.

.

14 August 2010

DAP BUKAN PARTI KOMUNIS TETAPI UMNO YANG JADI 'SEDARA' PARTI KOMUNIS.

Setiausaha Agung DAP, YAB Lim Guan Eng berkata DAP bukanlah sebuah parti komunis kerana partinya tidak pernah mempunyai hubungan dengan Parti Komunis Cina sebaliknya Umnolah yang mempunyai hubungan secara rasmi dengan Parti Komunis Cina.

Lim juga menegaskan bahawa DAP bukan anti Islam atau anti Melayu sebagaimana dituduhkan oleh parti-parti komponen BN khasnya Umno.

Beliau berkata DAP mahu membuktikan bahawa parti itu bukan anti-Melayu ataupun anti-Islam atau juga bukan sebuah parti komunis.

Menurutnya DAP tidak mempunyai sebarang hubungan dengan parti komunis di dunia, tidak seperti Umno yang baru menadatangani perjanjian dengan parti komunis China.

Umno baru-baru ini memeterai memorandum persefahaman dengan Parti Komunis China bagi pertukaran pemimpin belia agar “kedua-dua negara lebih memahami pembangunan sosial dan ekonomi Malaysia dan China.

Untuk rekod, DAP tidak pernah membunuh orang Melayu, meruntuhkan surau dan masjid, merampas tanah orang Melayu dan sebagainya.

Tetapi siapakah yang pernah membunuh orang kampung dalam Peristiwa Memali pada 19 Nov 1965; siapa yang merobohkan surau di Kampung Berembang dan merobohkan masjid Kampung Bujal Terengganu serta beberapa tempat lagi di Selangor; siapa yang merampas tanah milik orang Melayu di Kampung Bujal dan tempat lain?????.

DAP anti Islam????
Persoalannya:-
Siapakah yang menaikkan bajet untuk syiar Islam di Pulau Pinang berbanding dengan Bajet Pulau Pinang sebelum 2008.???

Siapakah yang memberikan elaun kepada para Hafiz dan Hafizah di Pulau Pinang?

dan banyak lagi ..........

PENEROKA KENA TIPU LAGI?

Setiap kali menjelang perayaan atau Pilihanraya peneroka Felda sudah tentu akan mendapat 'gula-gula' berupa duit yang diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri. Bagi saya baguslah peneroka dapat duit seumpama itu kerana itu hak mereka setelah mereka begitu lama membanting tulang membangunkan tanah mereka sendiri yang kadang-kadang seolah-olah tanah mereka kerana mereka tiada kuasa penuh kepada hak mereka lantaran sering terpedaya dengan Felda.

Seramai 101,391 peneroka Felda akan menerima duit raya RM350 seorang manakala dan 11,244 peneroka yang tidak bersama Felda akan diberi RM150 seorang.

Ketika mengumumkan demikian semalam, Perdana Menteri Najib Razak berkata pembayaran itu akan dibuat sebelum hari raya Aidilfitri ini di semua rancangan Felda di seluruh negara.

Pemberian duit raya ini melibatkan bayaran berjumlah RM37.14 juta, terdiri RM35.47 juta bagi yang bersama Felda dan RM1.67 juta bagi yang tidak bersama Felda.

Najib berkata hampir 10 peratus daripada keseluruhan 112,635 peneroka Felda, atau seramai 11,244 peneroka, dikategorikan sebagai tidak bersama Felda kerana mereka tidak menanam semula menerusi agensi itu.

Cuma satu sahaja yang sangat nak ingatkan sebagai bekas anak Felda, kalau sudah menerima duit tersebut, jangan sampai terlupa bahawa duit itu adalah duit titik peluh peneroka sendiri bukannya duit BN/Umno. Jangan kita tertipu berpuluh-puluh kali kalau kena tipu sekali itu sudah menjadi lumrah kehidupan.

SABAR

Sabar merupakan suatu sifat yang sangat penting yang mesti ada pada setiap manusia. Jika seseorang itu tidak sabar maka sudah tentu banyak perkara yang kurang baik sudah pasti berlaku dalam perjalanan kehidupan manusia.

Cabaran kehidupan berumahtangga sebagai contohnya memerlukan kesabaran yang tinggi dengan kerenah anak-anak dan pasangan hidup kita. Jika kita tidak banyak bersabar sudah tentu perjalanan kehidupan berumahtangga akan sentiasa berantakan dan porak peranda.

Sebab itu di dalam ayar Al Qur'an dinyatakan betapa tingginya darjat kesabaran.
Allah berfirman :- “…Dan para malaikat masuk kepada tempat-tempat mereka dari semua pintu (sambil mengucapkan); keselamatan atas kalian berkat kesabaran kalian. Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.” (QS. Ar-Ra’d [13]:23-24)

Sabar termasuk akhlak yang paling utama yang banyak mendapat perhatian Al-Qur’an dalam surat-suratnya. Imam al-Ghazali berkata, “Allah swt menyebutkan sabar di dalam al-Qur’an lebih dari 70 tempat.”

Ibnul Qoyyim mengutip perkataan Imam Ahmad: “Sabar di dalam al-Qur’an terdapat di sekitar 90 tempat.”

Abu Thalib al-Makky mengutip sebagian perkataan sebagian ulama: “Adakah yang lebih utama daripada sabar, Allah telah menyebutkannya di dalam kitab-Nya lebih dari 90 tempat. Kami tidak mengetahui sesuatu yang disebutkan Allah sebanyak ini kecuali sabar.”

Sabar menurut bahasa berarti menahan dan mengekang. Di antaranya disebutkan pada QS.Al-Kahfi [18]: 28 “Dan tahanlah dirimu bersama dengan orang-orang yang menyeru Rabbnya di pagi dan di senja hari dengan mengharap keridhaanNya, dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka.”

Kebalikan sabar adalah jaza’u (sedih dan keluh kesah), sebagaimana di dalam firman Allah QS. Ibrahim [14]: 21, “…sama saja bagi kita mengeluh ataukah bersabar. Sekali-kali kita tidak mempunyai tempat untuk melarikan diri.”

Macam-macam Sabar Dalam al-Qur’an

Aspek kesabaran sangat luas, lebih luas dari apa yang selama ini dipahami oleh orang mengenai kata sabar. Imam al-Ghazali berkata, “Bahwa sabar itu ada dua; pertama bersifat badani (fisik), seperti menanggung beban dengan badan, berupa pukulan yang berat atau sakit yang kronis. Yang kedua adalah al-shabru al-Nafsi (kesabaran moral) dari syahwat-syahwat naluri dan tuntutan-tuntutan hawa nafsu. Bentuk kesabaran ini (non fisik) beraneka macam;

Jika berbentuk sabar (menahan) dari syahwat perut dan kemaluan disebut iffah
Jika di dalam musibah, secara singkat disebut sabar, kebalikannya adalah keluh kesah.
Jika sabar di dalam kondisi serba berkucukupan disebut mengendalikan nafsu, kebalikannya adalah kondisi yang disebut sombong (al-bathr)

Jika sabar di dalam peperangan dan pertempuran disebut syaja’ah (berani), kebalikannya adalah al-jubnu (pengecut)

Jika sabar di dalam mengekang kemarahan disebut lemah lembut (al-hilmu), kebalikannya adalah tadzammur (emosional)

Jika sabar dalam menyimpan perkataan disebut katum (penyimpan rahasia)
Jika sabar dari kelebihan disebut zuhud, kebalikannya adalah al-hirshu (serakah)
Kebanyakan akhlak keimanan masuk ke dalam sabar, ketika pada suatu hari Rasulullah saw ditanya tentang iman, beliau menjawab: Iman aadalah sabar. Sebab kesabaran merupakan pelaksanaan keimanan yang paling banyak dan paling penting. “Dan orang-orang yang sabar dalam musibah, penderitaan dan dalam peperangan mereka itulah orang-orang yang benar imannya, dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa” (QS. Al-Baqarah [2]: 177)

Dari itu kita dapat memahami mengapa al-Qur’an menjadikan masalah sabar sebagai kebahagiaan di akhirat, tiket masuk ke surga dan sarana untuk mendapatkan sambutan para malaikat. Dalam surat Al-Insan [72]: 12 “Dan Dia memberi balasan kepada mereka atas kesabaran mereka dengan surga dan (pakaian) sutera”. Dalam surat Ar-Ra’d [13]:23-24 “…Dan para malaikat masuk kepada tempat-tempat mereka dari semua pintu (sambil mengucapkan); keselamatan atas kalian berkat kesabaran kalian. Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.”

Sabar, Suatu Kekhasan Manusia

Sabar adalah kekhasan manusia, sesuatu yang tidak terdapat di dalam binatang sebagai faktor kekurangannya, dan di dalam malaikat sebagai faktor kesempurnaannya.
Binatang telah dikuasai penuh oleh syahwat. Karena itu, satu-satunya pembangkit gerak dan diamnya hanyalah syahwat. Juga tidak memiliki “kekuatan” untuk melawan syahwat dan menolak tuntutannya, sehingga kekuatan menolak tersebut bisa disebut sabar.

