MUFTI PERLIS LETAK JAWATAN, BUKTI BN TAK SEHALUAN DENGAN ISLAM ~ Ref Malaysiakini

Perletakkan jawatan Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin membuktikan bahawa kerajaan BN sebenarnya tidak menghormati institusi mufti yang mereka bina sendiri. Malah apa juga teguran dan nasihat Mufti tidak dipatuhi oleh kerajaan BN yang jelas tidak mahu kepada Islam.

Ini bukan perkara baru kerana mufti yang lantang dan berani menegur kerajaan sudah tentu tidak akan kekal lama.

Setiap kali mufti mengeluarkan pandangan yang bertentangan dengan kerajaan maka pemimpin kerajaan BN samada memperlekehkan teguran tersebut ataupun berdalih bahawa ianya bukan fatwa.

Inilah yang berlaku kepada teguran Mufti Perak tentang Sure Heboh yang dikatakan Haram oleh beliau. Namun kerajaan tetap membiarkan program tersebut berlangsung, cuma namanya ditukar kepada jom heboh tetapi pengisian tetap sama.

Begitu juga dalam isu murtad pemimpin kerajaan BN seolah-olah memperli dan menyindir kenyataan Mufti Perak yang mendakwa ratusan ribu umat Islam murtad. Namun menteri BN menempelak mufti terbabit dan tiada tindakan drastik di ambil.

Inilah juga yang berlaku kepada mufti Perlis yang lantang menegur Perdana Menteri dan kerajaan dalam isu kalungan bunga di Tugu, pelaksanaan ISA dan sebagainya. AKhirnya atas dasar prinsip Islam yang diperjuangkan, Mufti Perlis ini meletakkan jawatan.

Beliau akan kembali bertugas sebagai Pensyarah USM Pulau Pinang pada 1 November.

Syabas dan tahniah kepada Dr Asri yang tidak bersekongkol dengan kerajaan BN yang menolak ISlam dan TAKZIAH kepada kerajaan BN yang sentiasa tidak mendengar nasihat sesiapa juga dalam hukum Islam.

Comments

Musallam said…
Salam,

Walaupun Dr.Asri seorang yang bijak, tetapi saya fikir beliau masih perlu belajar cara mengkritik dan memberi komen yang boleh diterima oleh pihak pembesar atau penguasa.

Kalau menegur dan mengkritik pihak penguasa secara terus terang dan secara terbuka, memang sedap pihak yang menulisnya, tapi tentu sakit hati pihak yang dikritiknya.

Jadi mesej yang baik tidak sampai, kerana penyampaiannya tidak dilakukan dengan sopan dan berhikmah.
Unknown said…
bila nie?..tak namapk dalamtv pun