti Ali Rustam tewas dan terus dilupakan oleh ahli-ahli Umno. Yang malu orang Melaka macam saya juga sebab Ketua Menteri Melaka tewas dalam pemilihan Umno.

Nukilan : Anak Jantan Bukit Katil
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter