.

.

06 November 2010

Rakyat mahu tahu berapa kerajaan belanja untuk majlis isytihar Melaka Maju 2010

Rakyat negeri Melaka sehingga hari ini sedang menunggu penjelasan dari Kerajaan negeri berapa belanja yang digunakan untuk majlis pengisytiharan negeri maju.

Ada maklumat yang menyatakan bayaran untuk siaran langsung yang pendek sahaja menelan belanja yang amat besar

ALI RUSTAM SiLA JAWAB LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA

Sehingga hari ini Ketua Menteri Melaka masih gagal menjelaskan kepada rakyat tentang laporan Ketua Audit Negara 2009.Rakyat sedangkan rakyat tahu banyak penyelewengan yang berlaku antara penyelenggaraan kereta Jabatan Ketua Menteri. Contohnya kereta Perana MQ1 perbelanjaannya ratusan ribu

UMNO GANGGU CERAMAH PAS LAGI

Malam ini Umno Bahagian Bukit Katil sekali lagi akan menganggu ceramah PAS di Kampung Bukit Pulau. Mereka telah mengedarkan hand bill bahawa Umno akan mengadakan ceramah malam ini.

Sudah menjadi resam bagi Umno, berperangai kebudak-budakkan menganggu ceramah PAS di kawasan Bukit Katil. Tujuan mereka tidak lain supaya rakyat tidak dapat mendengar ceramah PAS kerana pembesar suara mereka akan menenggelamkan suara penceramah PAS.

Sebab itulah kita menggesa pihak Polis supaya mengarahkan Umno tidak mengadakan ceramah di sebelah ceramah PAS kerana mereka mengadakannya di rumah penyokongnya bukan di pejabat parti seperti yang PAS lakukan.

Malangnya pihak berkuasa tidak pernah bertindak terhadap ceramah Umno tetapi sering mengganggu ceramah PAS. Inilah sikap 'double standard'pihak berkuasa yang jelas tidak adil.

KETUA MENTERI MELAKA MALUKAN RAKYAT DAN DIRINYA SENDIRI

Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam sejak akhir-akhir ini sering memalukan rakyat negeri Melaka. Beberapa tindakan beliau benar-benar menjatuhkan imej dan maruah dirinya sendiri di samping memalukan rakyat negeri ini.

Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Yusof Wahab (gambar) dalam kenyataannya pagi ini kesal dengan sikap Ketua Menteri yang bercakap dan membuat tuduhan tanpa usul periksa tidak sesuai dengan posisinya sebagai Ketua Menteri.

"Beliau menuduh YB Lim Kit Siang mengkafirkan Umno sedangkan Lim tidak pernah membuat kenyataan itu. Bila Lim bertindak hendak menyaman Mohd Ali, beliau cuba memutarbelitkan cerita menyatakan bukan Kit Siang yang menuduhnya tetapi Guan Eng".

"Sebagai Ketua Menteri beliau sepatutnya bercakap dengan berhati-hati dan sentiasa memastikan sesuatu itu benar bukannya menuduh tanpa usul periksa, beliau bukan Pengerusi JKKK atau Tok Sidang, beliau seorang Ketua Menteri" kata Yusof yang juga merupakan Penyelia DUN Bukit Baru.

Yusof juga hairan dengan Mohd Ali yang menuduh Surau Bukit Katil dan PASTI Bukit Katil yang hendak dirobohkan tiada pelan, sedangkan kedua-dua bangunan tersebut dibina dengan kebenaran dari kerajaan tempatan dan mempunyai pelan yang sah.

"Terbukti Ali hanya bercakap ikut 'sedap' mulut tanpa merujuk kepada MBMB dan pegawai-pegawainya, apakah ini 'standard' Ketua Menteri kita".

"Memang banyak kali Ali membuat tuduhan dan kenyataan yang semberono macam ini, ianya benar-benar memalukan rakyat negeri Melaka" tambah Yusof.

Beliau berkata demikian dalam Sidang Medianya di Pusat Aduan Rakyat (PAR) DUN Bukit Baru pagi ini,

Sementara itu, Yusof juga kesal dengan sikap Umno Bahagian Bukit Katil pimpinan Mohd Ali yang terus menerus menganggu ceramah anjuran PAS sedangkan Umno bahagian lain tidak berbuat demikian.

"Jelas Ketua Umno Bahagian selain lebih cerdik dari Ketua Umno Bukit Katil,mereka tidak menganggu dan mengacau ceramah PAS di Kawasan mereka".

"Mana perginya maruah dan imej seorang Ketua Bahagian Umno yang bertaraf Ketua Menteri kalau bertindak macam budak-budak menganggu ceramah PAS di mana sahaja kita buat dalam kawasan Bukit Katil" ujar Yusof

Menurutnya kalau betul Mohd Ali seorang Ketua Menteri yang berjiwa besar dan professional beliau sepatutnya berani berdebat dengan PAS kerana cabarannya untuk berdebat dengan PAS sudahpun disahut oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman namun sehingga kini Mohd Ali masih belum bersedia untuk berdebat.

"Kita hendak nasihat Ali supaya menjaga statusnya sebagai Ketua Menteri, jangan rendahkan martabat dia sebagai seorang Ketua Menteri sehingga kanak-kanak kecil pun akan mentertawakan dirinya" kata Yusof.

ALI RUSTAM BOHONG!

Penyelia DUN Bukit Baru yang juga merupakan Pengerusi Badan Bertindak Menghalang Perobohan Surau dan PASTI Bukit Katil, Yusof Wahab menyangkal tuduhan Ketua Menteri Melaka bahawa kedua-dua surau dan PASTI tersebut dibina tanpa sebarang pelan yang diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan.

"Saya kesal kerana seorang Ketua Menteri bercakap mengikut hawa nafsu tanpa membuat rujukan sebelum mengeluarkan kenyataan"

"Kenyataan Ketua Menteri ketika sessi perbahasan usul di Dewan Undangan Negeri Melaka semalam merupakan kenyataan yang melulu dan semberono tanpa merujuk kepada fakta sebenar." kata Yusof
Yusof berkata sebagai Ketua Menteri, Mohd Ali sepatutnya cermat mengeluarkan kenyataan kerana jika tersilap membuat tuduhan sebegini ianya menjejaskan reputasi beliau sendiri.

"Kita menuntut supaya Ali menarik balik kenyataan beliau itu bagi membersihkan imej surau dan PASTI yang dituduh seolah-olah dibina secara haram". tambah Yusof.

Mohd Ali ketika bangkit membangkang usul yang di bawa ADUN Bachang, YB Lim Jak Wong semalam menuduh Surau dan PASTI di Jalan Dato Demang Hussein di sini tidak mempunyai pelan.

Sementara itu menurut Yusof hujah yang dikemukakan Mohd Ali membidas usul ADUN Bachang merupakan hujah yang longgar dan tidak boleh diterima

"Mohd Ali berkata kerajaan hanya ingin membesarkan Jalan Dato Demang Hussein yang sedia ada bukannya mahu membina jalan baru"

"Beliau juga berkata pihak terbabit boleh membina semula surau dan PASTI yang dirobohkan selepas mendapat pampasan kelak" kata Yusof

Yusof menyangkal hujah Mohd Ali kerana menurutnya jika benar Jalan Dato Demang Hussien henak dibesarkan mengapa ianya dibuat bengkok tidak lurus sedangkan di sebelah jalan yang sedia ada terdapat tanah kosong yang boleh dibuat jalan.

"Mengapa jalan yang lurus hendak dibuat bengkok" soal Yusof.

Beliau juga kesal dengan sikap Ali yang dilihat lepas tangan dengan memberikan jawapan yang tidak berfakta dan tidak logik.
"Jika Surau dan PASTI baru hendak dibina di mana pihak kami hendak bina sedangkan kami tiada tempat yang strategik dan baik seperti sekarang".

"Apakah kerajaan negeri akan memberikan kami tanah alternatif yang strategik dan lebih baik dari yang ada sekarang" soal Yusof.

Beliau mengulangi bahawa tindakan kerajaan negeri mengambil tanah ini adalah bersifat jahat dan dendam kepada PASTI dan Surau yang dilihat mendapat sambutan dari masyarakat setempat.

Yusof menjelaskan bahawa tindakan merobohkan surau dan PASTI serta merampas tanah rakyat ini adalah sama dengan kezaliman Yahudi dan komunis yang merobohkan masjid dan merampas tanah rakyat di Asia Tengah dan Palestin.

"Kami bermohon kepada Allah agar orang-orang zalim seperti ini yang sanggup merobohkan rumah Allah diberikan balasan setimpal oleh Allah" tegas Yusof.

05 November 2010

PASCA PRK GALAS & BATU SAPI : ADA BERANI BUBAR PARLIMEN SEKARANG

PASCA BATU SAPI & GALAS : KEMENANGAN BN LOCENG PRU 13 AKAN BERBUNYI

Parti Islam Se-Malaysia PAS menganggap kekalahan di Galas dan PKR di Parlimen Batu Sapi sebagai satu loceng amaran untuk terus bangkit dan muhasabah terhadap kerja parti bagi menghadapi Pilihanraya ke 13.

PAS menerima kekalahan di Galas sebagai satu adat perlawanan. Pilihanraya kecil Galas dan Batu Sapi merupakan satu siri pilihanraya yang menampakkan ketempangan demokrasi dan pencabulan media terhadap PAS dan Pakatan Rakyat.

Keputusan di Galas bukan satu yang mengejutkan kerana, sebelum ini pilihanraya kecil Manek Urai yang merupakan kubu kuat PAS pun, hampir PAS tewas dengan majoriti 65 sahaja. Begitu juga sebelumnya ketika PRK Pengkalan Pasir merupakan kubu kuat PAS, tetapi PAS tewas dan namun PAS kembali menawannya pada PRU 12.

Insya Allah PAS akan membuat muhasabah ke dalam dengan melihat masalah-masalah yang perlu diperbaiki. Sebagai sebuah parti Islam kekalahan ini akan memberi satu pengajaran yang berguna, kerana setiap musibah ada hikmahnya. Kemungkinan Allah tidak mahu kita leka dengan kemenangan cemerlang PRU 12 sehingga menimpa kekalahan yang mengejutkan dalam PRU 13.

Kekalahan PAS di Galas, bukan bererti kita menjadi malas untuk berjuang, sebaliknya kita mesti bersemangat untuk menggalas amanah ummah di negara ini untuk menggantikan Umno sebagai wadah perjuangan orang Melayu di negara ini.

PAS tidak akan membiarkan rakyat menjadi mangsa kezaliman Umno terhadap rakyat sehingga kualiti hidup rakyat semakin teruk. Kenaikan harga barang, jenayah bunuh meningkat, perzinaan dan buang bayi meningkat.

PAS mesti berusaha untuk bekerja dengan lebih kuat. Kita perlu sekat kemenangan mereka, dengan kita mesti bekerja kuat untuk menangkis fitnah dan menerangkan wadah perjuangan kepada masyarakat. Sudah cukup mandat yang mereka perolehi selama 53 tahun menyebabkan anak cucu kita terutamanya yang akan menanggung beban.

Kegigihan PAS dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat yang bekerja dalam pilihanraya tanpa diupah adalah merupakan satu kekuatan, berbanding dengan Umno. Mereka hanya menumpang tuah jentera kerajaan, jika diharapkan jentera Umno maka sudah lama Umno berkubur.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

PRK GALAS : PADANG TIDAK SAMA RATA, PENGADIL BERAT SEBELAH

seperti biasa bila kalah PAS akan menuding jari menyatakan pilihanraya ibarat bermain bola di atas padang yang tidak sama rata dan pengadil yang berat sebelah.

Memang benar bukan sahaja di Galas tetapi di semua Pilihanraya sememangnya padang tidak rata dan pengadil berat sebelah.

Di Galas 3 contoh paling ketara ialah PAS dinafikan hak untuk bertemu dengan pengundi Orang Asli apabila pihak JHEOA siang-siang lagi sudah 'memblok' mereka.

Contoh 2 - ialah tindakan SPR yang turut sama senada dengan Umno menuduh Tok Guru memberi rasuah atau sogokan sedangkan duit yang diberi adalah zakat.

Contoh 3 - Media terus menjadi senjata kempen paling ampuh memfitnah, mengadu domba, membohong dan sebagainya.

Banyak lagi contoh padang tidak rata senget sebelah dan pengadil yang berat sebelah.

TAHNIAH PENGUNDI BN DI GALAS

Akhirnya Galas kembali semula milik BN......tahniah penduduk kepada pengundi BN di Galas. Semoga dapat merasa hospital RM60 juta,pusat kesihatan 12 juta,ibu pejabat polis 31 juta,jalan besar 18 juta,sekolah 20 juta,kompleks sukan 2 juta,stesen ktapi 4 juta,perpustakaan i1juta,gelanggang futsal 200,000, Sek Men Integrasi 40 juta,pusat latihan kesedar 6.2 juta,PPRT 180 juta...dan macam2 lagi....orang asli dapt tshirt merah 1malaysia....

Tahniah semoga tidak ditipu seperti pengundi BN di Manek Urai

DEMO ROBOH SURAU DAN PASTI : SEORANG DITANGKAP POLIS






Demo membantah kezaliman kerajaan Melaka untuk merobohkan surau dan masjid di hadapan Masjid Kg Bukit Katil selepas solat Jumaat tadi berakhir dengan seorang ahli PAS ditangkap Polis.

Azhar Abdullah dari Kg Ku Sayang telah ditangkap polis semasa demonstrasi sedang berlangsung. Demo yang berlangsung hanya kira-kira 10 minit itu telah dihalang oleh Polis apabila mereka cuba menangkap Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Kamaruddin Sedik.

Ustaz Kamaruddin telah dipegang oleh Polis tetapi beberapa pimpinan Dewan Pemuda dan Ahli PAS Kawasan Bukit Katil menarik Ustaz Kamaruddin masuk ke kedai cendol kepunyaan Hj Hedzir Abdul Rahman. Pihak Polis kemudian cuba masuk ke kedai tersebut untuk menangkap Ustaz Kamaruddin tetapi dihalang oleh Hj Hedzir yang menyatakan itu premis persendirian dan Polis dihalang dari masuk ke kedainya.

Seterusnya ahli-ahli PAS membuat benteng manusia dan meminta Polis bersurai dan tidak membuat sebarang tangkapan.

Sementara itu Azhar telah dibawa ke Balai Polis Bukit Baru untuk soal siasat dan dibebaskan kira-kira jam 3.45 petang.Beliau yang ditangkap bersama anaknya berumur 9 tahun disambut oleh Penyelia DUN Bukit Baru, Yusof Wahab dan Abdul Latif Deris.

Azhar menyatakan tangkapan itu hanyalah untuk menakutkan ahli PAS supaya tidak berdemo pada masa akan datang kerana tiada sebarang kesalahan dilakukan oleh beliau.

Kira-kira 300 orang menyertai demo pada hari ini yang merupakan kali ketiga ianya dilakukan.

Kira-kira 80 Polis termasuk FRU dan SB turut membazirkan duit rakyat mengganggu demo hari ini.

Penyelia DUN Bukit Baru, Yusof Wahab dalam kenyataannya sebentar tadi kesal dengan tindakan pihak Polis yang jelas tunduk bersekongkol dengan kezaliman kerajaan BN.

"Sepatutnya Polis bertindak professional tidak mengganggu bantahan aman yang dilaksanakan oleh rakyat".

"Kita hanya berhimpun secara aman dalam masa tidak sampai pun 40 minit untuk menyatakan bantahan kepada kezaliman kerajaan. Sepatutnya pihak Polis bukannya bertindak menangkap rakyat sebaliknya tugas mereka ialah menjaga lalu lintas dan memastikan tiada kekecohan semasa bantahan, tetapi malangnya Polis yang buat kecoh" tegas Yusof.

Gambar : Azhar, anaknya dan Cikgu Yusof serta Latif sebaik dibebaskan di Balai Polis Bukit Baru.

ROBOH SURAU DAN PASTI : JANGAN LUPA DEMO HARI INI

Jangan lupa demo hari ini selepas Solat Jumaat di beberapa masjid di kawasan Parlimen Bukit Katil. Untuk keterangan lanjut sila hubungi Jawatankuasa Bertindak

04 November 2010

DEMO ESOK DI BEBERAPA MASJID DI SEKITAR MELAKA

Esok demo membantah perobohan Surau dan PASTI Bukit Katil. Demo ini akan dijalankan di Masjid Taman Merdeka, Masjid Merdeka Jaya (Surau An Najihin), Masjid Balai Panjang dan Masjid Batu Berendam.

GALAS : BN MENANG DENGAN MAJORITI LEBIH 1,000

Keputusan tidak rasmi
Dr Zulkefli Mohamad (PAS) - 3,744
Abdul Aziz Yusof (BN-Umno) - 5,177
Majoriti - 1,069

PRK GALAS : PENGUNDI CINA KEMBALI SOKONG BN?

PAS tewas di peti undi majoriti Cina iaitu Kg Baru dengan majoriti 40 undi walaupun mereka menang besar pada PRU 2008 dengan kemenangan lebih dari 200 undi.

Apakah pengundi Cina kembali menyokong BN????

PRK : BN 2-0 KALAHKAN PR

Adalah dijangkakan BN akan menewaskan PR 2-0

GALAS : BN DAHULUI 910 UNDI

BN - 3,258 undi
PAS - 2,348 undi.
Majoriti 910 undi.

GALAS : BN SELESA DI DEPAN

Keputusan tidak rasmi:
BN - 2,834 undi
PAS - 2,270 undi.

GALAS : MAJORITI KECIL, BN DI DEPAN

Keputusan tidak rasmi:
BN - 2,359 undi
PAS - 2,212 undi.

BATU SAPI : BN HAMPIR PASTI MENANG

Linda Tsen (BN-PBS) - 5,051
Yong Teck Lee (SAPP) - 1018
Ansari Abdullah (PKR) -1,709
Undi rosak - 420

GALAS : KEPUTUSAN MENGEJUT

Melihat kepada keputusan di beberapa peti undi yang telah diterima BN dijangka menang. Keputusan memang di luar jangkaan. Jika dicampur dengan undi dari Peti Undi Orang Asal sudah tentu BN akan dapat menjarakkan undi lebih besar.

GALAS : UNDI POS BN MENANG BESAR

UNDI POS

Dr Zulkefli Mohamad (PAS) - 46
Abdul Aziz Yusof (BN-Umno) - 107
Majoriti - 61

GALAS : BN TERUS DI DEPAN

Dr Zulkefli Mohamad (PAS) - 1,158
Abdul Aziz Yusof (BN-Umno) - 1,254
Majoriti - 96

GALAS : BN DI DEPAN

Dr Zulkefli Mohamad (PAS) - 982
Abdul Aziz Yusof (BN-Umno) - 1,035
Majoriti - 53

KEPUTUSAN TERKINI TIDAK RASMI

GALAS

Peti Undi Bdr Lama:
Dr Zulkefli Mohamad (PAS) - 584
Abdul Aziz Yusof (BN-Umno) - 624

BATU SAPI
Linda Tsen (BN-PBS) - 3,226
Yong Teck Lee (SAPP) - 814
Ansari Abdullah (PKR) - 1,269
Spoilt votes - 420

BATU SAPI : BN TERUS DI DEPAN

Linda Tsen (BN-PBS) - 1,496
Yong Teck Lee (SAPP) - 422
Ansari Abdullah (PKR) - 752

GALAS : PAS DILAPORKAN MENDAHULUI DI PETI SG TERAH DAN PETI UNDI MAJORITI CINA

Calon PAS Dr Zul dilaporkan sedang mendahului dengan selesa di Peti Undi Sg Terah semua peti undi Majoriti Cina.

