RAMADHAN DISAMBUT DENGAN PESTA MUDA-MUDI

Ramadhan disambut dengan program Pesta Muda-mudi. Itulah Melaka negeri yang dahulu pernah menjadi pusat penyebaran Islam. 'Signboard' digital lampu isyarat berhampiran Hotel Reinassance memaparkan 'PESTA MUDA MUDI', bila tarikh dan tempatnya kita boleh dinyatakan oleh rakan facebook saya.

Tetapi hakikatnya inilah negeri Melaka yang terkenal dengan Sekolah Mengandung, Pesta Maksiat, Lapangan Terbang tiada kapal terbang, Eye On Malaysia yang bangkrap dan lain-lain lagi.

Di saat gejala maksiat semakin kronik dan membarah, kerajaan negeri pimpinan BN membiarkan sahaja program sebegini diadakan walaupun menjelang Ramadhan. Maka tidak hairanlah kalau Melaka mencatatkan jumlah kelahiran anak luar nikah kira-kira 393 orang pada tahun 2009.

Kepada rakyat Melaka, masih kita ingin memberikan undi kita kepada BN ......????

Gambar di atas sekadar hiasan.

Comments

Putra IJ80 said…
"Tetapi hakikatnya inilah negeri Melaka yang terkenal dengan Sekolah Mengandung, Pesta Maksiat, Lapangan Terbang tiada kapal terbang, Eye On Malaysia yang bangkrap dan lain-lain lagi"

Sya sering ke Melaka,kerana tugasan,dan akan makan di gerai gerai yg.bertaburan di situ(Sebahagian dari tugas).

Rata rata makanan Melayu di usahakan ole bekas bekas tentera atau pesara.

Dari riak dan percakapan mereka masih kuat dan tebal kasih sayang nya kepada BN(UMNO).

Kerana terpengaroh dgn pembangunan yg.rancak di laksanakan terutama di sekitar Bandaraya Melaka.

Malah muda mudi nya juga tidak bersikap keterlaluan,tidak ada gangguan dari Mat Rempit,jika di bandingkan di Negeri lain.

Kemungkinan mereka ada kerja yg.sesuai maka masa terluang terhad.,bagi mereka.

Ole itu jika PAS hendak menawan Melaka,kena banyak usrah dan tarbiyah Agama.,yg.mungkin dapat menyedarkan gulungan ini mengapa mereka harus menolak BN(UMNO).

Sekadar pandagan org.muda.

Jgn Maree!!!
Anonymous said…
bulan ramadhan sudah mari
muda mudi mari sini
dengar taklimat ketua menteri
gendang goyang jangan menari
bulan ramadhan sudah tiba
muda mudi mari sini
dengar tazkirah ustz kita
bebas maksiat sucikan diri.