Sebaliknya, malaikat dibersihkan dari syahwat sehingga selalu cenderung kepada kesucian ilahi dan mendekat kepada-Nya. Karena itu tidak memerlukan “kekuatan” yang berfungsi melawan setiap kecenderungan kepada arah yang tidak sesuai dengan kesucian tersebut.

Tetapi manusia adalah makhluk yang dicipta dalam suatu proses perkembangan; merupakan makhluk yang berakal, mukallaf (dibebani) dan diberi cobaan, maka sabar adalah “kekuatan” yang diperlukan untuk melawan “kekuatan” yang lainnya. Sehingga terjadilah “pertempuran” antara yang baik dengan yang buruk. Yang baik dapat juga disebut dorongan keagamaan dan yang buruk disebut dorongan syahwat.
Pentingnya Kesabaran

Agama tidak akan tegak, dan dunia tidak akan bangkit kecuali dengan sabar. Sabar adalah kebutuhan duniawi keagamaan. Tidak akan tercapai kemenangan di dunia dan kebahagaiaan di akhirat kecuali dengan sabar.

Al-Qur’an telah mengisyaratkan pentingnya kesabaran ini. Ketika mengyinggung masalah penciptaan manusia dan cobaan penderitaan yang akan dihadapinya. Dalam surat Al-Insaan [76]: 2 “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setetes mani yang tercampur yang Kami hendak mengujinya )dengan perintah dan larangan)”.
Pentingnya Kesabaran Bagi Orang Beriman.

Sudah menjadi sunnatulah bahwa kaum muslimin harus berhadapan dengan para musuhnya yang jahat yang membuat makar dan tipu daya. Seperti Allah menciptakan Iblis untuk Adam; Namrud untuk Ibrahim; Fir’aun untuk Musa dan Abu Jahal untuk Muhammad saw.
Dalam Surat al-Ankabut [29]]: 1-3 “Ali Laam Miim. Apakah manusia mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan; kami telah beriman, padahal mereka belum diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya dia mengetahui orang-orang yang dusta.”

Sumber : Diolah dari Tarbiah weekly

13 August 2010

TAKZIAH BUAT KELUARGA MANGSA RIBUT DI JASIN

Saya mengucapkan takziah buat keluarga 2 mangsa ribut di Jasin yang meninggal dunia petang tadi. Mereka yang meninggal ialah Mahadi Mohamad, 40 dari Merang Terengganu dan Abdul Omar, 73 dari Air Merbau, Jasin

Kedua-dua mangsa tersebut adalah peniada di Pasar Ramadhan di Stadium Jasin.

Selain mereka berdua, 17 yang lain cedera dan sedang di rawat, ada antaranya cedera parah.

Semoga roh Allahyarham di tempat bersama para Anbia, Solihin dan Syuhada.

Gambar : Salah seorang mangsa dibawa ke Hospital Jasin (Bernama).

MANSUHKAN TERUS SAMAN EKOR BUKAN SEMENTARA SAHAJA

Saya menyokong penuh Jawatankuasa bertindak Kempen Anti Saman Ekor (Kase) yang menggesa kerajaan memansuhkan secara total saman ekor oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas tarikh penangguhan saman itu pada 28 Februari tahun hadapan.

Pengerusi Kase, Datuk Mahfuz Omar berkata, pihaknya menerima baik penangguhan itu dan menganggap ia memberi manfaat kepada rakyat walaupun hanya bersifat sementara.

Namun bagi saya keputusan kerajaan menangguhkan saman tersebut sebagai kejayaan pertama Kase yang baru sahaja ditubuhkan oleh pimpinan PAS. Terbukti bahawa kerajaan terpaksa tunduk buat sementara kepada rakyat. Jadi rakyat mesti menyokong usaha Kase bagi membela rakyat yang tertindas dengan saman ekor ini.

12 August 2010

MOGA PUASA TAHUN INI MENJADIKAN KITA ORANG YANG MAMPU MELIHAT KEBENARAN

Sudah puluhan tahun kita berpuasa. Bagi yang berumur 60 tahun maka sudah 50 tahun beliau menunaikan kewajipan berpuasa. Namun ada yang masih tidak dapat hidayah dari Allah untuk masuk dalam golongan hamba yang melihat kebenaran.

Ada yang berpuasa tetapi tidak yakin dengan hukum Allah. Ada yang berpuasa tetapi masih menentang perjuangan Rasulullah. Ada yang berpuasa tetapi tidak mampu memilih yang mana benar dan yang mana salah. Ada yang berpuasa tetapi menyokong penghalalan judi, riba dan maksiat.