Walaubagaimana pun tiada maklumat dari peti undi lain

BN MENDAHULUI DI BATU SAPI

BN 266
PKR 177
SAPP 94

GALAS & BATU SAPI : PENGIRAAN UNDI TELAH SELESAI DI BEBERAPA PETI UNDI

Pengiraan undi di beberapa peti undi di Batu Sapi telah selesai manakala di Galas ianya sedang rancak dilakukan.

GALAS DAN BATU SAPI : BLOG INI AKAN LAPORKAN KEPUTUSAN DARI MASA KE SEMASA

Blog ini seperti biasa akan melaporkan keputusan semasa untuk maklumat tuan-puan.

GALAS : PAS OPTIMIS MENANG

PAS optimis bakal berjaya mempertahankan kerusi Dun Galas pada Pilihan Raya Kecil yang diadakan pada hari ini.

Kenyataan tersebut dibuat Pengarah Jentera Operasi PAS, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman pada satu sidang media petang ini.

Hal tersebut ujarnya adalah berdasarkan peratus keluar mengundi di kalangan pengundi luar untuk membuang undi.

"PAS optimis berjaya mengekalkan kemenangan yang dicapai pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu, pada kali ini; berdasarkan peratus pengundi luar yang pulang mengundi meningkat lebih daripada 95 peratus," katanya kepada pemberita.

Malah tambahnya, antara yang turut sama pulang adalah pengundi daripada Singapura.

Katanya terdapat beberapa faktor lain yang boleh membantu kemenangan PAS pada kali ini termasuk peningkatan sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

Masa untuk proses pengundian kini tinggal hanya kurang daripada 30 minit sebelum ianya berakhir.

GALAS : PAS BOLEH CONGAK KEPUTUSAN SELEPAS PUKUL 5 PTG

Seperti biasa PAS akan mengetahui bahawa mereka akan menang atau kalah selepas pengundian ditutup. Selepas semua data dari Polling Agent diperolehi PAS sudah boleh mencongak samada mereka tewas atau sebaliknya.

Biasanya data dari Polling Agent dapat memberikan maklumat berapa pengundi tegar PAS, pengundi atas pagar dan pengundi BN keluar mengundi.

GALAS : PERATUS UNDI TINGGI

Setakat jam 3 petang, sebanyak 76.23 peratus telah keluar mengundi. Ini merupakan suatu jumlah luar biasa.

PAS dilihat sedang memantau keadaan ini dengan teliti. Pihak Polling Agent dan petugas keselamatan di semua peti undi dinasihat supaya sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan penyelewengan dan penipuan.

Selain itu proses pengiraan undi nanti juga memerlukan Counting Agent yang sentiasa peka kepada segala muslihat

GALAS : PAS BERADA DI DEPAN

Para pemerhati melihat PAS masih di depan berdasarkan sambutan hangat yang diterima oleh pondok panas PAS sejak dari awal pengundian bermula. Lumrahnya hampir 95 peratus pengundi yang mengunjungi pondok panas PAS atau BN akan mengundi parti tersebut.

Tinjauan pemerhati politik melihat semua peti undi di dominasi oleh Pondok Panas PAS.

Namun begitu keadaan ini boleh berubah jika terdapat perkara luar biasa di luar kawalan PAS.

BATU SAPI : HANTU SUDAH KELUAR

Satu insiden melibatkan seorang pengundi tidak dapat mengundi di Batu Sapi dilaporkan media sebentar tadi. Seorang pengundi Mad Yusof Milaham mendakwa tidak dapat mengundi di SMK Batu Sapi kerana pegawai SPR di Peti Undi memberitahu seseorang telah mengundi menggunakan nama beliau.

Exco Wanita PKR, Rozaini Mohd Rosli yang bertugas di saluran 4 peti undi tersebut telah membuat laporan kepada SPR.

BATU SAPI : HANYA 46.42 % KELUAR SETAKAT JAM 2 PETANG

Jumlah pengundian kini adalah 46.42 peratus atau 11,876 orang.

Proses membuang undi pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi berjalan lancar setakat ini, namun jumlah pengundi yang menunaikan kewajipan mereka masih kecil, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Abdul Aziz Mohd Yusof


"Diharapkan lebih ramai akan keluar mengundi selepas ini bagi mencapai sasaran 75 peratus," katanya.

Menurut Abdul Aziz, waktu pagi didominasi pemilih warga emas, manakala jumlah pengundi muda yang membuang undi hanya meningkat selepas 11 pagi.

GALAS : BN RASUAH PENGUNDI?



Ini rasuah pengundi atau umpan pengundi. Pemimpin BN sila jawab pertanyaan kami ini. Jangan kita menuding jari kepada Tok Guru yang memberi zakat kepada saudara baru yang memeluk Islam tetapi BN sendiri yang tanpa segan silu menyogok pengundi.

Apa namanya kalau memberi duit kepada pengundi selepas mengundi kalau bukan rasuah?

GALAS : 62.11 % SUDAH BUANG UNDI

Jumlah yang keluar mengundi dalam pilihan raya kecil DUN Galas sehingga jam 2.30 petang ialah 62.11 % peratus.

GALAS : PENGUNDI LUAR BOLEH DAPAT LEBIH DARI RM500 SEORANG

Pengundi Galas yang balik kampung mengundi boleh memperolehi lebih dari RM500 seorang sekiranya mereka menuntut wang dari kedua-dua parti bertanding iaitu PAS dan BN.

PAS menyediakan RM200 untuk pengundi dari KL dan RM250 dari Johor. Manakala BN dianggarkan memberikan lebih dari itu iaitu RM250 atau lebih.

GALAS : LEBIH DARI 6,500 ORANG TELAH KELUAR MENGUNDI

Setakat ini lebih dari 6,500 orang pengundi sudah menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Keadaan pusat pengundian mulai lengang kerana pengundi dan petugas semakin berkurangan. Petugas mengambil kesempatan untuk berehat, menunaikan solat dan makan tengahari.

ROBOH SURAU : SOLAT HAJAT & BACA YASIN MINTA BALASAN ALLAH





Kira-kira 300-400 orang penduduk sekitar Bukit Katil hadir menunaikan solat hajat dan bacaan Yasin bagi memohon Allah memelihara PASTI dan Surau Bukit Katil dari dirobohkan oleh pihak berkuasa yang zalim. Ahli Jemaah yang hadir mendoakan supaya Allah memberikan balasan yang setimpal kepada sesiapa sahaja yang merobohkan Rumah Allah dan bertindak zalim kepada institusi pengajian Islam. Program seperti akan diteruskan dari masa ke semasa.

Program tersebut yang berlangsung Selasa lalu dipimpin oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Ustaz Kamaruddin Sidek. Dalam tazkirahnya beliau mengingatkan pihak berkenaan supaya sedar dan insaf bahawa kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Jika mereka berani meruntuhkan rumah Allah ingatlah Allah akan membalasnya di kemudian hari.

Menurut pemerintah tidak sepatutnya menggunakan akta tanah sewenang-wenangnya untuk merampas tanah rakyat. Sejarah telah membuktikan di zaman Saidina Umar yang mahu membesarkan masjid Nabawi. Umar ingin membeli tanah Ibnu Abas yang terletak di sebelah Masjid Nabawi tetapi Ibnu Abas tidak mahu menjualnya.

Seterusnya Umar membawa kes itu ke mahkamah. Hakim memutuskan Ibnu Abas menang kes itu di mahkamah dan Umar tiada hak untuk membeli kerana Ibnu Abas tidak mengizinkannya.

"Itu untuk buat masjid bukan untuk buat jalan, tuan tanah mempunyai hak mutlak ke atas tanahnya, jika kerajaan sekarang bertindak mengambil tanah tanpa kerelaan tuan tanah sebenarnya mereka telah membelakangkan Islam, tunggu saat kemurkaan Allah" tegas Ustaz Kamaruddin dalam tazkirah pendeknya malam itu.

Kerajaan negeri melalui Pejabat Tanah Melaka Tengah telah menghantar surat kepada pemilik tanah di Jalan Dato Demang Hussien untuk mengambil tanah bagi tujuan membuat jalan.

Namun jalan yang dibina itu tidak praktikal kerana ianya bengkok dan menyebabkan kos pampasan melambung tinggi kerana ianya melibatkan perobohan Tadika PASTI, Surau dan rumah rakyat.

Penduduk meminta kerajaan mengambil tanah tidak jauh kawasan tersebut kerana tanah itu kosong dan jalan yang akan dibina lebih lurus tidak bengkok seperti cadangan sekarang.

GALAS : KERTAS UNDI TIDAK BERCETAK DAN SOGOK PENGUNDI TAKTIK UNTUK MENANGKAN BN

Kalau tidak menipu itu bukan Umno/BN namanya. Sebab itulah menipu, membohong, fitnah dan menyogok pengundi sudah menjadi darah daging mereka.

Mereka langsung tidak takut kepada Allah. Undang-undang manusia jauh sekali untuk menakutkan mereka. Ini kerana mereka 'kebal' dan mempunyai imuniti, apa sahaja yang mereka lakukan semuanya dihalalkan oleh SPR.

Pada hari mengundi ini sudah 2 insiden terang-terang berlaku yang memungkin calon BN tidak layak bertanding atau dibatalkan.

1) Kertas undi tanpa logo parti dikenalpasti di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina, Kampung Baru dan di Peti Undi Sungai Terah.

