PENEROKA KENA TIPU LAGI?

Setiap kali menjelang perayaan atau Pilihanraya peneroka Felda sudah tentu akan mendapat 'gula-gula' berupa duit yang diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri. Bagi saya baguslah peneroka dapat duit seumpama itu kerana itu hak mereka setelah mereka begitu lama membanting tulang membangunkan tanah mereka sendiri yang kadang-kadang seolah-olah tanah mereka kerana mereka tiada kuasa penuh kepada hak mereka lantaran sering terpedaya dengan Felda.

Seramai 101,391 peneroka Felda akan menerima duit raya RM350 seorang manakala dan 11,244 peneroka yang tidak bersama Felda akan diberi RM150 seorang.

Ketika mengumumkan demikian semalam, Perdana Menteri Najib Razak berkata pembayaran itu akan dibuat sebelum hari raya Aidilfitri ini di semua rancangan Felda di seluruh negara.

Pemberian duit raya ini melibatkan bayaran berjumlah RM37.14 juta, terdiri RM35.47 juta bagi yang bersama Felda dan RM1.67 juta bagi yang tidak bersama Felda.

Najib berkata hampir 10 peratus daripada keseluruhan 112,635 peneroka Felda, atau seramai 11,244 peneroka, dikategorikan sebagai tidak bersama Felda kerana mereka tidak menanam semula menerusi agensi itu.

Cuma satu sahaja yang sangat nak ingatkan sebagai bekas anak Felda, kalau sudah menerima duit tersebut, jangan sampai terlupa bahawa duit itu adalah duit titik peluh peneroka sendiri bukannya duit BN/Umno. Jangan kita tertipu berpuluh-puluh kali kalau kena tipu sekali itu sudah menjadi lumrah kehidupan.

Comments