Adalah diharapkan puasa tahun ini memberikan sinar baru dalam hidupku untuk menerima kebenaran dan hak.

Tun Dr Mahathir Ketinggalan Keretapi

Parti Islam Se-Malaysia PAS menyifatkan Tun Dr Mahathir orang yang ketinggalan kereta api dalam ulasan politik negara pada hari ini. Beliau menuduh bahawa kerjasama PAS dan DAP tidak ikhlas, hanya untuk mendapat sokongan orang Cina. Hebat sungguh Tun Dr Mahthir yang boleh membaca keikhlasan PAS, mungkin makamnya sudah sampai ke maqam mushahadah yang boleh tilik hati perut orang. Apakah salah PAS dan Pakatan Rakyat berpakat untuk menegakkan keadilan yang dilihat oleh semua kaum, dasar BN tidak lagi menjamin keharmonian dan pengagihan kekayaan kepada mereka yang berhak dibela. Umno yang tidak dapat menyembunyikan penindasan sesama bangsa dan agama. Perjuangan “Umno putera” seolah khazanah negara ini milik mereka sahaja.

Tun Dr Mahathir memberi pandangan kononnya PAS tidak ikhlas dalam Pakatan Rakyat, beliau hendak samakan sikap jahat yang ada pada beliau dengan apa yang ada kepada PAS. Janganlah perangai buruk beliau hendak disamakan dengan PAS. Ketika beliau berkuasa dahulu, Tun Dr Mahathir jika bercakap di pentas antarabangsa, memang hebat. Beliau pernah mendapat gelaran “Adi Wira Jagat” oleh puak pengampu dalam Umno. Beliau menjadi hero mengecam dunia barat yang tidak demokratik dan melanggar hak asasi manusia, sedangkan negara yang beliau pimpin waktu itu demokrasi dimatikan dan beratus mereka yang ditangkap dan disumbat dalam penjara kemunting tanpa bicara di bawah ISA. Zaman beliau permit Harakah digantung penerbitan, ceramah diharamkan, royalti di Terengganu ditarik balik, mufti dipecat, ulamak dikecam, bantuan perkapita Sekolah Agama Rakyat ditarik.

PAS berpandangan Tun Dr Mahathir semakin resah dengan perkembangan politik negara, yang sudah meninggalkan pemikiran politik perkauman yang beliau warisi. Generasi muda yang terdedah dengan maklumat terbuka mahu mewujudkan kerajaan yang telus dan adil. Paling menakutkan sekali ialah jika Pakatan Rakyat berkuasa di peringkat pusat, inilah yang menjadi mimpi ngeri beliau. Maka beliau cuba hendak menimbulkan keraguan kepada pengundi Cina terhadap kejujuran PAS. Dalam masa yang sama menakutkan pengundi Melayu supaya menjauhi PAS, kerana menjadi kuda tunggangan Dap.

PAS berpendapat Dr Mahathir seorang yang cukup kecewa dengan parti yang beliau pernah terajui selama 22 tahun. Beliau cuba hendak mengalihkan isu yang melanda negara pada hari ini samaada dari segi politik, ekonomi, kehakiman dan keruntuhan sosial di kalangan remaja. Kita mendoakan semoga Allah panjangkan umurnya untuk melihat kesan daripada dasar yang beliau laksanakan dan warisi kepada pengganti beliau sehingga rakyat dihimpit dengan berbagai masalah di negara ini.

Sebelumnya Tun Dr Mahathir cuba hendak bela secara membuta tuli Kerajaan BN kerana pelaburan langsung asing (FDI) yang lari daripada negara ini. Beliau mengatakan kebanyakan negara dan syarikat asing tidak mempunyai wang untuk dilaburkan di luar negara, sebaliknya mereka juga ingin melabur di negara sendiri berikutan kadar pengangguran yang tinggi di tempat masing-masing. Walaupun hakikatnya di negara-negara jiran FDI lebih baik daripada Malaysia. Menurut Laporan yang dikeluarkan oleh Sekretariat Negara-Negara ASEAN, Malaysia hanya mampu meraih pelaburan bernilai USD 1, 381 juta sahaja pada 2009 berbanding USD 7, 318 juta pada 2008. Kejatuhan nilai pelaburan ini adalah yang tertinggi berbanding negara ASEAN lain.Malaysia yang tersenarai dalam kumpulan ASEAN 5 ketinggalan dengan negara Indonesia, Filipina, Thailand dan Singapura.