2) Pada jam 12,30 tadi, kelihatan barisan panjang di bilik operasi BN di Bukit Cekati. Kira-kira 300 orang beratur selepas mengundi. Mereka kelihatan mendaftarkan diri di kaunter sebelum masuk ke dalam sebuah bilik secara bergilir. Mereka kemudian kelihatan memegang sepucuk sampul coklat. Semakan mendapati jumlahnya bernilai RM250.
Pengarah Pilihan Raya BN Tengku Razaleigh Hamzah bagaimanapun ketika ditemui pemberita enggan memberikan sebarang komen tentang apa sebenarnya yang berlaku.

GALAS : SOGOK PENGUNDI TERANG-TERANG

Pada jam 12,30 tadi, kelihatan barisan panjang di bilik operasi BN di Bukit Cekati. Kira-kira 300 orang beratur selepas mengundi.

Mereka kelihatan mendaftarkan diri di kaunter sebelum masuk ke dalam sebuah bilik secara bergilir. Mereka kemudian kelihatan memegang sepucuk sampul coklat.

Semakan mendapati jumlahnya bernilai RM250.

Pengarah Pilihan Raya BN Tengku Razaleigh Hamzah bagaimanapun ketika ditemui pemberita enggan memberikan sebarang komen tentang apa sebenarnya yang berlaku.

GALAS : PAS DAKWA SEBAHAGIAN BESAR PENYOKONGNYA TELAH KELUAR MENGUNDI

Sumber yang rapat dengan PAS menyebut bahawa lebih separuh dari penyokong PAS telah keluar membuang undi termasuk pengundi yang tinggal luar. Keadaan ini memberikan kedudukan selesa kepada PAS terutama di kubu kuat PAS di Sg Terah. Adalah dijangkakan PAS akan dapat mengekalkan peti undi Sg Terah.

Usaha sedangkan dijalankan dengan rapi dan agresif untuk memastikan semua penyokong PAS hadir membuang undi. Jangan ada yang tertinggal walaupun satu orang.

Di kawasan peti undi majoriti pengundi Cina, beberapa petugas PAS dari kaum Cina memberi jaminan bahawa PAS akan meningkatkan undi di kawasan tersebut seterusnya meningkatkan majoriti di semua peti undi majoriti Cina dan peti undi campuran.

GALAS : PENYOKONG PAS TIDAK BERGANJAK

Walaupun cuaca mula menjadi panas terik setelah mendung pada awal pagi, petugas PAS tetap istiqamah meneruskan kerja-kerja merayu undi. Manakala petugas Umno/BN mula berundur untuk makan nasi bungkus dan minum air dacing.

Semangat dan kesungguhan petugas PAS memang sudah teruji dan tidak dapat dinafikan semangat ini memberikan kelebihan kepada PAS. Pengundi yang semakin kurang disantuni dengan lemah lembut dan majoriti dari mereka setiasa melemparkan senyuman kepada petugas mungkin kerana terasa lucu dengan gelagat mereka.

Adalah diharapkan petugas PAS terus istiqamah sehingga ke saat akhir kerana penipuan dan penyelewengan boleh berlaku bila-bila masa.

Jalan-jalan di sekitar masih sesak dengan pemandu terpaksa memperlahankan kenderaan mereka kerana banyak jalan dipenuhi petugas parti terutama lokasi berdekatan pusat pembuangan undi.

GALAS : DI MANA KU LI 'BESEMBUNYI'

Setakat ini media tidak dapat mengesan di mana Ku Li 'bersembunyi'. Beliau tidak kelihatan di khalayak umum sejak proses pengundian bermula jam 8.00 pagi tadi.

Hanya Pengerusi Umno Kelantan, Stopa Mamat dan Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan sahaja yang tersengih-sengih bersama petugas BN.

Sedangkan di pihak PR ramai pemimpinnya kelihatan termasuk Mursyidul Am, YAB Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat, Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Penasihat DAP, YB Lim Kit Siang dan Pengarah Strategik Keadilan, YB Tian Chua.

Apakah Ku Li merajuk atau masih merayu undi bertemu pengundi di merata ceruk kampung.

GALAS : LEBIH DARI 50 % TELAH BUANG UNDI

Kira-kira 50.15 % pengundi telah membuang undi di Galas. Angka ini agak tinggi dan SPR mengharapkan lebih 80% pengundi akan membuang undi sebelum pukul 5.00 petang di mana pusat pembuangan undi akan ditutup.

GALAS : PEMIMPIN BN DAKWA MEREKA AKAN MENANG

Pengerusi Perhubungan MCA Kelantan, Ng Yen Yen meramalkan BN akan menang dengan majoriti yang besar di Galas. Ini kerana menurutnya terdapat 'signal' bahawa pengundi Galas mahukan perubahan.

Menurutnya mereka mahukan pembangunan dan mengharapkan konsep 1Malaysia menjadi realiti.

GALAS : SENGIT DI PETI UNDI BANDAR BARU

Suasana di Peti Undi Bandar Baru hingar bingar dengan laungan takbir dan sorakan kedua-dua penyokong PAS dan BN.

Mereka berbalas-balas kata-kata dengan pelbagai ragam. Jumlah penyokong PAS jauh lebih ramai lebih-lebih penyokong BN mula berundur mencari tempat teduh.

Pihak Polis sentiasa bersedia meredakan suasana yang agak panas tersebut.

Sahutan 'Hancur BN' menguasai suasana dengan di selang seli laungan 'Allahu Akbar'. Walaubagaimana pun pengundi tetap keluar mengundi tanpa menghiraukan penyokong kedua-dua parti yang berbalas sorakan.

MUHYIDDIN LAWAT BATU SAPI BILA NAK KE GALAS

Muhyiddin kelihatan awal-awal pagi lagi beliau keluar menemui pengundi di sebuah pusat pengundian di sebuah SMK Agama di Batu Sapi.

Mungkin selepas itu Muhyiddin akan ke Galas pula dengan menaiki kapalterbang atau helikopter.

Persoalannya di mana Muhyiddin akan hadir semasa pengumuman keputusan Pilihanraya kecil itu nanti.

Jika tuan-puan ingin mengetahui keputusan awal tengok sahaja di mana Muhyiddin berada pada antara pukul 7.00 hingga 8.00 malam nanti. Jika Muhyiddin berada di Batu Sapi sah BN akan menang di Batu Sapi tetapi belum tentu menang di Galas. Andaikata Muhyiddin berada di Galas, sah BN menang di Galas dan menang juga di Batu Sapi.

GALAS : PEMERHATI RAMAL PAS MENANG DENGAN MAJORITI 370 UNDI

Seorang penganalisis politik, Dr Ong Kian Ming meramalkan PAS akan menang di Galas dengan majoriti 370 undi.

Beliau meramalkan PAS akan mendapat 75 % sokongan dari pengundi Cina meninggalkan jauh BN dengan 35 % undi.

Manakala kedudukan pengundi Melayu adalah 50:50 manakala pengundi orang Asli akan tetap menyokong BN dengan angka 70% dan PAS hanya mendapat 30%.

Dengan jangkaan peratusan yang keluar mengundi adalah 85%, Ong meramalkan PAS akan menang dengan majoriti tipis 370 undi sahaja dengan andaian 2% undi adalah undi rosak.

GALAS : LEBIH RAMAI PENGUNDI KELUAR SELEPAS TENGAHARI

Dijangkakan lebih ramai pengundi akan keluar mengundi selepas tengahari terutama kaum lelaki kerana ramai antara mereka yang bekerja pada waktu pagi.

Keadaan cuaca yang kembali cerah mungkin menyebabkan pengundi menunggu sehingga petang untuk mengundi.

Cuaca yang mula terik menyebabkan ramai petugas khususnya BN mula letih dan mencari tempat berteduh.

GALAS : 42 % TELAH BUANG UNDI

Kira-kira 42% pengundi telah membuang undi masing-masing menurut sumber tidak rasmi yang diperolehi kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

Adalah dijangkakan kira-kira 80% pengundi akan menunaikan tanggungjawab mereka di Galas.

BATU SAPI : HUJAN TURUN DI BEBERAPA TEMPAT

Hujan renyai-renyai mula turun di beberapa kawasan Batu Sapi menyebabkan petugas-petugas mula mencari tempat berteduh. Ada antara mereka menggunkan payung atau penutup kepala untuk merayu undi.

GALAS : PONDOK PANAS PAS PENUH DENGAN PENGUNDI

Di beberapa tempat mengundi jelas kelihatan PAS mendapat sokongan padu dari pengundi. Antaranya di Sek Keb Sri Wangi di mana petugas PAS tidak menang tangan melayani pengundi yang datang untuk memeriksa nama mereka dalam daftar pemilih.

Ramai pemerhati menganggarkan PAS akan mengekalkan kemenangan mereka di Peti Undi Sg Terah.

GALAS : PEMERHATI POLITIK RAMAL KEDUDUKAN TERKINI BN 49 %, PAS 51 %.

Pemerhati politik bebas meramalkan kedudukan terkini di Galas ialah BN di depan dengan 49 % undi manakala PAS dengan 51 % undi. Ini berdasarkan sokongan padu pengundi Cina kepada PAS di semua peti undi majoriti Cina.

Manakala kedudukan pengundi Melayu masih 50:50 manakala pengundi Orang Asal dijangka memberikan kelebihan kepada BN dengan 68 % dan 32 % PAS.

GALAS : BERITA HAIRAN MENGAKU RALAT, TAPI ALI RUSTAM TERUS TUDUH LIM KIT SIANG

Akhbar Berita Harian hari ini membuat pembetulan berhubung laporan yang memetik ucapan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam yang mendakwa tokoh DAP Lim Kit Siang mengeluarkan kenyataan "Umno Kafir" dalam satu ceramah pilihan raya kecil di Gua Musang.

Dalam pembetulan yang disiarkan dalam akhbar itu hari ini, pada muka surat 8, pengarangnya berkata laporan mereka "bukan merujuk kepada penasihat DAP" itu.


"Ucapan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dalam ceramahnya, DAP semakin berani mencampuri urusan agama Islam di peti undi Kampung Baru Ulu, Gua Musang seperti disiarkan Berita Harian semalam, bukan merujuk kepada penasihat DAP, Lim Kit Siang.

"Kesilapan dikesali - Pengarang," pemberitahuan itu dipetik.

Namun semalam pada Sidang DUN Melaka, Ali Rustam terus memfitnah bahawa Lim Kit Siang menuduh Umno Kafir.

GALAS : RAYUAN TERAKHIR





Perayu undi PAS ini merayu pengundi supaya mengundi PAS dengan mempamerkan 'bunting' ini - MINYAK NAIK LAGI. Ini bertujuan untuk menyedarkan pengundi bahawa kerajaan BN ternyata tidak memikirkan kesengsaraan rakyat dengan menaikkan harga minyak.

TERKINI GALAS : KIRA-KIRA 25 % TELAH BUANG UNDI

Kira-kira 25% pengundi telah menunaikan tanggungjawab masing-masing menurut sumber yang boleh dipercayai.

BATU SAPI : 24.5 % TELAH BUANG UNDI

Di Batu Sapi, kira-kira 24.5 % pengundi telah menunaikan tanggungjawab masing-masing. Pengundi dilihat bertali arus membuang undi tanpa menghiraukan cuaca yang mendung.

GALAS : PENGUNDI CINA 'SOLID' UNDI PAS

Dari tinjauan yang dibuat di beberapa peti undi majoriti Cina di Galas, didapati bahawa mereka 'solid' mengundi PAS. Ini dapat dilihat apabila sebahagian besar dari mereka tanpa segan silu memperlihatkan sokongan mereka kepada PAS dengan mengunjungi pondok panas PAS untuk memeriksa nama mereka dalam daftar pemilih.

Manakala di kalangan pengundi orang Asli mereka masih memberikan sokongan kepada BN. Malah petugas PAS khuatir unsur penipuan akan berlaku di peti-peti undi orang Asli lebih-lebih lagi dengan tindakan SPR yang akan mengira undi di pusat penjumlahan undi dengan membawa tong undi dengan helikopter.

GALAS : TIRU MACAM SAYA, BERI 'PITIH' AMBIK UNDI TETAP BULAN

Kepada pengundi Galas, jangan risau kalau BN sogok pitih (duit), kita ambil tetapi undi tetap undi BULAN.

Ini falsafah yang telah diperkenalkan oleh Tuan Guru sejak dari dahulu lagi. Saya mendoakan pengundi Galas dan Batu Sapi mengamalkan prinsip ini.

GALAS : 'MINYAK NAIK LAGI' DAN 'PAS PEMBOHONG'

Antara banner yang ditayangkan oleh penyokong kedua-dua parti ialah Minyak Naik Lagi dan PAS pembohong.

Seperti biasa di semua peti undi berlaku sorak menyorak antara penyokong kedua-dua parti.

Jelas di semua Peti Undi, penyokong PAS lebih ramai berbanding BN.

Berlaku sedikit kekecohan Sek Keb Gua Musang apabila kedudukan penyokong kedua-dua parti terlalu rapat sehingga memerlukan campur tangan pihak polis.

Di Sek Keb Sri Wangi, pengundi merungut kerana kedudukan tempat mengundi yang agak jauh dari pintu pagar sekolah sehingga mereka terpaksa berjalan kaki sejauh 300 meter. Ini menyukarkan warga emas untuk membuang undi.

GALAS : 400 PAS, 50 BN

Di Peti Undi Sg Terah, kira-kira 400 petugas PAS 'berpesta' di sana sedangkan petugas hanya kira-kira 50 orang.

Pengerusi Umno Kelantan, Mustapa Mamat yang berada di situ tersengih-sengih dengan keadaan itu yang benar-benar merunsingkan beliau.

PRK GALAS : PETUGAS PAS JAUH LEBIH RAMAI

Di setiap peti undi jelas kelihatan petugas PAS jauh lebih ramai berbanding petugas BN. Ini menyebabkan suara dan gerakerja BN tenggelam dan terpaksa mengalah.

Petugas PAS dengan penuh dedikasi menyantuni dan merayu pengundi supaya mengundi PAS.

Di Peti Undi Sungai Terah jelas bahawa pondok PAS mendapat sambutan dari pengundi untuk menyemak nama mereka dalam daftar pemilih. Pondok panas BN tidak mendapat sambutan hebat hanya diduduki oleh petugas mereka sahaja.

Kehadiran Dr Zul dan Tok Guru awal-awal lagi di peti undi benar-benar memberi kesan kepada petugas dan pengundi di sana.

GALAS : BILA PENGUNDI HANTU HENDAK KELUAR

Petugas-petugas PAS diberitakan sudah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan kehadiran pengundi hantu di Galas.

Bermula dengan jentera keselamatan yang berkawal siang dan malam sejak beberapa hari lalu sehinggalah kepada petugas keselamatan di kawasan pembuangan undi, pasukan Peguam di setiap peti undi, Polling Agent yang sangat terlatih dan mengenali setiap pengundi yang mengundi di kawasan mereka.

Pasukan jurukamera lengkap dengan kamera video dan peralatan lain sudah bersedia sejak awal pagi.

Selain itu petugas-petugas PAS yang dikenali yang berada di mana-mana juga setiap waktu menyampaikan maklumat kepada bilik gerakan.

Insya Allah dengan skill dan dedikasi serta semangat jihad yang tinggi Allah akan memelihara kita semua dari tipu muslihat pihak lawan yang sememangnya jahat dan kaki pembohong.

GALAS : LAUNGAN TAKBIR IRINGI KEDATANGAN TOK GURU

Petugas semakin bersemangat dengan kedatangan Tuan Guru dan Dr Zul ke pusat pembuangan undi di Sek Men Kebangsaan tengku Indra Petra 1 sebentar tadi.

Mereka berebut-rebut bersalam dengan Tok Guru dan Dr Zul.

GALAS : CUACA REDUP MUNGKIN HUJAN TURUN

Cuaca kelihatan redup di Galas pagi ini. Kemungkinan hujan akan turun samada di sebelah pagi ini atau petang.

Pengundi dinasihatkan keluar membuang undi seawal mungkin untuk mengelakkan kesulitan akibat hujan.

Beberapa peti undi menyaksikan pengundi berpusu-pusu membuang undi. Setakat ini tiada kejadian tidak diingini cuma ada kekecohan kecil berlaku di Sek Men Kebangsaan tengku Indra Petra 1 di mana petugas BN dilihat berada di tepi pagar pusat membuang undi dan ianya dibantah oleh petugas PAS. Polis telah mengarahkan petugas BN beredar dari situ dan berada kira-kira 50 meter dari kawasan tersebut.

GALAS : TUAN GURU LAWAT PUSAT MENGUNDI SUNTIK SEMANGAT

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat melawat tempat pembuangan undi seawal jam 8.00 pagi lagi. Beliau mengiringi calon PAS Dr Zulkefli Mohamed melawat Peti Undi Sg Terah, Sek Keb Tengku Mohamad Fakri dan selepas itu Sek Jenis Kebangsaan Cina di Kampung Baru Gua Musang.

Kehadiran Tok Guru dan Dr Zul disambut dengan laungan takbir oleh petugas dan perayu undi PAS di kawasan pondok panas dan sepanjang jalan menuju pintu pagar sekolah. Perayu dibenarkan berada kira-kira 50 meter dari pintu pagar manakala pondok panas didirikan kira-kira 100 meter dari pintu pagar sekolah.

GALAS : SEMAKIN RAMAI MENGUNDI

Pengundi berpusu-pusu keluar membuang undi di beberapa peti undi di DUN Galas. Memang menjadi lumrah pengundi keluar awal terutama jika cuaca tidak menentu seperti sekarang.

Namun begitu ada juga di beberapa peti undi yang menyaksikan jumlah yang keluar mengundi tidak begitu ramai.

SPR menjangkakan seramai 80 % pengundi akan keluar mengundi hari ini.

STRATEGI BN UNTUK MENANG DI GALAS

1) Kira-kira RM1,000 akan diperuntukkan untuk membeli setiap satu undi, manakala jumlah yang sama akan digunakan untuk membeli setiap satu undi penyokong PAS.

2) Penggunaan pengundi hantu. Ada maklumat menyatakan terdapat kira-kira 100 orang daripada Johor serta beberapa tempat yang lain dan mereka itu akan menggunakan kad pengenalan yang dibuat khusus untuk membolehkan mereka mengundi.

3) Ada maklumat menyatakan kira-kira 500 kad pengenalan disediakan kepada orang yang akan keluar mengundi bagi menggantikan pemilih yang tidak berminat keluar membuang undi.

Langkah PAS

1) Memantau pergerakan mereka dengan kelengkapan canggih seperti penggunaan kamera dan video.

2) Seramai 29 orang peguam akan ditempatkan di 13 Unit Peti Undi bersama jawatankuasa keselamatan bagi memastikan tidak berlaku sebarang provokasi oleh pihak lawan sama ada dalam bentuk sogokan atau sebagainya.

PRK GALAS : DR ZUL LAWAT PETI UNDI SG TERAH

Calon PAS Dr Zulkefli Mohamed keluar awal melawat Peti Undi di Sek. Keb. Tengku Muhammad Fakri, Sungai Terah. Kehadiran beliau disambut dengan laungan takbir oleh penyokong dan perayu undi PAS.

Beliau juga kelihatan bersalaman dengan pengundi yang menuju ke pusat pembuangan undi.

PRK GALAS DAN BATU SAPI : PENGUNDI KELUAR MENGUNDI AWAL, BLOG INI AKAN LAPORKAN PERKEMBANGAN SEMASA

Pengundi-pengundi diberitakan keluar mengundi awal. Dibeberapa peti undi mereka sudah beratur seawal jam 7.30 pagi. Mungkin mereka khuatir hujan akan turun pada sebelah petang.

