SOKONG PAS ATAU UMNO : PELAJAR DIPAKSA MASUK POLITIK?

UMNO mendakwa PAS dan PR menjadikan pelajar Malaysia di Mesir sebagai ‘kilang’ untuk melahirkan pemimpin dan penyokong mereka.

Pengerusi Biro Kelab UMNO Luar Negara, Ahmad Shabery Cheek berkata, PAS sanggup membelanjakan puluhan juta ringgit bagi memastikan program kehadiran pemimpin mereka di Mesir.

Saya hairan mengapa begitu 'sengkek' pemikiran dan minda seorang Menteri yang pada suatu ketikan dahulu pernah menjadi penyokong PAS, pimpinan Semangat 46 sebelum melutut kepada Umno.

Bukankah beliau merupakan aktivis pelajar semasa di UM dahulu sudah tentu beliau faham benar bahawa mahasiswa mempunya minda dan otak yang cerdas dan cerdik serta mampu berfikir untuk memilih siapa yang mereka hendak sokong dan ikut. Tidak perlulah kita mempengaruhi mereka dengan ugutan, tawaran dan sebagainya. Walaup sehebat mana pun kita berusaha untuk mempengaruhi mereka, mahasiswa sudah tentu mempunyai pendirian sendiri sebelum membuat keputusan.

Jika apa yang ditawar dan disampaikan oleh PAS tidak benar dan tidak logik saya pastikan PAS akan ditolak mentah-mentah oleh pelajar-pelajar tersebut kerana PAS tidak mempunyai material, duit dan kuasa untuk mengugut dan menekan pelajar supaya menyokong PAS.

Berlainan dengan Umno yang menggunakan umpan duit, tawaran biasiswa/pinjama, ugutan dan sebagainya bagi memastikan pelajar menyokong Umno.

Dalam hal ini siapa sebenarnya yang berpolitik dan berusaha untuk menghasut pelajar berpolitik, PAS atau Umno. PAS sendiri tidak pernah menubuhkan Kelab PAS di luar negara tetapi Umno secara terang-terang mempunyai Kelab Umno di semua negara yang didiami oleh pelajar Malaysia.

Sehubungan dengan itu Shabery berkata bironya membuat strategic paper (pelan strategik) bagi menghadapi isu ini.

Shabry berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Induksi & Makan Malam Pelajar Baru United Kingdom dan Ireland 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur Sabtu lalu.

Comments