Beliau membela hanya kerana mahu berterima kasih kepada Najib kerana melantik anak beliau Mukriz menjadi Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri iaitu Kementerian yang bertanggungjawab menarik pelaburan asing ke dalam negara. Tun Dr Mahathir juga kena membuktikan supaya Tun Abdullah Ahmad Badwi tidak menempelak beliau, kerana dulu beliau mengecam jikalau Tun Abdullah letak jawatan maka Umno dan negara akan maju. Sekarang Tun Abdullah mampu senyum dan biarkan Tun Mahathir terjun dengan labunya. Yakinlah PAS mampu menggantikan Umno di negara ini insyaAllah.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL

Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar.

Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan
ambil endah tidak endah.

Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa
yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT

Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka?

Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka.

Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.

Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini.

Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu?

"Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."

APA PUNCA ANAK DERHAKA

Sabda Rasulullah s.a.w. " Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun.

Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa.
Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat.
Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif. .. . itu salah...

"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan.
Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka".

Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka.

"Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah.

Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.

"Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup."

Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan
sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...

11 August 2010

DR MAHATHIR BOLEH BACA ISI HATI ORANG LAIN?

Bekas Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad berkata, tindakan Pas bersekongkol dengan DAP merupakan contoh jelas bahawa hipokrasi masih menebal dalam dunia politik di negara ini.

Katanya, tindakan Pas itu bukanlah satu perkongsian yang ikhlas sebaliknya parti itu hanya mahu mendapatkan sokongan dan undi kaum Cina semata-mata.

“Jika Pas terlalu menyokong kaum Cina pada hari ini, ia bukan kerana parti itu tidak lagi terkesan oleh dasar kaum atau agama tetapi lebih kepada memainkan sentimen perkauman Cina untuk mendapatkan undi kaum itu semata-mata.

“Perlu diingatkan sebelum ini, Pas pernah mengutuk UMNO kerana bekerjasama dengan MCA tetapi sekarang Pas menerima DAP. Inilah hipokrasi berpolitik,” katanya di dalam blog http://chedet.co.cc.

Hebat betul Dr Mahathir, sehingga boleh membaca isi hati pimpinan PAS dan DAP.

SIAPA PEMBOHONG?

Perbuatan pemimpin pembangkang menggunakan gambar Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dalam kempen politik mereka disifatkan sebagai keterlaluan dan melampau.

Justeru Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berharap, pihak polis mengadakan siasatan segera untuk mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab dalam tindakan itu.

Itu kenyataan Menteri Besar. Manakala Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Johor, Datuk Chua Jui Meng menafikan bahawa perbuatan itu dilakukan oleh PKR.

Jadi siapa pembohong, Ghani atau Chua?

HARI PERTAMA PUASA DI KL

Hari ini saya berada di Kota Damansara untuk menyelesaikan tugasan luar. Bermusafir di hari pertama puasa agak mencabar juga. Namun atas kerana tugas ku gagahi juga untuk berkhidmat kepada bangsa dan negara.

Insya Allah ianya dipermudahkan oleh Allah.

10 August 2010

RAMADHAN DISAMBUT DALAM SURAM

Umat Islam menyambut Ramadhan dengan gembira dan sukacita kerana pada bulan inilah umat Islam diberi keistimewaan oleh Allah untuk mempertingkatkan amal ibadat mereka disambut memohon rahmat dan makfirah dari Allah.

Namun begitu bagi rakyat yang berpendapatan sederhana dan rendah, Ramadhan kali ini disambut dengan penuh keinsafan dan kekurangan kerana kekangan harga barangan yang semakin naik dek kerana peningkatan harga minyak, gas dan gula.

Sudah tentu banyak barang akan naik harga disebabkan kos pengangkutan, pemprosesan dan bahan mentah yang meningkat. Kita tidak boleh menyalahkan peniaga semata-mata sedangkan harga minyak,gas dan gula yang menjadi elemen telah naik gara-gara penarikan subsidi oleh kerajaan BN. Jadi siapa yang hendak kita persalahkan....tuan-puan mesti tahu jawapannya siapa yang bersalah. Kalau sudah tahu ...tuan-puan mesti buat kerja untuk menukar kerajaan BN pada Pilihanraya Umum akan datang.

SELAMAT BERPUASA

Saya mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam walau di mana berada khasnya kepada tetamu teratak buruk saya ini. Semoga Ramadhan tahun ini benar-benar dapat kita manfaat bagi mencapai keredhaanNya dan melayakkan kita tergolong di dalam golongan Muttaqin.

09 August 2010

SOROTAN KEMURAHAN HATI KERAJAAN PR SELANGOR

Di bawah ini adalah antara program merakyatkan ekonomi negeri Selangor (MES):-

• 20 meter padu pertama air percuma kepada rakyat yang memiliki meter individu

• Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)- skim pelaburan untuk anak yang baru lahir

• Skim Mesra Usia Emas - Kerajaan Negeri akan menyumbang sejumlah RM2500 kepada Penama Warga Emas yang meninggal dunia dan telah berdaftar. RM1000 akan diberikan selepas menerima laporan kematian serta dokumen lengkap diserahkan dan pengesahan telah dibuat. Baki RM1500 akan diserahkan dalam tempoh 60 hari selepas penyerahan bayaran pertama dibuat dalam satu majlis khas.

• Pusat Khidmat Sehenti bertujuan untuk :-
i)Memberikan kesedaran mengenai kewujudan dan peranan OSCC dalam menolong wanita yang menjadi mangsa keganasan.
ii)Memupuk kesedaran wanita untuk memperkasa minda merdeka dan menggilap jatidiri wanita bermaruah.
iii) Memberi maklumat dan kefahaman yang sahih mengenai isu isu keganasan rumahtangga dan gangguan seksual ditempat kerja.
iv) Memberi pendedahan dan kefahaman undang-undang yang melindungi wanita.

• Hadian Anak Masuk Universiti – RM1,000

• Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang

• Program Peningkatan Hasil Bahan Mineral & Galian - mengagihkan 10 peratus hasil keuntungan perlombongan pasir daripada Kumpulan Semesta Sdn.Bhd (KSSB) kepda seluruh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) seluruh Selangor

Dan Banyak lagi. Persoalannya adakah rakyat negeri Melaka memperolehinya di bawah kerajaan BN??????

MELAKA TERUS DILANDA BANJIR

Setiap kali hujan lebat turun sudah pasti beberapa buah tempat seperti kampung, taman perumahan, jalan raya dan sebagainya akan ditenggelami air. Perkara ini bukan sesuatu yang baru tetapi sudah berlanjutan sejak sekian lama. Bila diajukan kepada kerajaan negeri jawapan yang diberi ialah kita akan selesaikan masalah ini, kerajaan telah memperuntukan puluhan juta untuk mengatasi masalah banjir. Namun sehingga ke hari ini ianya tidak juga selesai.

Malam tadi hujan lebat turun mencurah-curah di sekitar negeri Melaka mengakibatkan banjir sekali lagi melanda beberapa buah tempat di Melaka. Antaranya di Bukit Pulau, Duyong dan lain-lain. Beberapa rumah digenangi air dan ianya sangat menyulitkan mangsa banjir untuk meneruskan kehidupan seharian.

Tinjauan saya di sekitar perkampungan di sekitar Taman Seri Duyong beberapa keluarga dipindahkan ke surau di sebelah Sekolah Rendah Seri Duyong sebagai penempatan sementara mereka.

Wakil blog ini di Bukit Pulau juga memaklumkan bahawa 2 buah rumah ditenggelami air.

Sementara itu longkang di perkampungan berhampiran Taman Pengkalan Jaya (gambar atas) juga dipenuhi air. Jika hujan turun dengan lebat beberapa jam lagi dikhuatiri air akan melimpah dan membanjiri kawasan terbabit.

Masalah banjir ini tidak akan dapat diatasi jika kerajaan terus gagal merancang satu langkah yang efisien dan berkesan bagi mengatasi. Antara punca yang dikenalpasti menyebabkan banjir ialah sistem perparitan yang caca marba akibat projek pembangunan yang tidak teratur dan tidak terancang; longkang tersebut dan sebagainya.

Lebih malang lagi apabila ADUN PR mengajukan soalan tentang masalah banjir ini, kerajaan negeri menjawab tiada peruntukan sedangkan kerajaan negeri terus menjalankan projek yang membazir seperti Eye On Malaysia (yang bangkrap), Lapangan Terbang yang tidak dapat digunakan dan sebagainya.

Jelas sekali lagi bahawa jika masalah banjir ini tidak diatasi, persoalan yang timbul ialah apakah benar Melaka sebuah negeri Maju 2010 sedangkan masalah asas seperti banjir pun tidak dapat diatasi.

SOKONG PAS ATAU UMNO : PELAJAR DIPAKSA MASUK POLITIK?

UMNO mendakwa PAS dan PR menjadikan pelajar Malaysia di Mesir sebagai ‘kilang’ untuk melahirkan pemimpin dan penyokong mereka.

Pengerusi Biro Kelab UMNO Luar Negara, Ahmad Shabery Cheek berkata, PAS sanggup membelanjakan puluhan juta ringgit bagi memastikan program kehadiran pemimpin mereka di Mesir.

Saya hairan mengapa begitu 'sengkek' pemikiran dan minda seorang Menteri yang pada suatu ketikan dahulu pernah menjadi penyokong PAS, pimpinan Semangat 46 sebelum melutut kepada Umno.

Bukankah beliau merupakan aktivis pelajar semasa di UM dahulu sudah tentu beliau faham benar bahawa mahasiswa mempunya minda dan otak yang cerdas dan cerdik serta mampu berfikir untuk memilih siapa yang mereka hendak sokong dan ikut. Tidak perlulah kita mempengaruhi mereka dengan ugutan, tawaran dan sebagainya. Walaup sehebat mana pun kita berusaha untuk mempengaruhi mereka, mahasiswa sudah tentu mempunyai pendirian sendiri sebelum membuat keputusan.

Jika apa yang ditawar dan disampaikan oleh PAS tidak benar dan tidak logik saya pastikan PAS akan ditolak mentah-mentah oleh pelajar-pelajar tersebut kerana PAS tidak mempunyai material, duit dan kuasa untuk mengugut dan menekan pelajar supaya menyokong PAS.

Berlainan dengan Umno yang menggunakan umpan duit, tawaran biasiswa/pinjama, ugutan dan sebagainya bagi memastikan pelajar menyokong Umno.

Dalam hal ini siapa sebenarnya yang berpolitik dan berusaha untuk menghasut pelajar berpolitik, PAS atau Umno. PAS sendiri tidak pernah menubuhkan Kelab PAS di luar negara tetapi Umno secara terang-terang mempunyai Kelab Umno di semua negara yang didiami oleh pelajar Malaysia.

Sehubungan dengan itu Shabery berkata bironya membuat strategic paper (pelan strategik) bagi menghadapi isu ini.

Shabry berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Induksi & Makan Malam Pelajar Baru United Kingdom dan Ireland 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur Sabtu lalu.

PAS LUMPUH DI KELANTAN?

Merujuk kepada laporan Utusan Meloya, sudah tentu kita akan merasakan bahawa PAS akan lumpuh di Kelantan kerana saban minggu dan bulan ratusan ahli PAS menyertai Umno. Persoalannya benarkah berita tersebut. Ini kerana walaupun Utusan menyiarkan berita rentetan ahli PAS keluar parti kita melihat PAS semakin kuat dari sehari ke sehari. Jika dikirakan jumlah ahli PAS yang masuk Umno sejak 2004 mungkin sudah ratusan ribu yang masuk Umno mengikut laporan Utusan yang tidak penat-penat menyiarkan laporan orang PAS masuk Umno. Tetapi benarkah berita tersebut atau ianya sekadar laporan palsu untuk menyedapkan hati Najib, Stopa Mamat dan lain-lain.

Apa yang pasti semua laporan itu adalah palsu belaka. Biasanya orang yang dikatakan sebagai orang PAS itu adalah ahli Umno atau penyokong Umno sendiri yang menyamar dan mengaku sebagai orang PAS. Ada juga seorang dua yang memang orang yang telah lama keuar dari PAS ataupun orang atas pagar.

Inilah kerja Utusan Meloya dari dulu, kini dan selamanya yang tidak habis-habis membuat pembohongan yang akhirnya pembohongan itu makan tuan sendiri. Bila tiba pilihanraya Stopa Mamat gigit jari, hasrat beliau dan Awang Adik hendak jadi Menteri Besar hanya mimpin di siang hari.

Setelah lebih 20 tahun PAS memerintah Kelantan, BN masih gagal merampas Kelantan kerana rakyat Kelantan kenal siapa Najin, Stopa, Awe Adik. Siapalah mereka ini jika hendak dibandingkan dengan warak, tawadhuknya Tok Guru yang disayangi rakyat Kelantan.

08 August 2010

IKLAN JAWATAN KOSONG : PENGETUA SEKOLAH MENGANDUNG

Jawatan : Pengetua Sekolah Mengandung

Kelulusan : Memadai dengan SPM Gred 3. SRP atau PMR boleh dipertimbangkan jika layak

Pengalaman : Biasa dengan program maksiat dan pergaulan bebas.

Lain-lain kelayakan :
1)Memiliki kekuatan dalaman seperti salah seorang bekas orang besar negeri Melaka
2)Sanggup menemani murid-murid yang mengandung ketika mereka sakit dan dalam kesusahan.
3)Bersifat penyayang dan kebapaan
4)Bijak mengambil hati dan memujuk
5)Berpengalaman menangani masalah mengandung anak luar nikah atau pernah terlibat dengan gejala tersebut.

RAMADHAN DISAMBUT DENGAN PESTA MUDA-MUDI

Ramadhan disambut dengan program Pesta Muda-mudi. Itulah Melaka negeri yang dahulu pernah menjadi pusat penyebaran Islam. 'Signboard' digital lampu isyarat berhampiran Hotel Reinassance memaparkan 'PESTA MUDA MUDI', bila tarikh dan tempatnya kita boleh dinyatakan oleh rakan facebook saya.

Tetapi hakikatnya inilah negeri Melaka yang terkenal dengan Sekolah Mengandung, Pesta Maksiat, Lapangan Terbang tiada kapal terbang, Eye On Malaysia yang bangkrap dan lain-lain lagi.

Di saat gejala maksiat semakin kronik dan membarah, kerajaan negeri pimpinan BN membiarkan sahaja program sebegini diadakan walaupun menjelang Ramadhan. Maka tidak hairanlah kalau Melaka mencatatkan jumlah kelahiran anak luar nikah kira-kira 393 orang pada tahun 2009.

Kepada rakyat Melaka, masih kita ingin memberikan undi kita kepada BN ......????

Gambar di atas sekadar hiasan.

AWANG SELAMAT YANG TAK SELAMAT

Marah betul nampaknya penulis pojok Utusan Meloya, Awang Selamat kepada PAS. Katanya, naib presiden PAS, Datuk Hj Mahfuz Omar sebagai pemimpin yang 'angkuh dan paling menjijikkan' kerana didakwanya suka menghina orang Islam.

PAS pula didakwanya sebagai parti yang 'paling dayus' meskipun menggunakan nama Islam kerana menolak permuafakatan dengan Umno tetapi sanggup bekerjasama dengan DAP

"Pedulikan golongan seperti itu, yang suatu hari akan menangis keinsaatan kerana merekalah sebenarnya yang mengkhianati perjuangan Islam," tulis Awang Selamat dalam ruangan Bisik-Bisik Mingguan dalam Mingguan Malaysia hari ini.

Begitu hebat Awang Selamat membodek tuannya sehingga sanggup menuduh orang lain dayus dan jijik. Padahal hakikatnya siapa yang dayus dan jijik yang tidak berani menegur tuannya walaupun jelas tuannya melakukan kesalahan bukan sahaja kepada manusia malah menyanggah dan mempermainkan perintah Allah.

PAS bekerjasama dengan DAP atas dasar Tahaluff Siyasi kerana berjuang bersama untuk menumbangkan kerajaan BN yang jelas mengamalkan rasuah, zalim, menekan rakyat, tidak menegakkan keadilan, menyeleweng dan pelbagai lagi.

Tidak nampak kesungguhan BN untuk membasmi rasuah, mengambil tindakan terhadap pimpinan yang dituduh bersalah. Malah dalam kes-kes berprofil tinggi rakyat terus sangsi dan ragu dengan perbicaraan dan pendakwaanya. Lihat sahaja kes pembunuhan Altantuya, kehilangan enjin jet, komisen Scorpene, pembunuhan di Memali dan banyak lagi.

Begitu juga dengan sikap Umno/BN yang kononnya mahu berpadu tetapi pada masa yang sama menolak sistem federalisme dengan menafikan royalti minyak kepada Kelantan, menganaktirikan negeri-negeri PR, menubuhkan institusi seperti JKKKP dan sebagainya di negeri PR sedangkan institusi yang sah sudah dilantik oleh kerajaan negeri.

Pemimpin dan penyokong PR dianaktirikan dengan ada ditangkap tanpa alasan di bawah ISA, program PR diganggu dan dihalang dan bermacam-macam lagi.

Selain itu Saya juga menyeru Umno supaya menyelesaikan masalah dalamannya dulu sebelum hendak berpadu dengan orang lain. Ada mesyuarat bahagian yang huru hara contohnya di Sg Petani, pertelagahan di Rantau Panjang malah ada desas-desus menyatakan di peringkat tertinggi pun berlaku perselisihan cuma ianya ditutup.

Awang Selamat janganlah menulis semata-mata untuk membodek tetapi mesti beretika dan bermaruah. Jangan gadaikan etika kewartawanan semata-mata untuk 'fulus'.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter