JANJI 5 TAHUN BELUM DITUNAIKAN, KINI JANJI 5 INISIATIF BARU PULA ~ Ref Malaysiakini

Dah hendak berhenti pun janji 5 tahun dulu masih belum ditunaikan. Berjanji mudah tetapi untuk menunaikannya amat liat. Itulah yang terjadi kepada Pak Lah, Perdana Menteri yang akan meninggalkan tugas 5 bulan lagi dan khabarnya ada 5 inisiatif lagi yang akan dibuat.

Antara janji beliau ialah untuk membasmi rasuah tetapi rasuah bertambah. Cari Al Ghazali dan As Syafei tetapi hanya jumpa anak Ghazali (Tajol Rosli) dan Shafei Afdal (yang tak berapa afdhal).

Semua janji bagaikan menanam tebu dibibir mulut. Indeks persepsi rasuah CPI semakin teruk. Kononnya cari Al Ghazali dan As Syafei tetapi corak pentadbiran beliau langsung berlawanan dengan roh dan amalan kedua-dua ulama' besar tersebut. Yang diikut hanyalah perangai dan idea Anak Ghazali Jawi dan As Shafie Afdal.

Kini khabarnya hendak bikin 5 inisiatif lagi cakap boleh dengar tetapi pelaksanaan belum tentu.

Lima inisiatif yang akan dilaksanakan Abdullah sepanjang lima bulan akan datang ialah menubuhkan tiga agensi penting iaitu Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Suruhanjaya Aduan Khas.

Selain itu Abdullah mahu kekayaan dan hasil kemakmuran negara perlu diagihkan secara lebih adil ke serata negara. Ini termasuk dalam inisiatif ekonomi.

Abdullah juga mahu memastikan negara mengadakan Konvensyen Barisan Nasional awal tahun depan. Beliau mahu melihat kerajaan dan BN memperbaharui komitmen mereka terhadap usaha mewujudkan sebuah Negara yang bersatu dan harmoni.

Kalau setakat tubuh suruhanjaya tetapi pelaksanaan dan perjalanan tidak ada apa-apa tidak ada gunanya seperti apa yang terjadi kepada suruhanjaya penambahbaikan Polis dan suruhanjaya siasati kes correct,correct,correct sehingga ini entah khabar beritanya. Polis terus sama macam dulu.

Kekayaan negara masih berlegar dikalangan pemimpin dan ahli-ahli Umno dan parti komponen BN lain.

Niat untuk mewujudkan suasana harmoni dan bersatu tidak akan berjaya selagi dasar hasad dengki BN, akta-akta zalim dan sistem yang tidak demokratik tidak dihapuskan.

5 bulan bukan masa yang lama bagi Pak Lah. Bagi saya adalah lebih baik Pak Lah tidak berjanji kerana seperti kata Mahathir Pak Lah hanya pandai berjanji tetapi tidak pernah menunaikannya.

Comments

uncle nano said…
##Kekayaan negara masih berlegar dikalangan pemimpin dan ahli-ahli Umno dan parti komponen BN lain.

Niat untuk mewujudkan suasana harmoni dan bersatu tidak akan berjaya selagi dasar hasad dengki BN, akta-akta zalim dan sistem yang tidak demokratik tidak dihapuskan.##

Saudara!

Bukankah saudara juga seperti mereka, adakah saudara berjuang kerana agama dan bangsa, mungkin tidak saya rasa..
Anda juga inginkan kekayaan..
Saudara melayu bukan??
Cuba bertentang mata berbicara hati luah terbuku..amalkan sifat2 kemelayuan yang ada pada jiwa saudara..jangan membuat kenyataan yang bukan2..cuba tunjuk ajar perkara yang mulia, bukan sekadar melepas geram bertemankan suara-suara iblis..

Saudara saya tidak bermusuh dengan saudara Islam saya..tetapi semakin menebal sakit hati dan jiwa bila terbaca kata-kata nista, dusta dan caci maki antara Melayu-Melayu Malaysia.

Saya sedang beransur2 untuk tidak menulis kata-kata kesat diruangan saya..Sedarlah Melayu, kita diperleceh sebenarnya..