Blog ini akan melaporkan perkembangan semasa dari Galas dan Batu Sapi sehingga pengumuman keputusan malam ini.

03 November 2010

SIDANG DUN MELAKA : ALI RUSTAM SEKALI LAGI DAKWA KIT SIANG KAFIRKAN UMNO

Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam terus menuduh Penasihat DAP, YB Lim Kit Siang mengkafirkan Umno. Pada Sidang DUN Melaka petang tadi beliau secara terbuka menuduh Kit Siang mengkafirkan Umno.

"Dulu PAS kafirkan Umno sekarang, DAP pula kafirkan Umno, Lim Kit Siang kafirkan Umno" kata Ali Rustam ketika bangun membangkang usul yang dibawa ADUN Bachang, YB Lim Jak Wong.

Jelas sekali Ali Rustam membuat tuduhan tanpa usul periksa. Walaupun Kit Siang telah menafikan beliau berkata demikian pada ceramahnya di Galas, Ali terus membuat tuduhan yang jelas suatu fitnah dan bohong.

Lim Kit Siang pada Sidang Medianya di Lobi Parlimen hari ini berkata beliau langsung tidak hadir pada cermah di Kampung Baru Hulu di kawasan Galas yang juga dihadiri oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim .

"Saya didakwa mengatakan Umno kafir dalam satu ceramah di Galas bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ini merupakan fitnah dan pembohongan oleh kerana saya tidak bercakap seperti yang didakwa oleh beliau.

"Saya juga tidak pernah menghadiri ceramah di tanah rancangan Kesedar seperti yang didakwa dan ini merupakan perbuatan jahat dan tidak bertanggungjawab yang cuba untuk menyebarkan kebencian kaum dan agama," kata Lim menafikan tuduhan Ali Rustam.

Lim telah mengarahkan peguamnya mengemukakan saman terhadap laporan akhbar Berita Harian dan Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam berhubung dakwaan beliau mengeluarkan kenyataan "Umno Kafir" dalam satu ceramah di dalam kempen pilihan raya kecil di sebuah ceramah di Sungai Terah, Gua Musang, semalam.

Inilah 'standard' Ketua Menteri Melaka yang bercakap membuta tuli dan tidak mempunyai fakta yang sentiasa cuba mengelirukan rakyat dengan tuduhan-tuduhan liar yang berniat jahat.

SPR TERUS BUKA PEKUNG SIKAP MEMIHAKNYA

Bila Tok Guru Nik Abdul Aziz memberikan zakat kepada 3 orang Asal yang baru Islam sepantas kilat SPR menyatakan ia boleh dikategorikan sebagai rasuah.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang terkenal dengan sikap memihak berkata, walaupun PAS mendakwa ia adalah zakat, tetapi di mata undang-undang, wang yang diberikan oleh siapapun kepada pengundi yang boleh mengubah undi mereka, dianggap rasuah mengikut Perkara 10 Akta Kesalahan Pilihan raya 1954.

Jelas sekali sikap ‘double standard’ SPR yang terbukti terus menjadi kuda tunggangan BN pada setiap kali pilihanraya.

Pengarah pilihan raya PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman hari ini menafikan laporan Utusan Malaysia dan menjelaskan bahawa pemberian wang oleh menteri besar kepada sebilangan masyarakat Orang Asli yang diislamkannya sebenarnya adalah wang zakat dan bukannya rasuah seperti didakwa.

Katanya, beliau telah menyemak dengan setiausaha politik Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk mendapatkan penjelasan sebenar berhubung isu itu

Mohon Pihak berkuasa halang Umno ganggu ceramah PR

Sudah berkali-kali PAS memohon Polis supaya bertindak menghalang Umno menganggu ceramah PAS.Namun sehingga kini tiada tindakan diambil. Ketua Dewan Pemuda PAS Ustaz Kamaruddin Sidek sudah bertemu dengan Polis Negeri Melaka tetapi sehingga kini gangguan tidak bertamadun itu masih berterusan.

Malang sungguh bagi sebuah negeri yang dikatakan berstatus maju tetapi minda pemimpinnya masih mundur manakala pihak berkuasa seperti Polis pula tidak bertindak secara professional. Saya sebagai seorang rakyat yang merdeka memohon Polis agar menjadi lebih professional sesuai dengan status mereka sebagai Polis DIRAJA Malaysia yang bertugas di sebuah 'negeri maju'.

Ceramah Cikgu Bard di Bukit Pulau 6 Nov

Ahli MPT PKR Badrul Hisham Shaharin akan berceramah di perkarangan Pejabat PAS Cawangan Bukit Pulau DUN Bukit Baru pada 6 Nov di Bukit Pulau. Ceramah ini dijangka hangat kerana banyak isu yang sedang melanda negara antaranya berkaitan Laporan Ketua Audit Negara 2009, tindakan zalim pihak berkuasa robohkan papantanda Pas dan usaha untuk robohkan Surau dan PASTI.

PRK GALAS : PAS YAKIN MENANG?

Mengapa PAS yakin menang?

1) Pengundi yang celik politik walaupun disogok dengan wang tetapi mereka mempunyai prinsip yang teguh

2) Pengundi Cina yang masih kekal menyokong PAS seperti juga kecenderungan pengundi Cina di seluruh Malaysia

3) Program kebajikan kerajaan negeri Takaful Kifaalah, bantuan Armalah, bantuan rumah dan sebagainya.

4) Kejayaan Kerajaan negeri menyelesaikan isu tanah walaupun dimomokkan kerajaan negeri gagal.

5) Protes senyap dari ahli dan penyokong Umno sendiri.

6) Kekuatan jentera Pilihanraya PAS yang bukan sahaja bekerja semasa kempen tetapi telah bersedia sebaik sahaja pilihanraya umum 2008 selesai.

PRK GALAS : UNDI ORANG ASLI DIBAWA DENGAN HELIKOPTER, BENARKAN AGEN PAS NAIK BERSAMA

Proses penjumlahan undi bagi empat kawasan mengundi Orang Asli dalam pilihan raya kecil DUN Galas tidak dilakukan di tempat mengundi. Proses berkenaan dicurigai kerana ia hanya akan dikira di pusat penjumlahan.

Memang ada asas untuk kita curiga kerana ejen calon tidak dapat mengikuti helikopter yang membawa peti-peti undi dari empat pusat mengundi Orang Asli - di Belatim, Balar, Bihai dan Hau.

PAS mesti mengambil langkah drastik untuk memastikan tiada penipuan akan dibuat di atas helikopter. Kita masih ingat bagaimana PR begitu sangsi dengan keputusan PRK Batang Ai di mana peti-peti undi yang dibawa dengan helikopter memperlihatkan PKR yag mewakili PR kalah teruk.

Apakah jaminan SPR bahawa perkara ini tidak berlaku.

Hanya satu jalan yang mesti dipohon oleh PAS, benarkan Counting Agent PAS bersama-sama naik dalam helikopter memerhatikan peti-peti undi tersebut.

Jika SPR tidak membenarkannya maka sudah pasti ada udang di sebalik mee!!!!

2 GOLONGAN MANUSIA ROBOH MASJID DAN SURAU

Atas dunia ini ada 2 golongan manusia yang zalim merobohkan surau dan masjid. Mereka ialah komunis dan Yahudi. Komunis merobohkan masjid dan surau di Asia Tengah manakala Yahudi merobohkan surau dan masjid di Palestin.

Malangnya di Malaysia ini ada juga golongan yang merobohkan rumah Allah iaitu Selangor. Kini ianya berjangkit ke Melaka.

Ingatlah barangsiapa yang berani merobohkan surau iaitu rumah Allah maka tunggu balasan dari Allah sebagaimana yang terjadi kepada BN di Kedah dan Selangor.

UMNO MENGGANAS LAGI, ROBOH PAPANTANDA PEJABAT PAS BUKIT BARU DALAM

Setelah Papantanda Pusat Aduan Rakyat dan Banner membantah perobohan Surau dan PASTI dimusnahkan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang ada kaitan dengan Umno, semalam satu lagi papantanda PAS dirobohkan oleh mereka. Kali ini di Pejabat PAS Bukit Baru Dalam di Pekan Bukit Baru berhadapan Flat Siantan.

Penyelia DUN Bukit Baru, Yusof Wahab berkata papantanda itu yang telah lama di pasang di pejabat itu disedari telah dibuang semalam.

"Pejabat itu telah disewa beberapa tahun lepas dan menjadi antara tempat paling popular ceramah PAS dan PR."

"Tuan rumah kepada pejabat itu melahirkan rasa kesal kerana pihak tidak bertanggungjawab melakukan kerja zalim dan jahat itu."

"PAS masih menjadi penyewa rasmi walaupun Umno cuba merampasnya dengan memberi tawaran sewaan RM500 sebulan berbanding sewa yang dibayar oleh PAS berjumlah RM300. Tuan rumah belum lagi memberi notis untuk PAS keluar dari pejabat itu secara rasmi." kata Yusof.

Menurutnya PAS akan membuat laporan Polis di atas pencerobohan itu.

"Ini satu lagi tindaka zalim dan terdesak Umno Melaka yang sehari dua menunjukkan sikap zalim dan rakus hendak merobohkan surau, PASTI dan Pejabat PAS" ujar Yusof.

Beliau sekali lagi memberi amaran supaya pimpinan Umno bersikap telus dan terbuka sert tidak bersikap zalim kepada rakyat.

"Kerajaan BN Kedah dan Selangor tumbang kerana merampas tanah rakyat dan merobohkan surau, Insya Allah kalau kerajaan Melaka zalim seperti ini Allah akan menghancurkan mereka" ujar Yusof.

300 HADIRI SOLAT HAJAT DAN BACA YASIN PERDANA

Kira-kira 350 penduduk sekitar Kampung Bukit Katil menghadiri majlis solat hajat dan bacaan Yasin perdana memohon Allah menghalang usaha merobohkan surau dan PASTI Bukit Katil di perkarangan PASTI Bukit Katil malam malam tadi.

Program yang bermula dengan solat maghrib berjemaah diikuti dengan bacaan yasin dan solat Isyak diakhiri dengan munajat rakyat melalui solat hajat. Ianya dipimpin oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Ustaz Kamaruddin Sedik.

Rakyat yang surau dan PASTI mereka hendak dirobohkan bermunajat sepenuh hati mengharapkan pertolongan Allah agar penguasa yang zalim diberikan hukuman setimpal oleh Allah.

02 November 2010

MARI DEBAT ISU SEKOLAH HARAPAN DAN MELAKA MAJU 2010

Penyelia DUN Bukit Baru, Yusof Wahab sekali lagi mengingatkan Ketua Menteri Melaka bahawa PAS Negeri Melaka masih menunggu jawapan dari beliau tentang tarikh dan masa serta tempat untuk debat antara beliau dan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman.

Sudah hampir sebulan, Mohd Ali mencabar PAS Melaka berdebat, tetapi beliau sendiri senyap membisu sehingga kini walaupun Pesuruhjaya PAS Negeri menyahut cabarannya untuk berdebat.

"Takkan tak berani kot, bukan ke Ketua Menteri yang mencabar Ustaz Ghani, bukannya Ustaz Ghani yang cabar Ali".

"Sebagai seorang pemimpin Umno yang dikatakan hebat mengapa pula takut untuk berdebat di atas isu yang penting ini" kata Yusof pada Sidang medianya di Pusat Aduan Rakyat DUN Bukit Baru di Bukit Katil sebentar tadi.

Beliau juga turut mencadangkan debat diadakan berkaitan dengan isu Melaka Maju 2010 kerana kerajaan negeri nampaknya cuba menipu rakyat dengan dakwaan OECD mengiktiraf Melaka sebagai negeri maju.

"Debat perlu diadakan sebagai usaha untuk menerangkan kepada rakyat siapa membohong dan siapa yang masuk bakul angkat sendir" tambah Yusof.

OECD hari ini mengesahkan bahawa badan tersebut tidak mengiktiraf Melaka sebagai negeri maju sebagaimana yang disiarkan di laman web The Malaysianinsider.

Dalam laporan itu, wakil OECD Jon Hall menjelaskan kepada portal Malaysiainsider melalui email bahawa media mungkin salah faham tentang pengisytiharan status negeri maju.

Beliau menerangkan bahawa OECD tidak mempunyai kuasa atau tidak berautoriti untuk membuat pengisytiharan tersebut.

BANJIR DI UTARA MAKIN PARAH, HARAP SEMUA BERSABAR HADAPI MUSIBAH ALLAH

Saya mendoakan sahabat-sahabat kita di Kedah dan Perlis bersabar dengan ujian Allah berupa banjir yang sedang melanda mereka. Musibah dan ujian Allah mempunyai hikmah dan pengajarannya. Insya Allah jika kita redha dan sentiasa berserah kepada Allah kita akan mendapat balasan dari Allah.

Media hari ini melaporkan bahawa keadaan banjir di utara Semenanjung kini bertambah buruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan di Kedah dan Perlis terus meningkat.

Hujan yang berterusan sejak semalam menyebabkan 9,264 penduduk daripada 2,214 keluarga di beberapa daerah di Kedah kini dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di seluruh negeri itu yang dibuka sejak semalam.

Di Perlis pula, jumlah mangsa yang dipindahkan kini meningkat kepada lebih 3,000 orang berbanding kira-kira 1,600 orang malam tadi.

OECD TIDAK IKTIRAF MELAKA NEGERI MAJU, 1MALAYSIA KENA TIPU

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam di minta membuat penjelasan tentang kenyataan OECD yang menafikan badan tersebut mengiktiraf Melaka sebagai negeri maju. Sebelum ini kerajaan negeri menjaja nama OECD sebagai badan bebas yang memberikan pengiktirafan bahawa Melaka telah mencapai status negeri maju pada 20 Oktober 2010 lalu.

Rakyat negeri Melaka berasa tertipu dengan penafian OECD ini dan kerajaan negeri mesti membuat penjelasan tentang isu ini.

Adalah lebih baik isu ini dibincangkan di dalam Sidang DUN yang sedang berlangsung sekarang.

Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD) hari ini mengesahkan bahawa badan tersebut tidak mengiktiraf Melaka sebagai negeri maju.

Wakil OECD Jon Hall menjelaskan kepada Portal Malaysiainsider melalui email bahawa media mungkin salah faham tentang pengisytiharan status negeri maju. Beliau menerangkan bahawa OECD tidak mempunyai kuasa atau tidak berautoriti untuk membuat pengisytiharan tersebut.

“OECD tidak pernah memberi pengiktirafan terhadap deklarasi Melaka maju, disebabkan kami tidak landasan yang betul untuk berbuat demikian".

“Sebagaimana saya cuba jelaskan dalam ucapan saya pada Rabu (20 Oktober), di mana tidak definasi rasmi ke atas sebuah negeri maju, jadi OECD tidak berada di kedudukan yang betul untuk menggariskan kriteria negeri maju" katanya.

Hall, yang menguruskan OECD dalam projek global bagi mengukur pembangunan masyarakat menghadiri sambutan pengisytiharan Melaka negeri maju pada 20.10.2010 di Stadium Hang Jebat.

Dalam program tersebut Perdana Menteri telah mengisytiharkan Melaka sebagai negeri Maju melalui teleconference.

Berita penuh di http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/malacca-developed-status-self-declared-says-oecd-official/

GALAS : PAS DI DEPAN?

PAS yang sejak dari awal menyatakan mereka ketinggalan dari BN dilihat semakin selesa di depan. Ramai pemerhati politik berpendapat strategi PAS yang merendah diri sebenarnya mengena kerana rakyat simpati kepada PAS manakala petugas mereka pula bekerja dengan lebih kuat.

Signal dari pengundi menjelang 2 hari terakhir kempen amat positif. Terdapat tanda-tanda bahawa orang asal akan membuat perubahan dengan mengundi PAS. Dijangkakan kali ini PAS akan mendapat minima 40% undi orang asal, suatu keputusan yang amat baik kerana sebelum ini PAS hanya memperolehi sekitar 30 % sahaja undi orang Asal.

Manakala pengundi Cina tetap akan memberikan sokongan padu kepada calon PAS. Pemerhati politik berpendirian bahawa 65 - 75 % pengundi Cina akan mengundi PAS.

Manakala pengundi tegar PAS di kalangan orang Melayu akan setia bersama PAS. Dianggarkan PAS akan memperolehi antara 50 - 55 % undi orang Melayu di Galas.

Dengan anggaran itu PAS dijangka akan menang dengan majoriti antara 400-1000 undi.

MINYAK NAIK : HADIAH DARI KERAJAAN BN

Harga petrol RON 97 dinaikkan 5 sen lagi mulai hari ini. Berikutan itu, harganya kini RM2.15 seliter, demikian menurut laporan.

Bagaimanapun harga pertrol RON 95 dan diesel tidak berubah.

Ini adalah kenaikan pertama harga minyak selepas kenaikan "5-dalam-1" pada 15 Julai tahun ini, yang bertujuan untuk mengurangkan beban subsidi kerajaan.

Pemotongan subsidi merupakan sebahagian daripada rancangan kerajaan untuk mengurangkan subsidi untuk barangan keperluan seperti yang dicadangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Jala.

Inilah hadiah dari kerajaan BN kepada rakyat di saat rakyat terus terhimpit dengan kehidupan yang semakin susah.

01 November 2010

DAP AJAK UTUSAN BERDEBAT, ADA BERANI KA?

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua mencabar Utusan Meloya berdebat dalam isu tuduhan terhadap DAP yang dikatakan mengamalkan politik rasis.

Sejak dari dahulu Utusan dan tuannya Umno tidak habis-habis menuduh DAP pelampau, pengamal politik rasis dan sebagainya.

Ahad lalu sekali lagi Utusan melalui ruangan 'pojok' Awang Selamat yang melabelkan DAP sebagai parti paling rasis di dunia.

'Awang Selamat menulis: “Ancaman DAP adalah jauh lebih berbahaya daripada apa-apa ancaman sekalipun yang pernah dihadapi dalam sejarah tanah air. Cuma bentuk penjajahan mereka lebih halus, berselindung atas slogan demokrasi dan tanpa menggunakan senjata. Tetapi implikasinya amat besar.

DAP melalui Tony Pua hari ini mencabar akhbar Utusan Meloya supaya bersifat bertanggungjawab dan menyahut tawaran debat berhubung dakwaan parti pembangkang itu sebuah pertubuhan yang rasis.

Persoalannya adakah Utusan berani. Saya pasti Utusan akan mengikut rentak dan tari tuannya Umno yang hanya berani pukul curi tetapi tidak berani berlawan secara berdepan.

UTUSAN TERUS MAINKAN ISU PERKAUMAN

Utusan Meloya terus menerus memainkan isu perkauman demi untuk membantu tuannya mendapat sokongan orang Melayu.

Hari ini sekali lagi akhbar yang mendokong semangat perkauman sempit itu memainkan perasaan orang melayu dengan tajuk utama muka depan BANGKITLAH MELAYU.

Siapa sebenarnya yang memainkan isu perkauman demi untuk keuntungan politik tuannya. Umno atau PR yang memainkan isu perkauman sebenarnya.

Utusan tidak habis melabelkan DAP sebagai anti Melayu dan anti agama. Padahal selama ini Umno lah yang menyebabkan kedaulatan orang Melayu semakin terhakis.

Siapa yang meminda akta tanah sehingga tanah orang Melayu semakin berkurangan. Siapa yang menggadaikan tanah orang Melayu kepada bangsa lain? Umno atau DAP.

Siapa yang mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu melalui pindaan perlembagaan di era 90-an dulu. Umno atau DAP?

Cuba tuan-tuan jawab soalah di bawah ini:-

1) Berapa ramai orang Islam yang telah dibunuh oleh DAP setakat ini.?? Sedangkan setahu saya 14 orang telah syahid di Memali kerana dibunuh oleh orang atau badan tertentu.

2) Berapa luas tanah orang Melayu yang telah dirampas oleh DAP?? Sedangkan tanah rezab Melayu semakin hari semakin kurang jika dibandingkan dengan 50 tahun dahulu ketika negara mula-mula merdeka. Siapa yang menggadaikan tanah rezab melayu ini???

3) Berapa banyak masjid dan surau yang telah dirobohkan oleh DAP??? Sedangkan semua orang tahu telah begitu banyak masjid dan surau dirobohkan oleh pihak berkuasa BN di Terengganu, Selangor dan lain-lain.

4) Berapa saham dan projek untuk orang Melayu dirampas oleh DAP??? Sedangkan projek dan saham ini dibolot oleh kroni-kroni orang tertentu!!

5) Berapa banyak hak dan kedaulatan Melayu di ragut di rampas oleh DAP??? Sedangkan semua orang tahu Hak Keistimewaan Raja-Raja Melayu telah dihadkan melalui pindaan perlembagaan pada era 90-an.

6) Berapa banyak hukum agama yang telah dihapuskan oleh DAP??? Sedangkan kerajaan sekarang yang diterajui oleh pemimpin Islam terus meminggirkan Hukum Islam, mengamalkan riba, meluluskan lesen judi, rumah urut, tempat maksiat dan sebagainya.......

FAKTA KELANTAN : BN JANGAN TIPU RAKYAT

Walaupun Kelantan dinafikan dalam konteks federalisme, namun atas kebijaksanaan pemimpin yang bertaqwa dan bertanggungjawab kepada rakyatnya Kerajaan PAS/PR Kelantan mentadbir dengan baik walaupun mengalami kekangan kewangan akibat dasar pilih kasih dan pencabulan amalan demokrasi.

Buktinya kadar kemiskinan di Kelantan menurun pada 4.1% tahun 2008 berbanding 7.2% pada tahun 2007 dan 10.4% pada 2004. Sedangkan kadar kemiskinan di peringkat negara 3.8% sahaja. Maknanya Kelantan lebih tinggi 0.3% sahaja. '

Kadar kemiskinan tegar di Kelantan hanya 0.6% di mana lebih rendah kadar jumlah kemiskinan tegar peringkat kebangsaan 0.8%.

Perkara didedahkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Senator Tan Sri Nor Mohamed Yakcop ketika rombongan Kelantan berunding mengenai teras asas dan pemulihan projek bagi pelaksanaan RMK10 pada 25 Jan 2010.

Sementara itu negeri paling miskin di Malaysia bukan Kelantan sebaliknya Sabah dan Terengganu merupakan negeri pertama dan kedua paling miskin di Malaysia. Inilah bukti BN pandai memerintah.

PR MAMPU BERDEPAN RAKYAT, TAPI BN TAKUT

Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat sekarang mampu berdepan dengan rakyat dengan pelbagai bukti dasar yang dilaksanakan oleh negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat di Selangor, Pulau Pinang, Kedah serta Kelantan.

"Di Pulau Pinang semasa BN memerintah belanjawan sentiasa defisit tetapi dua setengah tahun sahaja Pakatan Rakyat memerintah rizab kerajaan negeri mencecah lebih RM1 bilion.

"Di Kedah pula selepas memerintah, rakyat menikmati pengurangan cukai sebanyak 30 peratus di kawasan bandar dan 70 peratus di luar bandar. Di Selangor rakyat bukan sahaja nikmati air percuma tapi skim khairiat kematian sebanyak RM2,500, untuk pelajar universiti RM1,000 dan macam-macam lagi," kata dalam ucapan pada siri kempen Pilihanraya Kecil Batu Sapi semalam.

Malangnya BN takut untuk berdepan dengan rakyat sebab itulah program debat yang dianjurkan oleh PR melibatkan pimpinan PR dan BN tidak disahut oleh BN.

ROBOH SURAU DAN PASTI : SOLAT HAJAT DAN BACA YASIN PERDANA

Badan Bertindak Menghalang Perobohan PASTI dan Surau akan mengadakan solat hajat perdana dan bacaan Yasin perdana memohon kepada Allah menggagalkan hasrat pihak berkuasa untuk merobohkan surau dan PASTI Bukit Katil Selasa ini bermula dengan solat maghrib berjemaah.

Program ini akan diadakan di Dataran Pejabat PAS Bukit Katil. Ianya akan dipimpin oleh Ketua Dewan Ulama PAS Negeri, Ustaz Zulkifli Ismail.

Menurut penganjur program, solat hajat dan bacaan Yasin ditujukan kepada sesiapa sahaja yang bongkak cuba merobohkan Surau(Rumah Allah) dan PASTI dan rakyat yang dizalimi ini akan bermunajat kepadda Allah agar mereka yang terlibat menerima hukuman dari Allah. Selain itu sesiapa sahaja yang bersekongkol dengan hamba Allah yang bongkak ini juga akan turut sama menerima balasan Allah.

Sesungguhnya ingatlah TIADA HIJAB DI SISI ALLAH BAGI DOA ORANG YANG DIZALIMI.

DEBAT : BN MEMANG PENAKUT

Di Sabah, calon SAPP untuk PRK Batu Sapi, Datuk Yong Teck Lee mencabarkan Ketua Menteri Musa Aman berdebat. Pentas telah disediakan dan Yong Teck Lee pun sudah berada di pentas menanti kehadiran Musa di Dewan Hakkasemalam. Namun Musa tidak kelihatan. Yong mengiklan debat tersebut di dalam akhbar.

Begitu juga di Melaka, Ali Rustam mencabar PAS berdebat namun bila cabaran itu disahut Ali Rustam pula membisu seribu bahasa.

Inilah sikap pemimpin BN yang penakut dan pengecut untuk berdepan dengan rakyat dan PR serta parti lain.

31 October 2010

RM2,3 BILION HASIL JUDI, APA ULASAN ULAMA UMNO

Ulama Umno dan pemimpin Umno mesti menjelaskan hasil judi bernilai RM2.3 bilion yang terdapat dalam akaun hasil yang disatukan di Kementerian Kewangan pada tahun 2009.

Hasil inilah yang telah digunakan oleh kerajaan Pusat untuk membayar gaji kepada seramai 1.2 juta penjawat awam dan semua projek pembangunan termasuk untuk manfaat masyarakat Islam.

Sebagai rakyat Malaysia yang beragama Islam dan terlibat menggunakan pembangunan dari hasil judi saya mendesak mereka perjelaskan hukum menggunakan duit ini supaya rakyat tidak sangsi dan was-was.

Kalau Umno membuat fitnah kononnya kerajaan negeri Pulau Pinang menggunakan wang dari hasil judi untuk diberikan kepada warga emas di negeri ini kononnya haram maka kerajaan pusat menggunakan duit hasil judi untuk diberikan kepada rakyat.

Kerajaan negeri Pulau Pinang sudah beberapa kali menegaskan, kerajaan negeri Pulau Pinang tidak menggunakan wang judi untuk diberikan kepada warga emas di negeri ini sebagaimana dakwaan Umno.

ROBOH SURAU DAN PASTI TANDA HENDAK HILANG KUASA

Sesebuah kerajaan yang berada di hujung kuasa biasanya akan bertindak tersangat zalim terhadap rakyat. Kemuncak kezaliman ialah apabila sebuah kerajaan berani hendak merobohkan surau dan institusi pendidikan Islam seperti PASTI.

Bukankah Khir Toyo sebelum tumbang pada Pilihanraya Umum ke 12 dahulu, beliau telah bertindak zalim merobohkan dan menghentikan operasi surau di Selangor. Inilah yang yang berlaku di Melaka sekarang di mana kerajaan beriya-iya benar hendak merobohkan surau dan PASTI Jaya Insan Bukit Katil atas alasan untuk membina jalan raya. Sedangkan di sana terdapat kawasan lain yang berdekatan dengannya lebih sesuai dibuat jalan dengan jalannya lebih lurus dan tidak melibatkan perobohan rumah rakyat, surau dan PASTI.

Semalam pihak berkuasa merobohkan papantanda Pusat Aduan Rakyat DUN Bukit Baru yang disifatkan tindakan tidak bertamadun kerana mereka datang umpama penyamun tanpa berunding dan terus merobohkan papantanda tersebut.

Apabila kuasa sedikit yang ada ditangan manusia digunakan untuk merobohkan rumah Allah maka tunggu balasan Allah kepada sesiapa sahaja yang berani meruntuhkan rumahNya.

ROBOH PAPANTANDA : PAS BUAT LAPORAN POLIS

PAS Kawasan Bukit Katil membuat laporan Polis di atas tindakan tidak bertamadun Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) yang merobohkan papantanda Pusat Aduan Rakyat DUN Bukit Baru semalam.

Laporan tersebut dibuat di Balai Polis Bukit Baru pagi ini. Ianya dibuat oleh Penyelia DUN Bukit Baru, Cikgu Yusof Wahab; Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan, Puhat Bedol; Setiausaha Badan Bertindak perobohan Surau dan PASTI Bukit Katil, Ustaz Mazlan Berahim.

Dalam kenyataan ringkasnya, Yusof mengharapkan Polis membuat siasatan terperinci dan mengambil tindakan sewajarnya kepada MBMB yang jelas merobohkan papantanda tanpa notis.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter